Thursday, December 6, 2012

Gary Sangat Comel

Assalamualaikum


Gary yang dimaksudkan bukanlah seekor siput peliharaan Spongebob





Tapi Gary yang ada dalam running man



Running Man adalah Variety Show korea yang sangat best



Saya tak minat drama2 korea, cuma variety show je



Sbb artis korea tak plastik,  sume perangai gila2


So apa je yang diorang buat dalam variety show tu mmg lawak


Berbeza bila tengok variety show artis malaysia



Mostly sangat annoying -_-



Kadang kadang kalau ada masalah bila tengok variety show korea  ni terus ketawa terbahak bahak



Saya bukan peminat Kpop ye...




Ingin saya tegaskan di sini saya cuma meminati attitude artis korea yang sangat bagus, humble, gila2..dan saya juga cuma meminati Variety Show Korea



So tak payah susah2 nak influence saya tengok movie korea



Annoying bagi saya sbb saya tak minat



Ok berbalik pada Gary



Inilah Gary yang Comel dan Cool tu 




Ye saya tau mungkin ramai yang akan cakap 


"Ape nih...macam apek jual handset je"



Tapi saya tak kisah



Saya minat dia sbb bagi saya dia sangat cool dan paling lawak dalam running man 


Dia tak perlu buat muka atau buat lawak bersungguh2 untuk bagi orang ketawa



Muka dia blur je... 



N ayat2 yang dia cakap simple je



Tapi sangat lawaakkkk



Saya suka orang macam tu


Yang tak suka membebel, pendiam tapi klaka



Orang2 macam ni mampu buat saya ketawa dengan penuh semangat



Dalam cite running man ni Gary sangat suka dengan sorang pmpuan cantik yang juga peserta running man 


Nama dia Ji Hyo



Gary sangat suka kacau Ji Hyo



Dan setiap kali dia kacau macam sweet je sebab kelakar



Gary juga sangat protective terhadap pompuan



Gary tak pandai menipu..kalau menipu mesti air muka dia berubah



Hahahahaha


Time tu memang lawak sebab sume orang boleh detect dia menipu



Gary ni terer sport jugak


Walaupun dia tak brape pandai main bola



Tapi dia lari lajuuuuuuuu!!!!

Ini juga salah satu sebab kenapa saya minat gary


Disebabkan saya dari kecik aktif dengan sukan


Adik beradik saya semua laki



Kalau diorang main apa2 saya join je


Jadi secara semula jadinya saya juga berminat dengan orang yang aktif sport

N ada lagi sebab..nanti saya cerita


So saya Tak suka yang duduk lembab2 ni


Ada satu kejadian, saya sedang berborak2 dengan kawan saya


Dan kami tetibe lalu sebelah padang


Waktu tu ada tournament Rugby


Saya terus hilang fokus


Saya berhenti berborak dan terus tengok diorang main rugby...


Kahkahkah~



Tapi saya takdela jakun bebenor tengok tak berkelip2


Tengok sekali lalu jela


Dan Gary adalah salah sorang dari orang yang saya minat sebab dia aktif dan terer. Wohohoo



Gary jugak adalah antara peserta yang kuat dalam running man tu...



Tp disebabkan kejujuran dia yang terlampau tu dia cuma menang beberapa kali je dalam running man



Tapi dia tetap cool dan sangat hebat di mata saya


ECehhhhh



Dah macam apa dah cite pasal Gary



Gary~

Gary dalam salah satu game running man. Hahaha



Ohh lupa nak cerita


Muka Gary ni agak sama dengan kawan saya


Nama dia Apiz


Orang panggil dia Apek


Walaupun muka diorang agak sama



Tapi saya tak minat Apiz. 



Saya cuma minat Gary



Sbb saya minat Gary bukan sbb muka tapi sbb attitude!



Go Garyy! GOoo!!!!


Ok la


Dah banyak sangat dah cite pasal Gary ni


Macam dah obses sangat dah


Saya tak habis lagi tengok running man ep 122


Saya nak pegi sambung tengok


Ha sape2 yang tak penah lagi tengok running man ni



Tapi macam berminat nak tengok


Or tak tau nak tengok apa2 yang best



Klik je kat bawah ni




Tengok dari episod satu


Saya pasti anda takkan menyesal


Hidup anda akan berubah ceria selepas itu :P




Ok la


Bye Gary



p/s : Kalau running man datang Malaysia ada kemungkinan saya akan ajak kawan saya untuk pegi tengok diorang. Muahahaha. 


Sekian

Jari Kecil
Jumaat, 7 Disember 2012
1.47 tengah hari

No comments: