Saturday, July 23, 2011

Ujian

Assalamualaikum...



Alhamdulillah...semakin sihat walaupun belum sihat sepenuhnya :)




4 July 2011, jam 12.30 pagi


Aku terasa sakit yang amat di bahagian tgh dada. Aku sendiri tak tau nak gambarkan kesakitan tu. Waktu ni mak aku outstation. Pada mulanya aku cuba tidur. Tp keadaan yang terlampau sakit buat aku terus muntah2 tanpa henti. Penat. Letih. Aku mengerang kesakitan yang teramat sangat ketika itu...



4 July 2011, jam 2.30 pagi


Aku cuba tahan. Aku fikir aku mampu tahan kesakitan ni. Tp makin lama makin sesak nafas. Aku muntah lagi ....



4 July 2011, jam 3.00 pagi


Aku tak mampu lagi bertahan, aku ingin bangun dan mengejutkan ayah. Tp aku betul2 tak mampu. Dalam keadaan mengiggil aku gagahkan diri menghantar msg pd emak di Terengganu..Aku tahu yang lain takkan bangun bila dengar bunyi msg. Hanya mak dalam fikiran aku....Aku hanya mampu menaip


"Mak.Tlg"

Mak terus call aku. Aku tak mampu bercakap apa2. Aku hanya mengerang kesakitan...



4 July 2011, 3.30 pagi


Aku terus keluar dari bilik dalam keadaan merangkak. Aku terbaring di tepi tangga. Akhirnya abg aku yang mendengar suara aku menahan kesakitan terus mengejut ayah dan membawa aku ke hospital



4 July 2011, 4.00 pagi


Aku dibawa masuk menggunakan kerusi roda kerana aku tidak mampu berjalan. Aku dicucuk di tangan utk memasukkan ubat ke dalam badan. Darah aku juga diambil. Aku masih lagi muntah2..




4 July 2011, 7.00 pagi


Habis satu ubat, Aku masih lagi muntah2. Lalu doktor mencadangkan aku utk tinggal di wad utk memeriksa keadaan aku.



4 July 2011, 2.30 petang


Dah 5 botol ubat dimasukkan dalam badan aku. Namun aku masih lagi sakit dan muntah2. Aku betul2 letih. Akhirnya selepas satu suntikan diberikan, aku mampu tidur sebentar. Aku tidak lagi muntah2.



5 July 2011


Ujian x-ray, teropong ke dalam badan, ultrasound dan ct scan dibuat ke atas aku. Sakit? Pasti...



6 July 2011


Keputusan ujian ditunjukkan. Doktor mengesahkan aku mengalami tumor di bahagian hati. Tp, disebabkan kepakaran yang kurang, doktor di hospital itu sendiri tidak pasti keadaan aku. Adakah aku memerlukan pembedahan atau tidak......Doktor menyuruh kami utk rujuk pada Pakar Hati di Hospital Selayang. Tp, appoinment yang diberikan hanya pada 1 Ogos nanti.



7 July 2011


Aku pulang ke rumah....





8 July - 10 July 2011


Aku hanya terbaring kesakitan di rumah. Dada ku masih lagi terasa sakit...






11 July 2011


Ayah dan mak membawa aku ke KPJ Shah Alam utk berjumpa pakar hati di sana kerana aku sakit dada. Doktor di sana juga kurang pasti dengan gambar CT Scan yang dilihat. Apa yang mampu dilakukan oleh beliau adalah membawa CT Scan tersebut dan berbincang dengan pakar hati dari hospital lain. Sekali lagi aku diambil darah dan diuji air kencing..





14 July 2011


Panggilan telefon dari doktor KPJ Shah Alam. Doktor mengatakan setelah perbincangan beliau bersama 2 doktor dari hospital Selayang dan hospital Gleneagles, pembedahan mungkin perlu dilakukan...Aku terus di bawa ke hospital Gleneagles.





14 July 2011 5 petang



Aku masuk wad di hospital Gleanegles pula. Sekali lagi tangan aku dicucuk. Sakit? Pasti...





15 July 2011


Ujian MRI dilakukan ke atas aku utk melihat keadaan hati. Selama lebih kurang sejam ujian MRI dilakukan. Aku dibawa pula utk menjalani ujian ultrasound sekali lagi. Darah aku diambil lagi ...begitu juga dengan ujian air kencing...





16 July 2011


Doktor mengesahkan aku menghidap penyakit "Hepatic Adenoma". Sejenis tumor di hati. Namun alhamdulillah, tumor itu bukanlah kanser. Namun disebabkan tumor tersebut terlalu dekat dengan hempedu, maka hempedu aku juga terpaksa dibuang. Doktor menetapkan tarikh 18 July sebagai tarikh pembedahan.





17 July 2011, 8.30 malam


Aku dikerah utk minum sejenis air yang bertujuan utk mencuci usus besar. Ini penting supaya selepas pembedahan, aku tidak perlu berulang alik ke toilet utk membuang air selama beberapa hari. 2 Liter....bukan sikit utk dihabiskan. Sampai pening2 aku minum. Rasa pahit + bau vacuum + rasa masin bercampur baur.....





18 July 2011, 5.30 pagi


Sekali lagi nurse datang dan memberikan lagi 1 liter air ...Pening~






18 July 2011, 1 tengah hari



Nurse datang dan mengarahkan aku supaya menukar baju pembedahan. Selepas selesai, nurse datang semula ke bilik aku dan memberikan aku satu pil. Pil tersebut dikatakan akan menyebabkan aku pening dan mengantuk.


Nurse : Are you ready?

Aku : Yez....


Nurse memberikan ubat dan air utk aku telan

Ayah dan mak pesan, mengucap dulu sebelum makan ubat tu.. Selesai mengucap, aku terus menelan pil...



Aku betul2 terasa pening. Lalu aku pejamkan mata.......





18 July 2011, 6 petang


Unknown : Ok..Ummi, dah selesai operation ye...

Unknown : Kenapa banyak sangat darah keluar ni....


Aku hanya mampu mendengar dan cuba mengangkat tangan. Namun aku masih separuh sedar...



Aku dibawa keluar dari bilik pembedahan...Keadaan yang terlampau sejuk menyebabkan aku menggigil kesejukan dengan sangat teruk. Nurse yang menyedari suara aku terus bertanya keadaan aku. Aku yang sudah mampu membuka mata terus mengatakan aku sejuk...Dan empat selimut telah menutupi badan aku. Namun aku masih menggigil kesejukan...



Pada ketika itu, aku sukar utk bercakap dan menelan air liur. Ini kerana ada tiub yang dimasukkan di mulut dan hidung aku...Sakitnya. Hanya Allah yang tahu...




Aku terus dibawa ke bilik. Aku masih lagi dalam keadaan separa sedar. Adakalanya aku sedar dan adakalanya tidak. Aku tidak tau berapa ramai nurse yang menguruskan aku. Tp yang pasti, keadaan sangat sibuk di sekeliling aku..



Aku terus mengerang kesakitan di bahagian pembedahan, Bawah rusuk kanan aku terasa amat sakit. Aku mengerang kesakitan. Mak yang ada di sebelah terus memegang tangan aku dan membacakan al-Fatihah berulang2 kali. Nurse datang dan memberikan ubat tahan sakit. Namun aku masih lagi mengerang kesakitan. Sekali lagi nurse datang dan memberikan ubat tahan sakit yang lebih kuat. Akhirnya aku mampu tidur seketika....




Malamnya aku terjaga kerana merasa tidak selesa. Tiub di hidung dan mulut. Jarum bius yang dicucuk di tulang belakang, jarum yang dicucuk di leher utk memasukkan ubat, Tiub yang dimasukkan dalam badan di bahagian bawah rusuk kanan, serta tiub utk buang air kecil.....Aku sangat tidak selesa.....






24 July 2011


Aku kini berada di rumah. Walaupun belum sembuh sepenuhnya. Aku belum lagi mampu berjalan seperti biasa. Aku tidak mampu duduk terlalu lama. Nafas aku pendek. Sakit utk aku menarik nafas. Solatku juga dalam keadaan duduk. Adakalanya mengah yang aku rasakan ketika berjalan dan duduk. Bercakap juga tidak terlalu banyak....




Alhamdulillah..ketumbuhan sebesar 5 cm dan hempedu sebesar 9 cm telah berjaya dikeluarkan




Dan Alhamdulillah...aku masih sempat bertemu Ramadan kali ini...





Sekian


Jari Kecil,
24 July 2011, 12.39 petang
Ahad