Friday, November 25, 2011

Back to basic

Assalamualaikum..







Tuhan dulu pernah
Aku menagih simpati
Kepada manusia yg alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yg berdarah
Kini jadi kian parah


Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka
Ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi
Ku ulangi kembali
Gerak dosa yg menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMU melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMU di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMU tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat padaMU
Seribu langkah KAU rapat padaku



p/s : Kena selalu muhasabah diri sebab kita manusia biasa. Selalu lupa asal kejadian kita



Sekian,


Jari Kecil,
25 November 2011, Jumaat
11.13 pm

Monday, November 7, 2011

PERKARA PALING PANTANG

Assalamualaikum..



Tgh tak sihat. Pening2, demam tp sebab ada idea yang tak tahan2 nak keluar, terus bukak blog.




PERKARA PALING PANTANG UNTUK BUDAK2 SEKARANG~




Entry ini ditujukan buat para ibu bapa mahupun yang bakal menjadi ibu bapa. Walaupun saya belum lagi bergelar ibu mahupun bapa ( sudah tentu takkan jadi bapa ) , saya sebagai seorang belia juga mempunyai rakan2 yang muda ingin menyatakan sesuatu...





PERKARA ITU ADALAH....




MEMBANDING2KAN ANAK TUAN2 DAN PUAN2 DENGAN ANAK ORG LAIN





Hal ini sangat annoying juga sangat tak boleh diterima oleh generasi Y...





IA MERUPAKAN PANTANG TERBESAR ANTARA BANYAK2 PANTANG DALAM KEHIDUPAN BERKELUARGA





Jika tuan2 dan puan2 hendak menasihati anak2 , gunakanlah contoh2 yang lebih bernas.




Berikut adalah contoh ayat yang amat dibenci oleh generasi Y




Contoh 1 (perbandingan antara anak jiran) :



" Cubalah rajin sikit. Tengok anak Makcik Putih tu, rajin je. Selalu tolong mak dia. Barulah seronok macam tu"




Contoh 2 ( perbandingan antara sepupu sepapat) :




" Cubalah tolong2 sikit, Tengok anak Mak Teh tu, kecik2 lagi tapi dah tolong buat macam2. Barulah seronok macam tu. Nanti dah kahwin esok terbawak2 la perangai malas tu"




Contoh 3 (perbandingan antara anak rakan sekerja ) :



p/s : Kes ini lebih berat kerana anak2 anda mungkin langsung tidak mengenali siapakah yg anda maksudkan tiba2 dibuat perbandingan yang maha dahsyat




" Eh.. Cubalah rajin tolong2 mak. Anak kawan mak kat pejabat tu kan, mak tengok rajin betul dia. Buat tu, buat ni. Ish. Senang hati tengok. Cubalah jadi macam tu"




Ohhhhh... NO NO NO NO NO!!!!





See? See? Contoh2 ayat di atas merupakan MAHARAJA PANTANG bagi generasi Y ini. Ia menunjukkan seolah2 :



1. Tuan2 dan Puan2 tidak langsung melihat kelebihan anak tuan2 dan puan2. Kelebihannya tidak disebut2 tapi kekurangannya diulang2 sehingga sanggup membandingkan dengan anak org lain. Keadaan ini telah menjatuhkan "self-esteem" anak tuan2 dan puan2.




Solution : Nyatakan kelebihan anak2 anda terlebih dahulu. Kemudian barulah diteruskan dengan perkataan "tp" . Baru masuk kekurangan yang nak ditegur.




Rule : Jangan sekali - kali membuat perbandingan




2. Barangkali tuan2 dan puan2 hanya melihat atau mendengar cerita2 mengenai anak2 jiran, anak2 saudara, anak2 rakan pejabat sekali sekala walhal tuan2 dan puan2 hidup sebumbung bersama anak2 dah bertahun2.





"Adakah ini adil bagi anak2 anda dinilai sebegitu rupa sedangkan anda hanya mengenali anak2 jiran, anak2 saudara, anak2 rakan pejabat sekadar gitu2 sahaja?"





"Adakah ini adil bagi anak anda dibanding2kan sedangkan anda duduk bersamanya bertahun2. Adakah tidak ada kelebihan atau perkara yang menyenangkan hati anda sepanjang anda tinggal dengannya? Jika ada, adakah anda pernah menyatakan perkara itu kepada anak anda dengan mengucapkan terima kasih atau memuji beliau walaupun hanya sedikit? "






" Sedarkah tuan2 dan puan2 bila kali terakhir anda menyatakan kelebihan anak2 anda (mungkin bertahun atau berbulan atau berminggu sudah)"






" Dan sedarkah tuan2 dan puan2 bila kali terakhir anda condemn anak2 anda dengan menyatakan kekurangan, atau menegur kesalahan mereka ( mungkin baru semalam atau baru minggu lepas )"






Maafkan saya. Saya tidak "berfikiran negatif" tp ini REALITI . Tak puas hati? Lakukan survey di kalangan ibu bapa dan anak2. Sekian.( Lihat pada majoriti bukan minoriti )





3. Saya pasti, tiada ibu bapa yang hendak menceritakan keburukan anak2nya pada org lain. Jadi dari kebaikan yang tuan2 dan puan2 dengar tentang anak2 orang lain, adakah tuan2 dan puan2 pasti dia lebih baik dari anak2 tuan2 dan puan2 ??? Mungkin tuan2 dan puan2 mendengar cerita mengenai "anak2 saudara" yang rajin menolong ibu dan bapa mereka bila anda berkumpul di waktu2 hari raya. Adakah itu sudah cukup utk membandingkan anak2 anda dengan anak2 mereka?







" Mungkin anak2 mereka diugut dengan rotan mahupun parang ataupun setelah diajak berkali2 barulah mereka membantu. Adakah itu sudah cukup utk menyatakan anak2 mereka jauh lebih baik dari anak2 anda? "






" Andai kata, anda juga melakukan ugutan serta mengarah anak2 anda berkali2 dengan suara yg garau dan keras utk membantu anda, adakah mereka juga akan turut membantu? saya rasa YA walaupun mereka menunjukkan wajah protes. Tp!!! adakah anda yakin anak2 saudara, anak2 rakan pejabat dan anak2 jiran tidak menunjukkan wajah protes setiap kali diarah2 ????






JADI MENGAPA DIBANDING - BANDINGKAN ANAK2 ANDA DENGAN ANAK2 MEREKA ? ? ? ?






KESAN :



1. Anak anda hanya merasakan anda tidak gembira bersamanya





2. Anak anda hanya merasakan beliau tiada sebarang kelebihan sedangkan punya kelemahan yang berganda2 banyaknya dari cara anda menegur






3. Anak anda langsung tidak mahu berubah ke arah "anak2 yang anda bandingkan" kerana dia merasakan dirinya tidak diperlukan






4. Anak anda mungkin akan menjadi lebih teruk kerana terasa diri diperkotak katikkan dgn dibanding bandingkan bersama orang2 yang anda cuma kenal dari segi luaran.






BUAT GENERASI Y




Sebenarnya ada betulnya dari teguran yang diberi oleh ibu bapa anda. Jika dibanding2kan, BERTABAHLAH dan SILA PIKIR POSITIVE. Kalau kecik hati dengan teguran itu, takpela. Itu kan ibu bapa anda. Macamlah anda tak pernah buat mereka2 kecik hati. Entah2 lagi banyak. Sila Muhasabah Diri Juga. Kalau nak protes, kejap je jadilah. Pastu berubah la menjadi yang lebih baik utk menyenangkan hati ibu bapa anda.





BUAT IBU BAPA SEKALIAN




HENTIKANLAH TABIAT PERBANDINGAN NIH~ INI MENGUNDANG KEROSAKAN PADA HATI ANAK2 ANDA. SEKIAN~







Sekian,


Jari Kecil
8 November 2011, Selasa
12.23 a.m

Saturday, November 5, 2011

Dulu Lain Sekarang Lain ?

Assalamualaikum..



Aku tengah takde keje. Jadi aku cari keje dengan jalan2 dalam blog sendiri. Semua post yang lama aku baca balik. Dah macam seorang peminat yang tegar. *Peminat Yg Meminati diri sendiri*




Hasilnya????????




Setelah beberapa kajian dilakukan, aku mendapati, kenapa cara aku tulis blog dulu lain? Kenapa sekarang lain? Adakah kerana faktor usia?? Ohhh nooo~ tp saya masih muda ( ye ini kenyataan )





Dulu aku tulis blog macam ada unsur2 ceria dan lucu. Sekarang aku rasa macam bosan je cerita2 aku. Dulu gaya penulisan pun macam seorang kanak2 riang yang tiada masalah walaupun sentiasa sibuk dengan hal sendiri.





ehhhhh.... Kenapa macam ni ye????





Aku sedang berubah menjadi org yang bosan ke?????






Ohhhhhh Noooooo!!!!!!



Saya harus berubah!!!




Ummmiiiii.... Kembali Seperti Iniiiii






Ehhh macam tak ikhlas je...





Ni baru betul!



CERIAAAAAAA :D :D :D



Saya nak jadi macam dulu. Go go go





Sekian


Jari Kecil
5/11/2011, Sabtu
10.06 pm

Monday, October 24, 2011

Why Ummi ??? Why???

Assalamualaikum



Dulu...




Masa diploma bukan main rajin lagi...





Bukan main bersungguh berazam




Nak sambung sampai master




Tu matlamat utama




Alasan "Kalau berenti belajar pastu keje dulu, nanti semangat study dah hilang Mesti dah tak minat study"





Sekarang,





Dah masuk degree





Dah nak habis pun





Lagi berapa bulan je nak habis sem 5 pastu bulan 2 terus praktikal




Sekejap sangat kan?




Tp, makin lama rasa makin malas



Semangat study dah hilang





Bila mak tanya "nak sambung master tak?"



Dulu yakin je jawab tanpa ditanya



"Nak jadi lecturer, nak sambung master terus. Nanti senang.



Tp sekarang, bila ditanya, jawapannya ...



"emmm...entahla. Dah penat la study. Tengok la macam mana"




Why ummi?? why????






Jangan biarkan pengaruh suasana belajar kat Kedah terbawak2 dalam diri~




Sila kembalikan semangat macam dulu




Tolong laaaaaaa...




Nak jerit macam Sailormoon ...



"SEMANGAAATTT DATANGGGLAHHHHH"....


Aku serabut macam ni




Sekian,


Jari Kecil
Isnin,24 Oktober 2011
5.10 petang

Saturday, October 22, 2011

Perlu Perubahan

Assalamualaikum


Aku dah mula rasa bosan dengan blog sendiri sebab gaya penulisan bercampur baur. Aku rasa macam nak wujudkan satu lagi blog yang aku nak fokus tentang isu2 kemanusiaan, isu2 umum, yang mana aku akan lahirkan pendapat2 aku yang tak seberapa.


Blog ni aku khaskan utk blog peribadi . Tp terpikir jugak, ( Satu blog yg ada pun selalu terbengkalai, ada hati nak buat 2 blog -_-)...



Disebabkan blog ni agak bosan rupa bentuk dan isi kandungan pun agak caca marba kan, maka keinginan nak bukak blog dengan lebih kerap terbantut dengan sendirinya. Jadi.............




Mari Mulakan Hidup Baru!~


Yeahhhhhh!!!~




Sekian,


Jari Kecil
22 Oktober 2011
Sabtu, 5.15 petang

Friday, August 26, 2011

Untunglah jadi manusia~

Assalamualaikum



Dulu kita kata...


" Tak main laaaaaaaa tengok wayang nih....MAKSIAT! "


Sekarang jadi kat kita..




" Yang......jom tengok wayang, Esok cite best. Abg suka"..Perghhhh. sila muntah*





Dulu kita kata...




" Entah pape ntah pakai baju belang-belang. Macam zebra!. Tak cool langsung! "




Sekarang jadi kat kita...




"Cantiknya baju belang2 nih....sekali sekala tukar style apa salahnya"



Dulu kita kata...



" Aku tak layan la cerita jiwang2 ni....buang air mata je. Bluweeekkk"




Sekarang jadi kat kita...



"Eh..tepi2 semua!!! Aku nak tengok cite syurga cinta buat kali ke 18!




Dulu kita kata...



" Aku ni pantang tengok benda kotor2 ni.. Geli lah! "



Sekarang jadi kat kita...



" Opsss..takde sape nampak kan? sental jap taik hidung kat dinding..". .euuuwwww...!!!!!!!





Selalu kita kata...



"Busuknya dia ni,,,!!!! tak penah mandi ke??!"




Tp diri kita...



" Ala...toilet jauhla. Lusa la mandi"



Selalu kita kata...



" Pemalasnya dia ni. Buat assignment pun tangguh2 "


Tp diri kita...



" Malam ni nak tengok tv jap, pastu nak tengok FB, pas tengok FB nak tengok youtube japla..Lepas tu rehat jap...Lepas rehat gi makan kat mamak la dulu, lapa la pulak...lepas tu..lepas tu...."




Dulu kita kata...



" Hatiku padamu utk selama-lamanya"




Sekarang jadi kat kita...



" Susahlah...dah takde hati kat dia"




Kesimpulan mudah :


1. Manusia berubah.


2. Dunia ni penuh dengan tipu daya muslihat pembohongan drama swasta ..puiiiihhh~


3. Berhati - hati bila cakap sesuatu... jangan jadi "Dulu lain sekarang lain"...Buat malu je. Nampak macam manusia takde pendirian.



4. Allah tak pernah berubah. Allah sentiasa menyayangi hambaNya. Allah sentiasa menunaikan janjiNya. Manusia?????~~~~~~~ sendiri mau ingat*







p/s : Saya mahu meninggalkan dunia~




Sekian



Jari Kecil
27 Ogos 2011, Sabtu
12.53 a.m

Saturday, July 23, 2011

Ujian

Assalamualaikum...



Alhamdulillah...semakin sihat walaupun belum sihat sepenuhnya :)




4 July 2011, jam 12.30 pagi


Aku terasa sakit yang amat di bahagian tgh dada. Aku sendiri tak tau nak gambarkan kesakitan tu. Waktu ni mak aku outstation. Pada mulanya aku cuba tidur. Tp keadaan yang terlampau sakit buat aku terus muntah2 tanpa henti. Penat. Letih. Aku mengerang kesakitan yang teramat sangat ketika itu...



4 July 2011, jam 2.30 pagi


Aku cuba tahan. Aku fikir aku mampu tahan kesakitan ni. Tp makin lama makin sesak nafas. Aku muntah lagi ....



4 July 2011, jam 3.00 pagi


Aku tak mampu lagi bertahan, aku ingin bangun dan mengejutkan ayah. Tp aku betul2 tak mampu. Dalam keadaan mengiggil aku gagahkan diri menghantar msg pd emak di Terengganu..Aku tahu yang lain takkan bangun bila dengar bunyi msg. Hanya mak dalam fikiran aku....Aku hanya mampu menaip


"Mak.Tlg"

Mak terus call aku. Aku tak mampu bercakap apa2. Aku hanya mengerang kesakitan...



4 July 2011, 3.30 pagi


Aku terus keluar dari bilik dalam keadaan merangkak. Aku terbaring di tepi tangga. Akhirnya abg aku yang mendengar suara aku menahan kesakitan terus mengejut ayah dan membawa aku ke hospital



4 July 2011, 4.00 pagi


Aku dibawa masuk menggunakan kerusi roda kerana aku tidak mampu berjalan. Aku dicucuk di tangan utk memasukkan ubat ke dalam badan. Darah aku juga diambil. Aku masih lagi muntah2..




4 July 2011, 7.00 pagi


Habis satu ubat, Aku masih lagi muntah2. Lalu doktor mencadangkan aku utk tinggal di wad utk memeriksa keadaan aku.



4 July 2011, 2.30 petang


Dah 5 botol ubat dimasukkan dalam badan aku. Namun aku masih lagi sakit dan muntah2. Aku betul2 letih. Akhirnya selepas satu suntikan diberikan, aku mampu tidur sebentar. Aku tidak lagi muntah2.



5 July 2011


Ujian x-ray, teropong ke dalam badan, ultrasound dan ct scan dibuat ke atas aku. Sakit? Pasti...



6 July 2011


Keputusan ujian ditunjukkan. Doktor mengesahkan aku mengalami tumor di bahagian hati. Tp, disebabkan kepakaran yang kurang, doktor di hospital itu sendiri tidak pasti keadaan aku. Adakah aku memerlukan pembedahan atau tidak......Doktor menyuruh kami utk rujuk pada Pakar Hati di Hospital Selayang. Tp, appoinment yang diberikan hanya pada 1 Ogos nanti.



7 July 2011


Aku pulang ke rumah....





8 July - 10 July 2011


Aku hanya terbaring kesakitan di rumah. Dada ku masih lagi terasa sakit...






11 July 2011


Ayah dan mak membawa aku ke KPJ Shah Alam utk berjumpa pakar hati di sana kerana aku sakit dada. Doktor di sana juga kurang pasti dengan gambar CT Scan yang dilihat. Apa yang mampu dilakukan oleh beliau adalah membawa CT Scan tersebut dan berbincang dengan pakar hati dari hospital lain. Sekali lagi aku diambil darah dan diuji air kencing..





14 July 2011


Panggilan telefon dari doktor KPJ Shah Alam. Doktor mengatakan setelah perbincangan beliau bersama 2 doktor dari hospital Selayang dan hospital Gleneagles, pembedahan mungkin perlu dilakukan...Aku terus di bawa ke hospital Gleneagles.





14 July 2011 5 petang



Aku masuk wad di hospital Gleanegles pula. Sekali lagi tangan aku dicucuk. Sakit? Pasti...





15 July 2011


Ujian MRI dilakukan ke atas aku utk melihat keadaan hati. Selama lebih kurang sejam ujian MRI dilakukan. Aku dibawa pula utk menjalani ujian ultrasound sekali lagi. Darah aku diambil lagi ...begitu juga dengan ujian air kencing...





16 July 2011


Doktor mengesahkan aku menghidap penyakit "Hepatic Adenoma". Sejenis tumor di hati. Namun alhamdulillah, tumor itu bukanlah kanser. Namun disebabkan tumor tersebut terlalu dekat dengan hempedu, maka hempedu aku juga terpaksa dibuang. Doktor menetapkan tarikh 18 July sebagai tarikh pembedahan.





17 July 2011, 8.30 malam


Aku dikerah utk minum sejenis air yang bertujuan utk mencuci usus besar. Ini penting supaya selepas pembedahan, aku tidak perlu berulang alik ke toilet utk membuang air selama beberapa hari. 2 Liter....bukan sikit utk dihabiskan. Sampai pening2 aku minum. Rasa pahit + bau vacuum + rasa masin bercampur baur.....





18 July 2011, 5.30 pagi


Sekali lagi nurse datang dan memberikan lagi 1 liter air ...Pening~






18 July 2011, 1 tengah hari



Nurse datang dan mengarahkan aku supaya menukar baju pembedahan. Selepas selesai, nurse datang semula ke bilik aku dan memberikan aku satu pil. Pil tersebut dikatakan akan menyebabkan aku pening dan mengantuk.


Nurse : Are you ready?

Aku : Yez....


Nurse memberikan ubat dan air utk aku telan

Ayah dan mak pesan, mengucap dulu sebelum makan ubat tu.. Selesai mengucap, aku terus menelan pil...



Aku betul2 terasa pening. Lalu aku pejamkan mata.......





18 July 2011, 6 petang


Unknown : Ok..Ummi, dah selesai operation ye...

Unknown : Kenapa banyak sangat darah keluar ni....


Aku hanya mampu mendengar dan cuba mengangkat tangan. Namun aku masih separuh sedar...



Aku dibawa keluar dari bilik pembedahan...Keadaan yang terlampau sejuk menyebabkan aku menggigil kesejukan dengan sangat teruk. Nurse yang menyedari suara aku terus bertanya keadaan aku. Aku yang sudah mampu membuka mata terus mengatakan aku sejuk...Dan empat selimut telah menutupi badan aku. Namun aku masih menggigil kesejukan...



Pada ketika itu, aku sukar utk bercakap dan menelan air liur. Ini kerana ada tiub yang dimasukkan di mulut dan hidung aku...Sakitnya. Hanya Allah yang tahu...




Aku terus dibawa ke bilik. Aku masih lagi dalam keadaan separa sedar. Adakalanya aku sedar dan adakalanya tidak. Aku tidak tau berapa ramai nurse yang menguruskan aku. Tp yang pasti, keadaan sangat sibuk di sekeliling aku..



Aku terus mengerang kesakitan di bahagian pembedahan, Bawah rusuk kanan aku terasa amat sakit. Aku mengerang kesakitan. Mak yang ada di sebelah terus memegang tangan aku dan membacakan al-Fatihah berulang2 kali. Nurse datang dan memberikan ubat tahan sakit. Namun aku masih lagi mengerang kesakitan. Sekali lagi nurse datang dan memberikan ubat tahan sakit yang lebih kuat. Akhirnya aku mampu tidur seketika....




Malamnya aku terjaga kerana merasa tidak selesa. Tiub di hidung dan mulut. Jarum bius yang dicucuk di tulang belakang, jarum yang dicucuk di leher utk memasukkan ubat, Tiub yang dimasukkan dalam badan di bahagian bawah rusuk kanan, serta tiub utk buang air kecil.....Aku sangat tidak selesa.....






24 July 2011


Aku kini berada di rumah. Walaupun belum sembuh sepenuhnya. Aku belum lagi mampu berjalan seperti biasa. Aku tidak mampu duduk terlalu lama. Nafas aku pendek. Sakit utk aku menarik nafas. Solatku juga dalam keadaan duduk. Adakalanya mengah yang aku rasakan ketika berjalan dan duduk. Bercakap juga tidak terlalu banyak....




Alhamdulillah..ketumbuhan sebesar 5 cm dan hempedu sebesar 9 cm telah berjaya dikeluarkan




Dan Alhamdulillah...aku masih sempat bertemu Ramadan kali ini...





Sekian


Jari Kecil,
24 July 2011, 12.39 petang
Ahad