Thursday, November 20, 2014

Nak update je

Assalamualaikum


Lama tak update blog. Harini tiba-tiba rasa nak menulis sesuatu. Takkan panjang macam selalu. Al maklumlah umi tak suka membebel secara lisan, cuma suka membebel melalui penulisan. Kadang-kadang tu merungut jugak dekat diri sendiri 'kau tulis panjang2 ni kenapa umi oiii... cakap yang ringkas tapi padat sudahlah'. Tapi akhirnya memang terbabas jugak tulis panjang2. Kena train diri ni supaya sentiasa menyampaikan mesej secara ringkas dan padat. Moga Allah mudahkan. (Eh tengok, dah mula membebel)


----------------------------

Sejak peninggalan blog ni, ada banyak peristiwa berlaku.


-- Ada yang buruk. Bukan senang nak buat keputusan. Tapi bila melibatkan mak ayah, saya pilih untuk menggembirakan hati mak ayah. Yang lebih penting masa ni adalah kebahagiaan mak dan ayah walaupun mungkin keputusan tu boleh menyebabkan umi dipandang seperti seorang yg jahat dan kejam? Keluarga, keutamaan saya. Itu muktamad. Saya yakin, satu hari yang rasa teraniaya akan rasa bersyukur. Dan saya yakin, selepas tiada apa petunjuk baik yg saya terima dan nampak, mungkin itu jawapan dari istikharah. Jangan baca cerita saya dan menafsirkan bulat2 mengikut kefahaman masing2. Ada cerita di sebalik cerita , hanya yang tertentu tahu.


-- Ada yang baik. Dalam masa hati sendiri tengah kusut dengan keputusan drastik yang diambil, Allah datangkan berita gembira. Mula2 keliru jugak, ini berita baik ke buruk? Tp alhamdulillah, Allah berikan yang terbaik. Moga Allah mudahkan dan panjangkan


-- Selebihnya, saya tengah berusaha sedaya upaya nak grad on time. Dan lepas tu nak meneruskan cita2 yang dah lama tertangguh?


-- dan yang paling gembira, tak sangka jumpa kawan2 lama dalam keadaan yg lebih baik dari dulu. Alhamdulillah. Benarlah apa yg selalu dibaca dan didengar , 'bila kamu niat dan bersungguh sungguh melakukan amal untuk berubah ke arah kebaikan, Allah pasti bantu dengan menghadirkan org sekeliling yang baik2.'



Alhamdulillah ala kulli hal

Segala puji bagi Allah yang tak berhenti-henti memberi nikmat



Ok, nanti saya update lagi


P/s: masih gagal dalam penulisan ringkas dan padat


Assalamualaikum



Jari kecil
Jumaat, tak ingat haribulan
3.05 petang



Wednesday, September 17, 2014

Minat sambung belajar

Assalamualaikum


Wahai adik adik yang ku kasihi,


Memandangkan ada ramai adik-adik yang keliru tentang pemilihan kos lepas diploma, lepas ijazah, lepas spm dan sering bertanyakan soalan melalui email / blog akak ni ha, jadi akak buat satu entry khas untuk korang ni semua.


Sebelum tu, korang kena tau, akak ni belajar biasa-biasa je. Sepanjang perjalanan akak dalam SPM -- Diploma -- Ijazah -- Master, akak pernah terlingkup, pernah rasa gagal, pernah rasa putus asa belajar, segalanya yang baik dan tak baik pernah dilalui. Jadi kalau korang rasa nak baca, bacalah. Kalau korang rasa level akak tak sebagus korang, baik jangan baca. Cari abang-abang kakak-kakak pakcik makcik yang pandai, tak pernah gagal dan excellent sokmo dalam hidup dia, 



Ok, Jadi mari kita mulakan sesi perkongsian ni dengan satu soalan yang biasa diterima/ didengar.


Saya minat nak sambung belajar dalam bidang Finance, tapi mak, ayah, pakcik, kawan-kawan, dan jiran saya suruh ambil Medic, macam mana ye kak? Saya buntu lah...


Ok, bila cakap bab minat ni, ada dua peraturan asas. 



a) Minat boleh dipupuk

--Minat biasa datang bila kita senang faham, senang score sesuatu subjek atau bidang. Bila rasa susah, kita terus cakap 'ahhh tak minat lah benda ni. Susah!' 



-- Ada je manusia yang suka benda-benda susah. Lagi mencabar lagi dia minat. Tapi ini kes rare.Student macam ni biasanya yang ada kepala sendiri. Gagal 8 kali pun dia masih mencuba. Yang ni special case. Orang2 macam ni dikira orang hebat sebab tu jarang ada. Perjalanan hidup orang macam ni penuh liku-liku dan selalu kena kutuk, tapi selagi dia berusaha memantapkan diri dari kegagalan lalu, dia ni la yang akan jauhhh ke depan selagi mana dia gigih dan berusaha tambah ilmu.Dia akan jadi bos/tauke, dan yang mengutuk tadi tu biasanya akan jadi kuli je. Realiti!



-- Minat juga boleh datang dari pengaruh orang sekeliling. Mungkin mak ayah doktor, jadi anak minat jadi doktor. Tapi, kebolehan dan kemahiran kita bukan boleh diwarisi. Ia perlu diasah. Jadi tak semestinya parents doktor anak pun ada bakat jadi doktor. 



-- Minat sebab saje-saje minat atau sebab prospek kerja pada ketika itu. (Ramai dalam kategori ni). Dalam kategori ni, biasanya bila dia tak dapat capai apa dia nak, contoh tak dapat kerja bagus-bagus seperti yang dia sangka, mula la dia beralih minat. "Aku rasa aku nak ambil kos human resource. Susah la dapat kerja dalam kos IT ni sekarang". Padahal dulu beriya bergaduh dengan parents nak ambil kos IT. Tapi tak salah kalau korang beralih bidang (waktu sambung master atau phd) sebab nak luaskan lagi skop ilmu korang.




Jadi dengan point-point di atas, boleh lah kita simpulkan, minat ni sebenarnya boleh dipupuk. Minat dan potensi diri sebenarnya dua benda yang berbeza. Minat main bola, tapi sebenarnya potensi diri kita pada permainan ragbi. Beza.



Jelas? Tak jelas lagi malas nak taip dah. Panjang sangat dah aku bebel siap contoh bagai.



2) Minat tak semestinya bagus dan tak minat tak semestinya tak bagus 

Ok contoh paling mudah difahami. Minat menyanyi tapi tak semestinya korang nyanyi sedap. (Aku tak minat nyanyi dan aku nyanyi tak sedap. Kahkah). Tengoklah ujibakat realiti tv sekarang. Betapa ramai yang mengaku minat menyanyi tapi akhirnya nyanyian diorang tu boleh buat kita tak tidur malam sebab nightmare sangat sumbangnya.


Kadang-kadang, orang yang lebih berpengalaman dari kita akan nampak kat mana potensi diri kita. Dan mungkin dari pengalaman diorang dalam bidang tertentu, membuatkan diorang nampak sesuatu yg kita tak nampak.


Mari kita hayati contoh kehidupan akak yang kelakar pasal minat ni :


---Akak masa habis PMR sambung sekolah Teknik Tuanku Jaafar, N9. Minat nak jadi arkitek, sebab tu pilih jurusan kejuruteraan awam .Sekali subjek lukisan kejuruteraan yg senang tu pun akak tak score. Wuwuwu. Masuk teknik lingkup. SPM ntah hape-hape padan muka la kan sebab malas belajar asyik  tidur dalam kelas. Nasib baiklah subjek lepas kredit. Taklah teruk sangat sampai failed semua subjek. Korang jangan pikir teruk sangat. Haip! Minat yg dulu nak jadi arkitek dah hilang dibawa angin. Ada hati nak jadi arkitek. Phui!



---Rezeki dapat sambung kos diploma bisnes dekat UiTM. (Inipun rayuan tau, bukan panggilan pertama, sob sob. Gagal betul aku dulu). Ala kos biasa-biasa je. Janji dapat sambung belajar. Masa ni dah minat nak jadi ahli psikologi pulak. Ya Allah kartunnya aku masa muda-muda. Haha. Tapi SPM dah tak perform kita sambung bisnes jela. Bolehlah grad dengan CGPA 3.5 ke atas. Kos senang kan, diploma pulak tu.



---Sambung ijazah . Minat nak ambil international business. Macam dah sejiwa la konon dengan bidang bisnes. Parents suruh sambung Islamic Banking. Kalini dah insaf. Dah tak ikut minat sendiri. Hahaha. First sem ijazah, dengan terkejutnya score G.P.A 3.90. Masa tu rasa diri hebat betul dah, kahkah. Takjub betul dengan diri sendiri waktu tu. Maklumlah dari PMR asyik gagal dan suam-suam kuku. Dan akhirnya berjaya grad dengan first class degree. Alhamdulillah.



---Sekarang sambung master Islamic Finance bawah scholarship INCEIF. Alhamdulillah dah semester akhir. Dekat INCEIF pun struggle jugak. Mood study dah tak ada. Gagal lingkup berjaya pun semua harung dekat INCEIF. Tapi mungkin berkat doa dan pilihan mak ayah, sampai sekarang bertahan, alhamdulillah.



Nampak tak kisah kegagalan akak? Dari cerita akak korang boleh tahu sebenarnya potensi dan minat tak semestinya seiring. Memang minat boleh meningkatkan potensi diri kita. Tapi selagi kita tak berani mencuba, kita tak tahu sebenarnya potensi diri kita ke arah lain walaupun dulu kita macam tak heran pun bidang tu. 




Korang jangan jadi macam akak la. Akak tak rajin sangat study sebab tu kejap ok kejap gagal. Sebenarnya kalau kita rajin, apa pun kita boleh capai. Tapi korang janganlah rajin sebab nak skor exam je. Variasikan kemahiran korang. Jangan malas. Akak malas nak study untuk exam lagi2 time Master ni. Bg akak berjaya atas kertas ni nothing. Tapi korang jangan la pegang prinsip ni sampai taknak belajar. Belajar dan usaha tu mesti ada. Tapi kalau dah tak score power2 tu tak payah down sangatlah. Berjaya atas kertas ni tak ada apa pun. Carilah potensi diri korang, rajin explore setiap bidang. Banyakkan baca dan pergaulan dengan orang-orang berjaya. Bila dah jumpa potensi diri kita, minat tu akan datang dengan sendiri. Kejayaan pun akan datang bergolek-golek inshaAllah.





------------------------------------------------------------


Yang mana rasa diri dia gagal je sokmo tak jumpa-jumpa potensi diri,


Mintak kita sama-sama muhasabah diri


--- Usaha cukup tak?


---Kita bersungguh atau hangat-hangat tahi ayam?



---Hubungan dengan Allah dan manusia selalu jaga tak? Hutang duit ada bertangguh tak? Puasa macam mana? Solat lima waktu punctual ke last minute?




-------------------------------------------------------------


Semoga korang semua berjaya dalam apa jua bidang yang korang ceburi. Ingat, jangan putus asa. Macam mana down pun korang rasa waktu gagal, jangan sekali-kali korang berhenti berusaha. Biasalah kita manusia kemampuan kan terhad. Kadang-kadang tergelincir jugak kita sampai rasa nak give up sangat-sangat. Apa-apapun sebelum buat keputusan, doa dan tanya orang sekeliling. Jangan buat keputusan melulu. Pikir 876 kali sebelum buat keputusan. Dan bila dah buat keputusan, redha dengan pilihan kita. Redha dan usaha sungguh-sungguh, InshaAllah berjaya.




Ok Good luck adik-adik


Assalamualaikum, babai.....



Jari Kecil
17 September 2014, Rabu
6 petang

Friday, August 29, 2014

Itu Ustaz Segera! Dia Wahabi!

Assalamualaikum


Harapan saya....

Moga kita semua umat Islam berhenti melabel antara satu sama lain 

--- Dia ustaz segera!
--- Dia Wahabi! jauhkan diri... apa kita buat semua bida'ah!
--- Dia nampak je bagus, tapi sebenarnya dia alim alim taik kucing! 


Stop!!!!


Walhal dalam satu kelompok Jamaah itu pun tak dapat bersatu dengan baik


Malah kelompok yang sepatutnya mengajak 'amal makruf nahi mungkar' itu juga suka melabel-label manusia lain..


Dan begitu ghairah menekan butang 'share' atau 'retweet'...


Yang disangkakan sebenarnya tindakan melindungi umat Islam dari fitnah dan ajaran sesat orang-orang yang 'dilabel' ini


Walhal sebenarnya kita bukan manusia banyak ilmunya...yang nampak siapa dia sebenar manusia yg kita 'label' itu...


Kita percaya ustaz itu.. 


Kita kata dia lah paling bagus! Pendidikannya tinggi! Akhlaknya terpuji! Apa dia katakan pasti boleh dipercayai!...



Walhal kita pun tak tahu siapa dia di belakang kita...


Isunya....


Bukan siapa bagus, siapa patut kita percaya, siapa salah dan siapa betul. Bukan Bukan!


Isunya...


Zaman fitnah akhir zaman ini, kawal diri, kawal tangan kawal nafsu terhadap semua perkara


Jangankan kerana tangan kita yang ghairah berkongsi segala maklumat yang kita tidak tahu hujung pangkalnya


Hanya dengar-dengar dari sumber yang kita "rasa" kita "percaya"


Membuatkan kita "Muflis" di akhirat nanti....

------------------------------------------------

Jaga-jagalah... tidak kira dari mana kelompok Jamaah kamu.


Pegang saje pada al Quran dan As Sunnah yang satu


-------------------------------------------------

Kita nampak mudah... kita rasa kita tahu semua


Tapi sebenarnya.....


“(Ingatlah) diwaktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah benar.” 

An-Nur ayat 15


“Mereka hanya mengetahui yang lahir (sahaja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.” 

(Surah Ar-Ruum ayat 7)




"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada Hari Kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahalanya). Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan".

Al-Anbia, 21:47





"Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatanya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)".

Al-An'am, 6:160





"Apabila bumi digoncang dengan goncangannya (yang dahsyat). Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikeluarkannya). Dan manusia bertanya: Mengapa bumi (jadi begini?). Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kubur-kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaannya. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrahpun, nescaya akan melihat (balasan)nya".

Az-Zilzalah, 99:1-8




"Bersegeralah beramal sebelum datangnya fitnah seperti sepenggalan malam yang gelap gelita. Seorang lelaki diwaktu pagi masih Mukmin dan diwaktu petang telah menjadi kafir. Dan diwaktu petang masih beriman dan paginya menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia' 

(Riwayat Ahmad)


________________________________________________________

Moga kita semua umat Islam dapat bersatu dalam penyatuan Islam yang sebenar. Ameen--



Takut.



Jari Kecil
30 Ogos 2014, Sabtu
3.20 pagi

Wednesday, July 16, 2014

Soon

Assalamulaikum


I believe, it getting worse there

People keep complaining about everything

Selfish people keep coming in

This is not a healthy environment




InshaAllah will end it soon.



Little Finger
-dissapointed-

Wednesday, July 9, 2014

Edisi Tarbiyah: Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum



Macam mana dengan persiapan menuju pertengahan ramadhan?

Macam mana momentum ibadah setakat ini? Masih kekal istiqamah maju kehadapan atau masih istiqamah beralasan penat, tiada masa dan sebagainya?


Macam mana persiapan pecutan untuk ke malam Lailatulqadar? 


Harap semuanya baik-baik saje ^^


-------------------------------------------------------------------------------


Dalam kita mempergiatkan amalan dalam bulan Ramadhan, jangan lupa memperbaharui (tajdid) niat.


"Eh kenapa pula nak kena tajdid niat (memperbaharui niat)..?"


-**eh baru aku ingat hari tu aku tersalah sebut. Macam mana aku boleh sebut i'tiqad menggantikan perkataan tajdid! Ish. Mamai betul**-



Ok secara amnya ramai di antara kita akan berasa riang dan hati melompat girang penuh pengharapan bila membaca fadhilat-fadhilat yang ada dalam bulan Ramadhan. Apa tidaknya, kalau di luar bulan Ramadhan, rasanya kita sibuk mengumpul dosa (secara sedar dan tidak sedar) dan jarang merebut pahala.


--Nak bangun tahajjud? Jarang.. tunggu terjaga baru tahajjud. Biasanya memang lambat bangun pun. Yelah tido pun dah pukul 2, pukul 4 pagi. Subuh pun hujung-hujung. Apa orang kata tu? Subuh gajah? Kesian gajah dapat nama buruk =P. Itupun nasib la terbangun subuh, biasanya qada' je.



--Nak berdoa setiap masa? Biasa doa lepas habis solat dan bila dalam kesusahan je. Bila nak exam, bila nak Allah tolong sangat-sangat dalam sesuatu urusan, baru doa. Waktu-waktu lain terlupa. hehe. Takpela, Allah kan Maha Mengetahui.



--Nak baca Quran? Biasanya waktu lapang je. Susah nak buat waktu tetap. Yelah, kadang-kadang tak jangka banyak urusan. Itu yang tak sempat nak semak Quran. Bila dah free tu rasa penat pulak, terus tertidur. Takpelah, sekurang-kurangnya aku baca seminggu 2,3 kali. Allah tau. Lagipun kerja tu kan ibadah.



Ok cukup cukup. Rasa macam kena tikam banyak kali ni.


--------------------------------------------------------------


Lalu dengan datangnya Ramadhan, segala-galanya ingin diubah. Azam ditanam kemas-kemas. Ikrar Ramadhan ditampal begitu strategik tempatnya supaya tak mudah lupa dan sentiasa diingati.


Ditambah pula dengan hadith-hadith yang dibaca setiap hari tentang fadhilat Ramadhan, membuatkan jiwa bergelodak penuh semangat nak beribadah


Dengar pula speaker-speaker masjid membaca selawat dengan penuh semangat ketika selang Solat Tarawikh, ditambah pula dengan kemerduan imam membaca ayat-ayat suci Al-Quran cukup menjadikan hati lapang.


Di sekeliling kita lihat sana sini orang rajin membaca Al-Quran lalu hati terasa malu dan terus kita terikut membaca sama.


Maka dalam hati terus berkata "Bestnya kalau setiap hari adalah bulan Ramadhan"


Jadi persoalannya di sini.... Jengjengjeng!


Kita hamba Allah atau hamba Ramadhan?


---------------------------------------------------------------------------------------


Niat amal ibadah kita dalam bulan ini adakah kerana Allah atau kerana fadhilat Ramadhan itu sendiri?


Memang, tiada salahnya kita mendapatkan sumber semangat dari fadhilat tersebut.


Tiada salahnya mengejar kebaikan bulan ini. Siapa tau dengan kemanisan iman yang dirasai mampu dikekalkan walaupun selepas tamatnya Ramadhan. Soal hati itu kan bawah kuasa Allah. Jika Allah nak beri hidayah, DIA akan bagi. 



Tapi pernahkah terjadi pada kita, tamat sahaja Ramadhan, solat fardhu diringankan (melewat-lewatkan, qada'), Qiamullail dijadikan sampingan, Al-Quran dipandang sepi, perkataan dan perbuatan tidak lagi dijaga..


Lebih malang lagi jika semua itu tidak dijaga rapi sejak dari bulan Ramadhan dan membiarkan Ramadhan berlalu pergi seperti tiada apa yang terkesan di hati...



Periksa hati, sejauh mana kecintaan kita kepada Allah.


Kalau hati kata cinta, pertemuanNYA sentiasa dinanti.

Kalau hati kata cinta, segala arahan kita turuti atas kepercayaan semuanya untuk kebaikan

-----------------------------------------------------------------------------

Tanya hati kita...bercakaplah dengan diri. Renungkan secara peribadi. 


Puasa aku, kerana Allah atau kerana Ramadhan mewajibkan aku berpuasa?


Ibadah aku yang bersungguh pada bulan ini kerana cinta aku kepada Allah atau semata kerana fadhilat yang Allah janji ?


Doa aku yang menggunung pada bulan ini adakah kerana aku kenal Allah atau hanya kerana aku tahu doa aku naik ke langit ibarat roket ketika ini?


Kerja keras aku mengejar Lailatulqadar kerana Allah atau kerana janji kebaikan dari Allah?



Semak. Muhasabah. Tajdid niat kita, InshaAllah

--------------------------------------------------------------------------------

Kenal Allah sebaiknya dan tanamkan cinta sedalam-dalamnya kepada DIA.


Beribadahlah hanya kerana rasa cinta kamu kepadaNYA, bukan hanya kerana kepentinganmu mengejar sesuatu kebaikan.


Kerana jika bukan kebaikan yang kita dapat, percayalah ia akan membawa kepada putus asa pd rahmat Allah



Siapkan hadiah (ibadah) kita hanya kerana DIA. 


Analoginya :



Seorang hamba bersungguh menyiapkan hadiah yang hebat untuk diberi kepada pemimpin sesuatu negeri walaupun tidak pernah melihat wajahnya apatah lagi berjumpa secara empat mata. Lalu berjalanlah hamba itu sehingga sampainya dia di Istana pemimpin tersebut. Maka terlihatlah ia seorang pengawal yang nampak hebat dan gah bersama lembingnya . Kemudian hamba tersebut menyerahkan hadiah tersebut kepada pengawal kerana disangkanya itulah pemimpin yang dicari. 



Begitulah juga antara kita, ibadah yang dilakukan dan Allah. Jika kita sebagai hamba Allah bersunguh-sungguh melakukan ibadah tanpa mengenal siapa Allah, maka amal kita tidak tepat menuju kepadaNYA. Tanpa cinta yang mendalam, mana mungkin nikmat cinta itu dapat dirasai. Mana mungkin kita mengaku kita hamba Allah tanpa kita kenal siapa TUAN (Allah) kita. 


Hakikatnya berapa ramai yang mengatakan dia kenal Allah tapi amalannya tidak benar-benar kerana DIA?


Analoginya:


Kita sanggup keluar awal pada hari2 bekerja. Solat subuh awal, untuk mengelak 'traffic jam' dan nak memastikan 'punch card' awal sebelum waktunya. Takut-takut terjejas prestasi di hadapan majikan dan pekerja lain. Tapi bila waktu hujung minggu solat subuh kita di hujung waktu kerana tiada 'tanggungjawab' yang perlu dilangsaikan pada hari itu



Jadi kita hamba siapa? 


---------------------------------------------------------------------------------


Teringat saya pada kata-kata seorang ulama'



"Jangan dilakukan sesuatu ibadah itu semata-mata untuk menyelesaikannya tetapi lakukanlah suatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Allah tidak dimudaratkan oleh kemaksiatanmu tetapi engkaulah yang binasa apabila engkau melakukan maksiat"


Apabila Allah telah menetapkan bagimu untuk solat subuh berjemaah, setelah engkau keluar dari masjid, hadirkanlah perasaan gembira bahawasanya Allah dengan rahmatnya telah membangunkanmu dari tempat tidurmu dan menyebabkan engkau berdiri di hadapanNya dan menyebabkan engkau bergerak menuju rumahNYA. 


Inilah yang kita harapkan. Mereka yang apabila Allah inginkan kebaikan untuk mereka, mereka ditetapkan dan dimatikan atas agama, dan tidak ada kegembiraan yang lebih besar bagi seorang hamba selain kegembiraan terhadap Islam dan sebagaimana semua telah tahu bahawa seorang hamba itu mestilah bersyukur kepada Allah kerana menjadikannya seorang Muslim"



Kita semua dengan rahmat Allah dilahirkan Muslim, yakni Allah memberi kita Islam tanpa kita memintanya. 


---------------------------------------------------------------------------------

Lakukanlah ibadah ikhlas kerana DIA. Kerana rasa syukur kita kepadaNYA. Syukur atas setiap nikmat baik dan ujian yang kita terima


Kerana pada diri seorang mukmin itu adalah kebaikan pada setiap keadaan, baik pada saat ditimpa musibah atau saat didalam kesenangan.


InshaAllah, dengan niat yang betul, ibadah akan tepat sampai kepada Allah yang Maha Esa


Nikmat kemanisan iman akan kekal dirasai biarpun Ramadhan berlalu pergi, kerana setiap bulan adalah baik bagiNya selagi Allah ada bersama =)


-----------------------------------------------------------------------------------

Jadi jom tajdid niat. Masih sempat


Tidak ada istilah terlambat selagi nafas kita masih dipinjamkan oleh Allah dan selagi belum kiamat.


Moga kita semua terus dikurniakan petunjuk dan hidayah. Moga mati kita, Husnul Khatimah, InshaAllah





-- Setiap kata-kata ditujukan kepada diri saya terutamanya supaya ini menjadi ingatan dan tanggungjwb sy
-- Tegur saya jika ada silap 
-- Sampai-sampaikan jika anda rasa bacaan ini bermanfaat


p/s : Jaga-jaga dengan sifat Ghurur (**semak dan cari ilmu daripada mana-mana ilmuwan mengenai sifat ini dan fahamkan**). Moga kita semua terhindar dari sifat tersebut. Amin.


Wallahua'lam. 



Jari Kecil
10 Julai 2014, Khamis
6.50 pagi

Monday, June 23, 2014

Gagal Episod 2

Assalamualaikum


Rasanya dah lama sangat tinggalkan blog. Banyak je benda yang nak ditulis, tapi masa tak mengizinkan. Semester pendek di INCEIF sangat meletihkan.


---------------------------------------------------------------

alahai.... tak boleh pergi jugak la kali ni. Letih sangat mungkin dicampur dengan kesihatan yang merosot ,dengan jerebu lagi. Bau asap dalam rumah, dalam bilik. Ujian


Lain kali lah tulis. Menulis ni kena ada hati. Kalau pakai tulis je, tak sedap nak dibaca. Ingat tadi paksa taip entry bolehlah siap jugak satu. Nak buat macam mana, momentum tak ada.


Oklah. Saya nak tengok tv. Byebye!




Jari Kecil
23 Jun 2014, Isnin
11.10 malam



Monday, June 9, 2014

Gagal

Assalamualaikum


Eh sebenarnya tadi saya ada idea nak tulis apa untuk entry kali ni. Tapi bila dah on laptop, dah buat kerja lain.. terus lupa. Ish. Kita cuba la tengok boleh pergi tak entry kali ni


----------------------------------------------


Jam 12 malam = mula menulis mukaddimah

Jam 1.48 pagi = masih tersadai tanpa sebarang penambahan. Jadi saya rasa, eloklah saya tangguhkan dulu entry kali ini. Idea tak sampai-sampai. Sekejap betul hilang. Lagipun ada beberapa perkara saya kena selesaikan sekarang. 



Ok saya nak sambung bekerja. 



Jari Kecil
10 Jun 2014, Selasa
1.50 pagi

Saturday, June 7, 2014

Selesai

Quick update


Misi menyelamat selesai. Fuh alhamdulillah


Misi no 1 kena tunggu masa je.


Misi no 3 masih 'pending'. Tapi macam kena selesaikan. Tapi rasa macam takde apa yang perlu diselesaikan.


Eh eh eh eh. Malaslah pikir. Biar ajelah.


Ada adela. Takde takdelah. Toksah pikir banyak.

Fokusss !!!!


Bye!!

Monday, June 2, 2014

Edisi Tarbiyah : Perjalanan Menuju Kematian

Assalamualaikum


Saya baru sahaja selesai sesi penting . Jarang boleh bercakap dan berbincang. Moga perbualan singkat tersebut dapat membuka mata dan menyentuh hati yang mendengar tadi. Juga moga Allah jadikan dia seorang yang kuat dalam melawan ajakan nafsu yang sentiasa menguasai diri. Ameen Ya Rabb.


-------------------------------------------------------


Ok cukuplah, tak boleh intro panjang-panjang sangat, bukan orang faham pun. Hehe. Entry kali ni cuma nak kupas tentang satu perkara ringkas tapi ramai yang terlepas pandang, termasuk saya sendiri. Atau ramai yang tahu, tapi masih buat-buat 'innocent' dengan alasan manusia tak sempurna dan iman manusia berbolak-balik?


-------------------------------------------------------


Hidup ini sebenarnya perjalanan menuju kematian. Semakin jauh perjalanan, semakin bertambah umur, semakin laju masa berputar, semakin dekat kita dengan kematian. Jadi apa bekalan yang ingin kita bawa?



Kesakitan, kesusahan dalam kehidupan, cabaran, dugaan dalam menuju kebaikan..semuanya didatangkan Allah cuma sekejap. Ya mungkin, di dunia setahun menanggung sakit itu sudah cukup lama bagi kita. Tapi tetap tak terbanding dengan kehidupan kita di akhirat. Di akhirat perjalanan kita sangat panjang..sehinggakan ada manusia yang meminta kepada Allah dimasukkan sahaja ke neraka kerana tidak tahan menanggung seksanya menanti amalan dihisab. Mudah-mudahan perjalanan kita di alam akhirat dipermudahkan oleh Allah.



Jadi apalah sangat penat dan kesusahan kita sekarang.


--- Apalah sangat rasa terbeban dengan kerja yang menimbun kalau itu akan menjadi saham
akhirat kita kelak? 


--- Apalah sangat menanggung kesakitan kalau itu sebagai kafarah dosa supaya ketika amalan dihisab nanti beratnya di sebelah kanan. 


--- Apalah sangat dipandang hina di mata manusia kalau itu mampu menjadikan kita sentiasa tawadhuk kepada Allah atas sifat kehambaan.


--- Apalah sangat miskin di dunia sehingga sentiasa mengira untungnya menjadi manusia yang punya harta kalau miskin itu menjauhkan kita dari sifat riak, takbur dan sombong?



--- Apalah sangat menjadi pekerja biasa dan orang biasa-biasa kalau itu dapat melebihkan masa kita berjumpa Allah berbanding orang sibuk yang sukar mencari masa hatta memenuhkan solat yang lima sekalipun.



--- Apalah sangat kita berfikir tentang jodoh yang tak kunjung tiba malah dibandingkan pula dengan rakan-rakan yang sudah punya anak kalau bersendirian itu mampu melebihkan masa kita menambah amal pahala akhirat dengan lebih banyak tanpa perlu memikirkan tanggungjawab berkeluarga..



Allahu Allah...


Kalaulah kita mengambil ibrah kisah-kisah umat terdahulu. Kalaulah kita mengetahui hidup ini sekejap cuma. Kalaulah kita faham dalam-dalam mati itu bila-bila.


Dan....


Kalaulah kita hadam kemas-kemas amal baik kita masih belum mampu membantu kita mempercepatkan hisab kita di padang Mahsyar kelak...


Kalaulah kita sedar sungguh-sunguh banyaknya tuntutan manusia lain ke atas kita di padang Mahsyar kelak atas hutang kita yang tertangguh dan tidak berbayar, atas sifat kita yang suka mengadu domba, atas lidah kita yang tidak pernah berhenti menyebut perihal manusia sekeliling...atas tanggungjawab kita kepada umat Islam yang ditindas di seluruh dunia tapi kita sibuk memikirkan hal kita cuma.


---Sentap
---Makan dalam
---Berubah wajah



Rasalah apa pun, tapi semuanya tak bermakna kalau tak membawa kepada apa-apa perubahan kebaikan. Rasa dah ada..berubahnya 'nanti-nanti'.


Kata orang bijak pandai :


"Bukan sedikit manusia yang tenggelam dalam lautan 'nanti' itu. Bahkan ada yang sehingga makan, tidur dan berumah di dalamnya. Mereka mempunyai idea dan buah fikiran yang bagus-bagus namun disebabkan perkataan 'nanti' itu, mereka selalu tertangguh!"


Bertangguhlah dalam melakukan kejahatan dan bersegeralah dalam kebaikan.


Allahu Allah..

Jadikanlah setiap kejadian yang menimpa kita ini sebagai sesuatu yang baik. Fokus ke arah perjalanan hidup kita. 


--- Jika kita seorang pelajar, belajarlah bersungguh dengan niat kerana Allah. Disiplinkan diri mulai saat ini. Lihat saja tokoh Islam terdahulu tidurnya sedikit. Hari-harinya dihabiskan dengan dakwah biarpun terpaksa berjalan beratus-ratus batu. Asalkan masanya terisi dengan majlis ilmu, tidak pernah terasa letih dan penat. 


--- Jika kita seorang pekerja, lakukan kerja dengan penuh semangat. Biarpun susah, biarpun kita diherdik atau dicaci, asalkan rezeki kita berkat..teruskan bekerja dengan penuh semangat! Senyum, dan teruskan hari-harimu



--- Jika kita seorang anak, berbaktilah kepada ibu dan bapa. Biarpun seberat mana hati ini menanggung kepayahan membahagikan masa sehingga menjadikan kita letih, asalkan redha Allah kita peroleh dari redha ibu bapa, apa lagi yang kita mahukan bila Allah memandang kita dengan penuh kasih sayang?



Apa pun sahaja yang kita lalui sekarang,, teruskan berjalan ke hadapan. Melangkahlah dengan penuh azam, semangat dan hadapi penuh tenang segala cabaran dan dugaan yang mendatang.



Kerana hidup di dunia itu cuma sepintas sahaja...



Bila terasa lelah, ingatlah hidup ini persiapan menuju kematian. Persiapkan diri menuju syurga Allah. Sebaik-baik tempat yang kamu boleh minta apa sahaja setelah kamu tinggalkan ia di dunia demi semata mengejar cinta Allah.




Hidup kita tak lama...





Jari Kecil
3 Jun 2014, Selasa
2 Pagi

Tuesday, May 27, 2014

Perasmian Semester 5

Assalamualaikum


Hello hello ...

Cuma nak bagitau result semester 4 dah keluar tadi

27 Mei 2014, Selasa

Alhamdulillah .... perjuangan masih boleh diteruskan!!!


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang tak henti-henti memberi nikmat pada hambaNya yang huru-hara semester lepas


Jadi inshaAllah tinggal lagi 4 subjek berbaki sebelum tamat pengajian Master

Moga impian tercapai hendaknya. Ameen

Hoo yeahhhh.!


Rasa macam nak pergi makan besar. Ngeee


Eh  eh

Nampaknya birthday saya 29 mei nanti boleh disambut dengan penuh syukur dan gembira

Alhamdulillah. Hooray! Hooray!


Dengan ini, saya Ummi Kalthum merasmikan...


Perjuangan Semester 5 di bulan puasa!!!!!


Jari Kecil
27 Mei 2014, Selasa
8.45 malam






Friday, May 9, 2014

Hawa yang menjaga

Assalamualaikum



Jadi wanita, perempuan, gadis?, muslimah...

Atau apa-apa saje gelaran yang digunapakai

Memang susah

Sebenarnya tak la susah kalau semua lelaki di dunia ni faham satu konsep

"Hawa yang menjaga bukan mudah nak mengabdikan dirinya kepada yang belum sah menurut agama"

Istilah bercinta bagi hawa yang menjaga itu hanya wujud selepas nikah

Istilah layanan istimewa itu hanya layak diberi kepada yang sudah halal 

Selagi... dua tangan belum berjabat dengan kehadiran saksi yang mendengar dan melihat



------------------------------------------------------------

Lelaki, semua mengidamkan hawa yang suci

Siapa suka yang tergedik, tergatal, termanja sana sini, memberi layanan mesra kepada semua lelaki yang dikenali

Rasa pelik, rasa geli

"Alah, tak ada istimewa nya aku ni, semua lelaki pernah 'merasa' dia"

Murah.

-------------------------------------------------------------

Tapi bila ada yang cuba menjaga diri...dipaksa pula keluar sana sini

Disuruh memberi layanan sama rata sepertimana sahabat-sahabat kaum hawa

Allah, bukan ini keadaan 'hawa yang menjaga' mahukan

Cukuplah..

Diri hawa yang menjaga ini pernah diperbodohkan dengan nafsu sendiri

Batasan tak pernah dijaga

Rasa seronok, rasa teruja, macam dunia ni tak ada penghujungnya

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayang Allah

DIA bawa hawa itu kembali

Cukup-cukuplah menjadi hamba nafsu sendiri


----------------------------------------------------------


Hawa yang menjaga tak akan kisah apa saja senjata yang digunakan

Ayat manis. Janji kekayaan. Janji layanan baik. Janji kesetiaan

Selagi Allah belum izinkan

Cukuplah sampai sini

Jangan dipaksa mengikut apa sahaja yang kamu mahukan..

Jika keterlaluan...

Tak akan teragak untuk ditinggalkan


----------------------------------------------------------


Bukan menunjuk baik

Masih penuh salah, dosa, maksiat sekeliling yang dilakukan

Tapi cukuplah...

Takkan pernah cukup syukur kepada Allah


Setelah DIA bawa pulang, takkan mungkin hawa yang menjaga itu kembali mencari jalan lama yang penuh kebodohan yang dicari sendiri

Hidup tak panjang

Dosa semakin menggunung tinggi

Takut

Bukan baik..

Tapi kerana tidak baik itulah, hati ingin dididik

---------------------------------------------------

Ikutlah jalan apa pun yang kamu mahu

Carilah, siapa sahaja yang mampu memberi layanan membahagiakanmu

Hawa yang menjaga itu,..

Akan tetap tersimpan sampai satu masa

Kerana Yakin,

Apa yang Allah janjikan

Doa, takkan pernah putus

Istikharah takkan berhenti

InshaAllah

-------------------------------------------------------------



Biarlah kalau ada yang tak memahami
Yang mengeji, yang rasa geli dengan semua perubahan ini

Tegas

Selagi belum sampai masa...


Sekian

Jari Kecil
Jumaat, 9 Mei 2014
Jam rosak

Wednesday, May 7, 2014

Nikmati saat single anda

Assalamualaikum


Seronok sebenarnya hidup sendiri ni

Selagi ada masa untuk menikmati kehidupan sebagai seorang yang single

Jangan merungut bila tengok orang keliling dah kahwin ke bercinta ke

Nanti bila hidup dah berdua bertiga

Dah jarang ada masa untuk diri sendiri

Bebas

Tanpa pengaruh orang lain

Jadi... selagi ada masa ni

Enjoy saje~

Kebebasan adalah hak milik setiap insan*iklan

Cuma kebebasan kita masih lagi ada batas agama

Jangan sampai buat benda bukan2 dah la


Oklah.


Saya sedang menikmati kehidupan sebagai seorang yang single


Bila tiba masa dan keadaan yang tepat

Mungkin hati akan terbukak untuk berdua bertiga berlima atau berlapan

Doa

Yang penting...skrg bukan masanya


Saya sedang sibuk menguruskan diri sendiri dan keluarga saje. 

Takde masa nak berkepit dengan phone

Takde masa nak update apa2

Saya takde masa nak bercinta berkepit berjalan berdating ber ber ber


Selagi belum sah menurut agama


I'm free!

Bye!



Sekian

Jari kecil
8 mei 2014, khamis
2.45 petang


Tuesday, May 6, 2014

Paper terakhir untuk semester 4

Hey hey

Tengah hari ni last paper saya untuk semester empat ini

Saya ada lagi 4 subjek untuk diusahakan inshaAllah


Saya dah tahap excited nak habiskan dengan segera


Walaupun saya tak study sangat
 pun untuk paper last ni


Sebab fokus dah ke laut


Oklah. 


Saya nak tengok2 apa lagi saya boleh prepare


Usaha kena la ada.


Hish. Takkanlaaaa tak baca langsung


Cuma saya belum habis baca beberapa topik  lagi ni.


Hoho 


Ok bai bai


Tak sabar tak sabar

Saturday, May 3, 2014

Baru saya faham

Assalamualaikum..


Saya rasa, saya dah paham perasaan itu.


Ok. Saya salah dalam tak bersalah


Takpe. Saya sangat yakin, perancangan Allah itu indah dan sangat baik.



.........


Jari kecil
Sabtu, tak ingat tarikh
11.20 malam

Thursday, May 1, 2014

Sedang

Assalamualaikum


Sedang tak boleh tido


Sedang bertahan


Sedang berpeluh menahan sakit uuuuu


Tatau nak buat apa


Jadi update blog jela


Borak benda2 merepek


Sedang pun boleh jadi tajuk entry


Sedang lembik sakit dari siang tadi


Sedang merana sebab nak study esok ni


Habis bila sakit cane nak study


Alaaaaaa


Sedang risau ...


Sedang cuak .....


Sedang bertenang supaya cepat baik


Ok dah habis. 


Saya nak pergi sambung bertenang



Bye!


Jari kecil
Jumaat, berapa haribulan ntah
2.43 pagi