Wednesday, July 9, 2014

Edisi Tarbiyah: Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum



Macam mana dengan persiapan menuju pertengahan ramadhan?

Macam mana momentum ibadah setakat ini? Masih kekal istiqamah maju kehadapan atau masih istiqamah beralasan penat, tiada masa dan sebagainya?


Macam mana persiapan pecutan untuk ke malam Lailatulqadar? 


Harap semuanya baik-baik saje ^^


-------------------------------------------------------------------------------


Dalam kita mempergiatkan amalan dalam bulan Ramadhan, jangan lupa memperbaharui (tajdid) niat.


"Eh kenapa pula nak kena tajdid niat (memperbaharui niat)..?"


-**eh baru aku ingat hari tu aku tersalah sebut. Macam mana aku boleh sebut i'tiqad menggantikan perkataan tajdid! Ish. Mamai betul**-



Ok secara amnya ramai di antara kita akan berasa riang dan hati melompat girang penuh pengharapan bila membaca fadhilat-fadhilat yang ada dalam bulan Ramadhan. Apa tidaknya, kalau di luar bulan Ramadhan, rasanya kita sibuk mengumpul dosa (secara sedar dan tidak sedar) dan jarang merebut pahala.


--Nak bangun tahajjud? Jarang.. tunggu terjaga baru tahajjud. Biasanya memang lambat bangun pun. Yelah tido pun dah pukul 2, pukul 4 pagi. Subuh pun hujung-hujung. Apa orang kata tu? Subuh gajah? Kesian gajah dapat nama buruk =P. Itupun nasib la terbangun subuh, biasanya qada' je.



--Nak berdoa setiap masa? Biasa doa lepas habis solat dan bila dalam kesusahan je. Bila nak exam, bila nak Allah tolong sangat-sangat dalam sesuatu urusan, baru doa. Waktu-waktu lain terlupa. hehe. Takpela, Allah kan Maha Mengetahui.



--Nak baca Quran? Biasanya waktu lapang je. Susah nak buat waktu tetap. Yelah, kadang-kadang tak jangka banyak urusan. Itu yang tak sempat nak semak Quran. Bila dah free tu rasa penat pulak, terus tertidur. Takpelah, sekurang-kurangnya aku baca seminggu 2,3 kali. Allah tau. Lagipun kerja tu kan ibadah.



Ok cukup cukup. Rasa macam kena tikam banyak kali ni.


--------------------------------------------------------------


Lalu dengan datangnya Ramadhan, segala-galanya ingin diubah. Azam ditanam kemas-kemas. Ikrar Ramadhan ditampal begitu strategik tempatnya supaya tak mudah lupa dan sentiasa diingati.


Ditambah pula dengan hadith-hadith yang dibaca setiap hari tentang fadhilat Ramadhan, membuatkan jiwa bergelodak penuh semangat nak beribadah


Dengar pula speaker-speaker masjid membaca selawat dengan penuh semangat ketika selang Solat Tarawikh, ditambah pula dengan kemerduan imam membaca ayat-ayat suci Al-Quran cukup menjadikan hati lapang.


Di sekeliling kita lihat sana sini orang rajin membaca Al-Quran lalu hati terasa malu dan terus kita terikut membaca sama.


Maka dalam hati terus berkata "Bestnya kalau setiap hari adalah bulan Ramadhan"


Jadi persoalannya di sini.... Jengjengjeng!


Kita hamba Allah atau hamba Ramadhan?


---------------------------------------------------------------------------------------


Niat amal ibadah kita dalam bulan ini adakah kerana Allah atau kerana fadhilat Ramadhan itu sendiri?


Memang, tiada salahnya kita mendapatkan sumber semangat dari fadhilat tersebut.


Tiada salahnya mengejar kebaikan bulan ini. Siapa tau dengan kemanisan iman yang dirasai mampu dikekalkan walaupun selepas tamatnya Ramadhan. Soal hati itu kan bawah kuasa Allah. Jika Allah nak beri hidayah, DIA akan bagi. 



Tapi pernahkah terjadi pada kita, tamat sahaja Ramadhan, solat fardhu diringankan (melewat-lewatkan, qada'), Qiamullail dijadikan sampingan, Al-Quran dipandang sepi, perkataan dan perbuatan tidak lagi dijaga..


Lebih malang lagi jika semua itu tidak dijaga rapi sejak dari bulan Ramadhan dan membiarkan Ramadhan berlalu pergi seperti tiada apa yang terkesan di hati...



Periksa hati, sejauh mana kecintaan kita kepada Allah.


Kalau hati kata cinta, pertemuanNYA sentiasa dinanti.

Kalau hati kata cinta, segala arahan kita turuti atas kepercayaan semuanya untuk kebaikan

-----------------------------------------------------------------------------

Tanya hati kita...bercakaplah dengan diri. Renungkan secara peribadi. 


Puasa aku, kerana Allah atau kerana Ramadhan mewajibkan aku berpuasa?


Ibadah aku yang bersungguh pada bulan ini kerana cinta aku kepada Allah atau semata kerana fadhilat yang Allah janji ?


Doa aku yang menggunung pada bulan ini adakah kerana aku kenal Allah atau hanya kerana aku tahu doa aku naik ke langit ibarat roket ketika ini?


Kerja keras aku mengejar Lailatulqadar kerana Allah atau kerana janji kebaikan dari Allah?



Semak. Muhasabah. Tajdid niat kita, InshaAllah

--------------------------------------------------------------------------------

Kenal Allah sebaiknya dan tanamkan cinta sedalam-dalamnya kepada DIA.


Beribadahlah hanya kerana rasa cinta kamu kepadaNYA, bukan hanya kerana kepentinganmu mengejar sesuatu kebaikan.


Kerana jika bukan kebaikan yang kita dapat, percayalah ia akan membawa kepada putus asa pd rahmat Allah



Siapkan hadiah (ibadah) kita hanya kerana DIA. 


Analoginya :



Seorang hamba bersungguh menyiapkan hadiah yang hebat untuk diberi kepada pemimpin sesuatu negeri walaupun tidak pernah melihat wajahnya apatah lagi berjumpa secara empat mata. Lalu berjalanlah hamba itu sehingga sampainya dia di Istana pemimpin tersebut. Maka terlihatlah ia seorang pengawal yang nampak hebat dan gah bersama lembingnya . Kemudian hamba tersebut menyerahkan hadiah tersebut kepada pengawal kerana disangkanya itulah pemimpin yang dicari. 



Begitulah juga antara kita, ibadah yang dilakukan dan Allah. Jika kita sebagai hamba Allah bersunguh-sungguh melakukan ibadah tanpa mengenal siapa Allah, maka amal kita tidak tepat menuju kepadaNYA. Tanpa cinta yang mendalam, mana mungkin nikmat cinta itu dapat dirasai. Mana mungkin kita mengaku kita hamba Allah tanpa kita kenal siapa TUAN (Allah) kita. 


Hakikatnya berapa ramai yang mengatakan dia kenal Allah tapi amalannya tidak benar-benar kerana DIA?


Analoginya:


Kita sanggup keluar awal pada hari2 bekerja. Solat subuh awal, untuk mengelak 'traffic jam' dan nak memastikan 'punch card' awal sebelum waktunya. Takut-takut terjejas prestasi di hadapan majikan dan pekerja lain. Tapi bila waktu hujung minggu solat subuh kita di hujung waktu kerana tiada 'tanggungjawab' yang perlu dilangsaikan pada hari itu



Jadi kita hamba siapa? 


---------------------------------------------------------------------------------


Teringat saya pada kata-kata seorang ulama'



"Jangan dilakukan sesuatu ibadah itu semata-mata untuk menyelesaikannya tetapi lakukanlah suatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Allah tidak dimudaratkan oleh kemaksiatanmu tetapi engkaulah yang binasa apabila engkau melakukan maksiat"


Apabila Allah telah menetapkan bagimu untuk solat subuh berjemaah, setelah engkau keluar dari masjid, hadirkanlah perasaan gembira bahawasanya Allah dengan rahmatnya telah membangunkanmu dari tempat tidurmu dan menyebabkan engkau berdiri di hadapanNya dan menyebabkan engkau bergerak menuju rumahNYA. 


Inilah yang kita harapkan. Mereka yang apabila Allah inginkan kebaikan untuk mereka, mereka ditetapkan dan dimatikan atas agama, dan tidak ada kegembiraan yang lebih besar bagi seorang hamba selain kegembiraan terhadap Islam dan sebagaimana semua telah tahu bahawa seorang hamba itu mestilah bersyukur kepada Allah kerana menjadikannya seorang Muslim"



Kita semua dengan rahmat Allah dilahirkan Muslim, yakni Allah memberi kita Islam tanpa kita memintanya. 


---------------------------------------------------------------------------------

Lakukanlah ibadah ikhlas kerana DIA. Kerana rasa syukur kita kepadaNYA. Syukur atas setiap nikmat baik dan ujian yang kita terima


Kerana pada diri seorang mukmin itu adalah kebaikan pada setiap keadaan, baik pada saat ditimpa musibah atau saat didalam kesenangan.


InshaAllah, dengan niat yang betul, ibadah akan tepat sampai kepada Allah yang Maha Esa


Nikmat kemanisan iman akan kekal dirasai biarpun Ramadhan berlalu pergi, kerana setiap bulan adalah baik bagiNya selagi Allah ada bersama =)


-----------------------------------------------------------------------------------

Jadi jom tajdid niat. Masih sempat


Tidak ada istilah terlambat selagi nafas kita masih dipinjamkan oleh Allah dan selagi belum kiamat.


Moga kita semua terus dikurniakan petunjuk dan hidayah. Moga mati kita, Husnul Khatimah, InshaAllah





-- Setiap kata-kata ditujukan kepada diri saya terutamanya supaya ini menjadi ingatan dan tanggungjwb sy
-- Tegur saya jika ada silap 
-- Sampai-sampaikan jika anda rasa bacaan ini bermanfaat


p/s : Jaga-jaga dengan sifat Ghurur (**semak dan cari ilmu daripada mana-mana ilmuwan mengenai sifat ini dan fahamkan**). Moga kita semua terhindar dari sifat tersebut. Amin.


Wallahua'lam. 



Jari Kecil
10 Julai 2014, Khamis
6.50 pagi

No comments: