Friday, February 20, 2015

Sambung Masters sebenarnya tak seteruk yang disangka

Assalamualaikum



Aku dah lama tak ada idea nak tulis apa untuk blog ni, sehinggalah pada suatu malam yang hening, kawan aku tunjuk satu screenshot dari twitter. *Sorry dah delete pulak gambar tu* . Oh btw, terima kasih pada syafiq, kawan aku yang sama-sama sambung Masters di INCEIF untuk screenshot yang dia bagi (klik sini untuk ke blog Syafiq). Dan terima kasih pada adam (tak ada blog, lol) sebab tolong screenshot dan pass pada Syafiq. 


Kisahnya ada seorang hamba Allah dah bagi link ke blog aku untuk entry aku satu ketika dahulu tentang "Bagi saya, sambung Master tu tough" >>> klik sini



Entry tersebut telah menambah ketakutan beliau untuk sambung belajar dan lebih malang lagi, hamba Allah tersebut dah mengajak sahabatnya untuk takut bersama. Jadilah mereka takut secara berjemaah. Aku terus rasa bersalah dengan keadaan yang berlaku, dan aku rasa aku kena betulkan balik. So entry kali ni diwujudkan khas untuk membetulkan persepsi sesiapa yang takut nak sambung Masters tak kira di INCEIF, atau di mana-mana saja.




------------------------------------------------------------------------


Satu ketika dahulu, aku sambung Masters atas semangat cita-cita yang tinggi. Aku nak jadi pensyarah, muktamad! Aku berhenti kerja semata-mata sebab nak fokus dengan Masters   ( ok part ni aku menyesal, tapi Allah lebih tahu ) . Aku pilih INCEIF sebab pensyarah aku dulu suka sebut tentang INCEIF (yang bagus dan best ). Jadi aku ada satu perasaan positif tentang INCEIF. Habis je Ijazah, aku kerja tak sampai 3 bulan lepas tu terus sambung Masters. 



Semester pertama sampai semester kedua, aku bukan main gigih. Study teruk-teruk sebab nak cuba fahamkan sesuatu subjek yang aku kurang jelas. Masuk semester ketiga, aku dah semakin malas. Subjek pun ada yang dah dapat C. Begitulah malasnya aku waktu tu. Kemalasan ni berterusan sampai ke semester 5. Semester 6 (semester akhir ) aku dah tak boleh malas , kalau aku malas, aku tak boleh grad. Dengan kebaikan yang Allah bagi pada aku, Alhamdulillah aku berjaya grad on time walaupun tahap pemalas dah serupa tahap beruang berhibernasi waktu musim sejuk. 





Waktu mula aku masuk INCEIF, aku terkena kejutan budaya. Bukan aku berubah tiba-tiba jadi budak punk, tapi aku terkejut kenapa aku kena baca journal banyak sangat. Jujurnya, tak banyak pun journal yang perlu dibaca, tapi sebagai seorang pelajar yang memang malas membaca, aku nak kategorikan ia sebagai BANYAK SANGAT





Kenapa aku kata sambung masters tu tough?



1) Aku malas membaca journal yang panjang-panjang. Dengan segala statistik, econometrics...aku sungguh malas nak faham. Tapi aku paksa la diri untuk jadi rajin. Kalau ikutkan malas tu sampai bila nak berjaya.



2) Aku ada satu tabiat suka ponteng kelas (ponteng suka-suka dan ponteng kerana terpaksa). Tabiat ni dari diploma -- ijazah -- masters masih dikekalkan dengan penuh istiqamah. Tapi ponteng kelas waktu Masters adalah sangat tidak bijak ye kawan-kawan. Lagi-lagi kalau kita lepaskan peluang belajar dengan pensayarah-pensyarah hebat dari INCEIF. Ilmu dan pengalaman yang diorang ada jangan disia-siakan. Jadi bila aku ponteng, aku sendiri dah cari pasal nak catch-up balik apa yang diajar. Padan muka




3) Dunia postgraduate tak sama dengan undergraduate. Disiplin dan semangat kena tinggi waktu postgraduate. Nak malas-malas tu boleh, ala biasalah majoriti pelajar melayu kan suka malas-malas. Tapi malaslah dengan berpada-pada. Jangan malas sampai menyusahkan dan memperbodohkan diri sendiri. Ubahlah mind-set saat melangkah ke alam postgraduate. Tak boleh terlalu bergantung pada orang lain, tak boleh terlalu malas tak sedar diri dan tak boleh terlalu mengharap pensyarah akan bagi semua material sampai korang tak payah cari sendiri. 




Kesimpulannya, apa yang aku maksudkan sebagai TOUGH adalah kerana kemalasan, mentaliti dan tabiat dari perspektif seorang pelajar Melayu. Dalam kes ni, aku lah pelajar Melayu tu.



Ini semua kau punca, ummi!

---------------------------------------------------------------------

Perlu ke sambung Masters / PHD?


Yang itu nanti aku sambung pada entry lain. 



-- Semoga yang nak sambung belajar tak takut untuk meneruskan niat murni tersebut
-- Semoga yang memilih INCEIF untuk sambung Masters/PHD takkan rasa INCEIF ni menakutkan (buktinya aku boleh grad walaupun aku malas umpama beruang)



Ok . Semoga mendapat manfaat dari entry ini



Sekian

Jari Kecil
20 Februari 2014, Jumaat
3.50 petang