Friday, March 13, 2009

Al-Kisah Cerita Dahulu Kala

Assalamualaikum..

Al- kisah.. Nape aku namakan tajuk post kali ni cerita dahulu kala? Bukan sbb aku nak wat prosa klasik mahupun gurindam ghazal rabiah. Cerita ni sebenarnya dah lama berlaku. Cuma baru sempat diceritakan sekarang. Jadi cerita dahulu kala...

Dahulu Kala, aku dan rakan- rakan bilik ku telah berangkat ke batu pahat dan melaka untuk melakukan aktiviti yang dinamakan " penyembuhan otak ". Otak yang penin2 blaja perlu disembuhkan dgn aktiviti sebegini. Aktiviti itu adalah " Road Tour ".. (busan...). Semua budak bilik aku terlibat. Tp kami telah dipisahkan kepada 2 bahagian mengikut system random sampling. 1 bahagian ke rumah iema, 1 bahagian lg ke rumah ana. Ana bukanlah ahli dorm kami, tp beliau merupakan pelancong vietnam yang sudi sponsor tmpt tggl buat kami. KApkun KAp ana. Maksudnye terima kasih ana dalam bahasa vietnam.

Aku ni tergolong dalam bahagian yg 1. Rumah Iema. Kami disambut dgn pnuh meriah di rumah Iema. Segan pun ada. Kami juga disogokkan dengan pelbagai jenis makanan. Terima kasih Mak Iema krn telah menyogok kami. Sungguh kenyang spt buaya2 terdampar di tepi sungai. Kami tiba di rumah Iema dlm tgh hari. Ptg tu dah kuar jalan dah. Gi pantai. Nama pantai tu, pantai minyak beku. Walaupun tiada minyak beku yang kelihatan, kami mengiyekan sahaja kata Iema yg nama dia Pantai Minyak Beku. Ahaha.

Inilah ahli-ahli rumah Iema

Paare (paling kanan) seperti seorang ahli kugiran

Tgk2..takde pape yang beku pun kan? Ptg tu balik rumah, malam jalan2 sikit dan terus tido. Esoknya nak gi melaka pulak.

Jalan - Jalan di Batu Pahat

Bermulalah perjalanan ke Melaka. Pg tu bangun, makan nasik lemak. Yeke? Lupa plak. Pastu terus bertolak ke Melaka dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Iema. Sampai kat Melaka, dah terpikir2 nak pegi mana. Akhirnya, terus berenti kat Bandar Hilir. Yeke? Aku pun tak tahu nama tmpt tu. Ni la dia tempat persinggahan pertama kami

Saya di Melaka

Pas beli cendol kat area2 sini, kitorang naik bahagian atas plak. Tak tau apa nama tmpt tu. Aku cuma pggil dia tmpt bersejarah je. Ehe. Ni la dia

Saya di sebelah batu bersejarah. Ngehngeh

Ni dalam perjalanan nak naik atas

Macam2 aksi bergambar kitorang buat kat atas tuh. Antaranya..

bergambar di hadapan kubur

Lepas je gambar ni diambil, kitorang bercadang untuk membuat aksi yang lebih menarik untuk ditonton..

Seperti sekawan lipas

Lepas je bergambar dgn pnuh bergaya kat bahagian atas nih, kitorang jalan2 lagi. Tp kali ni kat tempat yang banyak meriam. Aku still lagi tak tau apa nama tempat nih

Mengelilingi meriam

Kitorang kat sini memang btol2 macam pelancong. Sangat menarik. Bergambar pun seperti sekumpulan pelancong.

Dari Nepal

Banyak lagi perjalanan korang kat melaka nih. Lepas dari ni, kitorang amek gamba kat kapal terbang ngan keretapi pulak. Tp malas lah bubuh dalam ni. Dah penat round kat sini, kitorang naik plak eye on Malaysia. Masa mende alah ni ada kat KL, tak pulak aku naik. Masa kat Melaka plak aku naik. Pape ntah kan?

Di dalam Gondola Gege

Saya kelihatan tinggi. Yippee

Lupe plak. Sebelum kitorang pegi eye2 nih, aku ada la main2 kat satu tmpt nih. Macam biase, aku still tak tau nama tmpt tuh. Lalu je kat situ, ada la segolongan kaum Cina tgh buat hape ntah. AKu dengan Iema yang penuh teruja tgk diorg buat benda tu, terus join. Mesti korang tertanya-tanya kan ape benda la yg aku merepek nih. Ntah. Dia mcm senaman la. Sume orang duduk bersila sambil pejam mata dan diiringi muzik yang lembut. Mungkin dorang membayangkan sumthing>??

Kami yang cuba menghayati. Hehe

Sempat jugakla kitorang sampai kat alam lain.Kuat pengahayatan kitorang. Walaupun sekejap, tp sempat menghayati.Hebat kan? Ehem. Sebenarnya, kedatangan kitorang kat sini macam mengganggu konsentrasi dorang gakla. Mane taknye, agak syok bergambar. Haha

Over

Dah penat merayau2 kat Melaka, dalam pukul 6 petang, kitorang dah bertolak balik ke Batu Pahat. Singgah la kejap kat umah Ana di Mersing. Jumpe rakan2 dorm yang lain. Kesian kami dipisahkan kerana faktor tempat tinggal. Malam tu dah tak pikir apa dah. Tersadai kepenatan di rumah Iema. Tido2 dengan penuh lena dan dedikasi. Terima kasih kepada semua penaja kerana telah menjadikan aktiviti ini satu aktiviti yang menarik. I Love You All..HEhe. Lepas trip ke Melaka dan Batu Pahat ni, kitorang pegi Genting plak beramai2. Lagi happening wooo. Nanti ada kesempatan, saya citer lagi ye. K. Chow Shin Chi..

Jari Kecil,
15 March 2009, Ahad
1.11 pagi