Wednesday, September 17, 2014

Minat sambung belajar

Assalamualaikum


Wahai adik adik yang ku kasihi,


Memandangkan ada ramai adik-adik yang keliru tentang pemilihan kos lepas diploma, lepas ijazah, lepas spm dan sering bertanyakan soalan melalui email / blog akak ni ha, jadi akak buat satu entry khas untuk korang ni semua.


Sebelum tu, korang kena tau, akak ni belajar biasa-biasa je. Sepanjang perjalanan akak dalam SPM -- Diploma -- Ijazah -- Master, akak pernah terlingkup, pernah rasa gagal, pernah rasa putus asa belajar, segalanya yang baik dan tak baik pernah dilalui. Jadi kalau korang rasa nak baca, bacalah. Kalau korang rasa level akak tak sebagus korang, baik jangan baca. Cari abang-abang kakak-kakak pakcik makcik yang pandai, tak pernah gagal dan excellent sokmo dalam hidup dia, 



Ok, Jadi mari kita mulakan sesi perkongsian ni dengan satu soalan yang biasa diterima/ didengar.


Saya minat nak sambung belajar dalam bidang Finance, tapi mak, ayah, pakcik, kawan-kawan, dan jiran saya suruh ambil Medic, macam mana ye kak? Saya buntu lah...


Ok, bila cakap bab minat ni, ada dua peraturan asas. 



a) Minat boleh dipupuk

--Minat biasa datang bila kita senang faham, senang score sesuatu subjek atau bidang. Bila rasa susah, kita terus cakap 'ahhh tak minat lah benda ni. Susah!' 



-- Ada je manusia yang suka benda-benda susah. Lagi mencabar lagi dia minat. Tapi ini kes rare.Student macam ni biasanya yang ada kepala sendiri. Gagal 8 kali pun dia masih mencuba. Yang ni special case. Orang2 macam ni dikira orang hebat sebab tu jarang ada. Perjalanan hidup orang macam ni penuh liku-liku dan selalu kena kutuk, tapi selagi dia berusaha memantapkan diri dari kegagalan lalu, dia ni la yang akan jauhhh ke depan selagi mana dia gigih dan berusaha tambah ilmu.Dia akan jadi bos/tauke, dan yang mengutuk tadi tu biasanya akan jadi kuli je. Realiti!



-- Minat juga boleh datang dari pengaruh orang sekeliling. Mungkin mak ayah doktor, jadi anak minat jadi doktor. Tapi, kebolehan dan kemahiran kita bukan boleh diwarisi. Ia perlu diasah. Jadi tak semestinya parents doktor anak pun ada bakat jadi doktor. 



-- Minat sebab saje-saje minat atau sebab prospek kerja pada ketika itu. (Ramai dalam kategori ni). Dalam kategori ni, biasanya bila dia tak dapat capai apa dia nak, contoh tak dapat kerja bagus-bagus seperti yang dia sangka, mula la dia beralih minat. "Aku rasa aku nak ambil kos human resource. Susah la dapat kerja dalam kos IT ni sekarang". Padahal dulu beriya bergaduh dengan parents nak ambil kos IT. Tapi tak salah kalau korang beralih bidang (waktu sambung master atau phd) sebab nak luaskan lagi skop ilmu korang.




Jadi dengan point-point di atas, boleh lah kita simpulkan, minat ni sebenarnya boleh dipupuk. Minat dan potensi diri sebenarnya dua benda yang berbeza. Minat main bola, tapi sebenarnya potensi diri kita pada permainan ragbi. Beza.



Jelas? Tak jelas lagi malas nak taip dah. Panjang sangat dah aku bebel siap contoh bagai.



2) Minat tak semestinya bagus dan tak minat tak semestinya tak bagus 

Ok contoh paling mudah difahami. Minat menyanyi tapi tak semestinya korang nyanyi sedap. (Aku tak minat nyanyi dan aku nyanyi tak sedap. Kahkah). Tengoklah ujibakat realiti tv sekarang. Betapa ramai yang mengaku minat menyanyi tapi akhirnya nyanyian diorang tu boleh buat kita tak tidur malam sebab nightmare sangat sumbangnya.


Kadang-kadang, orang yang lebih berpengalaman dari kita akan nampak kat mana potensi diri kita. Dan mungkin dari pengalaman diorang dalam bidang tertentu, membuatkan diorang nampak sesuatu yg kita tak nampak.


Mari kita hayati contoh kehidupan akak yang kelakar pasal minat ni :


---Akak masa habis PMR sambung sekolah Teknik Tuanku Jaafar, N9. Minat nak jadi arkitek, sebab tu pilih jurusan kejuruteraan awam .Sekali subjek lukisan kejuruteraan yg senang tu pun akak tak score. Wuwuwu. Masuk teknik lingkup. SPM ntah hape-hape padan muka la kan sebab malas belajar asyik  tidur dalam kelas. Nasib baiklah subjek lepas kredit. Taklah teruk sangat sampai failed semua subjek. Korang jangan pikir teruk sangat. Haip! Minat yg dulu nak jadi arkitek dah hilang dibawa angin. Ada hati nak jadi arkitek. Phui!



---Rezeki dapat sambung kos diploma bisnes dekat UiTM. (Inipun rayuan tau, bukan panggilan pertama, sob sob. Gagal betul aku dulu). Ala kos biasa-biasa je. Janji dapat sambung belajar. Masa ni dah minat nak jadi ahli psikologi pulak. Ya Allah kartunnya aku masa muda-muda. Haha. Tapi SPM dah tak perform kita sambung bisnes jela. Bolehlah grad dengan CGPA 3.5 ke atas. Kos senang kan, diploma pulak tu.



---Sambung ijazah . Minat nak ambil international business. Macam dah sejiwa la konon dengan bidang bisnes. Parents suruh sambung Islamic Banking. Kalini dah insaf. Dah tak ikut minat sendiri. Hahaha. First sem ijazah, dengan terkejutnya score G.P.A 3.90. Masa tu rasa diri hebat betul dah, kahkah. Takjub betul dengan diri sendiri waktu tu. Maklumlah dari PMR asyik gagal dan suam-suam kuku. Dan akhirnya berjaya grad dengan first class degree. Alhamdulillah.



---Sekarang sambung master Islamic Finance bawah scholarship INCEIF. Alhamdulillah dah semester akhir. Dekat INCEIF pun struggle jugak. Mood study dah tak ada. Gagal lingkup berjaya pun semua harung dekat INCEIF. Tapi mungkin berkat doa dan pilihan mak ayah, sampai sekarang bertahan, alhamdulillah.



Nampak tak kisah kegagalan akak? Dari cerita akak korang boleh tahu sebenarnya potensi dan minat tak semestinya seiring. Memang minat boleh meningkatkan potensi diri kita. Tapi selagi kita tak berani mencuba, kita tak tahu sebenarnya potensi diri kita ke arah lain walaupun dulu kita macam tak heran pun bidang tu. 




Korang jangan jadi macam akak la. Akak tak rajin sangat study sebab tu kejap ok kejap gagal. Sebenarnya kalau kita rajin, apa pun kita boleh capai. Tapi korang janganlah rajin sebab nak skor exam je. Variasikan kemahiran korang. Jangan malas. Akak malas nak study untuk exam lagi2 time Master ni. Bg akak berjaya atas kertas ni nothing. Tapi korang jangan la pegang prinsip ni sampai taknak belajar. Belajar dan usaha tu mesti ada. Tapi kalau dah tak score power2 tu tak payah down sangatlah. Berjaya atas kertas ni tak ada apa pun. Carilah potensi diri korang, rajin explore setiap bidang. Banyakkan baca dan pergaulan dengan orang-orang berjaya. Bila dah jumpa potensi diri kita, minat tu akan datang dengan sendiri. Kejayaan pun akan datang bergolek-golek inshaAllah.





------------------------------------------------------------


Yang mana rasa diri dia gagal je sokmo tak jumpa-jumpa potensi diri,


Mintak kita sama-sama muhasabah diri


--- Usaha cukup tak?


---Kita bersungguh atau hangat-hangat tahi ayam?



---Hubungan dengan Allah dan manusia selalu jaga tak? Hutang duit ada bertangguh tak? Puasa macam mana? Solat lima waktu punctual ke last minute?




-------------------------------------------------------------


Semoga korang semua berjaya dalam apa jua bidang yang korang ceburi. Ingat, jangan putus asa. Macam mana down pun korang rasa waktu gagal, jangan sekali-kali korang berhenti berusaha. Biasalah kita manusia kemampuan kan terhad. Kadang-kadang tergelincir jugak kita sampai rasa nak give up sangat-sangat. Apa-apapun sebelum buat keputusan, doa dan tanya orang sekeliling. Jangan buat keputusan melulu. Pikir 876 kali sebelum buat keputusan. Dan bila dah buat keputusan, redha dengan pilihan kita. Redha dan usaha sungguh-sungguh, InshaAllah berjaya.




Ok Good luck adik-adik


Assalamualaikum, babai.....



Jari Kecil
17 September 2014, Rabu
6 petang

2 comments:

TAN HASYANI said...

thank for sharing...buat saya bertambah semangat untuk belajar...

Anonymous said...

salam ummi..da mcm pakar motivasi daa..hihi..w/pun akak bkn golongan 'adik-adik',still rse motivated tuk b'sungguh2 nk blaja..tp xtaula berapa lame feeling ni akan b'tahan..takut angat2 taik ayam..huhu..good luck for exam..same2 doakan yg t'baik