Sunday, January 4, 2015

Orang Makan Garam

Assalamualaikum


Perasan tak, semakin usia kita meningkat dan semakin ramai orang kita jumpa, kita boleh lebih mudah menapis manusia yang datang dalam hidup. Tak kira lah kawan, calon pasangan atau stranger


Agaknya sebab tu kita selalu dengar ayat orang tua-tua "aku lebih makan garam dari kau, aku tahulah" . Walhal kita yang muda ni boleh dengan senang-senang hati pertikaikan pengalaman orang tua-tua. Kita kata "zaman dulu dan sekarang lain, mana boleh dibandingkan"... dan kita sangkal habis-habis  "Ala, ayah bukan kenal dia macam mana. Saya tahu lah dia. Dia kawan saya"



Tapi bila dah terkena batang hidung sendiri, baru nak terduduk dan kembali pada keluarga. Sedih bukan?


Kalau percaya sangat kawan kau tu, kenapa akhirnya kau cari family kau balik..


Ehem. (tiba-tiba tersedak)



:: Syukurlah aku dulu yang rebel dengan apa je mak ayah aku kata, sekarang dah jadi patuh dan taat setia je. (Ok tipu. kadang-kadang degil jugak) .Aku bahagia dengan apa je yang boleh bahagiakan mak ayah aku ::



Kadang-kadang wujud golongan manusia yang claim dia baik, setia dalam persahabatan, jujur, ikhlas etc etc. Tak perlulah nak disenaraikan semua sifat mahmudah tu sebab aku pun dah tak lalu nak tulis. Tapi akhirnya , well you know i mean, mana ada orang baik mengaku baik.



Bagi aku mudah, kebaikan pada manusia ni biasanya banyak yang tak sempurna. Mungkin dalam 10 benda baik kita buat, 1 saje yang betul-betul boleh dianggap kebaikan sebab tak diungkit, tak diingat dan tak minta dibalas. Dan orang yang anggap diri dia baik, ikhlas, jujur dan sebagainya tu, biasanya susah nak lihat dan muhasabah balik kelemahan diri sendiri. 



Bila kita cakap "kau rasa, kau perfect sangat ke"


Jawab dia "Aku tak pernah cakap aku perfect tapi apa dia buat tu salah! dia salah! Dia sepatutnya buat macam ni macam tu bla bla bla"



Dalam setiap kejadian , renung dan muhasabah diri sendiri sebelum sibuk korek kelemahan dan kesalahan orang lain. Itu lebih baik. Hidup lebih tenang sebenarnya. Tak kiralah kalau korang betul-betul rasa di pihak yang benar sekalipun, korang tetap tak sempurna, jadi pasti ada silap kita juga di mana-mana. FACT! 



Dan berhati-hatilah dalam memilih kawan. Ramai yang tak jujur di keliling kita. Depan-depan memang nampak mulia, soleh dan solehah belaka , belakang-belakang boleh buat forum pasal diri kita. Dah habis forum, tiba-tiba mengaku dengan orang ramai, mengaku depan korang yang dia BFF korang. eh? 



Kesimpulan untuk bebelan yang panjang ini... ada 2 benda penting kita kena tahu


1. Ikut cakap mak ayah walau apa pun. InshaAllah hidup korang happy, bahagia dan selamat dunia akhirat. Toksah perasan terer rasa kita tahu semua, berkat dan redha mak ayah itu yang boleh jadikan kita berjaya.



2. Jaga-jaga pilih kawan. Jangan senang percaya orang. Lagi-lagi yang suka claim diri sendiri jujur, ikhlas, baik hati dan segala sifat baik yang ada di muka bumi ini. Mana-mana cerita yang sangat penting bagi korang, cerita pada orang tertentu sahaja, yang jenis kawan tikam belakang ni korang cerita pasal rancangan kartun kegemaran saje ok .




Oklah. Sekian saje bebelan kali ini


Dengar nasihat ni baik-baik, kalau tak menyesal nanti. Eceh




Sekian


Jari Kecil
4 Januari 2015, Ahad
5.05 petang

No comments: