Monday, October 12, 2015

Apa aku buat sekarang?

Assalamualaikum


Lama betul tak update blog. Dulu ingatkan nak tunggu satu moment yang sesuai baru nak update, tapi tiba-tiba hari ni rasa rajin pula, Walaupun sebenarnya kerajinan yang datang ni adalah berpunca dari kemalasan aku nak baca buku,


--------------------------------------------------------------

Jadi apa aku buat sekarang?



Alhamdulillah sekarang aku dah berjaya mencapai pekerjaan impian aku. Bukan senang nak dapat kerja pun sebenarnya. Aku grad master waktu ekonomi Malaysia tak berapa baik. Ramai pekerja diberhentikan dan banyak organisasi mengurangkan / memberhentikan kadar pengambilan pekerja. Jadi aku yang baru nak mencari pekerjaan ni memang sangat struggle.






Nak cerita berapa kali aku give up dan breakdown waktu dalam proses mencari kerja ni, memang tak terkata. Waktu ni juga la ada terdetik rasa sia-sia aku berhenti kerja masa lepas degree dulu semata sebab nak fokus sambung master. Aku jugak pernah tolak tawaran kerja masa dalam pengajian master atas nasihat dan larangan dari mak aku. Tapi, kenapa perlu salahkan takdir kan? Semua yang jadi ada hikmah dan pengajaran yang aku kena ambil. Jadi, relax dan positif. 






Maka dengan itu, alhamdulillah dengan jatuh bangun yang aku hadap lepas je tamat Master, aku dah pun dapat pekerjaan yang aku impikan dari aku diploma lagi. Happy betul rasanya !! Kadang-kadang kalau aku duduk berfikir apa yang jadi dalam kehidupan aku sepanjang 26 tahun hidup, ada juga rasa tak percaya. Tak percaya sebab atas macam-macam halangan dan kesusahan yang terjadi, aku sebenarnya dapat capai apa yang aku target . Biarpun jalan yang aku kena lalui tu sangat mencabar. 




So, apa kerja aku sekarang? Aku pensyarah ! hahahahhaha ! Kenapa ketawa? Sebab aku sendiri tak boleh bayang macam mana aku boleh jadi pensyarah dengan keadaan aku masa jadi student dulu. Dekat mana aku mengajar tu aku tak boleh la bagitau. Bahaya. 





------------------------------------------------


Waktu aku jadi student dulu, aku ni jahat sebenarnya. Ok lah, aku kategori nakal. Tapi nak cerita kejahatan tu dalam blog ni, macam tak seronok pula. Biarlah ianya hanya menjadi perbualan antara aku dan kawan-kawan masa diploma-ijazah-master. 




Bila aku dah jadi pensyarah, memang trick yang student buat macam ponteng kelas, main hp senyap-senyap dalam kelas, buat-buat fokus dalam kelas padahal satu hape pun tak faham, malas buat assignment, buat kerja last minute, meniru, dan macam-macam lagi, semua tu aku tahu. Hahahha. Tapi aku tak rasa nak marah pun dengan student aku. Aku cuma rasa kelakar sebab apa yang diorang buat, semua tu kehidupan yang aku lalui masa jadi student dulu. Tak kira la sama ada kejahatan tu aku sendiri yang buat atau kawan-kawan aku yang buat. Yang penting, aku memang masak sangat dengan trick dan perangai student. Oh yang paling aku seronok, ada je student yang hilang lepas separuh kelas, Aku perasan je situasi tu dan aku tahu . Tapi, layankan aje. 






Cuma satu je la yang aku tak berapa berkenan. Nak ponteng, nak buat nakal dalam kelas ni aku tak kisah. Tapi tolong lah bertanggung jawab dengan diri sendiri. Duit dah habis banyak untuk belajar, bila waktu exam atau waktu presentation, tolong lah ada effort. Dalam kelas nak malas, nak tidur, aku tak kisah. Tapi kalau disebabkan malas kau tu, dibawa sampai ke exam, itu boleh buat aku annoyed. Kalau semua benda nak malas, aku tak boleh tolerate. Kalau bodoh sombong, pun aku tak boleh tolerate. Jadi untuk membantu student yang malas sangat ni, aku banyak buat discussion dalam kelas. Kalau ni pun malas jugak... mudah-mudahan Allah tunjuk lah jalan untuk budak-budak ni. 


---------------------------------------------------------------


Apa yang best nya jadi pensyarah di mata aku? 



Aku tiba-tiba jadi rajin membaca!!!! Wow! Ini memang satu keajaiban. Sepertimana masa aku jadi student aku hanya baca alakadar dan baca bila nak exam je, tapi kini tidak lagi. Ajaibnya, aku bangun je tidur, siap sarapan, on laptop dan buka buku. Isu ekonomi semasa memang kena sentiasa update. Yela, tak ke malu kalau student tanya tapi pensyarah tak reti nak menjawab. Huii tercabar ego dan maruah sebagai seorang pensyarah. Jadi untuk persediaan setiap kali kelas, aku memang membaca kaw-kaw punya! 



Nak membaca tu satu hal, tapi yang paling mencabar bila jadi pensyarah ni pada aku, bab nak memahamkan student dengan apa yang kita baca. Penerangan mesti jelas dan mengikut level pemahaman student. Bagi aku, mungkin topik tu senang dan tak perlu penerangan beriya, tapi mungkin tidak pada level pemahaman student yang aku ajar. Ha itulah part yang paling susah untuk aku. 




Aku pula jenis kalau mengajar, aku takkan puas hati kalau ada student tak faham. Aku tak capai satisfaction dan KPI yang aku buat untuk diri aku sendiri. Jadi setiap kali kelas, bukan aku je yang mengajar sebenarnya, aku turut belajar sama.




Disebabkan setiap kali habis kelas aku akan muhasabah apa silap aku masa sesi mengajar, dari situ aku belajar untuk improve lagi skill mengajar. Setiap kali kelas, aku akan cuba method baru untuk capai keberkesanan sesi pembelajaran. Mencabar sebenarnya bagi aku. Aku tak nak jadi pensyarah yang syok sendiri. Datang dan terang ikut slide powerpoint dan balik. Aku benci rutin tu. Itu bukan Aku. Mungkin masa aku jadi student aku memang jenis tak kisah dengan benda ni. Tapi bila jadi pensyarah, ini tanggungjawab dan amanah aku. Aku kena buat habis baik. Itu je.


---------------------------------------------------------------


Oh tapi satu jela, aku ni masih lagi orang yang suka bermain-main. Kadang-kadang aku terbawa-bawa perangai seorang ummi yang suka berhibur dan bermain dalam kelas. Bezanya kali ni aku berhibur dan bermain-main dengan student aku. Aku kena matang sikit lah sebenarnya. Bahaya nanti untuk kesejahteraan aku sebagai seorang pensyarah. Aku bukan student lagi hoi.






Panjang juga kisah kehidupan aku yang terkini ni. Aku rasa, cukup lah dulu. Bila aku rasa ada benda yang menarik untuk dikongsi, nanti aku update lagi.




Ok babai





Sekian


Jari Kecil
12 Oktober 2015, Isnin
430 pm


5 comments:

Anonymous said...

Gratz ummie.. wish you all the best with your dream carrier.. success slalu.. =)

NABILAH FATIN GHAZALI said...

Salam Kak Ummi. Allah hears me and send you.

Sebenarnya saya dalam kegalauan. Keresahan. Tak tenteram. Saya baru habis Dip in Accountancy last September. Jujur saya katakan, pointer saya tak berapa okay dan hasilnya untuk sambung Degree this March saya gagal. Tak keruan jadinya.

Marah . Benci. Kecewa. Semua tu ada dalam diri saya. Marah pada siapa ? Marahkan apa ? Betul cakap Kak Ummi. Kita tak boleh salahkan takdir. Saya percaya sesuatu yng berlaku itu atas perbuatan kita sendiri.

Saya akui saya seorang pelajar yang punya semangat juang yang tinggi dan saya juga akui cara saya salah. Sebab saya selalu belajar dalam keadaan risau. Tengah study pun dalam otak dok fikir 'kalau tak lepas paper ni gelap masa depan', 'kalau grad takda kerja mcm mna?'. Dan sbagainya yang selalu berlegar di fikiran saya.

Oleh sebab saya gagal sambung Degree untuk intake terbaru ni, saya mula berfikir. Apa yg jadi sbenarnya saya perlu ambil iktibar. Saya semakin dekat dgn Allah dan cuba pahamkan hikmah di sebalik kejadian. Saya semakin agresif membaca untuk tambah pengetahuan kerana dalam plan ,saya betul betul kena ada ilmu dan aplikasikan dalam hidup . Harapnya Degree intake Sept 2016 ni saya dapat placement. Tapi galau itu sentiasa hadir. Datang pula minded 'second intake org takkan pandang'.

Entahlah Kak Ummi. Rasa nak bercerita dgn Kak Ummi lepas terjumpa blog ni.

Panjang sangat cerita saya. Maaf. Cuma saya nak tny pendapat Kak Ummi, saya nak apply UniKl tapi nak.avoid ambil ptptn.
Ada dengar pasal mara dah tak bagi full loan dan dilema saya semakin bertambah. Perlu ke saya cuba nasib apply Unikl ?

Unknown said...

kak ummi.. ingt lagi tak? fahir ni.. puas cari fb xjumpa punn

Ummi Kalthum said...
This comment has been removed by the author.
Ummi Kalthum said...

Meh sini ig kalau ade