Thursday, February 20, 2014

Cara Positifkan Diri

Assalamualaikum



Korang pernah rasa tak.."ala susahnyee hidup ni!"


Korang pernah rasa putus asa tak, nak teruskan kehidupan korang?


Korang pernah tak rasa 'down' sebab kawan2 korang semua hebat2 dari korang?


Korang pernah terdetik dalam hati tak..'bestnya kalau aku macam dia..."


Kalau salah satu dari perasaan kat atas korang tak pernah rasa, korang memang perfect!


Korang dah lebih dari tahap manusia dah ni

Jin mungkin.


----------------------------------------------


Aku percaya sebagai manusia biasa, paling tidak, salah satu perasaan kat atas mesti pernah terdetik dalam jiwa sanubari korang. Aku? Pernah rasa semua perasaan di atas sebab aku dah lalui macam-macam zaman. 


Zaman taat.
Zaman derhaka.
Zaman jahat
Zaman hilang pedoman


dan sekarang...aku dalam Zaman muhasahah


Aku takkan cakap aku baik. Kalau orang kata aku baik pun aku rasa itulah statement paling kelakar dalam hidup aku. Setiap hari yang aku lalui sekarang tak lepas dari muhasabah. Kesusahan, kesenangan, cabaran, nikmat ..semua yang aku lalui , aku akan muhasabah diri aku. 



----------------------------------------


Ok sebenarnya entry ni wujud sebab aku tengah susah. Ala bukan susah tak cukup makan tak cukup minum. Walaupun sekarang ni tak cukup air (apa masalah SYABAS ni pun aku takmau tahu) , masalah penting aku adalah aku banyak kije. Haha. Dengan tiba-tiba aku terima satu job dan sekarang sambil buat kije tu aku masih lagi pikir kenapa aku terima job tu. Jadi maknanya sekarang, ada 4 benda aku handle. Oh Allah!~



Tapi Alhamdulillah sekarang aku dah dapat semangat positif yang dah lama hilang. Kali terakhir aku bersikap sangat positif masa diploma. Masuk je degree aku punya sikap optimis semakin menipis sampai la master. Semangat positif ni penting ! Nak2 masa korang nak kejar deadline kije banyak. Korang macam tak tentu arah..


"Arghhh nak siapkan mana satu ni!"

"Arghh sempat ke ni!!!"


Dan sudahnya korang akan kelam kabut. Dengan kualiti kije korang merosot, dengan otak jadi jammed sebab pikir banyak benda satu masa, dengan stress level meningkat, dan dengan orang sekeliling kena tempias stress korang. Pasti korang dibenci di kala ini...



Namun jangan risau, kebencian orang lain terhadap korang akan hilang bila korang positif sebab semuanya akan tenang...


"Takpe. Pelan-pelan. Ok sekarang, mana satu yang aku nak buat dulu"

"Takpe, sempat. (tarik nafasss). Ok! Mulakan dengan yang ini dulu!"



Ok ok. Memang akan ada satu masa yang korang tak mampu nak optimis. Yang bermain dalam minda korang adalah perkara-perkara negatif. Apa yang aku boleh sarankan adalah..



1) Ambil masa beberapa minit. Paling lama sejam. Korang pergi dengar tazkirah2 pasal apa-apa saje. Sebenarnya dalam masa yang korang ambil tu, tiba-tiba nanti Allah akan bagi ketenangan pada korang, dan selalunya tiba-tiba isi tazkirah tu buatkan korang berfikir dengan bijak dan kembali rasional. Ini serius. Ini bukan kebetulan sebab Allah tau hamba2 NYA. Kan DIA dah janji untuk selalu bersama kita kalau kita selalu ingat DIA di kala susah senang :))




2) Selain korang menjaga hubungan dengan Allah, korang kena jaga hubungan dengan manusia. Ini penting. Korang jangan ingat kalau kita dah jaga Allah, dengan manusia kita boleh sesuka hati. No No No! Cara-cara nak jaga hubungan dengan manusia? Ini peraturannya :


  •  Banyakkan membantu orang sekeliling dengan IKHLAS! Ok memang Ikhlas tu rahsia Allah. Tapi korang sebenarnya boleh tau korang ikhlas atau tak. Kalau dah asyik nak mengingat jasa baik korang, asyik mengungkit, asyik sebut-sebut, asyik nak sentap bila orang taknak tolong kita walhal kita dah banyak tolong dia...korang boleh nilai sejauh mana keikhlasan korang. 


Habis macam mana dengan orang yang ambik kesempatan kat kita?

Senang.. korang kena belajar ikhlaskan keadaan tu. "Takpelah. Allah maha kaya. DIA maha memberi. Manusia takde apa" . Percayalah, bila korang ikhlaskan keadaan tu, walaupun sebenarnya korang punya bantuan/hasil kerja/ usaha/ telah diambil kesempatan oleh orang lain, Allah akan bagi rezeki dari jalan yang korang tak pernah sangka. Tak percaya? Buat dulu..nanti rasa sendiri.


Dan percayalah...


Untuk menggembirakan hati kita yang susah, banyakkan menggembirakan orang lain yang tengah susah. Banyakkan memudahkan urusan orang lain. Allah itu adil bukan? Jadi jangan 'kedekut' dan 'berkira-kira' dalam memberi bantuan. Korang beri cahaya pada jalan orang lain, jalan anda akan turut mendapat cahaya yang sama bahkan mngkin lebih lagi :)



  •  Banyakkan sifat kehambaan. Korang sepatutnya lebih banyak rasa "aku patut minta maaf pada dia" dan bukannya "dia patut minta maaf pada aku" atau ayat yang lebih 'angelic' -- 'aku maafkan dia'.



Walhal dalam banyak keadaan, sebenarnya keadaan kita ni yang penuh dengan dosa, penuh dengan sifat-sifat yang tak betul..dah banyak menyebabkan orang sakit hati pada kita. Bila korang rasa, 'banyaknya salah aku pada orang sekeliling'..secara tak langsung korang akan lebih banyak cuba menjaga akhlak. Bila jaga akhlak, orang sekeliling akan senang hati dengan kita . Dan bonusnya, jika mereka mendoakan yang baik2 untuk kita dan diaminkan oleh para malaikat....itu best! Tapi sebaliknya kalau korang rasa orang lain banyak buat salah dengan korang, korang jarang sedar diri yang sebenarnya korang adalah punca kepada kebencian orang sekeliling. 


Dan ingat, dunia ini tempat bekerja. Tempat berpenat lelah. Tempat tenaga korang diperah-perah. Akhirat nanti tempat menuai hasil. Solat, sabar dan syukurlah dalam apa jua keadaan.




-----------------------------------------------


3) Amalkan baca surah Waqiah setiap hari. Surah kekayaan ni. Korang akan dapat rezeki yang tak putus-putus. Rezeki tu bukan datang dari segi duit saje, tapi bila hati kita senang, bila kerja banyak tapi semuanya dipermudahkan, itu juga rezeki. Tapi jangan lupa bersyukur ok :) 


p/s : Tapi jangan pulak tak ikhlas dengan amalan ni. Baca Quran setiap hari dengan surah-surah lain juga. Jangan baca surah ni je sebab nak kaya punya pasal.



------------------------------------------------

Korang cuba amalkan tips-tips di atas. Tanpa alasan!!! InshaAllah korang akan rasa perubahan dalam cara korang berfikir, kebaikan akan datang dengan banyaknya pada korang. Memang, akan tetap ada ujian kesusahan pada korang. Tapi jangan risau, itu semua tarbiyah dari Allah untuk didik sabar, dan paling penting, untuk meningkatkan keimanan kita kepada DIA. 



Jangan susah-susah hati ok?



Buat kije tu pelan-pelan. Fokus. Tawakal



Allah akan bantu kita yang dah usaha sungguh-sungguh ni :)  InshaAllah



p/s : Kije banyak . Mari kita habiskan kije



Jari Kecil
21 Februari 2014, Jumaat
4 pagi

4 comments:

Rona Atikah said...

Semangat ya kerjanya :D fight! Doakan juga ya aku jadi lebih positif jadi banyak berkah :)

Farah said...

Bismillah,

artikal ni sungguh memberi saya maklumat betapa pentingnya positif dalam semua perkara. Surah Waqiah, sesuatu yang baru saya tahu hari ini...alhamdulillah.

Unknown said...

terima kasih yg teramat..kerana lately ni sy jd sangat3 negatif..sgala yg sy buat semua jd tak kena..sy doakn penulis mndpt ketenangan dan kebahagian dunia akhiat..amin

Anonymous said...

Terimakasih.. sangat bermanfaat sekali..