Friday, February 18, 2011

Bacalah Wahai Saudara Seislam Saya

Assalamualaikum



Sebelum terus pada isi-isi untuk entry kali ni, saya nak pesan awal-awal


Saya tahu, saya bukanlah seorang insan yang sangat baik. Kadang2 lemah dengan hasutan dan godaan syaitan. Iman juga adakalanya bertambah dan berkurang. Selalu juga menyakiti hati kawan-kawan, keluarga atau insan sekeliling.Tp saya cuba untuk menjadi yang terbaik. Kadang2 bila nampak ada kesalahan2 yang orang sekeliling saya lakukan, perasaan saya jadi sangat sedih. Sedih dengan mereka dan adakalanya sedih dengan diri sendiri kerana adakalanya saya juga seperti mereka. Saya cuba untuk berubah untuk menjadi yang lebih baik dan saya juga mengharapkan perkara yang sama pada diri mereka. Mudah-mudahan, sesiapa sahaja yang membaca sama-sama bermuhasabah diri :)



Begini...



Seringkali saya lihat orang sekeliling saya mengabaikan solat. Bukan langsung tidak solat tetapi melengah-lengahkan solat. Hati saya adakalanya jadi marah dengan tindakan mereka. Bila di dalam satu tempat, ada insan seperti itu, saya rasa hilang keberkatan di situ.



Dalam keadaan apa sekalipun, solat harus dijaga. Ye. saya tahu adakalanya saya seperti mereka. Adakalanya saya juga tertinggal waktu solat subuh. Saya juga sedih dengan keadaan diri saya. Andai kata saya gagal bangun pada waktu pagi, sepanjang hari tersebut saya akan memikirkan adakah Allah menerima solat qada' saya. Saya betul2 berharap andai kata saya tidak terjaga pada waktu pagi, ada yang mengejut saya dengan bersungguh. Saya tidur mati. Kadang2 saya tak sedar apa perbuatan saya. Selalunya, mereka yang mengejut saya akan mengatakan saya sudah bangun kerana mata saya sudah dibuka atau saya sudah bersuara. Tetapi sebenarnya saya sendiri tidak sedar apa-apa. Maafkan saya mak, ayah, dan insan-insan sekeliling :(




Tetapi dalam keadaan apa sekalipun, rakan-rakan...di kala anda sedar sepenuhnya,




TOLONGLAH JANGAN MELENGAHKAN SOLAT....




Andai kata anda baru sahaja pulang dari kelas, pulang dari mana-mana tempat, teruskanlah menunaikan solat.



Saya sangat sedih apabila melihat insan-insan sekeliling saya menonton TV terlebih dahulu, atau terus balik membuat kerja-kerja yang boleh ditangguh sementara untuk solat, atau apa-apa sahaja aktiviti. Sudahlah dilewatkan solatnya kerana aktiviti2 yang tidak dapat dielakkan (kelas, ceramah, etc...) bila sudah selesai, masih lagi leka membiarkan waktu berlalu. Lagi setengah jam, 40 minit habis waktu, barulah pergi mengambil wuduk. Haih~




Adakalanya alasan yang diberi, "waktu solat masih panjang" ataupun "Waktu solat masuk lambat sekarang, jadi masih banyak lagi masa" Haih... :( :( :(





Bila hampirnya waktu exam, waktu2 penting, segala solat sunat hajat, doa, Yassin, dibacakan dan ditunaikan. Tp yang wajib? Dijaga? Wallahua'lam





Bila memanjatkan doa kepada Allah, doanya panjang berjela, doanya bersungguh-sungguh mintak ditunaikan. Jika sedang dalam minggu exam, doanya mudahan2 4 Flat, mudahan2 cemerlang keputusannya. Tp, adakah kita melakukan solat di awal waktu? Kita ingin Allah makbulkan doa kita secepatnya tapi adakah kita cepat2 menunaikan apa yang Allah pinta? Haih~



Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. (QS. Al-Baqarah, 186)


Dan Tuhan-mu Berfirman, ”Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku Perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang -orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (QS. Al-Ghafir, 60)


Janji Allah kepada kita semua. Tp, apakah janji kita kepadaNya...Solat kita pun masih entah ke mana :( :(



Satu lagi fenomena pelik yang saya lihat, ketika di minggu peperiksaan. Ada yang kerana hendak mengejar syllabus atau nota yang tak sempat nak dibaca, sanggup meninggalkan amalan membaca Al-Quran selepas solat. Ada yang menghabiskan solat dengan segera dan fenomena biasa, melewat2kan solat semata-mata untuk " Lagi sikitttt je nak habis ni"...Dan kemudian, sejam masa berlalu. Haih~



Alangkah bagusnya jika semuanya berfikiran begini ..




"Alamak. Waktu solat dah masuk. Nota ni takpelah. Mudah2an lepas solat nanti, Allah mudahkan untuk habiskan dengan lebih cepat."




"Takpelah ambik masa mengaji macam biasa. Mudah2an Allah terangkan hati ketika mengulangkaji selepas ni"





Percayalah saudara seislam saya, tidak kira anda seorang pelajar, atau pekerja, Tolonglah jangan melengahkan solat. Jangan tinggalkan aktiviti mengaji, berzikir walaupun ketika anda sibuk. Konsisten kan ibadah kita. InsyaAllah, ganjaran yang Allah anugerahkan tidak terkira hebatnya.




Mengikut pengalaman saya, saya juga bukanlah seorang pelajar yang sangat bijak. Setiap kali datang ke kelas, selalu saya terleka. Kadang2 dalam mengulangkaji, saya sering mengulang nota yang sama, atau perenggan yang sama kerana saya hilang fokus atau susah untuk memahami. Adakalanya juga saya sering study last minute dan sering risau andai kata tidak sempat menghabiskan bacaan saya. Saya juga ada perasaan stress dan menggelabah ketika minggu exam. Namun apa yang saya amalkan, saya tidak boleh tinggalkan mengaji sepertimana saya mengaji pada waktu saya tidak sibuk. Saya tidak boleh kurangkan zikir sepertimana waktu saya lapang. Saya tidak boleh lengahkan solat walaupun banyak kerja sedang saya lakukan.






Tipulah jika saya tak risau dengan nota yang banyak belum dibaca. Tp percayalah, jika anda masih konsisten dengan ibadah anda, Allah akan membantu anda. Mungkin pada waktu anda menjawab soalan, anda diberi ilham yang baik. Mungkin keputusan anda di luar jangkaan anda. Mungkin apa yang anda baca dan fokuskan, itulah yang bakal ditanya.





Allah Maha Bijaksana....




Yakinlah dengan Allah kerana Allah bijak mengatur hidup makhluknya.




Jangan pula terlalu banyak merungut bila ditimpa kesusahan yang tidak tertanggung kerana adakalanya ia adalah petunjuk untuk mengingatkan kita yang sering melupakanNYA. Ini juga ingatan kepada diri saya.





Saya masih berasa sedih jika insan sekeliling saya masih lagi tidak berubah :(


Azab bagi mereka yang melengahkan solat :


5 azab di dunia
1. Dia tidak diberkati dalam hidupnya
2. Dia kehilangan Nur di mana orang-orang soleh penuh dengannya
3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalanya yang baik
4. Doanya tidak dimakbulkan dan;
5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh.



3 azab ketika hendak mati kelak
1. mati dengan keadaan aib
2. mati dalam kelaparan dan;
3. mati dalam keadaan dahaga sehingga air laut di dunia ini disatukan tidak dapat menghilangkan dahaganya itu.



3 azab di dalam kubur
1. Dia dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya hancur
2. Api dibakar di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas
baranya siang dan malam.
3. Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang
panjang dengan perjalanan sebulan akan menggigit.



Masih berani melengahkan solat?



Dan andai kata insan sekeliling saya membaca entry ini,...





Tegurlah saya jika saya melengahkan solat. Kejutlah saya jika saya tidur tidak sedar meninggalkan waktu solat. Marahlah saya jika saya masih tidak berubah. Itu tanggungjawab kita sesama Islam





p/s : Kita tidak tahu apa yang kita dapat hari ini (kesenangan, kebahagiaan, kekayaan, kesihatan..etc) adalah doa kita 10 tahun yang lepas. Jadi teruskan berdoa, jangan putus2 meminta pada Allah kerana Allah tahu bila waktu yang terbaik untuk memberi pada kita :)




Wallahua'lam



Sekian



Jari Kecil
18/2/2011, Jumaat
6.35 petang

3 comments:

Wan Muhammad Syafiq said...

nicely written.
:)

aNdi.Hanin::حنين said...

like. lagi bagus kalau di print pastu bg dekat org yg tinggal solat tu kan. :)

LittleFinger said...

ngeee....harap2 yang membaca dapat meningkatkan kualiti solat. Bukan setakat memenuhkan 5 waktu je :D