Saturday, November 22, 2008

Kisah Si Penjaga Bayi



Assalamualaikum..

Hari ni genap 9 hari aku bercuti. Malangnye tade apa aku buat kat rumah sbb mak ayah pun gi haji dan yang lain - lain sibuk ngan urusan masing - masing. Jadi antara aktiviti ketika aku bercuti ni adalah makan, tido, tgk tv, jalan - jalan kat internet dan yang paling berjaya : Menjaga Bayi. Ehe. Jagala sgt. Tp kira aku ada jugak menyumbang serba sedikit tenaga untuk menghiburkan Muhammad. Untuk pengetahuan mereka - mereka yg tak tahu, Muhammad ni anak kepada abg sulung aku atau yg kitorg pggl A.L.O.NG. hEhe. Kadang - kadang ketika aku sedang enak dibuai mimpi, tiba - tiba bunyi org ketuk pintu bilik "tokk.tokk.tok." Dengan terkebil - kebil, aku bukak pintu. ( dah nampak muka Muhammad ). " Tolong jaga Muhammad jap. Along nak kuar jap ". Disebabkan dalam diri aku ni penuh dengan kasih sayang, maka aku pun mengangguk. Eceh.



Tolong jaga Muhammad boleh???

Aku pun jaga la si kecil dengan penuh gembira. Kadang - kadang aku jaga dia tima dia tgh tido. Agak tenang pada mulanya. Muhammad tido dengan penuh lena. Tapi, dalam 10 minit lepas Muhammad diserahkan kat aku, dia mesti jaga. AhaHa. Apela nasib. Aku pun bermain - main la dengan beliau. Kate Along " buat muka klaka. dia suka". Aku pun dengan bangganya membuat muka klaka. Klaka kah aku? Ngeeee. Muhammad pun dengan riang ketawe. Tp aku belum lagi berjaya buat dia ketawa berbunyi2 macam Along. Ahaha. Rasa tercabar gak sebenarnya. Takpe2 Muhd, 1 hari nanti aunty Ummi buat Muhd ketawa terbahak - bahak sampai meleleh air mata ye..


"Klaka la Aunty Ummi ni.."

Penat nak layan Muhd nih. Macam2 ragam dak kecik nih. Paling tak tahan sekarang, nak dukung je plak. Aiyoo.. Makcik dah tua Muhd, dah tak larat nak angkat Muhd macam dulu. Haih. Tapi dengan penuh sabar je aku melayan kerenah bayi nih. Muhd nih suka main rambut. Patutla suke menumpukan sepenuh perhatian bila aku cakap2 ngan dia, rupa2nya tenguk rambut ye Muhd. Abeh di tarik2 rambut aku. Lepas nih kena dah pegi farmasi mintak ubat kukuhkan rambut supaya tak mudah putus bila ditarik bayi . HeHe. Takpela. Tarik la Muhd. Jangan sampai botak sudah la. Nanti org ingat aku bernazar plak. Dah2. Rasanya takat ni je dulu celoteh makcik. Nanti ada masa makcik tulis lagi. Doakan makcik gembira ketika cuti ini dan moga2 hajat makcik diperkenankan. Amin. Doa ramai2 ye. Sekian



Kita Doa Untuk Aunty Ummi Ramai - Ramai ye..


Jari Kecil
Ahad 23.11.08
2.45 a.m

3 comments:

marsupilami said...

pndi ker aunty ummi ni jge muhammad??
comel la muhammad!!!

LittleFinger said...

eh of course la pandai.sbb tu dia makin gumuk.eceh

N said...

alalala.. comel!