Tuesday, March 12, 2013

Islam dan Jodoh. Berubahlah!

Assalamualaikum


Lama pulak tak update blog. Ramai yang datang blog ni cari pasal INCEIF. Harap dapat bantu korang semua ye :D  Ada apa2 nak tanya pasal INCEIF, email je saya ummi_kalthum10@yahoo.com. Ramai jugak yang nak tanya dan mintak email, tapi mungkin diorang terlepas pandang agaknya email yang dah dibagi. So bagi lagi sekali..


Ada sesiapa berminat nak tanya pasal INCEIF, email saya ye


ummi_kalthum10@yahoo.com


Amboi promote macam artis.. haha

-------------------------------------------------------------------------

Entry kalini nak cakap pasal JODOH


Ramai sangat ni yang dok geybang cakap pasal JODOH sana sini



Seingat saya, masa diploma dulu (2007 - 2010), isu JODOH ni tak la hebat sangat



Just nice je orang kata



Memang la ada je isu antara member2 pasal "syoknyeee kawen ni!" "Nanti aku nak suami macam blablabla..."



Tapi semua tu habis kat situ je



Sebab masing2 sedar masa tu belum tiba lagi



Masing2 tengah sibuk study, kejar cita2, kejar deadline assignment :P



Bila citer bab kawen pun, sume tu dalam kategori impian dan angan2 je



Tapi sejak dua menjak ni, fenomena kawen awal menjadi-jadi



Disebabkan tu, ramai laaaa yang dok "menggatal" rasa nak kawen 



Kalau "gatal" tu datang time dah keje, dah ada duit, tinggal nak cari calon je, IT'S OK!



Tapi ni kategori yang masih belajar, masih bawah tanggungan mak ayah, seluar kecik pun mak ayah yang belikan...IT'S NOT OK!!!!



Masing2 tak habis diploma, tak habis degree, ambik master pun full time pakai duit mak ayah, dah bising2 pasal kawen , jodoh, kawen, jodoh...



Apa yang korang nak dalam hidup korang benda tu je ke?



Yang korang impikan dalam hidup korang nak dapat jodoh je ke????




Fenomena ni bertambah teruk bila tengok kat Facebook, Twitter, sume dok post hadith2, nasihat2 pasal JODOH dan NIKAH SAHAJA! alaaahaiiii



Islam tu ada pada jodoh dan nikah saje ke? Islam tu cara hidup tau. Jodoh adalah sebahagian daripadanya, dan bukan merangkumi semua tentang Islam.



Ok...mari kita tengok satu persatu


Surah An-Nur ayat 26 :

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik ,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula.  Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia." 



Pernah dengar? "Insan yang baik, akan menarik orang dan perkara yang baik-baik. Pergi ke tempat yang baik2, kita akan berjumpa dengan orang yang baik"



Jadi saya nak tanya, insan2 yang sibuk bercerita pasal jodoh bagai nak rak ni



Solat awal waktu? 


Mengaji Quran setiap hari secara Istiqamah walaupun sikit?


Bangun awal pagi siapkan makanan family?


Buat assignment ada tangguh-tangguh tak?


Ada ponteng2 kelas tak???


Basuh baju sendiri tak???


Lipat baju sendiri tak???


Bila buat kerja2 rumah, pernah ke tak merungut ???


Boleh pimpin diri sendiri tak? Ke orang yang tolong pimpin kita???



Ada certain soalan, korang akan jawab dengan yakin "YA!"



Dan ada certain soalan korang akan amek masa utk pikir sebab korang tak pasti "Aku ada buat, tapi jarang-jarang la" "Boleh ke aku?"



Lepas tu korang pun cakap "Alahhh, ok la jarang-jarang dari takde langsung. Sebab tu la kitorang ni nak kawen, nak improve diri. Bila dah kawen sume tu akan berubah"


Ok kita tengok pulak ayat ni



Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

 "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal kepimpinannya. Pemimpin adalah yang bertanggungjawab memimpin dan akan ditanya perihal yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Buruh adalah pemimpin dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah pemimpin dan tentu akan ditanya perihal kepimpinannya. "

(Hadis sahih Muttafaq 'alaih)



Baik lelaki atau perempuan


Dah terpimpin diri untuk memimpin keluarga?


Masa jadi student, masa jadi pekerja, korang ada jadi pemimpin yang baik dalam menguruskan assignment dan kerja?


Dunia ni sementara, akhirat tu yang kekal, dah banyak ilmu nak pegang tanggungjwab? 


Tak takut dipersoalkan atas apa yang dah dipertanggungjawab atas kita?


Anak yang bakal lahir dalam sebuah perkahwinan akan menjadikan ibu bapa sebagai role model untuk dia menjalani kehidupan



Sebab tu kaum perempuan dianjurkan supaya rajin baca Quran waktu mengandung, rajin berzikir, jangan lakukan perbuatan yang tak baik


Tu sume akan mempengaruhi si anak



Bila anak tu dah lahir, lagi berat



Apa yang orang sekeliling buat, semua ditirunya



Dia kan anak kecil, baru nak mengenali dunia, jadi deria mendengar, melihat, menghidu, merasa, akan digunakan sepenuhnya



Kalau kita solat pun last minute, bangun pagi nak tolong isteri dan mak ayah pun malas, mengaji quran pun jarang2, bawak anak2 pun kat pusat snooker, bawak anak2 pun pegi karaoke bukan pegi jemaah kat masjid



Jangan cakapla "Aku ni jahat, tapi aku tanak anak aku jadi macam aku. Jadi aku takkan bawak dia tempat2 macam tu"



Mak ayah tu role model tau! 


Jadi sebelum berani nak pikul tanggungjawab, perbaiki diri dulu! ok?



Macam mana nak perbaiki diri? boleh...InsyaAllah mudah



Berentila berangan-angan pasal bakal suami, bakal isteri



Baca, faham, dan hayati betul2 firman Allah 


Allah befirman : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (An-Nisa : 120)


"Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka." (Al-Baqarah : 216)


Jadi mulai sekarang, daripada kerap sangat pikir, post dan tweet pasal jodoh la, pasangan la...cinta rindu



Lebih baik post sesuatu yang memberi manfaat dan ilmu kehidupan



Saya ulang, ISLAM IS THE WAY OF LIFE, JODOH IS ONLY A PART FROM IT



Jadi tak perlulah nak cakap jodoh jodoh jodoh jodoh sampai benda lain tak reti nak cakap



Ajarlah rakan2 laman sosial awak2 tu pasal akibat meninggalkan solat,


Fadhilat surah-surah dalam al-quran



Zikir2 harian setiap hari



Fadhilat solat-solat sunat



Kelebihan menuntut ilmu



Hadith2 berkaitan hari kiamat, berbuat baik pada ibu bapa...



Ajarlah rakan2 awak tu supaya mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w



Macam mana nak dapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w kalau kita sibuk kejar cinta manusia???



Kan banyak lagi yang boleh dibualkan



Kenapa nak ungkit soal jodoh 24/7?



Awak meninggalkan dunia nanti pun, benda pertama yang ditanya adalah solat




Memang betul apa yang dah dikatakan dalam hadith ni


Sabda Rasulullah s.a.w yang lebih kurang maksudnya :

"Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka bertakwalah kepada Allah untuk sebahagian yang lain itu"

(Hadith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya)



Tapi jangan ingat perkahwinan ni perkara mudah



Berhentilah berangan, kejar cita-cita, tetapkan matlamat



InsyaAllah sampai masa, kita akan jumpa pasangan yang dah ditetapkan Allah



Doa. Doa. Doa. Amalkan. 



(Wahai Tuhan, sungguh aku sangat faqir atas pemberian anugerah Mu)


Doa ini adalah daripada surah al-qasas ayat 24. Ia merupakan doa Nabi Musa as, kemudian Nabi Musa as didatangi calon isterinya dan sekaligus mendapat pekerjaan. 



--------------------------------------------------------------------

 Doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)
Yang bermaksud:
“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)


----------------------------------------------------------------------





doa pengasih



Baca didalam hati ketika berhadapan dengan suami dan hembus perlahan ke muka pasangan. 

Untuk dikasihi masyarakat, boleh amalkan ayat2 ni 3x setiap kali lepas solat. 



--------------------------------------------------------------------


Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu

Bermaksud:

“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”



----------------------------------------------------------------------------------------------



Ada banyak lagi doa, tapi cukuplah dengan apa yang saya kongsikan



Amalan yang sedikit tapi berterusan tu lebih disukai Allah. Ingat Tu!



Jangan harini baca semua doa, esok lusa takde doa langsung


Macam mana nak makbul kalau macam tu



Kepada yang belum mampu untuk berkahwin, pegang 2 hadith ni


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud


Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat"

(Hadith Riwayat Bukhari)



Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: 

"Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya." 


(Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781


Jangan risau jodoh kita lambat...


 Tu tu tengok hadith kedua tu...


Kan Allah s.w.t dah tetapkan rezeki kita. Jodoh juga rezeki :)


Jadi kenapa nak risau tentang jodoh?


Allah tak pernah tipu! Sebab Allah itu sempurna, Maha Adil


Bersangka baik dengan Allah



Daripada kita merungut memikir siapa jodoh kita..dan merungut kata "siapa la yang nak kat aku"


Jom kita tukar ayat "InsyaAllah, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk aku, jodoh aku ada. InsyaAllah!


Tengok hadith ni



Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku.” 
(Riwayat Ibnu Abid-Dunya)

أنا عند ظن عبدي بي فإن ظن بي خيرا فله الخير فلا تظنوا بالله إلا خيرا

Ertinya: Aku menuruti prasangka hamba terhadapKu, jika Ia berprasangka baik terhadapKu, maka baginya kebaikan, maka jangan berprasangka terhadap Allah kecuali kebaikan.

( Bukhori )


Bersangka baik yang Allah sedang menyusun sesuatu yang lebih baik untuk kita

Allah tau bila waktu terbaik untuk kita capai sesuatu :)


Teruskan berdoa, jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia


Tetapkan matlamat di dunia untuk cari redha Allah



Redha Allah bukan datang dari jodoh kita



Puasa tu jugak bukan puasa lapar, dahaga, pandangan, percakapan



Hati kita pun kena seiring



Berhentilah pikir jodoh2 ni



Toksah pikir crush la, admire la



Duit dah ada? Belajar macam mana?



Toksah bazir la bagi hadiah bagai semata nak tarik perhatian dan tarik hati orang yang korang suka



Kalau nak bagi biar ikhlas sebab nak jaga persahabatan, sebab sempena Birthday ke



Tak payah nak berharap lepas dah bagi hadiah kita nak orang tu suka kita



Lebih baik simpan duit, guna untuk family dan bakal pasangan



"Bakal" bukan bermaksud orang yang kita minat



Tapi tunang kita, atau yang dah memang lagi 2,3 bulan nak kawen



Jangan sentap2 emo pulak lepas baca entry ni



Ambik yang baik, Tinggal yang buruk



Terima teguran dan berubah




Bukan terima teguran, terima lagi, terima lagi, sudahnya tak berubah



Stagnant sampai bila2



Okela. dah panjang sangat ni



Semoga Allah menguatkan cinta kita kepadaNYA dan kepada Rasulullah s.a.w
dan semoga kita sama-sama berubah supaya berhenti post, tweet pasal jodoh setiap masa. Mudah2an kita jadikan Islam tu sebagai cara hidup, bukan Islam tu hanya pada Jodoh. InsyaAllah amin 





Sekian


Jari Kecil
12 Mac 2013, Selasa
5.40 petang

No comments: