Sunday, March 24, 2013

Dakwah Moden, Cakap tak serupa bikin

Assalamualaikum



Ukhuwah? Apa tu Ukhuwah?


Maksud ukhuwah menurut imam Hasan al-Banna ialah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan akidah yakni Islam

Menurut Hasan al-Banna lagi, terdapat 3 rukun ukhuwah iaitu ta’aruf, tafahum dan ta’awun. 


1)    Ta’aruf bermaksud berkenal-kenalan bak kata orang kita, tak kenal maka tak cinta.

2)    Tafahum pula bermakna saling faham-memahami. Dalam erti kata lain, seorang mukmin mestilah memahami saudaranya yang lain. Abu Hurairah dari Nabi saw pernah bersabda yang berbunyi, 
‘Barangsiapa menghilangkan kesusahan seorang Muslim, niscaya Allah akan menghilangkan satu kesusahannya di hari kiamat. Allah selalu menolong seorang hamba selama dia menolong saudaranya. ’.


3)   Ta’awun bermakna saling bantu membantu. Namun begitu, bantu membantu ini hanya terhad dalam hal kebaikan dan dalam usaha meninggalkan kemungkaran. 




Secara jelas, ukhuwah merupakan ikatan hati sesama orang mukmin yang diikat atas dasar akidah tauhid yang satu. Maka, ukhuwah Islamiyyah merupakan sifat yang mengiringi keimanan. Sebaliknya, ukhuwah yang dibina tanpa dasar keimanan hanya merupakan pertemuan dua pihak kerana kepentingan tertentu, saling bertukar budi serta hubungan yang dijalin tidak berkekalan.



Ini lah maksud Ukhuwah



Kesimpulan, Ukhuwah terdiri daripada Kenal, Saling Memahami, dan Saling Membantu



Memang seronok tengok orang yang berukhuwah ni



Ukhuwah Islamiyyah maksud saya


Bukan Ukhuwah dalam buat jahat, yang menjauhkan diri dari Allah



Itu "Ukhuwah Jahiliyyah"




Seronok juga tengok orang yang ber'usrah dan dalam usrah sendiri memperjuangkan Ukhuwah



Tapi, berapa ramai la yang cakap serupa bikin



Pandai sebut Ukhuwah, Ukhuwah, Penting Ukhuwah ni, Kita kena ambil tahu hal kawan-kawan kita



Tapi berapa ramai la yang betul - betul pegang maksud Ukhuwah



Bukan setakat tahu, sebarkan, tapi tak amalkan



Patutlah orang bukan Islam tak hormat dengan orang Islam



"Empty Words"



Kerap tabur perkataan, ayat-ayat baik, tapi sendiri tak buat apa yang dikata



Dan ramai yang terlalu pegang pada alasan "Takpe, dalam dakwah ni kita kena berpesan-pesan, biarlah apa orang nak kata"




Betul, berpesan-pesan itu bagus, memang dituntut



Tapi action speak louder than words kan?




Dulu, dakwah Nabi Muhammad s.a.w berjaya sebab tindakan dan akhlak



Rasulullah bukan cuma tahu cakap



Tapi Rasulullah tahu buat!



Beza dengan dakwah Milennium sekarang



Pandai cakap, buat kemudian...



Macam kita nak mendidik orang melalukan kebaikan



Kita kena tunjuk contoh yang baik



Jangan salahkan orang yang di tegur bila dia kata "Alahhh kau pun bukan baik sangat! Aku tengok Solat pun tunggang langgang!"




Bila kita dah buat baik, tapi orang tetap pandang tak baik



Tak apa :)




Barulah kita boleh pegang ayat "Kita ni kena sentiasa berpesan-pesan, biarlah apa orang nak kata"



"Biarlah apa orang nak kata"  bila kita dah buat baik, kita dah tegur dan ajak kawan kita buat baik, tapi dia tak nak dengar dan mengata kita



Konsep zaman sekarang, bila orang mengata kita, ditolak bulat -bulat



Muhasabah diri langsung tak ada



Kononnya kita ni betul sangat



Tapi kita tak sedar, mungkin apa yang kawan kita cakap sebab tindakan kita sendiri tak mencerminkan apa yang kita nasihat




Contohi Dakwah Rasulullah s.a.w



Dakwah nabi kita atas prinsip "Action Speak Louder Than Words"



Dakwah kita sekarang atas prinsip "Pesan dulu, buat kemudian"



Ala-Ala kita makan kat kedai


"Ambil dulu, bayar kemudian"



Bila bercakap bab Ukhuwah, tak nak kalah



Siap perli-perli "Bila kawan tak datang, kita kena ambil tau, dia sakit ke ape ke..jangan entah entah je"



Tapi har har har!



Yang berpesan pun sama je main "entah entah entah"



Takde pulak tanya khabar kawan yang tak hadir



Kelakar dakwah zaman sekarang




Eh Eh...



Yang paling kelakar, Ukhuwah orang Islam ni berpuak



Bila dia dah dapat kawan yang baik, dah dapat group Usrah yang baik



Habis ditinggalnya kawan-kawan yang lama




Laa.... Dakwah dia rupanya dalam kalangan dia je




Dulu, masa kita jahil kita mintak pada Allah



"Ya Allah, temukanlah aku dengan orang yang boleh membimbing aku!"



Bersungguh-sungguh menadah tangan siang malam



Bila jumpa orang baik-baik, kita terasa seronoknya kalau ada dalam kalangan mereka




Bila terasa orang baik-baik ni macam "pilih bulu" kita pun rasa "Sepatutnya dia bimbing orang macam aku"



Tapi bila kita dah selesa, kita dah dapat apa yang kita nak



Kita tinggalkan pulak kawan-kawan kita yang tak se"aliran" 




Padahal mungkin dalam hati dia, dia pulak berharap kita ni dapat bimbing dan bantu dia




Bila dah dapat kebaikan, Jangan Selfish ye :)




Sebar-sebarkan...Jangan Tinggal-Tinggalkan



Kalau rasa tak selesa dengan kawan, takut kita terjebak dengan perkara tak baik




Amalkan "Jarak-Jarakkan"....



Bukan tinggal terus! Dakwah tak mengajar kita terus tinggal orang yang Jahil



Tapi kita kena sabar dalam membimbing dia



Bukan Tinggal tapi Jarakkan :)



Yelah, ilmu kita yang sikit sangat, Iman kita yang senipis kulit bawang ni, mana tahan sangat dengan dugaan, godaan dunia ni



Sebab tu kita kena jarakkan



Saya taip dalam keadaan nak cepat



So tak sempat nak quote hadis dan ayat2 Quran 



Tak sempat nak cerita sikit2 cerita-cerita Dakwah Rasulullah s.a.w



Kalau saya free, saya selitkan nanti 



Nak makan durian!



Assalamualaikum~

p/s : Hey, kalau rasa entry ni bermanfaat, sebar-sebarkan. Jangan selfish .hehe



Sekian


Jari Kecil
24 Mac 2013, Ahad
9.20 malam

No comments: