Dia,
Selama saya kenal dia
Dia baik sangat
Solat tak tinggal, ilmu agama pun rajin dia cari
Join macam - macam program masjid, majlis ilmu
Dahla pandai! Seumur hidup dia, result UPSR, PMR, SPM, tak pernah dapat B!
SPM dia paling power, 11A1, 1A2
Dia ni spesies apa entah
Perempuan pun tak layan sangat
Dia pernah cakap yang diri dia MAHAL! Takde orang boleh senang - senang dapat dia
Satu dalam sejuta orang macam dia ni
Disebabkan saya ni ada sifat curious yang melampau
Saya pernah check hp dia
Kot - kot la ada message dari awek
Nak tau apa yang saya jumpa?
Semua message program - program usrah dan majlis ilmu
SEMUA! Tak ada pun yang terselit message yang bukan - bukan
Kalau bukak hp saya, entah hape hape boleh jumpa
Dengan gosip, dengan ketawa berdekah - dekah "HAHAHAHA" siap capslock lagi
Dia,
Masa saya sakit, dia yang tunggu saya
Sebelum operation, selepas operation, dia mesti ada
Sampai tertido - tido dekat sofa lobby hospital
Alololo suweettnyee~
Tapi,
Bila saya ada, dia mesti akan cakap
"Haish susahlah macam ni!!" Dengan nada pondan
Dia susah kalau saya nak tengok tv
Dia susah kalau saya study tak layan dia
Tapi selalunya saya tak buat apa2 pun dia susah jugak -__-
Saya pun tak nampak apa kesusahan dia kat situ
Bila saya duduk senang lenang
Dia akan pukul saya
Jentik kuat - kuat
Tangan dia dah la besar!
Ada satu hari, dia jentik saya..dia cakap "Ohh.. tak kuat lagi. Dulu lagi kuat"
Saya pandang dia sinis tak membalas
Dia sambung jentik "Ha.. kuat tak? kuat tak?"
Lepas tu saya terus pukul dia bertalu - talu
Dia ingat saya ni punch bag ke apa nak main try test kekuatan
Saya,
Paling suka debate agama dengan dia
Dia suka dengar, angguk, baru dia buat counter attack
Dan selalunya counter attack dia bukan sebab nak menangkan diri dia
Tapi dia cuma menambah -nambah idea dan pendapat dari Hadith, Mazhab
Sesetengah orang, tak habis lagi kita cakap dia dah "Eh takk takk. Salah tuu"
Tapi dia tak.
Bagus kan dia?
Dia,
Selalu teman saya tengok Running Man
Bila saya ketawa kuat -kuat dia pun akan ketawa
Mungkin sebab dia tengok saya ni ketawa over sangat
Ketawa sampai kedepan kebelakang badan sambil ketuk - ketuk meja
Tapi dia tak pernah mengata saya suruh gelak sopan - sopan
Saya dan dia,
Suka cakap kat diri masing - masing
"Eh...sosial la sikit!"
Sebab kami dua orang jarang bergaul dengan orang
Selalu, kami akan salam, duduk diam dan buat hal masing - masing
Kalau beramah mesra pun sekejap je
Kalau saya nampak dia tak mesra
Saya tegur dia "Eh sosial la sikit!"
Kalau dia nampak saya diam je, dia pulak akan cakap "Eh..sosial la sikit!"
Harini, 25 Mac 2013
Dia dah tak ada kat Malaysia buat kali kedua
Dia teruskan perjuangan mencapai cita-cita
Dulu, saya menangis seminggu masa dia pergi jauh
Harini?
Masa salam dia tadi, saya buat - buat gagah
Gaya saya salam dia dah macam Abang - Abang Kawasan
Dengan kasar, keras, genggam tangan kuat - kuat dan cakap
"Bye!"
Dengan nada penuh angkuh dan gagah
Saya,
Ada berniat nak masakkan aiskrim goreng untuk dia
Jadi semalam, lepas dah struggle baca notes
Saya pergi dapur dan siapkan bahan-bahan aiskrim goreng pada pukul 4.30 pagi
Saya tidur pukul 8 pagi
Pukul 10 saya bangun dan siap-siap masak takut tak sempat
Tapi,
Aiskrim Goreng saya tak menjadi sebab saya kelam kabut
Tapi saya bawak jugak untuk dia
Lepas tu dia tanya "Ape nih?" Dengan muka jijik
Saya dengan yakin jawab "Aiskrim Goreng! Cepat makan nanti cair!"
Tapi dia geleng-geleng kepala sambil buat muka jijik -__-
Tadi,
Bila dia lambai-lambai dari dalam tempat perlepasan
Rasa macam...
"Aku tengah susah ni, kalau dia jauh agak-agak boleh ke aku kurangkan rasa susah ni?"
Kawan Baik saya dari kecik!
Dia lelaki
Berkaca mata, Tinggi, Kurus
Dia...
Omar bin Hamidun
Hey Omar
Walaupun Omar macam jijik tengok aiskrim goreng Ummi buat,
Tapi Ummi tak kisah
Sebab Ummi pun macam segan nak bagi sebenarnya
Hahahhaha!
Lagipun, mana ada kakak yang nak bagi benda yang bukan-bukan untuk adik dia
Walaupun kadang-kadang ada terniat jugak nak buat jahat
Haritu, Omar ada mintak Ummi buatkan Milo Ais
Ummi pun buat, lepas tu Omar merungut
"Alaaa. Ummi la ni buat milo ais! kan dah kena gosok gigi balik!" -_____-
Takpe Omar. Takpe
Nanti, kalau ada rasa-rasa nak kahwin,
Tolong tunggu Ummi kahwin dulu Pliz!
Jatuh la standard seorang kakak bila adik lelaki dia kahwin dulu!
Student Overseas ni bukan betul,
Kang tiba-tiba je nak kahwin
Omar jangan terpengaruh k
Tu semua nafsu! Hahaha
Okey, Nanti Jangan lupa bawak Ummi jalan-jalan Jepun yang dibanggakan sangat tu!
ByeBye! Nanti habis belajar balik Malaysia ye, jangan nak bermastautin kat sana pulak
Aku hambat kau nanti!
Bye Bye.
Doakan Ummi dapat habiskan master dengan cemerlang, gemilang, terbilang
Dan dapat kahwin tahun depan. Agagaga
p/s : Ada 4 assignment kena siapkan.
Mid Term Test Research Methodology : Sabtu 30 Mac 2013
Assignment Islamic Banking : Isnin, 1/4
Group Assignment Research, (Tesis) : Rabu, 10 Mac 2013
Assignment Usul Fiqh : Rabu, 10 Mac 2013
First final paper, 22/4/2013
Matilahhhhhhhhhh~~~~
Sekian
Jari Kecil
25 Mac 2013, Isnin
5.20 petang
No comments:
Post a Comment