Saturday, March 30, 2013

Much better ; please don't give up!

Assalamulaikum


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah


Rasa lebih ok lepas solat


See? siapa kata solat tu menyusahkan dan memenatkan


Solat tu terapi minda dan badan


Tu la salah satu hikmah Allah wajibkan kita solat


Walaupun solat sambil duduk je sebab tak mampu berdiri 



Sakit kepala yang melampau la punca



Lepas dah muntah2...pastu paksa diri untuk makan, alhamdulillah lega sikit



Pastu sapu minyak kat kepala, tampal koyok kat bahu. Legaaa sikit



Menaip entry ni pun sambil baring



Tak pernah buat?? Try Try


Nampak gaya lepas subuh nanti baru saya sambung buat assignment Islamic Banking



Mudahkan Ya Allah. Esok nak kena hantar



InsyaAllah amin.



Saje je nak update



Sebab entry sebelum ni macam teruk sangat je bunyi nya



Hahaha. Nak buat macam mana, taip entry tadi dalam keadaan tahan sakit



Bersungguh menaip sambil dengar ayat-ayat Ruqyah



Hoho



Kawan, dalam keadaan sakit mana pun kamu,


Dalam keadaan sibuk mana pun kamu,


Dalam keadaan senang macam mana pun kamu,


Jangan lupa solat k!


Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya


Janji Allah itu pasti


--------------------------------------------------------------

Ini Cerita Saya


Teringat semalam, masa tengah rasa penat sangat


Kadang-kadang kita dengar orang cakap


"Alaaaa..... buat apa susah-susah sangat buat keje, janji siap je!"


"Aku dah tak larat langsung dah ni. Aku nak habiskan jela pastu serah kat Allah. Tawakkaltu A'lallah"


Saya pun hampir termakan kata-kata


Ada benda yang saya rasa tak cukup pada jawapan Mid Term saya semalam


Tapi sebab saya rasa "Cukuplahh ni, aku dah usaha dah. Tawakal jela"


Saya sudahkan kerja dengan rasa "tak puas"


Saya print jawapan saya, saya simpan dalam fail untuk dibawa esok


Lepas solat, saya fikir saya tak boleh putus asa 


Dan saya terus dapat satu kekuatan


Yang saya tak tahu dari mana (dari Allah pastinya)


Saya buka semula laptop, dan saya mencari sesuatu untuk melengkapkan jawapan Mid Term saya


Alhamdulillah. Hanya dengan satu klik, dengan sekali scroll, Allah temukan saya dengan jawapan yang saya perlukan


Saya teruskan menaip, 2,3 baris...


Dan saya baca semula jawapan saya


Kemudian, terkeluar dari mulut perkataan "Allahuakbar! Ya Allah...Alhamdulillah"



Kenapa?


Ini bukan sebab saya kagum dengan jawapan sendiri ye


Tapi...


Saya jumpa banyakkkk kesalahan nombor, tertinggal perkataan, ayat yang tak habis..


Saya baru sedar...kalau saya kekalkan niat "Tawakaltu A'lallah" tadi...


Saya jumpa tak kesalahan2 ni??


Kalau Allah tak gerakkan hati dan bagi kekuatan pada saya


Pasti saya dah hantar jawapan yang penuhhh dengan kesalahan!


Dan lepas siap membetulkan semua kesalahan, saya ulang baca berkali-kali jawapan saya


Walaupun dah 6 pagi. Saya tak tidur, saya teruskan


Selesai....saya buka twitter. Apa yang saya jumpa?


Tanpa scroll, saya terus terbaca satu tweet dari Mufti Ismail Menk


"The Almighty understands our supplications & needs better than we can ever word them. Just try your best, He knows!"


Yes! HE knows. 


But remember, the only key is "TRY YOUR BEST"


Bukan give up sebelum sampai masa


Allah, DIA tahu saya letih...DIA sampaikan sesuatu melalui Mufti Ismail Menk yang saya terus terbaca


Alhamdulillah !


Allah is The Greatest :)


Allah ada menyatakan " Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya"


Allah s.w.t juga ada menjelaskan perihal jangan berputus asa melalui Kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya

"Wahai anak anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"



Pesan saya pada diri dan sesiapa yang membaca:


Jangan tinggal solat dan jangan ambil ringan tentang solat. Dan, jangan berhenti putus asa..jangan! Allah Maha Mengetahui apa yang kita perlukan, tapi Allah tak suka hambaNya yang berputus asa. Jadi jangan buat apa yang Allah tak suka. Analoginya, kalau kita buat baik pada orang, kita tak buat apa yang orang benci, orang takkan teragak-agak untuk tolong kita kan? 


Please Allah don't please human. Remember, Allah  without a man is still Allah, 
but A MAN WITHOUT ALLAH IS NOTHING


P/s : Mgkin saya tak dapat result yg hebat utk mid term memandangkan banyak yang saya tak berapa mahir, tapi sekurang-kurangnya saya tahu saya dah cuba sehabis baik

Sekian

Jari Kecil
Ahad, 31 Mac 2013
6 pagi

Hectic. Totally Exhausted

Assalamualaikum


Menggagahkan diri menaip


Serius! 



Perasaan sekarang sangat penat secara fizikal, InsyaAllah masih bertahan dengan kekuatan mental



Saya rasa, makanan saya semakin sihat


Maksud saya, dulu, masa Ijazah, Diploma, saya ni satu vitamin pun tak ambil



Sekarang, sebut je


Vitamin C. E. B-Complex. VCO. 


Tambah pulak sekarang ni dah rajin minum air masak



Dulu punya la susah nak minum, minum pun sikit2 je




Sekarang ni, tiap-tiap hari sekurang-kurangnya 2 liter air mesti minum!





Tapi, 



Ketahanan diri dah tak macam dulu



Dulu, study sampai tak tidur, terus jawab final pagi tu, still standing lagi



Alhamdulillah boleh score A masa tu



Tapi, skrg....tengah sambung Master




Saya totally penat . Sangat sangat sangat penat



Saya taktau punca utama



Selepas operation ke jadi macam ni? Sangat teruk



2 minggu lepas, saya dapat Mid Term Exam untuk subjek Research Methodology



Take home test. Walaupun take home, susah dia...menyebabkan ramai yang tak tidur berhari-hari



Mana saya tau ramai? Sebab classmate saya ramai yang mengadu dalam kelas tadi. 



Walaupun antara kitorang ada yang buat discussion



Still, kitorang tak jumpa jawapan yang tepat



Macam-macam pendapat...dan akhirnya, lepas Prof reveal jawapan Mid Term dalam kelas tadi, ramai yang salah




Untuk saya yang tak berapa bijak dalam subjek tu



Saya tak tidur dengan betul selama seminggu



Selama 4 hari saya memang push diri saya sampai maksimum level!




Alhamdulillah sempat siap pukul 4 pagi semalam. Dan saat-saat akhir, saya tambah lagi 2,3 baris jawapan pukul 5-6 pagi



Maksimum maksud saya adalah...Tak tido, kalau tido pun cuma beberapa jam



Bila bangun, terus bukak laptop, sambung buat kerja



Saya, terlampau lama duduk fokus, 18 jam straight....dalam masa 4 hari



Waktu rehat saya cuma waktu solat, itu je waktu saya regang-regangkan badan 




Kalau saya mula buat assignment pukul 3 ptg...saya akan berhenti buat pukul 9 pagi esoknya



Tanpa tidur..ye tanpa tidur dan bersuka ria @.@



Kalau saya mula buat assignment pukul 1 petang, saya akan berhenti pukul 7 pagi



Non-stop


Master's life is too hectic 



Bila saya berhenti, saya akan tidur dalam 4-5 jam.



Dan bila bangun, tanpa buat benda lain saya akan continue buat kerja...



Makan saya pun entah ke mana



Makan bila free..bukan bila lapar


Tak sempat nak rasa lapar



Dan harini



Saya ingat nak sambung buat assignment malam ni



Lepas balik berurut tadi,


Saya terus tidur



Dalam kelas tadi, 2 kali saya keluar kelas dalam 30 minit untuk tidur dalam surau



Saya tak mampu bukak mata


Saya pergi urut sebab terlalu tak tahan



Leher, bahu dan kepala saya terlalu sakit



Sangat sangat sangat sakit



Mungkin sebab lama sangat duduk buat kerja, tambah pulak stress level mesti naik mendadak kan



Walaupun tak berapa stress still sakit sbb terlampau lama fokus



Dan sekarang,,


Saya rasa lebih berat



Saya ambil roti untuk saya makan



Tapi nampaknya saya tak dapat nak makan apa yang saya dah ambil



Kepala saya sangat sakit. Dah nak muntah



Ini pun bertahan jeee


Saya taip entry ni pun sebab nak larikan fokus dari asyik pikir pasal sakit



Sambil taip entry, saya bukak ayat Ruqyah



Mungkin dapat kurangkan sakit, InsyaAllah



Dan saya rasa


Ini dah sampai limit saya



Dah tak tahan nak muntah


Solat pun belum lagi ni



Harap-harap Allah bagi kekuatan la


Saya nak letak balik roti saya, 



Saya nak minum air..dan saya nak rest sikit 



Mungkin saya perlu gunakan Rukhsah solat


Sebab bila diri rasa macam nak tumbang je


Mungkin lepas muntah-muntah ok sikit ke...mana tau kan


Jadi mari muntah. LoL




Hari Isnin, saya perlu hantar Islamic Banking



Siap Islamic Banking, ada lagi 2 assignment saya kena pulun



Dan ini tak berhenti...



Serius


I need to go...


Please...pray for me. Doakan Allah bagi kekuatan pada saya untuk menyelesaikan yang sulit, mempermudahkan yang susah



Amin



Sekian










Monday, March 25, 2013

Dia dan Aiskrim Goreng Saya

Assalamualaikum



Dia,


Selama saya kenal dia


Dia baik sangat



Solat tak tinggal, ilmu agama pun rajin dia cari



Join macam - macam program masjid, majlis ilmu



Dahla pandai! Seumur hidup dia, result UPSR, PMR, SPM, tak pernah dapat B!


SPM dia paling power, 11A1, 1A2



Dia ni spesies apa entah



Perempuan pun tak layan sangat



Dia pernah cakap yang diri dia MAHAL! Takde orang boleh senang - senang dapat dia



Satu dalam sejuta orang macam dia ni




Disebabkan saya ni ada sifat curious yang melampau 



Saya pernah check hp dia



Kot - kot la ada message dari awek



Nak tau apa yang saya jumpa?



Semua message program - program usrah dan majlis ilmu



SEMUA! Tak ada pun yang terselit message yang bukan - bukan



Kalau bukak hp saya, entah hape hape boleh jumpa



Dengan gosip, dengan ketawa berdekah - dekah "HAHAHAHA" siap capslock lagi



Dia,



Masa saya sakit, dia yang tunggu saya



Sebelum operation, selepas operation, dia mesti ada



Sampai tertido - tido dekat sofa lobby hospital



Alololo suweettnyee~



Tapi,



Bila saya ada, dia mesti akan cakap



"Haish susahlah macam ni!!" Dengan nada pondan




Dia susah kalau saya nak tengok tv



Dia susah kalau saya study tak layan dia



Tapi selalunya saya tak buat apa2 pun dia susah jugak -__-



Saya pun tak nampak apa kesusahan dia kat situ



Bila saya duduk senang lenang



Dia akan pukul saya




Jentik kuat - kuat



Tangan dia dah la besar!




Ada satu hari, dia jentik saya..dia cakap "Ohh.. tak kuat lagi. Dulu lagi kuat"



Saya pandang dia sinis tak membalas



Dia sambung jentik "Ha.. kuat tak? kuat tak?"



Lepas tu saya terus pukul dia bertalu - talu




Dia ingat saya ni punch bag ke apa nak main try test kekuatan




Saya,



Paling suka debate agama dengan dia



Dia suka dengar, angguk, baru dia buat counter attack



Dan selalunya counter attack dia bukan sebab nak menangkan diri dia



Tapi dia cuma menambah -nambah idea dan pendapat dari Hadith, Mazhab




Sesetengah orang, tak habis lagi kita cakap dia dah "Eh takk takk. Salah tuu"




Tapi dia tak. 




Bagus kan dia?


Dia,


Selalu teman saya tengok Running Man



Bila saya ketawa kuat -kuat dia pun akan ketawa




Mungkin sebab dia tengok saya ni ketawa over sangat



Ketawa sampai kedepan kebelakang badan sambil ketuk - ketuk meja





Tapi dia tak pernah mengata saya suruh gelak sopan - sopan



Saya dan dia, 



Suka cakap kat diri masing - masing


"Eh...sosial la sikit!"


Sebab kami dua orang jarang bergaul dengan orang



Selalu, kami akan salam, duduk diam dan buat hal masing - masing



Kalau beramah mesra pun sekejap je



Kalau saya nampak dia tak mesra



Saya tegur dia "Eh sosial la sikit!"



Kalau dia nampak saya diam je, dia pulak akan cakap "Eh..sosial la sikit!"




Harini, 25 Mac 2013



Dia dah tak ada kat Malaysia buat kali kedua



Dia teruskan perjuangan mencapai cita-cita




Dulu, saya menangis seminggu masa dia pergi jauh



Harini?




Masa salam dia tadi, saya buat - buat gagah




Gaya saya salam dia dah macam Abang - Abang Kawasan




Dengan kasar, keras, genggam tangan kuat - kuat dan cakap



"Bye!"



Dengan nada penuh angkuh dan gagah


Saya, 


Ada berniat nak masakkan aiskrim goreng untuk dia



Jadi semalam, lepas dah struggle baca notes



Saya pergi dapur dan siapkan bahan-bahan aiskrim goreng pada pukul 4.30 pagi



Saya tidur pukul 8 pagi



Pukul 10 saya bangun dan siap-siap masak takut tak sempat



Tapi,



Aiskrim Goreng saya tak menjadi sebab saya kelam kabut



Tapi saya bawak jugak untuk dia



Lepas tu dia tanya "Ape nih?" Dengan muka jijik



Saya dengan yakin jawab "Aiskrim Goreng! Cepat makan nanti cair!"



Tapi dia geleng-geleng kepala sambil buat muka jijik -__-


Tadi,


Bila dia lambai-lambai dari dalam tempat perlepasan



Rasa macam...



"Aku tengah susah ni, kalau dia jauh agak-agak boleh ke aku kurangkan rasa susah ni?"



Dia, 

Kawan Baik saya dari kecik!

Dia lelaki

Berkaca mata, Tinggi, Kurus


Dia...



Omar bin Hamidun


Hey Omar


Walaupun Omar macam jijik tengok aiskrim goreng Ummi buat,
Tapi Ummi tak kisah
Sebab Ummi pun macam segan nak bagi sebenarnya
Hahahhaha!


Lagipun, mana ada kakak yang nak bagi benda yang bukan-bukan untuk adik dia
Walaupun kadang-kadang ada terniat jugak nak buat jahat


Haritu, Omar ada mintak Ummi buatkan Milo Ais
Ummi pun buat, lepas tu Omar merungut
"Alaaa. Ummi la ni buat milo ais! kan dah kena gosok gigi balik!" -_____-
Takpe Omar. Takpe


Nanti, kalau ada rasa-rasa nak kahwin,
Tolong tunggu Ummi kahwin dulu Pliz!
Jatuh la standard seorang kakak bila adik lelaki dia kahwin dulu!
Student Overseas ni bukan betul, 
Kang tiba-tiba je nak kahwin
Omar jangan terpengaruh k
Tu semua nafsu! Hahaha


Okey, Nanti Jangan lupa bawak Ummi jalan-jalan Jepun yang dibanggakan sangat tu!
ByeBye! Nanti habis belajar balik Malaysia ye, jangan nak bermastautin kat sana pulak
Aku hambat kau nanti!


Bye Bye.
Doakan Ummi dapat habiskan master dengan cemerlang, gemilang, terbilang
Dan dapat kahwin tahun depan. Agagaga


p/s : Ada 4 assignment kena siapkan.

       Mid Term Test Research Methodology : Sabtu 30 Mac 2013
       Assignment Islamic Banking : Isnin, 1/4
       Group Assignment Research, (Tesis) : Rabu, 10 Mac 2013
       Assignment Usul Fiqh : Rabu, 10 Mac 2013

       First final paper, 22/4/2013

       Matilahhhhhhhhhh~~~~


Sekian


Jari Kecil
25 Mac 2013, Isnin
5.20 petang

Sunday, March 24, 2013

Dakwah Moden, Cakap tak serupa bikin

Assalamualaikum



Ukhuwah? Apa tu Ukhuwah?


Maksud ukhuwah menurut imam Hasan al-Banna ialah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan akidah yakni Islam

Menurut Hasan al-Banna lagi, terdapat 3 rukun ukhuwah iaitu ta’aruf, tafahum dan ta’awun. 


1)    Ta’aruf bermaksud berkenal-kenalan bak kata orang kita, tak kenal maka tak cinta.

2)    Tafahum pula bermakna saling faham-memahami. Dalam erti kata lain, seorang mukmin mestilah memahami saudaranya yang lain. Abu Hurairah dari Nabi saw pernah bersabda yang berbunyi, 
‘Barangsiapa menghilangkan kesusahan seorang Muslim, niscaya Allah akan menghilangkan satu kesusahannya di hari kiamat. Allah selalu menolong seorang hamba selama dia menolong saudaranya. ’.


3)   Ta’awun bermakna saling bantu membantu. Namun begitu, bantu membantu ini hanya terhad dalam hal kebaikan dan dalam usaha meninggalkan kemungkaran. 




Secara jelas, ukhuwah merupakan ikatan hati sesama orang mukmin yang diikat atas dasar akidah tauhid yang satu. Maka, ukhuwah Islamiyyah merupakan sifat yang mengiringi keimanan. Sebaliknya, ukhuwah yang dibina tanpa dasar keimanan hanya merupakan pertemuan dua pihak kerana kepentingan tertentu, saling bertukar budi serta hubungan yang dijalin tidak berkekalan.



Ini lah maksud Ukhuwah



Kesimpulan, Ukhuwah terdiri daripada Kenal, Saling Memahami, dan Saling Membantu



Memang seronok tengok orang yang berukhuwah ni



Ukhuwah Islamiyyah maksud saya


Bukan Ukhuwah dalam buat jahat, yang menjauhkan diri dari Allah



Itu "Ukhuwah Jahiliyyah"




Seronok juga tengok orang yang ber'usrah dan dalam usrah sendiri memperjuangkan Ukhuwah



Tapi, berapa ramai la yang cakap serupa bikin



Pandai sebut Ukhuwah, Ukhuwah, Penting Ukhuwah ni, Kita kena ambil tahu hal kawan-kawan kita



Tapi berapa ramai la yang betul - betul pegang maksud Ukhuwah



Bukan setakat tahu, sebarkan, tapi tak amalkan



Patutlah orang bukan Islam tak hormat dengan orang Islam



"Empty Words"



Kerap tabur perkataan, ayat-ayat baik, tapi sendiri tak buat apa yang dikata



Dan ramai yang terlalu pegang pada alasan "Takpe, dalam dakwah ni kita kena berpesan-pesan, biarlah apa orang nak kata"




Betul, berpesan-pesan itu bagus, memang dituntut



Tapi action speak louder than words kan?




Dulu, dakwah Nabi Muhammad s.a.w berjaya sebab tindakan dan akhlak



Rasulullah bukan cuma tahu cakap



Tapi Rasulullah tahu buat!



Beza dengan dakwah Milennium sekarang



Pandai cakap, buat kemudian...



Macam kita nak mendidik orang melalukan kebaikan



Kita kena tunjuk contoh yang baik



Jangan salahkan orang yang di tegur bila dia kata "Alahhh kau pun bukan baik sangat! Aku tengok Solat pun tunggang langgang!"




Bila kita dah buat baik, tapi orang tetap pandang tak baik



Tak apa :)




Barulah kita boleh pegang ayat "Kita ni kena sentiasa berpesan-pesan, biarlah apa orang nak kata"



"Biarlah apa orang nak kata"  bila kita dah buat baik, kita dah tegur dan ajak kawan kita buat baik, tapi dia tak nak dengar dan mengata kita



Konsep zaman sekarang, bila orang mengata kita, ditolak bulat -bulat



Muhasabah diri langsung tak ada



Kononnya kita ni betul sangat



Tapi kita tak sedar, mungkin apa yang kawan kita cakap sebab tindakan kita sendiri tak mencerminkan apa yang kita nasihat




Contohi Dakwah Rasulullah s.a.w



Dakwah nabi kita atas prinsip "Action Speak Louder Than Words"



Dakwah kita sekarang atas prinsip "Pesan dulu, buat kemudian"



Ala-Ala kita makan kat kedai


"Ambil dulu, bayar kemudian"



Bila bercakap bab Ukhuwah, tak nak kalah



Siap perli-perli "Bila kawan tak datang, kita kena ambil tau, dia sakit ke ape ke..jangan entah entah je"



Tapi har har har!



Yang berpesan pun sama je main "entah entah entah"



Takde pulak tanya khabar kawan yang tak hadir



Kelakar dakwah zaman sekarang




Eh Eh...



Yang paling kelakar, Ukhuwah orang Islam ni berpuak



Bila dia dah dapat kawan yang baik, dah dapat group Usrah yang baik



Habis ditinggalnya kawan-kawan yang lama




Laa.... Dakwah dia rupanya dalam kalangan dia je




Dulu, masa kita jahil kita mintak pada Allah



"Ya Allah, temukanlah aku dengan orang yang boleh membimbing aku!"



Bersungguh-sungguh menadah tangan siang malam



Bila jumpa orang baik-baik, kita terasa seronoknya kalau ada dalam kalangan mereka




Bila terasa orang baik-baik ni macam "pilih bulu" kita pun rasa "Sepatutnya dia bimbing orang macam aku"



Tapi bila kita dah selesa, kita dah dapat apa yang kita nak



Kita tinggalkan pulak kawan-kawan kita yang tak se"aliran" 




Padahal mungkin dalam hati dia, dia pulak berharap kita ni dapat bimbing dan bantu dia




Bila dah dapat kebaikan, Jangan Selfish ye :)




Sebar-sebarkan...Jangan Tinggal-Tinggalkan



Kalau rasa tak selesa dengan kawan, takut kita terjebak dengan perkara tak baik




Amalkan "Jarak-Jarakkan"....



Bukan tinggal terus! Dakwah tak mengajar kita terus tinggal orang yang Jahil



Tapi kita kena sabar dalam membimbing dia



Bukan Tinggal tapi Jarakkan :)



Yelah, ilmu kita yang sikit sangat, Iman kita yang senipis kulit bawang ni, mana tahan sangat dengan dugaan, godaan dunia ni



Sebab tu kita kena jarakkan



Saya taip dalam keadaan nak cepat



So tak sempat nak quote hadis dan ayat2 Quran 



Tak sempat nak cerita sikit2 cerita-cerita Dakwah Rasulullah s.a.w



Kalau saya free, saya selitkan nanti 



Nak makan durian!



Assalamualaikum~

p/s : Hey, kalau rasa entry ni bermanfaat, sebar-sebarkan. Jangan selfish .hehe



Sekian


Jari Kecil
24 Mac 2013, Ahad
9.20 malam

Wednesday, March 20, 2013

Surat Layang kepada Puan Nana

Assalamualaikum



Nak meluahkan perasaan jap


Saya nak sambung buat assignment, nak stduy! Ha tengok taip tpun dah tak betol.



Malas nak betulkan. Bia Bia!



Tapi....



Puan Nana ni dah melekat2 dekat baju, bila duduk kena kat badan



Al maklumlah orang gemuk kalau duduk pasti perut berlipat ye dak?



Jadi kenala dekat Puan Nana tu




Ohoi! Sakit tau takkk



Kalau kena peluh pedihnyeee




Perasaan pedih tu kalau boleh dizahirkan rasa macam nak sepak orang


Haha!



Dah la malaysia sekarang tengah panas berasap berapi



Bahang sampai duduk rumah pun berpeluh2





Haish! 



Tolong cepat baik ye Puan Nana~h



Saya tak larat nak jaga Puan



Puan ni sensitip sangat sampai semua tak boleh sentuh



Kain tak boleh, peluh tak boleh, kapas lagi la tak boleh



Hey Hey Hey



Walaupun saya rasa pedih bila kena peluh, jangan ingat saya tak mandi ye!




Puan nak saya tatang puan bagai minyak yang penuh?



Malam semalam puas dah saya tengok muka Puan yang kaler kuning langsat tu




Saya belai2 supaya Puan tak terluka




Tapi harini Puan dah melupakan jasa saya



Puan buat saya rasa pedih2 pulak



Kalau saya tak boleh duduk, tak boleh kena baju



Takkan saya nak buat assignment sambil baring?



Takkan saya tak payah pakai baju? Esok saya ada kelas tau puan



Jangan macam2!




Kalau Puan tak behave lagi...



Saya nangis kang!



Ni dah genap seminggu lebih Puan ada dekat saya



Saya bagi Puan masa seminggu dua je lagi



Kalau Puan tak pergi2 jugak




Saya laporkan pada polis. eh tak. Doktor



Tapi saya harap Puan pergi cepat2 la ye



Sebab saya tak suka jumpa doktor




Ingat ye, Seminggu dua je lagi!




Bye!



~Habis. Sambung buat assignment. Tolonglah jangan sakit sangat. Tolonglah~



Sekian


Jari Kecil
20 Mac 2013, Rabu
10.55 malam

Tuesday, March 19, 2013

Apa yang Terjadi dengan Ummi?

Assalamualaikum


Quick Update


Ada sesiapa tahu kenapa parut operation bengkak n bernanah???



Parut operation kat badan saya dah seminggu lebih bengkak



Dan dah 2 hari keluar nanah non stop dari semalam



Apa ni???



Apa yang terjadi???


Setakat ni saya cuba google "Parut Operation Bengkak" dan "Parut Operation Bernanah"


Tapi yang saya jumpa "Parut Bersalin" -___-


Takpun anggota badan yang bernanah sebab kencing manis -_____-


Agak tak manis untuk dipandang


Saya tanak pegi jumpa doktor dulu



Kalau bengkak n nanah makin teruk baru saya pegi



Definisi teruk saya adalah sampai menyebabkan saya menangis sakit sehingga tak boleh buat lawak




Setakat ni saya boleh tahan lagi sakit dia



Jenuh jugak nak lap air nanah yang kena badan




Jenuh nak duduk elok2 sbb sakit




Baju pun asyik kena nanah je. Ish




Nak tampal dengan kain ke apa tak boleh sebab nanti nanah tu melekat dekat kain




so sakit nak tarikkkkkkkk...tanak tanak




Saya dah try malam tadi, jadi saya tanak lagi tampal tempat nanah dengan apa2




Eh banyaknya perkataan nanah?




Okla.




Saya nak sambung bertapa



Kalau ada sesiapa yang terbaca n tau sebab kenapa parut operation saya jadi macam ni




Tolong bagitau saya ye




Kalau agak2 ni simptom2 tak berapa baik saya akan pegi hospital



Tapi saya rasa ni biasa2 je ...




Ok. ByeBye!





Sekian

Jari Kecil
20 Mac 2013, Rabu
12.05 tgh hari

Sunday, March 17, 2013

Padan Muka Kau!

Assalamualaikum


Padan muka tangguh2 assignment


Kan dah banyak benda tak settle



Mid Term Test untuk subjek Research Methodology kena hantar minggu depan


Assignment Islamic Banking pun kena hantar minggu depan


Assignment Usul Fiqh pulak tengah sangkut sebab tak tau baca buku Arab




Ha! Ha! Ayok! Lantak! Lan Botak!



Sekarang baru nak garu2 kepala baca buku Econometrics



Kalau dah tak paham equations, macam mana nak jawab Mid Term Test tuuuuu



Padan Muka!



Kan dah stress~ 




Stress sangat plak tu



Duduk makan pun pikir assignment n test



Tengok tv pun pikir assgnment n test



Tengah taip entry ni pun tengah pikir assignment dan test




Tido pun dah terjaga-jaga sebab risau tahap maksima!







Alahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh




Boleh tak patah balik masa???



Sesal dahulu pendapatan,



Sesal kemudian padan muka kaw!



PADAN MUKA! WEK WEK!




Sekarang ni tengah rasa demoralized 




Stress la sorang2



Stresssnyeeeeeeeeeeeeee!!!






Haih


Down~~




p/s : It's not easy to find a friend who will support you without you ask and stay with you when you're in need. Ask Allah for one,& BE one. InsyaAllah :(


Sekian

Jari Kecil
17 Mac 2013, Ahad
11.55 malam