Friday, August 29, 2014

Itu Ustaz Segera! Dia Wahabi!

Assalamualaikum


Harapan saya....

Moga kita semua umat Islam berhenti melabel antara satu sama lain 

--- Dia ustaz segera!
--- Dia Wahabi! jauhkan diri... apa kita buat semua bida'ah!
--- Dia nampak je bagus, tapi sebenarnya dia alim alim taik kucing! 


Stop!!!!


Walhal dalam satu kelompok Jamaah itu pun tak dapat bersatu dengan baik


Malah kelompok yang sepatutnya mengajak 'amal makruf nahi mungkar' itu juga suka melabel-label manusia lain..


Dan begitu ghairah menekan butang 'share' atau 'retweet'...


Yang disangkakan sebenarnya tindakan melindungi umat Islam dari fitnah dan ajaran sesat orang-orang yang 'dilabel' ini


Walhal sebenarnya kita bukan manusia banyak ilmunya...yang nampak siapa dia sebenar manusia yg kita 'label' itu...


Kita percaya ustaz itu.. 


Kita kata dia lah paling bagus! Pendidikannya tinggi! Akhlaknya terpuji! Apa dia katakan pasti boleh dipercayai!...



Walhal kita pun tak tahu siapa dia di belakang kita...


Isunya....


Bukan siapa bagus, siapa patut kita percaya, siapa salah dan siapa betul. Bukan Bukan!


Isunya...


Zaman fitnah akhir zaman ini, kawal diri, kawal tangan kawal nafsu terhadap semua perkara


Jangankan kerana tangan kita yang ghairah berkongsi segala maklumat yang kita tidak tahu hujung pangkalnya


Hanya dengar-dengar dari sumber yang kita "rasa" kita "percaya"


Membuatkan kita "Muflis" di akhirat nanti....

------------------------------------------------

Jaga-jagalah... tidak kira dari mana kelompok Jamaah kamu.


Pegang saje pada al Quran dan As Sunnah yang satu


-------------------------------------------------

Kita nampak mudah... kita rasa kita tahu semua


Tapi sebenarnya.....


“(Ingatlah) diwaktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah benar.” 

An-Nur ayat 15


“Mereka hanya mengetahui yang lahir (sahaja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.” 

(Surah Ar-Ruum ayat 7)




"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada Hari Kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahalanya). Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan".

Al-Anbia, 21:47





"Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatanya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)".

Al-An'am, 6:160





"Apabila bumi digoncang dengan goncangannya (yang dahsyat). Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikeluarkannya). Dan manusia bertanya: Mengapa bumi (jadi begini?). Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kubur-kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaannya. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrahpun, nescaya akan melihat (balasan)nya".

Az-Zilzalah, 99:1-8




"Bersegeralah beramal sebelum datangnya fitnah seperti sepenggalan malam yang gelap gelita. Seorang lelaki diwaktu pagi masih Mukmin dan diwaktu petang telah menjadi kafir. Dan diwaktu petang masih beriman dan paginya menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia' 

(Riwayat Ahmad)


________________________________________________________

Moga kita semua umat Islam dapat bersatu dalam penyatuan Islam yang sebenar. Ameen--



Takut.



Jari Kecil
30 Ogos 2014, Sabtu
3.20 pagi

Wednesday, July 16, 2014

Soon

Assalamulaikum


I believe, it getting worse there

People keep complaining about everything

Selfish people keep coming in

This is not a healthy environment




InshaAllah will end it soon.



Little Finger
-dissapointed-

Wednesday, July 9, 2014

Edisi Tarbiyah: Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum



Macam mana dengan persiapan menuju pertengahan ramadhan?

Macam mana momentum ibadah setakat ini? Masih kekal istiqamah maju kehadapan atau masih istiqamah beralasan penat, tiada masa dan sebagainya?


Macam mana persiapan pecutan untuk ke malam Lailatulqadar? 


Harap semuanya baik-baik saje ^^


-------------------------------------------------------------------------------


Dalam kita mempergiatkan amalan dalam bulan Ramadhan, jangan lupa memperbaharui (tajdid) niat.


"Eh kenapa pula nak kena tajdid niat (memperbaharui niat)..?"


-**eh baru aku ingat hari tu aku tersalah sebut. Macam mana aku boleh sebut i'tiqad menggantikan perkataan tajdid! Ish. Mamai betul**-



Ok secara amnya ramai di antara kita akan berasa riang dan hati melompat girang penuh pengharapan bila membaca fadhilat-fadhilat yang ada dalam bulan Ramadhan. Apa tidaknya, kalau di luar bulan Ramadhan, rasanya kita sibuk mengumpul dosa (secara sedar dan tidak sedar) dan jarang merebut pahala.


--Nak bangun tahajjud? Jarang.. tunggu terjaga baru tahajjud. Biasanya memang lambat bangun pun. Yelah tido pun dah pukul 2, pukul 4 pagi. Subuh pun hujung-hujung. Apa orang kata tu? Subuh gajah? Kesian gajah dapat nama buruk =P. Itupun nasib la terbangun subuh, biasanya qada' je.



--Nak berdoa setiap masa? Biasa doa lepas habis solat dan bila dalam kesusahan je. Bila nak exam, bila nak Allah tolong sangat-sangat dalam sesuatu urusan, baru doa. Waktu-waktu lain terlupa. hehe. Takpela, Allah kan Maha Mengetahui.



--Nak baca Quran? Biasanya waktu lapang je. Susah nak buat waktu tetap. Yelah, kadang-kadang tak jangka banyak urusan. Itu yang tak sempat nak semak Quran. Bila dah free tu rasa penat pulak, terus tertidur. Takpelah, sekurang-kurangnya aku baca seminggu 2,3 kali. Allah tau. Lagipun kerja tu kan ibadah.



Ok cukup cukup. Rasa macam kena tikam banyak kali ni.


--------------------------------------------------------------


Lalu dengan datangnya Ramadhan, segala-galanya ingin diubah. Azam ditanam kemas-kemas. Ikrar Ramadhan ditampal begitu strategik tempatnya supaya tak mudah lupa dan sentiasa diingati.


Ditambah pula dengan hadith-hadith yang dibaca setiap hari tentang fadhilat Ramadhan, membuatkan jiwa bergelodak penuh semangat nak beribadah


Dengar pula speaker-speaker masjid membaca selawat dengan penuh semangat ketika selang Solat Tarawikh, ditambah pula dengan kemerduan imam membaca ayat-ayat suci Al-Quran cukup menjadikan hati lapang.


Di sekeliling kita lihat sana sini orang rajin membaca Al-Quran lalu hati terasa malu dan terus kita terikut membaca sama.


Maka dalam hati terus berkata "Bestnya kalau setiap hari adalah bulan Ramadhan"


Jadi persoalannya di sini.... Jengjengjeng!


Kita hamba Allah atau hamba Ramadhan?


---------------------------------------------------------------------------------------


Niat amal ibadah kita dalam bulan ini adakah kerana Allah atau kerana fadhilat Ramadhan itu sendiri?


Memang, tiada salahnya kita mendapatkan sumber semangat dari fadhilat tersebut.


Tiada salahnya mengejar kebaikan bulan ini. Siapa tau dengan kemanisan iman yang dirasai mampu dikekalkan walaupun selepas tamatnya Ramadhan. Soal hati itu kan bawah kuasa Allah. Jika Allah nak beri hidayah, DIA akan bagi. 



Tapi pernahkah terjadi pada kita, tamat sahaja Ramadhan, solat fardhu diringankan (melewat-lewatkan, qada'), Qiamullail dijadikan sampingan, Al-Quran dipandang sepi, perkataan dan perbuatan tidak lagi dijaga..


Lebih malang lagi jika semua itu tidak dijaga rapi sejak dari bulan Ramadhan dan membiarkan Ramadhan berlalu pergi seperti tiada apa yang terkesan di hati...



Periksa hati, sejauh mana kecintaan kita kepada Allah.


Kalau hati kata cinta, pertemuanNYA sentiasa dinanti.

Kalau hati kata cinta, segala arahan kita turuti atas kepercayaan semuanya untuk kebaikan

-----------------------------------------------------------------------------

Tanya hati kita...bercakaplah dengan diri. Renungkan secara peribadi. 


Puasa aku, kerana Allah atau kerana Ramadhan mewajibkan aku berpuasa?


Ibadah aku yang bersungguh pada bulan ini kerana cinta aku kepada Allah atau semata kerana fadhilat yang Allah janji ?


Doa aku yang menggunung pada bulan ini adakah kerana aku kenal Allah atau hanya kerana aku tahu doa aku naik ke langit ibarat roket ketika ini?


Kerja keras aku mengejar Lailatulqadar kerana Allah atau kerana janji kebaikan dari Allah?



Semak. Muhasabah. Tajdid niat kita, InshaAllah

--------------------------------------------------------------------------------

Kenal Allah sebaiknya dan tanamkan cinta sedalam-dalamnya kepada DIA.


Beribadahlah hanya kerana rasa cinta kamu kepadaNYA, bukan hanya kerana kepentinganmu mengejar sesuatu kebaikan.


Kerana jika bukan kebaikan yang kita dapat, percayalah ia akan membawa kepada putus asa pd rahmat Allah



Siapkan hadiah (ibadah) kita hanya kerana DIA. 


Analoginya :



Seorang hamba bersungguh menyiapkan hadiah yang hebat untuk diberi kepada pemimpin sesuatu negeri walaupun tidak pernah melihat wajahnya apatah lagi berjumpa secara empat mata. Lalu berjalanlah hamba itu sehingga sampainya dia di Istana pemimpin tersebut. Maka terlihatlah ia seorang pengawal yang nampak hebat dan gah bersama lembingnya . Kemudian hamba tersebut menyerahkan hadiah tersebut kepada pengawal kerana disangkanya itulah pemimpin yang dicari. 



Begitulah juga antara kita, ibadah yang dilakukan dan Allah. Jika kita sebagai hamba Allah bersunguh-sungguh melakukan ibadah tanpa mengenal siapa Allah, maka amal kita tidak tepat menuju kepadaNYA. Tanpa cinta yang mendalam, mana mungkin nikmat cinta itu dapat dirasai. Mana mungkin kita mengaku kita hamba Allah tanpa kita kenal siapa TUAN (Allah) kita. 


Hakikatnya berapa ramai yang mengatakan dia kenal Allah tapi amalannya tidak benar-benar kerana DIA?


Analoginya:


Kita sanggup keluar awal pada hari2 bekerja. Solat subuh awal, untuk mengelak 'traffic jam' dan nak memastikan 'punch card' awal sebelum waktunya. Takut-takut terjejas prestasi di hadapan majikan dan pekerja lain. Tapi bila waktu hujung minggu solat subuh kita di hujung waktu kerana tiada 'tanggungjawab' yang perlu dilangsaikan pada hari itu



Jadi kita hamba siapa? 


---------------------------------------------------------------------------------


Teringat saya pada kata-kata seorang ulama'



"Jangan dilakukan sesuatu ibadah itu semata-mata untuk menyelesaikannya tetapi lakukanlah suatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Allah tidak dimudaratkan oleh kemaksiatanmu tetapi engkaulah yang binasa apabila engkau melakukan maksiat"


Apabila Allah telah menetapkan bagimu untuk solat subuh berjemaah, setelah engkau keluar dari masjid, hadirkanlah perasaan gembira bahawasanya Allah dengan rahmatnya telah membangunkanmu dari tempat tidurmu dan menyebabkan engkau berdiri di hadapanNya dan menyebabkan engkau bergerak menuju rumahNYA. 


Inilah yang kita harapkan. Mereka yang apabila Allah inginkan kebaikan untuk mereka, mereka ditetapkan dan dimatikan atas agama, dan tidak ada kegembiraan yang lebih besar bagi seorang hamba selain kegembiraan terhadap Islam dan sebagaimana semua telah tahu bahawa seorang hamba itu mestilah bersyukur kepada Allah kerana menjadikannya seorang Muslim"



Kita semua dengan rahmat Allah dilahirkan Muslim, yakni Allah memberi kita Islam tanpa kita memintanya. 


---------------------------------------------------------------------------------

Lakukanlah ibadah ikhlas kerana DIA. Kerana rasa syukur kita kepadaNYA. Syukur atas setiap nikmat baik dan ujian yang kita terima


Kerana pada diri seorang mukmin itu adalah kebaikan pada setiap keadaan, baik pada saat ditimpa musibah atau saat didalam kesenangan.


InshaAllah, dengan niat yang betul, ibadah akan tepat sampai kepada Allah yang Maha Esa


Nikmat kemanisan iman akan kekal dirasai biarpun Ramadhan berlalu pergi, kerana setiap bulan adalah baik bagiNya selagi Allah ada bersama =)


-----------------------------------------------------------------------------------

Jadi jom tajdid niat. Masih sempat


Tidak ada istilah terlambat selagi nafas kita masih dipinjamkan oleh Allah dan selagi belum kiamat.


Moga kita semua terus dikurniakan petunjuk dan hidayah. Moga mati kita, Husnul Khatimah, InshaAllah





-- Setiap kata-kata ditujukan kepada diri saya terutamanya supaya ini menjadi ingatan dan tanggungjwb sy
-- Tegur saya jika ada silap 
-- Sampai-sampaikan jika anda rasa bacaan ini bermanfaat


p/s : Jaga-jaga dengan sifat Ghurur (**semak dan cari ilmu daripada mana-mana ilmuwan mengenai sifat ini dan fahamkan**). Moga kita semua terhindar dari sifat tersebut. Amin.


Wallahua'lam. 



Jari Kecil
10 Julai 2014, Khamis
6.50 pagi

Monday, June 23, 2014

Gagal Episod 2

Assalamualaikum


Rasanya dah lama sangat tinggalkan blog. Banyak je benda yang nak ditulis, tapi masa tak mengizinkan. Semester pendek di INCEIF sangat meletihkan.


---------------------------------------------------------------

alahai.... tak boleh pergi jugak la kali ni. Letih sangat mungkin dicampur dengan kesihatan yang merosot ,dengan jerebu lagi. Bau asap dalam rumah, dalam bilik. Ujian


Lain kali lah tulis. Menulis ni kena ada hati. Kalau pakai tulis je, tak sedap nak dibaca. Ingat tadi paksa taip entry bolehlah siap jugak satu. Nak buat macam mana, momentum tak ada.


Oklah. Saya nak tengok tv. Byebye!




Jari Kecil
23 Jun 2014, Isnin
11.10 malam



Monday, June 9, 2014

Gagal

Assalamualaikum


Eh sebenarnya tadi saya ada idea nak tulis apa untuk entry kali ni. Tapi bila dah on laptop, dah buat kerja lain.. terus lupa. Ish. Kita cuba la tengok boleh pergi tak entry kali ni


----------------------------------------------


Jam 12 malam = mula menulis mukaddimah

Jam 1.48 pagi = masih tersadai tanpa sebarang penambahan. Jadi saya rasa, eloklah saya tangguhkan dulu entry kali ini. Idea tak sampai-sampai. Sekejap betul hilang. Lagipun ada beberapa perkara saya kena selesaikan sekarang. 



Ok saya nak sambung bekerja. 



Jari Kecil
10 Jun 2014, Selasa
1.50 pagi

Saturday, June 7, 2014

Selesai

Quick update


Misi menyelamat selesai. Fuh alhamdulillah


Misi no 1 kena tunggu masa je.


Misi no 3 masih 'pending'. Tapi macam kena selesaikan. Tapi rasa macam takde apa yang perlu diselesaikan.


Eh eh eh eh. Malaslah pikir. Biar ajelah.


Ada adela. Takde takdelah. Toksah pikir banyak.

Fokusss !!!!


Bye!!

Monday, June 2, 2014

Edisi Tarbiyah : Perjalanan Menuju Kematian

Assalamualaikum


Saya baru sahaja selesai sesi penting . Jarang boleh bercakap dan berbincang. Moga perbualan singkat tersebut dapat membuka mata dan menyentuh hati yang mendengar tadi. Juga moga Allah jadikan dia seorang yang kuat dalam melawan ajakan nafsu yang sentiasa menguasai diri. Ameen Ya Rabb.


-------------------------------------------------------


Ok cukuplah, tak boleh intro panjang-panjang sangat, bukan orang faham pun. Hehe. Entry kali ni cuma nak kupas tentang satu perkara ringkas tapi ramai yang terlepas pandang, termasuk saya sendiri. Atau ramai yang tahu, tapi masih buat-buat 'innocent' dengan alasan manusia tak sempurna dan iman manusia berbolak-balik?


-------------------------------------------------------


Hidup ini sebenarnya perjalanan menuju kematian. Semakin jauh perjalanan, semakin bertambah umur, semakin laju masa berputar, semakin dekat kita dengan kematian. Jadi apa bekalan yang ingin kita bawa?



Kesakitan, kesusahan dalam kehidupan, cabaran, dugaan dalam menuju kebaikan..semuanya didatangkan Allah cuma sekejap. Ya mungkin, di dunia setahun menanggung sakit itu sudah cukup lama bagi kita. Tapi tetap tak terbanding dengan kehidupan kita di akhirat. Di akhirat perjalanan kita sangat panjang..sehinggakan ada manusia yang meminta kepada Allah dimasukkan sahaja ke neraka kerana tidak tahan menanggung seksanya menanti amalan dihisab. Mudah-mudahan perjalanan kita di alam akhirat dipermudahkan oleh Allah.



Jadi apalah sangat penat dan kesusahan kita sekarang.


--- Apalah sangat rasa terbeban dengan kerja yang menimbun kalau itu akan menjadi saham
akhirat kita kelak? 


--- Apalah sangat menanggung kesakitan kalau itu sebagai kafarah dosa supaya ketika amalan dihisab nanti beratnya di sebelah kanan. 


--- Apalah sangat dipandang hina di mata manusia kalau itu mampu menjadikan kita sentiasa tawadhuk kepada Allah atas sifat kehambaan.


--- Apalah sangat miskin di dunia sehingga sentiasa mengira untungnya menjadi manusia yang punya harta kalau miskin itu menjauhkan kita dari sifat riak, takbur dan sombong?



--- Apalah sangat menjadi pekerja biasa dan orang biasa-biasa kalau itu dapat melebihkan masa kita berjumpa Allah berbanding orang sibuk yang sukar mencari masa hatta memenuhkan solat yang lima sekalipun.



--- Apalah sangat kita berfikir tentang jodoh yang tak kunjung tiba malah dibandingkan pula dengan rakan-rakan yang sudah punya anak kalau bersendirian itu mampu melebihkan masa kita menambah amal pahala akhirat dengan lebih banyak tanpa perlu memikirkan tanggungjawab berkeluarga..



Allahu Allah...


Kalaulah kita mengambil ibrah kisah-kisah umat terdahulu. Kalaulah kita mengetahui hidup ini sekejap cuma. Kalaulah kita faham dalam-dalam mati itu bila-bila.


Dan....


Kalaulah kita hadam kemas-kemas amal baik kita masih belum mampu membantu kita mempercepatkan hisab kita di padang Mahsyar kelak...


Kalaulah kita sedar sungguh-sunguh banyaknya tuntutan manusia lain ke atas kita di padang Mahsyar kelak atas hutang kita yang tertangguh dan tidak berbayar, atas sifat kita yang suka mengadu domba, atas lidah kita yang tidak pernah berhenti menyebut perihal manusia sekeliling...atas tanggungjawab kita kepada umat Islam yang ditindas di seluruh dunia tapi kita sibuk memikirkan hal kita cuma.


---Sentap
---Makan dalam
---Berubah wajah



Rasalah apa pun, tapi semuanya tak bermakna kalau tak membawa kepada apa-apa perubahan kebaikan. Rasa dah ada..berubahnya 'nanti-nanti'.


Kata orang bijak pandai :


"Bukan sedikit manusia yang tenggelam dalam lautan 'nanti' itu. Bahkan ada yang sehingga makan, tidur dan berumah di dalamnya. Mereka mempunyai idea dan buah fikiran yang bagus-bagus namun disebabkan perkataan 'nanti' itu, mereka selalu tertangguh!"


Bertangguhlah dalam melakukan kejahatan dan bersegeralah dalam kebaikan.


Allahu Allah..

Jadikanlah setiap kejadian yang menimpa kita ini sebagai sesuatu yang baik. Fokus ke arah perjalanan hidup kita. 


--- Jika kita seorang pelajar, belajarlah bersungguh dengan niat kerana Allah. Disiplinkan diri mulai saat ini. Lihat saja tokoh Islam terdahulu tidurnya sedikit. Hari-harinya dihabiskan dengan dakwah biarpun terpaksa berjalan beratus-ratus batu. Asalkan masanya terisi dengan majlis ilmu, tidak pernah terasa letih dan penat. 


--- Jika kita seorang pekerja, lakukan kerja dengan penuh semangat. Biarpun susah, biarpun kita diherdik atau dicaci, asalkan rezeki kita berkat..teruskan bekerja dengan penuh semangat! Senyum, dan teruskan hari-harimu



--- Jika kita seorang anak, berbaktilah kepada ibu dan bapa. Biarpun seberat mana hati ini menanggung kepayahan membahagikan masa sehingga menjadikan kita letih, asalkan redha Allah kita peroleh dari redha ibu bapa, apa lagi yang kita mahukan bila Allah memandang kita dengan penuh kasih sayang?



Apa pun sahaja yang kita lalui sekarang,, teruskan berjalan ke hadapan. Melangkahlah dengan penuh azam, semangat dan hadapi penuh tenang segala cabaran dan dugaan yang mendatang.



Kerana hidup di dunia itu cuma sepintas sahaja...



Bila terasa lelah, ingatlah hidup ini persiapan menuju kematian. Persiapkan diri menuju syurga Allah. Sebaik-baik tempat yang kamu boleh minta apa sahaja setelah kamu tinggalkan ia di dunia demi semata mengejar cinta Allah.




Hidup kita tak lama...





Jari Kecil
3 Jun 2014, Selasa
2 Pagi