Tuesday, April 30, 2013

Semangat dah habis ke?

Assalamualaikum



Saya sedang tiada mood



Saya perlu study untuk last paper hari Khamis ni



Tapi saya tak mula apa pun lagi




Mood study saya sangat teruk



Apakah ini? 



Apakah yang terjadi kepada Ummi?



2 paper sebelum ni bukan main semangat lagi berhempas pulas




Semangat saya dah habis kah?




Tolong!



Sekian


Jari Kecil
1 Mei 2013, Rabu
1.20 pagi

Tuesday, April 23, 2013

Dah pukul 3 pagi

Assalamualaikum



Ketika ini, saat ini, waktu ini


Saya sedang dalam minggu final exam



Dah lepas satu paper Islamic Banking pada 22 April 2013


Alhamdulillah  



Saya taknak cerita paper saya macam mana



Lepas habis semua baru saya cerita



Itupun kalau saya rasa nak cerita lah



29 April , 9 pagi saya ada 2nd paper. Research Methodology.



Last paper saya 2 may 2013, 5 petang




Habis je paper terakhir ada satu project paper. Mini tesis boleh saya katakan





Perlu dihantar sebelum 6 May 2013




Sekarang dah pukul 3 pagi tapi saya tak tidur lagi



Sebab saya nak baca journal untuk mini tesis saya




Esok saya dah mula study Research Methodology



Hari Ahad, 28 April 2013 (sehari sebelum paper Research) saya ada program di Hulu Langat



Mudah-mudahan program tu membantu saya, memberi banyak manfaat untuk saya




Dan memberi kekuatan mental serta rohani, InsyaAllah



Kalau saya rajin, saya akan kongsi pengalaman program tu dalam blog ni




Oklah.



Doakan saya cemerlang exam kali ni. Doakan cita2 dan impian saya tercapai.




Amin (tolong aminkan pleaseee)




Tenkiu! Assalamualaikum



Paipai 



Sekian

Jari Kecil
24 April 2013, Rabu
3 pagi

Saturday, April 13, 2013

Fahami Ayat Al-Quran dan Sedikit Pesanan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,

Ilmu yang dikongsikan ini adalah hasil daripada menonton slot "Kuliah Solat" di Tv al-Hijrah dan ditambah sedikit mengikut ilmu yang saya ada. Moga bermanfaat InsyaAllah.

PENTINGNYA MEMAHAMI AYAT-AYAT AL-QURAN

Kita sering bertanya kepada orang, "berapa kali awak dah khatam Al-Quran?" dan kita sering memasang "target" untuk khatam Al-Quran beberapa kali dalam sebulan, setahun dan sebagainya. Tapi kita lupa, mehamami Al-Quran itu sangat penting. 

Sebagaimana kata Ibnu Qayyim:

"Membaca satu ayat dengan tafakur dan memahami bersungguh-sungguh lebih baik daripada membaca satu kali khatam tanpa memahaminya"

Bahkan Allah sendiri pernah menyuruh Rasulullah s.a.w supaya membaca Al-Quran dengan cara "slow n steady". 

Allah bersabda dalam surah Al-Qiyamah ayat 16:

"Janganlah engkau (Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca Al-Quran) kerana hendak cepat-cepat menguasainya"

Bacalah Al-Quran dengan tajwid yang betul dan fahamilah apa yang dibaca. Fenomena kebanyakan umat Islam sekarang kerap berpegang kepada ayat "Tak faham tak mengapa, yang penting baca Al-Quran". Betul, yang penting kita baca Al-Quran tapi bukan memegang ayat "Tak faham tak mengapa". Jangan! Takut-takut kita ini berada dalam satu golongan yang disebut dalam satu Hadith riwayat Al Bukhari dan Muslim

"...Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang muda-muda umurnya, pendek akalnya. Mereka mengatakan ucapan sebaik-baik manusia. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak melewati kerongkongan mereka......"

Melewati kerongkongan bermaksud bacaan Al-Quran itu tidak sampai ke hati. Apa yang dibaca hanya sekadar bacaan. Sepertimana burung kakak tua yang mengikut-ikut cara percakapan tuannya tanpa memahami apa yang diperkatakan. Dalam Al-Quran itu mengandungi ilmu dan pengajaran bagi sesiapa yang memahami dan mengamalkan. Baca tanpa memahami adalah sia-sia.

Sebagaimana kata Mu'az bin Jabal (dari riwayat Ad-Darimy)

"Al-Quran akan usang di dalam dada beberapa kaum sebagaimana usangnya pakaian...Mereka berlumba membacanya, namun mereka tidak merasa nikmat dan lazat membacanya. Amalan mereka hanyalah ketamakan"

Tamak dalam beramal adalah dengan cara berlumba-lumba mengejar kuantiti bacaan Al-Quran dalam sehari/sebulan/setahun. Banyak kuantiti tetapi tiada kualiti. Biarlah kita menjadi sesuatu yang berkualiti walaupun bacaannya tidak mencecah puluhan kali khatam Al-Quran. Membaca Al-Quran biarlah ada peningkatan. Dari tidak rajin/tidak tahu membaca, kita rajin/tahu membaca. Dari tahu membaca, kita perbetulkan bacaan dengan tajwid yang betul. Dari tajwid yang betul, fahamilah apa yang dibaca kemudian amalkan. 

Analoginya, waktu kecil kita dididik untuk belajar mengenal huruf, bermula dengan A,B, C hingga ke huruf Z. Selesai mengenal huruf, kita disuruh membunyikan huruf dengan pergabungan beberapa huruf seperti "MA" "PA" "DA" . Selepas itu kita mula boleh membaca satu perkataan,satu ayat, satu muka-surat hinggalah habis satu buku. Bila sudah pandai membaca, pelbagai perkara dapat difahami. Masuk pula ke sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti. Dari perkara asas, ilmu bertambah kepada perkara lebih mendalam dan akhirnya lahirlah seorang doktor, peguam, ustaz, ustazah..dan pelbagai pekerjaan. Dengan peningkatan dan pemahaman ilmu, kita menjadi orang yang lebih baik. Bahkan, untuk mengejar kenaikan pangkat, kita perlu menjalani peperiksaan untuk menguji kefahaman, atau mengambil kelulusan pendidikan yang lebih tinggi. 

Andaikan, kita hanya belajar mengenal huruf A,B,C...Z tanpa sebarang peningkatan dan penambahan ilmu, adakah kita boleh menjadi apa yang kita jadi sekarang? Seorang doktor tidak lahir hanya dengan mengetahui huruf A, B dan C sahaja. Seorang ustaz tidak mampu mengajar anak muridnya jika dia tidak memahami dan menambah ilmunya. 

Sama seperti Al-Quran. Jika kita hanya tahu membaca tapi tidak langsung memahaminya, bagaimana Al-Quran itu dapat menjadikan kita Muslim/Muslimat yang lebih baik? 

Kalau dalam bidang pekerjaan, kita sering merungut "tiada kenaikan gaji" walaupun sudah 5-6 tahun bekerja, kenapa pula kita mampu berlapang dada bila "tiada kenaikan/peningkatan dalam bacaan Al Quran" walaupun sudah berpuluh-puluh tahun kita hidup?

Jom fahami isi kandungan Al-Quran untuk menjadikan kita muslim/muslimat terbaik! InsyaAllah. Bukan "takk faham tak apa, yang penting baca" tapi "2 muka surat pun takpelah, yang penting faham!" 

Ayat yang paling terkesan pada saya dalam kuliah solat yang disampaikan adalah apabila beliau mengatakan :

"Jangan tanya berapa kali kita boleh khatam Quran pada bulan ini, tahun ini. Tanyakan pada diri kita, berapa kali kita menangis ketika membaca Al-Quran"

"Berapa kali kita menangis ketika membaca Al-Quran" .Soalan yang mampu membuat kita terdiam dan berfikir. Mungkin sekali, mungkin 2 kali atau mungkin kita tertanya-tanya "Ada ke aku menangis bila baca Al-Quran?"

Betul, Islam itu Mudah, Tapi Jangan Mengambil Mudah!

Wallahua'lam



p/s : Cuba check , Al-Quran kita dah berhabuk tak? Bacalah :)




NOTES : Kita boleh nampak mudah keislaman seseorang, (solat, puasa, etc) tapi kita takkan dapat tau nilai keimanan seseorang.


Sekian


Jari Kecil
14 Mac 2013, Ahad
12.20 tgh malam

Thursday, April 4, 2013

Apa yang "Different" ???

Assalamualaikum



Pelik! 



Minggu lepas, memang saya struggle buat 2 Assignment


Dah selamat hantar pun. Alhamdulillah


Masih ada lagi 2 assignment, yang masih dalam proses


Satu assignment hantar hari Sabtu 30/3...satu lagi hari Isnin 1/4



Masa hari Isnin tu, Claire kata "Ummi...are you ok? You look different"



Masa tu saya pikir tak lain tak bukan mungkin sebab saya penat sangat



Tapi saya dah buat muka ceria habis !



Masih tak dapat menyembunyikan kepenatan


Jadi bila Claire kata macam tu, saya balas "Ohh..maybe bcause i was so tired"


Saya cakap sambil senyum sengih-sengih nampak gigi 



Saje tanak la nampak macam lemah sangat kan



Dan setiap beberapa minit, setiap kali dia tengok muka saya, dia akan tanya dan tanya



"Ummi...are you ok? You look gloomy.. I don't know how to describe your face, but you look so different"



Kalau dah berkali-kali dia tanya "Are you ok" ..saya ni dah mula rasa tak ok



Hahahhaha



Sebab saya tak paham apa yang different sangat tu!



Jadi saya abaikan kejadian hari Isnin ni..


Dan saya pikir saya perlu dapatkan cukup rehat untuk menghilangkan rasa "different" bagi Claire



Harini, Khamis 3/4, saya datang kelas dengan hati senang Lalallala



Supaya saya nampak ceria dan tak "different"



Dan masa yang ditunggu-tunggu telah tiba


Claire telah pun sampai ke INCEIF!



Saya mintak Claire teman saya pegi tandas



Dan Claire tanya "So, how are u today? Are u ok?"



Saya jawab dengan penuh ceria dan yakin "Yeahhh I'm fine! See? I'm not "different" anymore right?



Claire pandang saya dan cakap "Emmm... not much. You still looks different"



Aigooooo! Saya Surrender! Different pun different lah~



Dan baru tadi, saya tengok muka saya dekat cermin



Tiba-tiba saya rasa ..............





"Eh?"



"Eh?"





"Kenapa mata warna ni?"


Patutla Claire cakap saya different kootttt


Sebab mata saya dah berubah warna


Ala..tiba-tiba malas pulak nak sambung cerita


Okelah



Saya nak main game



ByeBye



Sekian


Jari Kecil
5 April 2013, Jumaat
1.30 pagi

Saturday, March 30, 2013

Much better ; please don't give up!

Assalamulaikum


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah


Rasa lebih ok lepas solat


See? siapa kata solat tu menyusahkan dan memenatkan


Solat tu terapi minda dan badan


Tu la salah satu hikmah Allah wajibkan kita solat


Walaupun solat sambil duduk je sebab tak mampu berdiri 



Sakit kepala yang melampau la punca



Lepas dah muntah2...pastu paksa diri untuk makan, alhamdulillah lega sikit



Pastu sapu minyak kat kepala, tampal koyok kat bahu. Legaaa sikit



Menaip entry ni pun sambil baring



Tak pernah buat?? Try Try


Nampak gaya lepas subuh nanti baru saya sambung buat assignment Islamic Banking



Mudahkan Ya Allah. Esok nak kena hantar



InsyaAllah amin.



Saje je nak update



Sebab entry sebelum ni macam teruk sangat je bunyi nya



Hahaha. Nak buat macam mana, taip entry tadi dalam keadaan tahan sakit



Bersungguh menaip sambil dengar ayat-ayat Ruqyah



Hoho



Kawan, dalam keadaan sakit mana pun kamu,


Dalam keadaan sibuk mana pun kamu,


Dalam keadaan senang macam mana pun kamu,


Jangan lupa solat k!


Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya


Janji Allah itu pasti


--------------------------------------------------------------

Ini Cerita Saya


Teringat semalam, masa tengah rasa penat sangat


Kadang-kadang kita dengar orang cakap


"Alaaaa..... buat apa susah-susah sangat buat keje, janji siap je!"


"Aku dah tak larat langsung dah ni. Aku nak habiskan jela pastu serah kat Allah. Tawakkaltu A'lallah"


Saya pun hampir termakan kata-kata


Ada benda yang saya rasa tak cukup pada jawapan Mid Term saya semalam


Tapi sebab saya rasa "Cukuplahh ni, aku dah usaha dah. Tawakal jela"


Saya sudahkan kerja dengan rasa "tak puas"


Saya print jawapan saya, saya simpan dalam fail untuk dibawa esok


Lepas solat, saya fikir saya tak boleh putus asa 


Dan saya terus dapat satu kekuatan


Yang saya tak tahu dari mana (dari Allah pastinya)


Saya buka semula laptop, dan saya mencari sesuatu untuk melengkapkan jawapan Mid Term saya


Alhamdulillah. Hanya dengan satu klik, dengan sekali scroll, Allah temukan saya dengan jawapan yang saya perlukan


Saya teruskan menaip, 2,3 baris...


Dan saya baca semula jawapan saya


Kemudian, terkeluar dari mulut perkataan "Allahuakbar! Ya Allah...Alhamdulillah"



Kenapa?


Ini bukan sebab saya kagum dengan jawapan sendiri ye


Tapi...


Saya jumpa banyakkkk kesalahan nombor, tertinggal perkataan, ayat yang tak habis..


Saya baru sedar...kalau saya kekalkan niat "Tawakaltu A'lallah" tadi...


Saya jumpa tak kesalahan2 ni??


Kalau Allah tak gerakkan hati dan bagi kekuatan pada saya


Pasti saya dah hantar jawapan yang penuhhh dengan kesalahan!


Dan lepas siap membetulkan semua kesalahan, saya ulang baca berkali-kali jawapan saya


Walaupun dah 6 pagi. Saya tak tidur, saya teruskan


Selesai....saya buka twitter. Apa yang saya jumpa?


Tanpa scroll, saya terus terbaca satu tweet dari Mufti Ismail Menk


"The Almighty understands our supplications & needs better than we can ever word them. Just try your best, He knows!"


Yes! HE knows. 


But remember, the only key is "TRY YOUR BEST"


Bukan give up sebelum sampai masa


Allah, DIA tahu saya letih...DIA sampaikan sesuatu melalui Mufti Ismail Menk yang saya terus terbaca


Alhamdulillah !


Allah is The Greatest :)


Allah ada menyatakan " Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya"


Allah s.w.t juga ada menjelaskan perihal jangan berputus asa melalui Kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya

"Wahai anak anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"



Pesan saya pada diri dan sesiapa yang membaca:


Jangan tinggal solat dan jangan ambil ringan tentang solat. Dan, jangan berhenti putus asa..jangan! Allah Maha Mengetahui apa yang kita perlukan, tapi Allah tak suka hambaNya yang berputus asa. Jadi jangan buat apa yang Allah tak suka. Analoginya, kalau kita buat baik pada orang, kita tak buat apa yang orang benci, orang takkan teragak-agak untuk tolong kita kan? 


Please Allah don't please human. Remember, Allah  without a man is still Allah, 
but A MAN WITHOUT ALLAH IS NOTHING


P/s : Mgkin saya tak dapat result yg hebat utk mid term memandangkan banyak yang saya tak berapa mahir, tapi sekurang-kurangnya saya tahu saya dah cuba sehabis baik

Sekian

Jari Kecil
Ahad, 31 Mac 2013
6 pagi

Hectic. Totally Exhausted

Assalamualaikum


Menggagahkan diri menaip


Serius! 



Perasaan sekarang sangat penat secara fizikal, InsyaAllah masih bertahan dengan kekuatan mental



Saya rasa, makanan saya semakin sihat


Maksud saya, dulu, masa Ijazah, Diploma, saya ni satu vitamin pun tak ambil



Sekarang, sebut je


Vitamin C. E. B-Complex. VCO. 


Tambah pulak sekarang ni dah rajin minum air masak



Dulu punya la susah nak minum, minum pun sikit2 je




Sekarang ni, tiap-tiap hari sekurang-kurangnya 2 liter air mesti minum!





Tapi, 



Ketahanan diri dah tak macam dulu



Dulu, study sampai tak tidur, terus jawab final pagi tu, still standing lagi



Alhamdulillah boleh score A masa tu



Tapi, skrg....tengah sambung Master




Saya totally penat . Sangat sangat sangat penat



Saya taktau punca utama



Selepas operation ke jadi macam ni? Sangat teruk



2 minggu lepas, saya dapat Mid Term Exam untuk subjek Research Methodology



Take home test. Walaupun take home, susah dia...menyebabkan ramai yang tak tidur berhari-hari



Mana saya tau ramai? Sebab classmate saya ramai yang mengadu dalam kelas tadi. 



Walaupun antara kitorang ada yang buat discussion



Still, kitorang tak jumpa jawapan yang tepat



Macam-macam pendapat...dan akhirnya, lepas Prof reveal jawapan Mid Term dalam kelas tadi, ramai yang salah




Untuk saya yang tak berapa bijak dalam subjek tu



Saya tak tidur dengan betul selama seminggu



Selama 4 hari saya memang push diri saya sampai maksimum level!




Alhamdulillah sempat siap pukul 4 pagi semalam. Dan saat-saat akhir, saya tambah lagi 2,3 baris jawapan pukul 5-6 pagi



Maksimum maksud saya adalah...Tak tido, kalau tido pun cuma beberapa jam



Bila bangun, terus bukak laptop, sambung buat kerja



Saya, terlampau lama duduk fokus, 18 jam straight....dalam masa 4 hari



Waktu rehat saya cuma waktu solat, itu je waktu saya regang-regangkan badan 




Kalau saya mula buat assignment pukul 3 ptg...saya akan berhenti buat pukul 9 pagi esoknya



Tanpa tidur..ye tanpa tidur dan bersuka ria @.@



Kalau saya mula buat assignment pukul 1 petang, saya akan berhenti pukul 7 pagi



Non-stop


Master's life is too hectic 



Bila saya berhenti, saya akan tidur dalam 4-5 jam.



Dan bila bangun, tanpa buat benda lain saya akan continue buat kerja...



Makan saya pun entah ke mana



Makan bila free..bukan bila lapar


Tak sempat nak rasa lapar



Dan harini



Saya ingat nak sambung buat assignment malam ni



Lepas balik berurut tadi,


Saya terus tidur



Dalam kelas tadi, 2 kali saya keluar kelas dalam 30 minit untuk tidur dalam surau



Saya tak mampu bukak mata


Saya pergi urut sebab terlalu tak tahan



Leher, bahu dan kepala saya terlalu sakit



Sangat sangat sangat sakit



Mungkin sebab lama sangat duduk buat kerja, tambah pulak stress level mesti naik mendadak kan



Walaupun tak berapa stress still sakit sbb terlampau lama fokus



Dan sekarang,,


Saya rasa lebih berat



Saya ambil roti untuk saya makan



Tapi nampaknya saya tak dapat nak makan apa yang saya dah ambil



Kepala saya sangat sakit. Dah nak muntah



Ini pun bertahan jeee


Saya taip entry ni pun sebab nak larikan fokus dari asyik pikir pasal sakit



Sambil taip entry, saya bukak ayat Ruqyah



Mungkin dapat kurangkan sakit, InsyaAllah



Dan saya rasa


Ini dah sampai limit saya



Dah tak tahan nak muntah


Solat pun belum lagi ni



Harap-harap Allah bagi kekuatan la


Saya nak letak balik roti saya, 



Saya nak minum air..dan saya nak rest sikit 



Mungkin saya perlu gunakan Rukhsah solat


Sebab bila diri rasa macam nak tumbang je


Mungkin lepas muntah-muntah ok sikit ke...mana tau kan


Jadi mari muntah. LoL




Hari Isnin, saya perlu hantar Islamic Banking



Siap Islamic Banking, ada lagi 2 assignment saya kena pulun



Dan ini tak berhenti...



Serius


I need to go...


Please...pray for me. Doakan Allah bagi kekuatan pada saya untuk menyelesaikan yang sulit, mempermudahkan yang susah



Amin



Sekian










Monday, March 25, 2013

Dia dan Aiskrim Goreng Saya

Assalamualaikum



Dia,


Selama saya kenal dia


Dia baik sangat



Solat tak tinggal, ilmu agama pun rajin dia cari



Join macam - macam program masjid, majlis ilmu



Dahla pandai! Seumur hidup dia, result UPSR, PMR, SPM, tak pernah dapat B!


SPM dia paling power, 11A1, 1A2



Dia ni spesies apa entah



Perempuan pun tak layan sangat



Dia pernah cakap yang diri dia MAHAL! Takde orang boleh senang - senang dapat dia



Satu dalam sejuta orang macam dia ni




Disebabkan saya ni ada sifat curious yang melampau 



Saya pernah check hp dia



Kot - kot la ada message dari awek



Nak tau apa yang saya jumpa?



Semua message program - program usrah dan majlis ilmu



SEMUA! Tak ada pun yang terselit message yang bukan - bukan



Kalau bukak hp saya, entah hape hape boleh jumpa



Dengan gosip, dengan ketawa berdekah - dekah "HAHAHAHA" siap capslock lagi



Dia,



Masa saya sakit, dia yang tunggu saya



Sebelum operation, selepas operation, dia mesti ada



Sampai tertido - tido dekat sofa lobby hospital



Alololo suweettnyee~



Tapi,



Bila saya ada, dia mesti akan cakap



"Haish susahlah macam ni!!" Dengan nada pondan




Dia susah kalau saya nak tengok tv



Dia susah kalau saya study tak layan dia



Tapi selalunya saya tak buat apa2 pun dia susah jugak -__-



Saya pun tak nampak apa kesusahan dia kat situ



Bila saya duduk senang lenang



Dia akan pukul saya




Jentik kuat - kuat



Tangan dia dah la besar!




Ada satu hari, dia jentik saya..dia cakap "Ohh.. tak kuat lagi. Dulu lagi kuat"



Saya pandang dia sinis tak membalas



Dia sambung jentik "Ha.. kuat tak? kuat tak?"



Lepas tu saya terus pukul dia bertalu - talu




Dia ingat saya ni punch bag ke apa nak main try test kekuatan




Saya,



Paling suka debate agama dengan dia



Dia suka dengar, angguk, baru dia buat counter attack



Dan selalunya counter attack dia bukan sebab nak menangkan diri dia



Tapi dia cuma menambah -nambah idea dan pendapat dari Hadith, Mazhab




Sesetengah orang, tak habis lagi kita cakap dia dah "Eh takk takk. Salah tuu"




Tapi dia tak. 




Bagus kan dia?


Dia,


Selalu teman saya tengok Running Man



Bila saya ketawa kuat -kuat dia pun akan ketawa




Mungkin sebab dia tengok saya ni ketawa over sangat



Ketawa sampai kedepan kebelakang badan sambil ketuk - ketuk meja





Tapi dia tak pernah mengata saya suruh gelak sopan - sopan



Saya dan dia, 



Suka cakap kat diri masing - masing


"Eh...sosial la sikit!"


Sebab kami dua orang jarang bergaul dengan orang



Selalu, kami akan salam, duduk diam dan buat hal masing - masing



Kalau beramah mesra pun sekejap je



Kalau saya nampak dia tak mesra



Saya tegur dia "Eh sosial la sikit!"



Kalau dia nampak saya diam je, dia pulak akan cakap "Eh..sosial la sikit!"




Harini, 25 Mac 2013



Dia dah tak ada kat Malaysia buat kali kedua



Dia teruskan perjuangan mencapai cita-cita




Dulu, saya menangis seminggu masa dia pergi jauh



Harini?




Masa salam dia tadi, saya buat - buat gagah




Gaya saya salam dia dah macam Abang - Abang Kawasan




Dengan kasar, keras, genggam tangan kuat - kuat dan cakap



"Bye!"



Dengan nada penuh angkuh dan gagah


Saya, 


Ada berniat nak masakkan aiskrim goreng untuk dia



Jadi semalam, lepas dah struggle baca notes



Saya pergi dapur dan siapkan bahan-bahan aiskrim goreng pada pukul 4.30 pagi



Saya tidur pukul 8 pagi



Pukul 10 saya bangun dan siap-siap masak takut tak sempat



Tapi,



Aiskrim Goreng saya tak menjadi sebab saya kelam kabut



Tapi saya bawak jugak untuk dia



Lepas tu dia tanya "Ape nih?" Dengan muka jijik



Saya dengan yakin jawab "Aiskrim Goreng! Cepat makan nanti cair!"



Tapi dia geleng-geleng kepala sambil buat muka jijik -__-


Tadi,


Bila dia lambai-lambai dari dalam tempat perlepasan



Rasa macam...



"Aku tengah susah ni, kalau dia jauh agak-agak boleh ke aku kurangkan rasa susah ni?"



Dia, 

Kawan Baik saya dari kecik!

Dia lelaki

Berkaca mata, Tinggi, Kurus


Dia...



Omar bin Hamidun


Hey Omar


Walaupun Omar macam jijik tengok aiskrim goreng Ummi buat,
Tapi Ummi tak kisah
Sebab Ummi pun macam segan nak bagi sebenarnya
Hahahhaha!


Lagipun, mana ada kakak yang nak bagi benda yang bukan-bukan untuk adik dia
Walaupun kadang-kadang ada terniat jugak nak buat jahat


Haritu, Omar ada mintak Ummi buatkan Milo Ais
Ummi pun buat, lepas tu Omar merungut
"Alaaa. Ummi la ni buat milo ais! kan dah kena gosok gigi balik!" -_____-
Takpe Omar. Takpe


Nanti, kalau ada rasa-rasa nak kahwin,
Tolong tunggu Ummi kahwin dulu Pliz!
Jatuh la standard seorang kakak bila adik lelaki dia kahwin dulu!
Student Overseas ni bukan betul, 
Kang tiba-tiba je nak kahwin
Omar jangan terpengaruh k
Tu semua nafsu! Hahaha


Okey, Nanti Jangan lupa bawak Ummi jalan-jalan Jepun yang dibanggakan sangat tu!
ByeBye! Nanti habis belajar balik Malaysia ye, jangan nak bermastautin kat sana pulak
Aku hambat kau nanti!


Bye Bye.
Doakan Ummi dapat habiskan master dengan cemerlang, gemilang, terbilang
Dan dapat kahwin tahun depan. Agagaga


p/s : Ada 4 assignment kena siapkan.

       Mid Term Test Research Methodology : Sabtu 30 Mac 2013
       Assignment Islamic Banking : Isnin, 1/4
       Group Assignment Research, (Tesis) : Rabu, 10 Mac 2013
       Assignment Usul Fiqh : Rabu, 10 Mac 2013

       First final paper, 22/4/2013

       Matilahhhhhhhhhh~~~~


Sekian


Jari Kecil
25 Mac 2013, Isnin
5.20 petang