Sekarang ni tengah kepenatan sebab 3 hari layan tetamu / family non stop. Nak tidur macam tak mengantuk pulak. Laptop pulak baru je repair haritu, jadi marilah merasmikan skrin laptop yang baru dengan berblog. Hehe.
--------------------------------------------------------------------
DITM : Pernah ke kita merasakan diri kita ni sempurna?
HA : TAK
DITM : Pernah rasa diri kita bersih dari dosa?
HA : TAK. Banyak dosa saya ni
DITM : Pernah rasa diri kita ni Nabi? Malaikat
HA : ISH! Tak pernah terlintas sesaat pun!
DITM : Habis kita ni siapa?
HA : Hamba Allah, penuh dengan dosa. Insan yang sangat lemah tanpa bantuan dan belas ihsan dariNYA. Juga Khalifah, yang disuruh mentadbir bumi dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
DITM : Kamu paham ke satu-satu maksud perkataan yang kamu cakap tu?
HA : Maksud awak?
DITM : Apa maksud hamba?
HA : Seorang yang tiada kuasa mutlak ke atas dirinya. Mempunyai tuan. Tidak boleh berbuat sesuka hati kerana perlu menurut suruhan dan larangan tuannya.
DITM : Apa itu insan yang lemah?
HA : Kemampuan yang sangat terhad. Ibarat orang sakit yang perlu penjagaan dari orang yg lebih kuat daya upayanya.
DITM : Macam mana pula dengan hamba Allah yang penuh dosa?
HA : Setiap hari melakukan dosa sama ada sedar atau tidak sebab manusia ni sifatnya lemah dan pelupa. Iman berbolak balik.
----------------------------------------------------------------
DITM : Boleh kamu hitung dosa kamu?
HA : Ish...tak terkira ! Bayangkan dah berapa tahun hidup...
DITM : Kamu menyesal atas dosa yang kamu lakukan
HA : Ya. Saya takut akan balasan dan murka Allah
DITM : Apa yang kamu lakukan selepas menyedari dosa kamu?
HA : Taubat. Istighfar mohon keampunan dari Allah.
DITM : Kamu mengharapkan keampunan dari Allah?
HA : Ya. Sangat berharap malah mungkin harapan saya tak terbanding dengan kata-kata dan doa saya.
DITM : =) InshaAllah, hablumminallah kamu dah lepas.Allah maha pengasih dan pengampun..Hablumminannas?
HA : Saya dah minta maaf dengan orang-orang yang saya buat salah. Selebihnya saya mohon Allah ampunkan dosa saya sebab tanggungjawab saya mohon maaf pada manusia dah lepas.
DITM : Alhamdulillah dan tahniah atas keberanian meminta maaf =) Bukan semua orang mampu melafazkan ucapan maaf.
HA : Saya tahu saya ni pun banyak buat salah pada orang . Lagipun kita kat dunia tak boleh sombong. Semua kat dunia ni Allah yang punya. Itu yang saya cepat-cepat mohon maaf kalau saya ada salah.
-------------------------------------------------------------------
DITM : Kamu banyak buat salah pada orang?
HA : Laaa mestilah! Macam awak tanya tadi. Kita bukan nabi. Kita bukan maksum. Kita hamba. Cuma itulah, saya dah minta maaf. Saya harap diorang maafkanlah saya. Saya takut nanti masa di padang mahsyar, banyak tuntutan dilakukan pada saya. Nauzubillah..
DITM : =) InshaAllah mereka maafkan. Doa pada Allah yang memegang hati manusia =) Kamu pernah disakiti?
HA : Ish..biasalah bro. Pernah laa. Macam-macam dah saya kena. Saya ingat lagi satu persatu yang orang dah buat. Ada yang minta maaf. Ada yang buat tak bersalah je.
DITM : Kamu dah maafkan?
HA : InshaAllah dah. Biasalah salah sikit. Saya terima jela. Redha itu pasrah. Pasrah itu berserah. Hehe
DITM : Tadi kamu kata, kamu masih ingat lagi satu persatu perbuatan yang menyakiti kamu?
HA : Bak kata orang putih, Forgive but not forget. Saya maafkan tapi saya tak boleh lupa! Mana boleh lupa...terguris hati ni!
DITM : Maknanya kamu belum maafkan lagi
HA : Eh kenapa pulak?
DITM : Kalau kamu dah memaafkan , kamu dah tak ingat.
HA : Pulak...Susahlah macam tu. Seriklah! Dah berapa banyak maaf dah..
DITM : Memang susah. Tp itulah rahsia Ikhlas yang mana tak ramai orang akan dapat dan hanya Allah yang tahu. Jika kita dapat capai Ikhlas, amal ibadah kita walaupun sikit, walaupun kita cuma melakukan yang wajib saje...itu sudah cukup kerana ikhlas itu sendiri sesuatu yang sangat sukar kita dapat.
HA : Macam mana nak lupakan? Punyalah sakit hati...
DITM : Kamu kata kamu seorang hamba Allah yang banyak berbuat dosa. Kamu banyak buat dosa pada Tuan kamu. Kamu kata kamu insan lemah hanya mengharapkan belas ihsan dariNYA. Kamu kata lagi...harapan supaya Allah memaafkan kamu tidak terbanding dengan kata-kata.
HA : Ya..betul
---------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------
DITM : Sepanjang kamu hidup, berapa banyak maaf yang telah kamu katakan pada Allah melalui doa dan solat kamu? Sudah tentu tidak terkira banyaknya. Kemudian kamu buat dosa lagi. Bayangkan apa yang Tuan kamu rasa . DIA, Allah, tidak putus-putus memberi kamu nikmat. DIA tak berkira. Kamu masih boleh berjalan dengan sihat dan kuat.
Begitulah hidup kamu setakat ini. ...Maaf. buat lagi dosa. Maaf..dan buat lagi. Kalau kamu seorang tuan kepada seorang hamba, apa kamu lakukan jika mempunyai hamba yang tak makan saman. Asyik buat kamu sakit hati je?
HA : Saya jual je dia kat orang lain. Beli hamba baru. Malas nak jaga dah. Orang dah bagi makan, tempat tinggal...dia nak menyakitkan hati je.
DITM : Bayangkan Allah , Tuan kamu...dah taknak kamu. DIA 'buang' kamu. Kamu bukan lagi dalam jagaanNYA.
HA : errr...
DITM : Rasulallah s.a.w yang maksum , walaupun teruk dikenakan kaum Quraisy, tetap melayan mereka dengan senyuman dan berakhlak dengan sangat baik.
Kalau kamu nak org lain menerima maaf kamu dengan hati yang ikhlas, kamu sendiri kena memberi dan menerima maaf dengan ikhlas. Kamu berharap Allah ampunkan dosa kamu, tetapi kamu keras hati memaafkan kesalahan orang lain. Kamu kata kamu takut tuntutan-tuntutan di padang mahsyar nanti. Jadi ikhlaskan hati. Lupakan semuanya. Minta perlindungan dan bantuan dari Allah. Allah jaga kamu..Jika kamu jaga hubungan dengan DIA dan hubungan dengan manusia.
Kamu seorang pendosa. Jika memaafkan dengan hati yang ikhlas itu susah, bermakna kamu sebenarnya tidak merasakan kamu seorang pendosa. Kamu merasakan diri kamu sempurna tanpa salah kepada orang lain. Kamu tak rasa sifat seorang hamba. Sepatutnya seorang hamba itu tahu bahawa dirinya itu layak dihina dan tidak punya apa-apa. Belajarlah dari sifat Rasulallah s.a.w . Sedih dengan penghinaan manusia ke atas diri kamu? Tak guna berbalah, berkatalah sekadarnya tanpa menyakiti. Doa pada Allah...berikan dia dan kita petunjuk dan hidayah serta jadikan kita orang yang sabar.
HA : Habis forgive but cannot forget tadi salah ?
DITM : Kamu kata kamu hamba Allah, tapi mengapa ikut kata-kata dan teladan bukan dari agamaNYA?
HA : Errr...
DITM : Buang ego..kita semua seorang pendosa.
Sekian
Jari Kecil
27 Januari 2014, Isnin
5.45 petang
No comments:
Post a Comment