Assalamualaikum
Tak boleh tido. Jadi teringat hutang satu entry, yang ni saya mesti tunaikan sebab saya nak simpan kenangan ni. Maaf, entry sedikit panjang.
-------------------------------------------------------------------------------------
Haritu..hari raya yang tak berapa meriah bagi keluarga saya. Paklong saya baru saje meninggal dalam bulan Ramadhan. Tak silap saya, malam ke 21 atau 29. Saya tak berapa ingat. Dalam pukul 4 pagi, mak ketuk pintu bilik
Paklong dah nazak. Mak ayah nak pegi hospital
'Ohh ok2'
Saya terpinga-pinga lagi. Dalam beberapa minit baru sedar yang saya kena pegi hospital. Nasib baik sempat kejar abang2 saya yg baru je keluar rumah
'Nak pegi mana?'
Nak pegi hospital tengok paklong. Paklong nazak. Nak ikut ke?
'Nak!'
Ok cepat siap..
Itu kali pertama saya tengok paklong saya dalam keadaan dah tak bergerak. Mata dah terpejam, cuma kelihatan nafas yang tercungap-cungap. Waktu kali terakhir saya ziarah paklong, paklong masih bersuara. Cuma dah tak larat sebab masa tu paklong demam. Demam selalu datang sebab badan paklong dah tak kuat lawan kanser. Masa tu, paklong ada kirim mee kari tapi kami tak dapat beli sebab kedai makanan yang kami singgah takde yang jual mee kari. Apa2 pun, alhamdulillah, anak2 paklong jaga paklong dengan sangat baik.
Tiba je hospital, kami ahli keluarga tak henti-henti bacakan yassin sekeliling paklong. Dalam nafas paklong yang tercungap-cungap, anak lelaki paklong, adik paklong, anak2 perempuan paklong..semua tak henti-henti bisikkan kalimah 'lailahaillah' kat telinga paklong. Kami masa tu cuma sahur dengan air masak. Ada 2 botol kecil air masak, kami kongsi sorang sikit.
Hampir 10 pagi, doktor datang periksa paklong kali terakhir. Dan waktu tu, adik paklong minta kami baca yassin beramai-ramai secara serentak keliling paklong. Tak sampai ayat ke 20 dalam surah yassin, bacaan denyut nadi paklong dah kosong....Paklong dah meninggal dunia. Innalillahi wainna ilahi rajiun. Tak sampai hati tengok anak dan isteri paklong menangis kerana hilangnya seorang ayah dan suami.
Alhamdulillah segala urusan pengkebumian berjalan dengan sangat mudah dan lancar. Ramai sangat orang yang datang jenguk dan uruskan paklong.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Macam biasa, raya ke 3 saya balik kampung di Kedah. Ramai sangat orang. Tokwan dengan Tok pun seronok bila ramai anak cucu balik. Tok dah nyanyuk sikit. Tapi kadang-kadang tok ingat juga. Masa nak balik KL semula, tokwan cium semua anak cucu termasuk menantu. Sambil ketawa2 tokwan pegang pipi dan cium kami. Janggal jugak. Jarang tengok Tokwan cium semua anak cucu masa raya. Yang kecik, besar semua tak terkecuali. Hehe...tokwan macam biasa lah. Ceria sangat. Itu cerita raya kami . Biasa-biasa saje..
---------------------------------------------------------------------------------------------
Raya Haji kami tak balik kampung sebab ayah bertugas di Mekah. Tak lama lepas tu, pakteh wasap dalam group Ibrahim (nama tokwan saya) , kata pakteh, tokwan saya accident. Tokwan masuk hospital, kena operate dekat kaki. Tangan tokwan pun teruk jugak. Saya tak sempat ziarah tokwan masa ni. Sehari selepas ayah balik dari Mekah, ayah terus balik Kedah dengan mak. Saya tak dapat ikut sebab saya tengah sibuk dengan persediaan exam, ada test dan presentation. Balik je mak ayah dari kedah, saya tanya mak...
'Tokwan macam mana?'
Tokwan tak sedar masa mak datang. Tapi lepas berapa jam tu, tokwan jaga. Dia mintak kitorang bacakan Yassin
"Tokwan makan macam mana?"
Ada tiub kat hidung..bagi susu. Makan bubur. Tokwan cakap dengan ayah, dia ada kenduri kena pegi
"Yeke..hehe apalah Tokwan ni, Ingat kenduri pulak dia"
Dalam beberapa hari lepas tu, Tokwan balik rumah. Adik beradik ayah gilir2 jaga Tokwan. Tapi...ada satu hari, Tokwan bangun dari katil nak cuba pasang tv. Tokwan terjatuh...kena strok. Pakteh terus bawak tokwan pegi hospital.
Saya...sekali lagi tak berkesempatan nak ziarah.
Saya tanya mak...
'tokwan macam mana?'
Kaki kiri tokwan macam terlipat ke tepi. Strok sebelah kiri, tangan pun tak gerak. Cakap pun tak berapa jelas sangat. Doktor nak buat fisio bagi yang strok tu normal balik. Tapi susah..sebab bahagian yang strok tu la yang tokwan accident dulu
Kuat betul ujian Tokwan tanggung. Waktu terlantar sakit, Tokwan selalu jaga pukul 4 pagi. Macam biasa, rutin Tokwan macam masa dia sihat, mkn, solat, etc. Lepas subuh, Tokwan akan tidur balik.
Tapi lama-lama, tokwan dah mula tak ingat nak solat. Tokwan tak larat sangat dah. Tokwan dah lupa cara solat. Bila Tokwan ingat, tokwan akan solat. Kadang-kadang, tokwan jaga dia akan minta siapa2 bacakan mana2 surah yang tokwan pilih. Sambil diorang baca, Tokwan ikut sekali :)
Tok saya...dah teruk ingatan. Tok sampai dah lupa jalan nak pegi tandas. Alhamdulillah, anak-anak tok dan Tokwan semua soleh dan solehah. Jaga dan layan tok dan tokwan dengan sangat baik walaupun dengan macam2 kerenah.
Satu hari...ada saudara saya datang ziarah Tokwan. Tokwan boleh bercakap lebih banyak dari biasa. Selalunya Tokwan tak banyak bersuara. Tokwan minta bacakan satu surah dan sambil dia baca, seperti biasa Tokwan ikut sekali.
Esoknya..tok saya tiba-tiba panggil Toknyang saya yg tinggal depan rumah Tokwan. Saya tak berapa pasti pertalian Toknyang saya. Mungkin adik kepada Tok atau Tokwan. Masa tu, Tok saya kelam kabut suruh Toknyang datang rumah. Tok kata
'Dia (tokwan) dah lain dah tu. Mai tengok'
Memandangkan keadaan Tok yang dah tak ingat apa2. Toknyang balas..
'Taklah..biasa ja tu'
Tapi Toknyang tetap jenguk Tokwan. Toknyang ajar Tokwan sebut kalimah "Lailahaillah". Toknyang nampak macam nafas Tokwan tersekat kat kerongkong..dan itu saat tokwan kembali ke rahmatullah. Rupanya, ciuman untuk semua anak cucu raya Aidilfitri haritu, sebab itu kali terakhir kami berkumpul dgn tokwan :')
Saya...............cuma sempat jumpa Tokwan masa jasad Tokwan dah terbujur kaku. Teruk kan saya? Kulit tokwan sejuk....tapi wajah Tokwan sangat tenang. Macam tak nampak yang Tokwan ni dulunya sakit sebelum meninggal dunia.
Saya berpeluang jumpa Tokwan masa saya bagi talk di Kedah, tapi banyak perkara lain yang saya dahulukan. Ada pengorbanan yg terpaksa saya lakukan. Hanya Allah lebih mengetahui.
Selepas dari tu, saya mencari peluang dan ruang untuk jumpa Tokwan. Tapi perancangan Allah itu lebih baik.
Alhamdulillah..saya sempat teman jenazah Tokwan dengan bacaan ayat suci al quran dari selepas subuh sampai ramai datang ziarah. Walaupun saya tau, tak mungkin sama kalau saya sempat jumpa Tokwan masa Tokwan tgh sakit dulu. Ingat lagi....masa saya sakit tahun 2011, bila berita operation saya akan dijalankan pada tarikh tertentu sampai pada pengetahuan tokwan, Tokwan saya nak datang KL jenguk saya :') Ayah saya larang sebab Tokwan dah tua, takut tak larat nanti. Ayah pesan "doa sajelah'...
Masha Allah, itu tokwan saya. Kuatnya tenaga dia. Saya percaya, kuatnya dia bukan sepenuhnya datang dari tenaga fizikalnya, tapi dari kekuatan akhlak dan hati. Sampai lupa, yang diri dia sendiri yang sepatutnya lebih dijaga :)
Masa urusan jenazah Tokwan dibuat, alhamdulillah sangat ramai yang datang. Macam kenduri ramainya. Saya fikir ini mungkin bilangan yang biasa bagi penduduk yang tinggal di kampung, rupanya ia memang sangat ramai :). Alhamdulillah ramai yang mendoakan dan membantu. Agaknya, ini yang Allah hadiahkan pada Tokwan sebab Tokwan rajin memenuhi undangan dan memanjangkan silaturrahim :)
Tokwan masa sakit
---------------------------------------------------------------------------------------------
Ada banyak cerita di sebalik cerita saya tadi...
Tokwan sangat rajin mengaji. Waktu lapangnya cuma dihabiskan dengan berzikir dan membaca kitab suci al-quran. Hampir waktu solat, tokwan akan siap-siap ke masjid. Undangan kenduri, wajib tokwan penuhi. Teringat saya, mak cerita masa baru-baru ni Tokwan pegi Mekah dengan diorang, Tokwan lajuu sangat. Mak pun tak terkejar :) Sedangkan Tokwan bukan lah seorang yang sihat sangat keadaannya. Maklumlah orang dah berusia. Masa mak dah habis buat umrah, mak ayah cari Tokwan. Tup tup nampak Tokwan dekat satu sudut tengah duduk tengok Kaabah :) .Subhanallah ...
Tok memang dah betul-betul hilang daya ingatan. Sampaikan masa jenazah Tokwan nak dibawa ke kubur, Tok tak nak ikut. Tok kata penat. Bila tanya siapa yang meninggal? Tok jawab itu ayah dia atau itu anak buah dia yang meninggal, sedangkan itu suami dia yang meninggal. Tapi kuasa Allah yang sangat luar biasa, saat Tokwan nazak, hanya Tok yang mampu nampak. Kalau Tok tak panggil Toknyang, agaknya takde siapa pun yang bisik kalimah Lailahaillah untuk Tokwan masa saat-saat akhir.
Moga Tokwan, Paklong dan Atuk (sebelah mak) diampuni dosa, dilapangkan kubur, dijauhkan dari azab kubur dan seksa api neraka serta ditempatkan di dalam syurga bersama para mukmin yang soleh.
-2013...tahun di mana dua ahli keluarga saya meninggal dunia-
Sekian..
"Di akhir hidup kita nanti, kita akan tunjukkan bagaimana peribadi dan amalan kita, di saat kita masih sihat.
Jika di waktu sihat kita banyakkan berzikir dan bertasbih, di waktu2 akhir nanti itu yang akan kita lakukan
Jika di waktu sihat kita banyakkan membaca al-quran, di saat-saat akhir nanti itu yang akan kita amalkan
Jika di waktu sihat kita gemar menyakiti hati orang sekeliling dengan lidah kita yang tajam, di saat akhir nanti itu yang akan kita pamerkan
Waktu tu, semuanya akan dikeluarkan tanpa kawalan kita sendiri
Jadi jika mahu menghadapi saat-saat akhir kematian dengan baik...
Lakukanlah amal-amal baik
Jaga lidah, jaga mata, jaga anggota tubuh badan
Jika lidahmu saje sudah biasa menyakiti ramai orang dan kamu masih tetap dengan ego hatimu menganggap segala yang kamu lakukan kerana itu dan ini
Di saat matinya kita nanti, siapa yang sudi meramaikan jemaah solat jenazah jasad kita sendiri
Jika undangan yg wajib kamu perlekehkan kerana pelbagai alasan yang cuba kamu 'cipta'
Bayangkan orang berat hati untuk datang ke urusan pengkebumianmu dengan seribu alasan yg dulunya kamu guna semasa hidup
Bayangkan...semua yang kamu beri semasa hidup kamu
Semua yang kamu amal semasa hidup kamu..
Kamu akan dapat masa kamu mati nanti
Alhamdulillah jika ianya baik..tapi jika ianya buruk
Selagi belum terlambat..betulkan apa yang tidak baik
Tambahkan segala amal muliamu
InshaAllah, matimu dlm redha Allah dan kasih sayang manusia
Jari Kecil
14 Januari 2014, Selasa
620 pagi
No comments:
Post a Comment