Entry ini dibuat bagi memberi peringatan kepada saya dan juga kepada sahabat-sahabat saya yg membaca
Dan andai kata ada pembaca-pembaca yang tersinggah ke blog ni, mana yang baik terima sebagai pengajaran dan mana yang tak betul , tolong betulkan saya InshaAllah
---------------------------------------------------------------------------
CINTA
Alhamdulillah, Allah kurniakan kita semua dengan rasa cinta, kasih dan sayang
Tanpa rasa cinta, mustahil kita ni dapat hidup tenang, aman dan bahagia
Dengan rasa cinta, kasih dan sayang, wujudnya diri saya dan sahabat-sahabat saya
Dengan rasa cinta, kasih dan sayang, saya dan sahabat-sahabat terdidik elok , dijaga dengan penuh perhatian, untuk memastikan masa depan kita semua terjamin InshaAllah
Ini semua dengan kasih sayang
Dgn kasih sayang, tanggugjawab rela digalas walaupunn berat
Ya saya tahu, fitrah manusia kita ingin disayangi , menyayangi, dan perasaan ingin berpasang-pasangan meluap-luap
Lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan kita makannya berteman, sedihnya dipujuk...tapi kita???
Tekan sahaja "switch on" pada remote tv, bersepah-sepah cerita drama yang romantik
Dalam hati mula terdetik "Bestnya kalau aku ada pasangan macam tu"
Sahabat,
Ini dunia akhir zaman
Mata, telinga, hati kita senang dipermainkan
Mudah! Sangat mudah
Seolah-olah sudah tidak ada lagi tempat persembunyian untuk menjaga iman
Apa pentingnya berpasangan dengan yang "tidak halal" ....
Apa faedahnya sering risau bila pasangan yang "tidak halal" itu "curang" dengan kita
Mata kita ditipu dengan keindahan dunia
Telinga kita ditipu dengan kata-kata manis iblis yang menghantar "tenteranya" untuk menakluk hati kita
Siapa "tentera" iblis?
Selagi mana hati kita cintakan dunia, risaukan dunia pergi jauh dari diri kita, risaukan "pasangan tidak halal curang kepada kita"...
Selagi mana ketika menghadiri majlis ilmu pun kita sibuk berbalas-balas sms dengan pasangan "tidak halal" kita
Selagi mana ketika berada di majlis ilmu kerap saja di post status atau gambar di FB "Alhamdulillah, bersama ustaz XX di masjid hari ini" ..Menunjuk-nunjuk kebaikannya
Selagi mana selepas solat, zikirnya pendek, lalu cepat2 dicapainya hp untuk membalas sms pasangan "tidak halal" itu...
INILAH TENTERA IBLIS LAKNATULLAH!
Sanggup menjadi tentera Iblis secara tidak sengaja?
Kembalilah kepada Allah, InshaAllah hati menjadi tenang
------------------------------------------------------
Sahabat,
Kuatkan hatimu...
Lupakah kita, Janji Allah itu pasti..
Baca..
Surah At-Taghabun :12
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
----------------------------------------------------
Surah Al-Maidah : 92
----------------------------------------------------
Surah Al-Mu'minun : 34
----------------------------------------------------
Ikuti ajaran Nabi Muhammad s.a.w
Ikut perintah Allah dan tinggalkan larangannya
Tiada istilah berpasang-pasangan dalam Islam melainkan dengan suami isteri sendiri
Tiada istilah halal walaupun dengan tunang sendiri
Allah sayangkan hambaNya..pasti!
Jika tidak, pasti dibiarkan hambaNya sesat tanpa panduan
Allah ingin menjaga kita, kesucian hati kita..
Tapi kita sendiri dengan senang-lenang, langgar perintah Allah
Bila saat kita dikecewakan manusia, mula kita menangis terduduk, patah semangat...
Kita merungut..kita bercerita tentang masalah pasangan curang
"Sahabat, kalau dah tau buah itu beracun, kenapa degil nak merasa?"
Masa muda kita hanya sekali...
Allah tidak tanya apa yang kita buat pada masa tua
Allah akan tanya apa sumbangan kita masa kita muda
Kalau masa muda kita sudah sibuk memikirkan "pasangan tidak halal"...mana masa untuk pembangunan diri, keluarga dan ummah
Kalau pun ada, maksimum kah usaha kita itu?
Jangan bazirkan masa mudamu!
-----------------------------------------------------
Sahabat,
Jika kamu katakan "Saya cintakan Allah, kemudian Rasulullah s.a.w"
Apa bukti cintamu itu?
Jika kamu sibuk menghitung cinta manusia kepadamu...
Kamu pasti kecewa..ye pasti!
Manusia, kemampuannya terhad. Perasaannya berubah-ubah...
Tapi Allah itu Esa! Cinta Allah kepada hambaNYA tiada tolok banding
Tak percaya?
Kalau Allah tak cintakan kamu, pasti saja Allah dah butakan mata kamu supaya kamu tidak lagi memandang kepada yang tidak halal dgn sesuka hati
Kalau Allah tak cintakan kamu, pasti saja Allah dah kudungkan tangan kamu yang senang-senang digunakan untuk membalas sms pasangan tidak halal itu setiap masa walaupun di rumahNYA!
Kalau Allah tak cintakan kamu, pasti saja kamu takkan lulus periksa walaupun kamu itu belajarnya sekadar "bila ada masa"!
Kalau Allah tak cintakan kamu, pasti saja Allah cacatkan rupamu yang digunakan untuk berhias2 ketika berjumpa dengan lelaki bukan mahram!
Nauzubillah..
Mudah2an Allah lindungi saya dan sahabat-sahabat saya
Kalau nak dihitung...pasti takkan habis
Kembalilah kepada Allah..
----------------------------------------------
Sahabat,
Ye saya tahu, sukar untuk tinggalkan apa yang telah kita sayang
Tapi semua itu mudah, semudah 1, 2, 3...
Jika kita tahu, jika kita semat dalam-dalam "Saya Cinta Allah, Saya Sayang Allah"
Tiada nilai seorang manusia jika dibandingkan dgn Allah
TIADA!
Jadi kenapa berat hati nak meninggalkan pasangan yang tidak halal itu kerana Allah.
Oh ye, takut dia terasa..
Jika cinta kamu kepada Allah itu cinta agung! pasti kamu lebih mengambil berat apa yang Allah fikirkan tentang kamu
Bukan apa yang pasangan tidak halal itu fikirkan tentang kamu
Jalan mujahadah itu pahit pada awalnya, tetapi percayalah....di penghujungnya ada suatu kemanisan yang tiada tolok bandingnya.
Beranikan diri kerana cinta kamu kepada Allah dan Rasulullah s.a.w
Katakan saja "Maaf, saya tidak boleh lagi menjadi seperti dulu. Saya hak Allah, cinta saya padaNya adalah cinta agung! Saya percaya, Allah akan meletakkan saya di bawah jagaan seseorang yang telah ditulis di Luh Mahfuz. Mungkin awak atau mungkin org lain, tapi percayalah janji Allah itu pasti. Saya perlu menjaga kesucian hati saya untuk bakal suami. Maaf"
Dan STOP! tiada lagi sms yang bukan hal penting kepada yang bukan mahram
Itu pengakhirannya!
InshaAllah, nilai kamu di sisi Allah itu tinggi. InshaAllah, jaga hubungan kamu dengan Allah.
--------------------------------------------------------
Sahabat yang sentiasa menjaga kesucian hatinya utk bakal suami dan isteri Teruskann istiqamah Kuatkan hati walaupun jiwamu meronta-ronta inginkan dia Minta pada Allah sekiranya dia jodohmu , mudahkanlah Namum jika Allah menjauhkan dirimu dari dia, itu juga tanda Allah ingin memelihara mu dari tipu daya dunia Jika kamu inginkan isteri yg sentiasa patuh arahanmu, kamu bakal suami harus patuh pada perintah Allah terlebih dahulu Jika kamu bakal suami/isteri inginkan pasangan yg sentiasa cepat2 mendengar luahan rasamu, kamu terlebih dulu harus cepat2 menyahut panggilan azan dan tunaikan solat pada awall waktu Jika kamu inginkan pasangan yang sentiasa memahami dan menghormati, hormatilah majlis ilmu yang di dalamnya hadir malaikat. Jika kamu inginkan pasangan yang sentiasa memelihara janji dan tidak membohongi mu, kamu terlebih dulu harus memegang janji mu kepada Allah yang telah lama tertulis sebelum kamu lahir lagi Jika kamu inginkan pasangan yg sentiasa amanah ketika kamu jauh dengannya, kamu terlebih dulu perlu amanah dengan nikmat pancaindera dan kesihatan yg Allah kurniakan Jika kamu sendiri gagal untuk menjaga kesemua di atas, layakkah kamu mengimpikan pasangan yang seperti itu?
------------------------------------------------------
Sahabat,
esok, hari berangkatnya saya ke kota Madinah dan Mekah
InshaAllah saya dan keluarga akan menunaikan ibadah ziarah dan umrah
Mohon maaf sepanjang perkenalan kita semua saya ada mengguris hati sesiapa
Mohon halalkan makan, minum atau ilmu sepanjang kita semua menjadi sahabat
InshaAllah akan didoakan buat semua sahabat2 saya
Ini catatan terakhir saya sebelum saya berangkat jam 5 petang esok
Pesan saya buat kali terakhir,
Kembali kepada Allah. Allah akan menjaga kita InshaAllah. Jika ada sesiapa sahaja yang merasakan saya tidak layak untuk menasihati sahabat2 saya , ingin saya katakan "walaupun mungkin amal saya tidak byk, ilmu saya sedikit, saya dulunya jahil, saya dulunya juga berpasangan, saya tetap tidak mahu sahabat-sahabat saya jadi seperti saya. Sebelum terlambat, kembalilah." Jangan jadi orang munafik yang katanya saya sayang Allah tapi sebaliknya dia buat sesuatu yang Allah tidak suka. Jangan cemarkan nama Islam. Simpan cinta, kasih sayang dan manja kamu hanya untuk yang sah bergelar suami atau isteri"
Sekian
Jari Kecil
22 Mei 2013, Rabu
7.20 malam
|
No comments:
Post a Comment