Fuh! Lama tak update blog
Dah bersawang dah blog ni *Cliche
Baru harini ada sikit masa nak update
Untuk pengetahuan kawan-kawan saya mahupun pembaca-pembaca blog ini (Yakin mesti ada . Haha)
Saya sedang bercuti sem
Last paper saya haritu 2 Mei 2013
Biar saya cerita serba sedikit perkara-perkara yang berlaku masa final exam yang lepas
---------------------------------------------------------
First paper saya 22 April 2013, Subjek Islamic Banking ; Prof Rodney Wilson
Tarikh sebenar exam untuk paper ni sepatutnya 28 April tapi dipercepatkan sebab Prof kesayangan kami nak balik kampung :P Dia ada hal sebenarnya. Al-maklumlah orang bijak pandai pasti sibuk bagi Talk sana sini
Masa menjawab 2 jam. Bermula jam 530 petang - 730 malam
Mesti ada yang konpius je
"Apela budak ni jawab exam maghrib-maghrib"
Nak buat macam mana uolls, lecturer i dah kata gitu, lagipun habis 730 iolls boleh je solat
Satu soalan ada 25 markah dan saya perlu jawab 4
Maka dalam masa 2 jam saya tak sempat jawab dengan berhemah
Ini kerana saya bazir banyak masa dengan membuat point2 sebelum menjawab soalan.
Harghhhhhhhhhh!
2 soalan yang terakhir saya jawab dalam masa 20 minit je. Soalan ke 4 saya boleh jawab dalam masa 7 minit macam tu
Mana tak tercabut tangan
Ini juga angkara soalan 1 saya jawab sampai 3 page depan belakang
Soalan 2 saya jawab 2.5 page depan belakang
Soalan 3 dan 4 saya jawab 1.5 page je. Hahaha
Tulis bukan main laju lagi. Tulisan pun hodoh
Disebabkan saya tak reti lagi buat jawapan short n precise dan saya sangat menggelabah masa 1st paper final
Saya maafkan diri sendiri. LoL
Maka pulanglah saya ke rumah dengan hati yang frust sampai termimpi2 malam tu
Punah harapan A untuk satu subjek T.T
----------------------------------------------------------------
Paper kedua saya adalah Research Methodology. Tarikh 29 April 2013, jam 9 pagi-12 tgh hari
Saya bertungkus lumus study subjek ni sebab saya sangat susah nak paham subjek ni
Opsss. Bukan salah lecturer ye. Lecturer saya sangat bagus! Prof Mansor Ibrahim namanya
Malangnya saya la yang tak berapa nak bagus tu
Usaha punya usaha, Alhamdulillah saya ready
Pagi nak jawab exam, saya terbangun lambat.
7.45 baru keluar rumah. Itupun nasib baik mak saya kejut, kalau tak memangg haram nak bangun. Tido mati dah time ni
Saya kelam kabut bangun terus siap2
Masa dalam kereta dah risau, janganla jem teruk. Tak sempat sampai nanti
Dan .....inilah! Inilah jadinya bila keluar lambat waktu pagi
Maka dengan itu! saya masuk dewan exam jam 9.40 pagi!
Brother yang jaga exam dah cakap patut tak boleh ambik exam dah sebab dah lebih 30 minit
Tapi saya buat muka kesian sambil explain traffic jam sampai 2 jam
Dia pun angguk2 kepala
Alhamdulillah boleh jawab exam macam biasa T.T (Terharu dengan diri sendiri)
Dan Alhamdulillah, walaupun saya sampai lewat, saya sempat habiskan jawab paper saya jam 11.40
Pukul 12 saya keluar dewan
Keluar2 dewan diorang pegi bincang jawapan
Ha memang bagus sangatlah! Tu benda paling saya tak suka bila habis exam
BINCANG! tolonglah...paper dah habis, pegi bincang soalan jawapan pulak dah
Alhamdulillah jugak brother yang jaga exam siap tanya nak tambah masa ke tak
Tapi takpela, soalan tak memerlukan saya menulis berhelai2 kertas pun, jadi sempat saje. Lega. Alhamdulillah
Masa dalam kereta, saya dah tau mesti akan lambat
Dalam hati ni berzikir macam dah takde hari esok
Lepas tu ulang2 "Rabbi Yassir Wala Tu A'ssir. Rabbi Thammim bil Khair"
Walaupun lambat, saya cuba tenang je
Kalau la saya menggelabah, datang exam menggelabah, dah la lambat, kelam kabut lagi, tak ke huru hara jadinya nanti
So masa tu memang train mental kaw2 punya
Alhamdulillah berjaya jadi cool dan tak kelam kabut
Moral of the story : Masa exam, kekuatan mental sangat2 diperlukan. Jangan give up awal2 tak kira apa pun jadi
---------------------------------------------------
Finally...last paper saya pada 2 Mei 2013 . Subjek Usul Fiqh oleh Prof Achene Lahsasna. Jam 2 ptg -5 ptg
Masa ni saya sampai awal. Wehuu! I learn from mistake u know ~
Datang awal pun satu hal jugak ni
Saya sampai je...tengok semua orang tengah study
Whattt??? Lagi berapa minit nak masuk exam ni siap ada yang buat discussion, tengok buku, tengok slide
Ohh no no no! itu bukan cara saya.
Tu perkara paling pantang saya sebelum masuk exam
Jadi saya cuba menjauhkan diri dari mereka-mereka
Malangnya keliling ni semua study. Eh apekah???
Nasib baik jumpa sorang classmate jenis cool punya
Dia pun tengah diri lepak2 tak study apa
Saya datang dekat dia, saya ajak borak. Hoho
Tanak pegi tempat lain, duduk je tepi dia. Hahah
Dan tiba masuk dewan exam, saya duduk dengan tenang
Tapi dalam hati risau jugakla banyak benda yang nak kena ingat ni, mampu keee. Tawakal saje la kan
Bukak2 soalan, saya macam biasa tulis point2 yg nak dijawab
Macam biasa, saya ada konflik jawab exam.
2 soalan pertama tulisan saya bukan main cantik lagi, bulat2 amboi
Itu gambar hiasan ye, takkan la saya ambik gambar masa jawab exam @.@!
Soalan2 terakhir tulisan saya semakin berubah menjadi..
Ini semua angkara terlampau rileks masa jawab 2 soalan pertama
Dahla soalan 1st saya terlupa point. Huaaa :( Tapi saya try jugak jawab
Soalan last saya ingat semua point tapi masa pulak tak cukup sebab terlampau tenang masa awal2
Haih ummi ummi...
Tapi apa-apa pun Alhamdulillah saya sempat jugak jawab semua walaupun saya tak puas hati dengan jawapan saya
----------------------------------------------
Dengan ini tamat Semester 1 saya dalam kos Master in Islamic Finance
Alhamdulillah Hooorayyyy!!!
Tapi...langit tak selalu cerah kan?
Habis je exam, saya kena siapkan assignment pulak. huuu
Submission date 6 Mei 2013
Jadi saya betul2 bebas masa 6 Mei sebenarnya
Alhamdulillah Hooorayyy lagi sekali! LoL
Kali ni baru betul-betul tamat Semester 1 saya. Alhamdulillah
Walaupun saya sampai sakit2 badan, stress melampau2 dengan macam2 assignment dan subjek yang susah
Semua tu experience yang priceless!
Saya banyak belajar benda baru. Alhamdulilllah
Walaupun saya sampai sakit2 badan, stress melampau2 dengan macam2 assignment dan subjek yang susah
Semua tu experience yang priceless!
Saya banyak belajar benda baru. Alhamdulilllah
----------------------------------------------------------
Tadi saya cuba kira2 markah saya, dan saya sangat sedih
Saya kira2 dan CGPA saya tak mencecah 3.3 . Punah ranah hati tadi
Itu anggaran saya. Takpelah, mudah2an Allah bantu saya, InsyaAllah
Bersangka baik dengan Allah itu lebih baik, kan dah usaha :)
Ok lah. lepas ni saya buat entry pasal waktu cuti saya pulak ye
Saya nak berehat2 tengok tv
Paipai everybody!
Sekian,
Jari Kecil
16 Mei 2013, Khamis
9.20 malam
1 comment:
Apa beza mif dgn mifp kat inceif?
Post a Comment