Wednesday, May 22, 2013

Untuk semua sahabat ...yang masih bujang

Assalamualaikum..



Entry ini dibuat bagi memberi peringatan kepada saya dan juga kepada sahabat-sahabat saya yg membaca


Dan andai kata ada pembaca-pembaca yang tersinggah ke blog ni, mana yang baik terima sebagai pengajaran dan mana yang tak betul , tolong betulkan saya InshaAllah



---------------------------------------------------------------------------

CINTA


Alhamdulillah, Allah kurniakan kita semua dengan rasa cinta, kasih dan sayang


Tanpa rasa cinta, mustahil kita ni dapat hidup tenang, aman dan bahagia


Dengan rasa cinta, kasih dan sayang, wujudnya diri saya dan sahabat-sahabat saya


Dengan rasa cinta, kasih dan sayang, saya dan sahabat-sahabat terdidik elok , dijaga dengan penuh perhatian, untuk memastikan masa depan kita semua terjamin InshaAllah


Ini semua dengan kasih sayang


Dgn kasih sayang, tanggugjawab rela digalas walaupunn berat


Ya saya tahu, fitrah manusia kita ingin disayangi , menyayangi, dan perasaan ingin berpasang-pasangan meluap-luap


Lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan kita makannya berteman, sedihnya dipujuk...tapi kita???


Tekan sahaja "switch on" pada remote tv, bersepah-sepah cerita drama yang romantik 


Dalam hati mula terdetik "Bestnya kalau aku ada pasangan macam tu"



Sahabat,


Ini dunia akhir zaman


Mata, telinga, hati kita senang dipermainkan 


Mudah! Sangat mudah


Seolah-olah sudah tidak ada lagi tempat persembunyian untuk menjaga iman 


Apa pentingnya berpasangan dengan yang "tidak halal" ....


Apa faedahnya sering risau bila pasangan yang "tidak halal" itu "curang" dengan kita


Mata kita ditipu dengan keindahan dunia


Telinga kita ditipu dengan kata-kata manis iblis yang menghantar "tenteranya" untuk menakluk hati kita


Siapa "tentera"  iblis?


Selagi mana hati kita cintakan dunia, risaukan dunia pergi jauh dari diri kita, risaukan "pasangan tidak halal curang kepada kita"...


Selagi mana ketika menghadiri majlis ilmu pun kita sibuk berbalas-balas sms dengan pasangan "tidak halal" kita


Selagi mana ketika berada di majlis ilmu kerap saja di post status atau gambar di FB "Alhamdulillah, bersama ustaz XX di masjid hari ini" ..Menunjuk-nunjuk kebaikannya



Selagi mana selepas solat, zikirnya pendek, lalu cepat2 dicapainya hp untuk membalas sms pasangan "tidak halal" itu...


INILAH TENTERA IBLIS LAKNATULLAH!


Sanggup menjadi tentera Iblis secara tidak sengaja? 


Kembalilah kepada Allah, InshaAllah hati menjadi tenang

------------------------------------------------------


Sahabat,


Kuatkan hatimu...


Lupakah kita, Janji Allah itu pasti..


Baca..


Surah At-Taghabun :12

Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.


----------------------------------------------------


Surah Al-Maidah : 92

Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.


----------------------------------------------------

Surah Al-Mu'minun : 34


Dan demi sesungguhnya, jika kamu taati manusia yang seperti kamu, tentulah kamu dengan membuat demikian, menjadi orang-orang yang rugi.


----------------------------------------------------


Ikuti ajaran Nabi Muhammad s.a.w


Ikut perintah Allah dan tinggalkan larangannya


Tiada istilah berpasang-pasangan dalam Islam melainkan dengan suami isteri sendiri


Tiada istilah halal walaupun dengan tunang sendiri


Allah sayangkan hambaNya..pasti!


Jika tidak, pasti dibiarkan hambaNya sesat tanpa panduan


Allah ingin menjaga kita, kesucian hati kita..


Tapi kita sendiri dengan senang-lenang, langgar perintah Allah


Bila saat kita dikecewakan manusia, mula kita menangis terduduk, patah semangat...


Kita merungut..kita bercerita tentang masalah pasangan curang 


"Sahabat, kalau dah tau buah itu beracun, kenapa degil nak merasa?"



Masa muda kita hanya sekali...


Allah tidak tanya apa yang kita buat pada masa tua


Allah akan tanya apa sumbangan kita masa kita muda


Kalau masa muda kita sudah sibuk memikirkan "pasangan tidak halal"...mana masa untuk pembangunan diri, keluarga dan ummah


Kalau pun ada, maksimum kah usaha kita itu?


Jangan bazirkan masa mudamu!


-----------------------------------------------------


Sahabat, 


Jika kamu katakan "Saya cintakan Allah, kemudian Rasulullah s.a.w"


Apa bukti cintamu itu?


Jika kamu sibuk menghitung cinta manusia kepadamu...


Kamu pasti kecewa..ye pasti!


Manusia, kemampuannya terhad. Perasaannya berubah-ubah...


Tapi Allah itu Esa! Cinta Allah kepada hambaNYA tiada tolok banding



Tak percaya?


Kalau Allah tak cintakan kamu, pasti saja Allah dah butakan mata kamu supaya kamu tidak lagi memandang kepada yang tidak halal dgn sesuka hati



Kalau Allah tak cintakan kamu, pasti saja Allah dah kudungkan tangan kamu yang senang-senang digunakan untuk membalas sms pasangan tidak halal itu setiap masa walaupun di rumahNYA!


Kalau Allah tak cintakan kamu, pasti saja kamu takkan lulus periksa walaupun kamu itu belajarnya sekadar "bila ada masa"!



Kalau Allah tak cintakan kamu, pasti saja Allah cacatkan rupamu yang digunakan untuk berhias2 ketika berjumpa dengan lelaki bukan mahram!


Nauzubillah..


Mudah2an Allah lindungi saya dan sahabat-sahabat saya


Kalau nak dihitung...pasti takkan habis


Kembalilah kepada Allah..



----------------------------------------------


Sahabat,


Ye saya tahu, sukar untuk tinggalkan apa yang telah kita sayang


Tapi semua itu mudah, semudah 1, 2, 3...


Jika kita tahu, jika kita semat dalam-dalam "Saya Cinta Allah, Saya Sayang Allah"


Tiada nilai seorang manusia jika dibandingkan dgn Allah



TIADA!


Jadi kenapa berat hati nak meninggalkan pasangan yang tidak halal itu kerana Allah.


Oh ye, takut dia terasa..


Jika cinta kamu kepada Allah itu cinta agung! pasti kamu lebih mengambil berat apa yang Allah fikirkan tentang kamu


Bukan apa yang pasangan tidak halal itu fikirkan tentang kamu



Jalan mujahadah itu pahit pada awalnya, tetapi percayalah....di penghujungnya ada suatu kemanisan yang tiada tolok bandingnya.



Beranikan diri kerana cinta kamu kepada Allah dan Rasulullah s.a.w


Katakan saja "Maaf, saya tidak boleh lagi menjadi seperti dulu. Saya hak Allah, cinta saya padaNya adalah cinta agung! Saya percaya, Allah akan meletakkan saya di bawah jagaan seseorang yang telah ditulis di Luh Mahfuz. Mungkin awak atau mungkin org lain, tapi percayalah janji Allah itu pasti. Saya perlu menjaga kesucian hati saya untuk bakal suami. Maaf"


Dan STOP! tiada lagi sms yang bukan hal penting kepada yang bukan mahram



Itu pengakhirannya!


InshaAllah, nilai kamu di sisi Allah itu tinggi. InshaAllah, jaga hubungan kamu dengan Allah.


--------------------------------------------------------

Sahabat yang sentiasa menjaga kesucian hatinya utk bakal suami dan isteri


Teruskann istiqamah


Kuatkan hati walaupun jiwamu meronta-ronta inginkan dia


Minta pada Allah sekiranya dia jodohmu , mudahkanlah


Namum jika Allah menjauhkan dirimu dari dia, itu juga tanda Allah ingin memelihara mu dari tipu daya dunia


Jika kamu inginkan isteri yg sentiasa patuh arahanmu, kamu bakal suami harus patuh pada perintah Allah terlebih dahulu


Jika kamu bakal suami/isteri inginkan pasangan yg sentiasa cepat2 mendengar luahan rasamu, kamu terlebih dulu harus cepat2 menyahut panggilan azan dan tunaikan solat pada awall waktu


Jika kamu inginkan pasangan yang sentiasa memahami dan menghormati, hormatilah majlis ilmu yang di dalamnya hadir malaikat.



Jika kamu inginkan pasangan yang sentiasa memelihara janji dan tidak membohongi mu, kamu terlebih dulu harus memegang janji mu kepada Allah yang telah lama tertulis sebelum kamu lahir lagi



Jika kamu inginkan pasangan yg sentiasa amanah ketika kamu jauh dengannya, kamu terlebih dulu perlu amanah dengan nikmat pancaindera dan kesihatan yg Allah kurniakan


Jika kamu sendiri gagal untuk menjaga kesemua di atas, layakkah kamu mengimpikan pasangan yang seperti itu?


------------------------------------------------------


Sahabat, 


esok, hari berangkatnya saya ke kota Madinah dan Mekah


InshaAllah saya dan keluarga akan menunaikan ibadah ziarah dan umrah



Mohon maaf sepanjang perkenalan kita semua saya ada mengguris hati sesiapa


Mohon halalkan makan, minum atau ilmu sepanjang kita semua menjadi sahabat



InshaAllah akan didoakan buat semua sahabat2 saya



Ini catatan terakhir saya sebelum saya berangkat jam 5 petang esok



Pesan saya buat kali terakhir,


Kembali kepada Allah. Allah akan menjaga kita InshaAllah. Jika ada sesiapa sahaja yang merasakan saya tidak layak untuk menasihati sahabat2 saya , ingin saya katakan "walaupun mungkin amal saya tidak byk, ilmu saya sedikit, saya dulunya jahil, saya dulunya juga berpasangan, saya tetap tidak mahu sahabat-sahabat saya jadi seperti saya. Sebelum terlambat, kembalilah." Jangan jadi orang munafik yang katanya saya sayang Allah tapi sebaliknya dia buat sesuatu yang Allah tidak suka. Jangan cemarkan nama Islam. Simpan cinta, kasih sayang dan manja kamu hanya untuk yang sah bergelar suami atau isteri" 




Sekian


Jari Kecil
22 Mei 2013, Rabu
7.20 malam

Thursday, May 16, 2013

Tamat Semester 1 Saya di INCEIF

Assalamualaikum...


Fuh! Lama tak update blog


Dah bersawang dah blog ni *Cliche



Baru harini ada sikit masa nak update



Untuk pengetahuan kawan-kawan saya mahupun pembaca-pembaca blog ini (Yakin mesti ada . Haha)



Saya sedang bercuti sem



Last paper saya haritu 2 Mei 2013


Biar saya cerita serba sedikit perkara-perkara yang berlaku masa final exam yang lepas


---------------------------------------------------------



First paper saya 22 April 2013, Subjek Islamic Banking ; Prof Rodney Wilson



Tarikh sebenar exam untuk paper ni sepatutnya 28 April tapi dipercepatkan sebab Prof kesayangan kami nak balik kampung :P Dia ada hal sebenarnya. Al-maklumlah orang bijak pandai pasti sibuk bagi Talk sana sini



Masa menjawab 2 jam. Bermula jam 530 petang - 730 malam


Mesti ada yang konpius je


"Apela budak ni jawab exam maghrib-maghrib"


Nak buat macam mana uolls, lecturer i dah kata gitu, lagipun habis 730 iolls boleh je solat


Satu soalan ada 25 markah dan saya perlu jawab 4



Maka dalam masa 2 jam saya tak sempat jawab dengan berhemah



Ini kerana saya bazir banyak masa dengan membuat point2 sebelum menjawab soalan.


Harghhhhhhhhhh!



2 soalan yang terakhir saya jawab dalam masa 20 minit je. Soalan ke 4 saya boleh jawab dalam masa 7 minit macam tu



Mana tak tercabut tangan


Ini juga angkara soalan 1 saya jawab sampai 3 page depan belakang


Soalan 2 saya jawab 2.5 page depan belakang


Soalan 3 dan 4 saya jawab 1.5 page je. Hahaha



Tulis bukan main laju lagi. Tulisan pun hodoh


Disebabkan saya tak reti lagi buat jawapan short n precise dan saya sangat menggelabah masa 1st paper final



Saya maafkan diri sendiri.  LoL


Maka pulanglah saya ke rumah dengan hati yang frust sampai termimpi2 malam tu



Punah harapan A untuk satu subjek T.T


----------------------------------------------------------------


Paper kedua saya adalah Research Methodology. Tarikh 29 April 2013, jam 9 pagi-12 tgh hari



Saya bertungkus lumus study subjek ni sebab saya sangat susah nak paham subjek ni


Opsss. Bukan salah lecturer ye. Lecturer saya sangat bagus! Prof Mansor Ibrahim namanya


Malangnya saya la yang tak berapa nak bagus tu


Usaha punya usaha, Alhamdulillah saya ready


Pagi nak jawab exam, saya terbangun lambat.


7.45 baru keluar rumah. Itupun nasib baik mak saya kejut, kalau tak memangg haram nak bangun. Tido mati dah time ni



Saya kelam kabut bangun terus siap2


Masa dalam kereta dah risau, janganla jem teruk. Tak sempat sampai nanti



Dan .....inilah! Inilah jadinya bila keluar lambat waktu pagi



Maka dengan itu! saya masuk dewan exam jam 9.40 pagi!


Brother yang jaga exam dah cakap patut tak boleh ambik exam dah sebab dah lebih 30 minit



Tapi saya buat muka kesian sambil explain traffic jam sampai 2 jam


Dia pun angguk2 kepala



Alhamdulillah boleh jawab exam macam biasa T.T (Terharu dengan diri sendiri)



Dan Alhamdulillah, walaupun saya sampai lewat, saya sempat habiskan jawab paper saya jam 11.40 


Pukul 12 saya keluar dewan 


Keluar2 dewan diorang pegi bincang jawapan


Ha memang bagus sangatlah! Tu benda paling saya tak suka bila habis exam


BINCANG! tolonglah...paper dah habis, pegi bincang soalan jawapan pulak dah



Alhamdulillah jugak brother yang jaga exam siap tanya nak tambah masa ke tak


Tapi takpela, soalan tak memerlukan saya menulis berhelai2 kertas pun, jadi sempat saje. Lega. Alhamdulillah



Masa dalam kereta, saya dah tau mesti akan lambat


Dalam hati ni berzikir macam dah takde hari esok


Lepas tu ulang2 "Rabbi Yassir Wala Tu A'ssir. Rabbi Thammim bil Khair"


Walaupun lambat, saya cuba tenang je


Kalau la saya menggelabah, datang exam menggelabah, dah la lambat, kelam kabut lagi, tak ke huru hara jadinya nanti


So masa tu memang train mental kaw2 punya



Alhamdulillah berjaya jadi cool dan tak kelam kabut




Moral of the story : Masa exam, kekuatan mental sangat2 diperlukan. Jangan give up awal2 tak kira apa pun jadi



---------------------------------------------------

Finally...last paper saya pada 2 Mei 2013 . Subjek Usul Fiqh oleh Prof Achene Lahsasna. Jam 2 ptg -5 ptg


Masa ni saya sampai awal. Wehuu! I learn from mistake u know ~


Datang awal pun satu hal jugak ni


Saya sampai je...tengok semua orang tengah study




Whattt??? Lagi berapa minit nak masuk exam ni siap ada yang buat discussion, tengok buku, tengok slide


Ohh no no no! itu bukan cara saya. 


Tu perkara paling pantang saya sebelum masuk exam


Jadi saya cuba menjauhkan diri dari mereka-mereka


Malangnya keliling ni semua study. Eh apekah???



Nasib baik jumpa sorang classmate jenis cool punya


Dia pun tengah diri lepak2 tak study apa


Saya datang dekat dia, saya ajak borak. Hoho



Tanak pegi tempat lain, duduk je tepi dia. Hahah



Dan tiba masuk dewan exam, saya duduk dengan tenang


Tapi dalam hati risau jugakla banyak benda yang nak kena ingat ni, mampu keee. Tawakal saje la kan



Bukak2 soalan, saya macam biasa tulis point2 yg nak dijawab


Macam biasa, saya ada konflik jawab exam.


2 soalan pertama tulisan saya bukan main cantik lagi, bulat2 amboi




Itu gambar hiasan ye, takkan la saya ambik gambar masa jawab exam @.@!


Soalan2 terakhir tulisan saya semakin berubah menjadi..






Ini semua angkara terlampau rileks masa jawab 2 soalan pertama



Dahla soalan 1st saya terlupa point. Huaaa :( Tapi saya try jugak jawab



Soalan last saya ingat semua point tapi masa pulak tak cukup sebab terlampau tenang masa awal2



Haih ummi ummi...


Tapi apa-apa pun Alhamdulillah saya sempat jugak jawab semua walaupun saya tak puas hati dengan jawapan saya



----------------------------------------------


Dengan ini tamat Semester 1 saya dalam kos Master in Islamic Finance


Alhamdulillah Hooorayyyy!!!



Tapi...langit tak selalu cerah kan?



Habis je exam, saya kena siapkan assignment pulak. huuu


Submission date 6 Mei 2013


Jadi saya betul2 bebas masa 6 Mei sebenarnya


Alhamdulillah Hooorayyy lagi sekali! LoL





Kali ni baru betul-betul tamat Semester 1 saya. Alhamdulillah


Walaupun saya sampai sakit2 badan, stress melampau2 dengan macam2 assignment dan subjek yang susah


Semua tu experience yang priceless!


Saya banyak belajar benda baru. Alhamdulilllah





----------------------------------------------------------


Tadi saya cuba kira2 markah saya, dan saya sangat sedih



Saya kira2 dan CGPA saya tak mencecah 3.3 . Punah ranah hati tadi



Itu anggaran saya. Takpelah, mudah2an Allah bantu saya, InsyaAllah


Bersangka baik dengan Allah itu lebih baik, kan dah usaha :)



Ok lah. lepas ni saya buat entry pasal waktu cuti saya pulak ye


Saya nak berehat2 tengok tv


Paipai everybody!




Sekian,

Jari Kecil
16 Mei 2013, Khamis
9.20 malam