Saturday, January 11, 2014

Kehidupan di INCEIF

Assalamualaikum

Masa mula-mula masuk INCEIF, macam-macam perasaan ada. Takut, rendah diri, rasa kerdil semacam pun ada. Mana taknya, kiri kanan depan belakang orang hebat-hebat. 

'I have Master in Economic'
'I have MBA'
'I'm an ACCA'


Itu baru cerita hal ehwal sijil. Belum masuk lagi pengalaman-pengalaman kerja diorang ni. MashaAllah hebat betul. Sampai part saya je 

'I'm a fresh graduate from UITM in Bachelor of Islamic Banking'


Rasa macam mata ni tak mampu nak pandang student yang penuh dalam kelas ni. Itu baru cerita mengenai student. Belum masuk lagi cerita pasal lecturer. Kalau nak list kan pengalaman dan kelayakan lecturer INCEIF, memang lenguh jari nak taip. Alhamdulillah Allah beri peluang untuk berjumpa dengan semua orang dalam INCEIF.




INCEIF, sangat unik. Tujuan utama cuma satu, nak melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang Islamic Finance. Ye, INCEIF sangat hebat dalam usaha melahirkan pakar-pakar ni. Tak tak...saya tak mengampu. Ini memang jujur dari hati saya. Walaupun kadang-kadang termengumpat jugak pasal sistem INCEIF, tapi bagi saya , diorang ni sentiasa berusaha untuk capai nama 'global university'. Jadi, kurang atau lebih itu biasa sebab kita semua manusia. Kita bukan tuhan yang maha hebat,  'kun faya kun' . Kita kena berusaha, trial n error ..baru dapat capai impian. Itulah yg INCEIF sedang buat sekarang. Jadi, go with the flow...



Susah? Ye memang susah bagi saya. Standard INCEIF dah naik baru-baru ni. Tapi no pain no gain. Nak sesuatu yg lebih baik, kena usaha. Kalau setiap semester nak mengadu susah, itu dah psiko diri sendiri namanya. Teringat pulak lagu 



'Jika kau fikirkan kau boleh...kau hampir boleh melakukan'
'Jika kau fikirkan ragu-ragu..usahamu tidak menentu'



Ramai yang terkejut bila dapat tahu ada student bukan Islam yang study Islamic Finance kat INCEIF. Ye memang ada dan sangat seronok ada depa ni. Bila cara berfikir orang yang taktau pasal Islam bertemu dengan orang yang dilahirkan beragama Islam..menarik! Dari situ sebenarnya, para pemikir dalam bidang Islamic Finance, boleh cuba cari solusi apa yang dikritik oleh pihak-pihak non muslim ni. Tapi, berapa ramai yang ambik kritikan tu sebagai tanda aras utk mencari solusi atau duduk semeja dan turut sama mengkritik? 
Harap ramai di golongan pertama...



Stress? Taklah, study INCEIF ni enjoy dalam stress. Eh macam mana tu? Yela, bila kita nak belajar sesuatu yang baru, mula2 memang susah. Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang...tapi kena enjoy. That's life man...LoL. Sebenarnya dalam apa saje yang kita buat, memang kena enjoy. Susah ke senang, itu semua proses nak melangkah. Jadi teruskan melangkah, kalau nak berhenti pun singgahlah RnR sekejap. Enjoy dengan kawan2, family, tengok tv, riadah..yang penting kena tahu limit dan jangan terlampau lama singgah tu. Bukan apa, dalam study ni kena ada momentum. Momentum tu kena kekal dari awal sampai habis sem. Kalau tak, memang susah nak kejar. Sama ada lingkup kehidupan kat INCEIF atau mungkin orang lain dah mula berlari dengan kasut yang berkualiti, kita masih lagi menapak dengan selipar yang haus.



Oklah, momentum saya menulis pun dah habis.


Pesanan penaja : Seronok study INCEIF..jomla!



Sekian


Jari Kecil
12 Januari 2014, Ahad
9.50 pagi



2014, Better InshaAllah

Assalamualaikum


Memulakan tahun 2014 di blog ni dengan lafaz bismillah...


Banyak benda nak cuba capai tahun ni. Senarai azam pun dah dibuat secara kemas dan tersusun. 

Dan salah satu azam tahun ni jugak, dah menyebabkan separuh daripada entry blog ni dipadamkan

Moga tak menjadi tuntutan ketika mati nanti InshaAllah :)


-------------------------------------------------------------


Mengikut perancangan, pengisian blog ni pun akan berubah serba sikit

Alang-alang belajar kat INCEIF

Traffic pun banyak pasal INCEIF

Jadi seharusnya kongsi lebih banyak mengenai Islamic Finance, Master, dan INCEIF

Moga jadi bekalan dan penambah amal . InshaAllah


--------------------------------------------------------------------

Err..Itu saje kot

Ada banyak entry nak up hari ni

Moga dipermudahkan. Amin


Sekian

Jari Kecil
12 Januari 2014, Ahad
9.12 pagi




Friday, December 27, 2013

Saya

Assalamualaikum


Hai hai! Bukan senang nak dapat masa update blog

Dah semakin sibuk dengan kehidupan Master dan kerja2 part-time

Pening jugak handle banyak benda dalam satu masa

Tapi saje nak train diri sendiri 

Biar tak lemau sangat 


---------------------------------------------------


Haritu masa 2 bulan terakhir sebelum Final Exam untuk semester 3 kat INCEIF

Allah je tahu macam mana struggle nak menghabiskan semester 3

2 bulan tu nazak betul

Tak cukup tido, tak cukup rest

Paling best..

Terus putuskan hubungan dengan dunia luar

Yang mana group2 whatsapp tu terus mute

Yang mana insan2 selalu message benda tak penting dalam whatsapp pun kena blocked jugak

Sebab betul2 nak privacy

Kadang diorang ni bukan paham

Kita dah cakap nak rest, nak fokus

Datang jugak whatsapp tak berhenti

Habis exam baru unblocked balik

-----------------------------------------------------------


Sepanjang semester 3 haritu, banyak keje tertangguh

Bukan assignment, tapi hutang khidmat dengan family dan business

So lepas final kena pulun settle kan semua tu

Banyak pulak tu!

Dan masa pun tak banyak

Ada lagi beberapa hari je nak masuk semester 4

Bertabah jela

Cuti semester macam tak cuti 

Rushing untuk banyak benda

---------------------------------------------------------------------


Saya baru je balik dari kampung haritu

Kampung saya kat Alor Setar, Kedah

Tokwan saya meninggal

Sedih, Terkilan

Sebab saya langsung tak sempat jumpa tokwan sepanjang tokwan sakit

Terlampauu sibuk 

Tenaga pun tak banyak

Moga Allah ampunkan dosa tokwan, jauhkan Tokwan dari azab kubur dan tempatkan tokwan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh


Saya nak buat entry tribute untuk Tokwan

Tapi bukan harini kot


Saya nak rest

Harini penat edit kerja2 business

Nanti story lagi


Malas nak letak gamba untuk entry kalini

Boii!


Assalamualaikum

Jari Kecil
28 Disember 2013, Sabtu
12.30 tengah malam

Monday, November 11, 2013

Sesi Motivasi Diri Sendiri

Assalamualaikum


Saya sibuk...terlalu sibuk


Banyaknyaaaa benda tak settle lagi



Ada lagi sebulan je untuk sem ni T.T



Hmm..




Bye...nak sambung berjuang



Sekian


Jari Kecil
Isnin, 11 September 2013
11.30 malam 




Wednesday, October 16, 2013

Muhasabah : Hanya Kerana ALLAH

Assalamualaikum


Hanya Kerana Allah


Alangkah lucunya umat Islam di dunia ini



Mengaku dirinya sebagai hamba Allah 



Tetapi sering merungut dan mengeluh apabila diuji



Senang merasa sedih apabila dihina dan dicaci



Bukankah sifat sebagai seorang hamba itu selayaknya begitu?





Alangkah lucunya umat Islam hari ini



Solat dan amalnya sentiasa dijaga



Di bibirnya mengaku "Hanya Allah di hatiku"




Tetapi apabila datangnya susah yang dicarinya adalah manusia dahulu



Lebih lucu lagi


 Ada yang mengadu kepada "mereka" yang tidak bernyawa



Wall. Twitter. Instagram. Youtube.



Antara medium tidak bernyawa dan tidak berakal menjadi mangsa "kebodohan" manusia yang berakal



Layakkah yang tidak berakal dan tidak bernyawa itu dijadikan sandaran luahan masalahmu?



Tahukah kamu 'Wall' di Facebook itu datangnya dari mana?



Itu sifat Yahudi yang suka meluahkan segalanya dan meratap di "dinding" atau dipanggil "The Wailing Wall"




Bagi Yahudi, ianya sama seperti berdoa kepada Tuhan



Kini 'wall' diletakkan secara "virtual"



Dan alangkah bahagianya kaum Yahudi itu



Kerana kini ramai umat Islam mencari 'wall' dan bukan lagi Tuhan mereka....



ALLAH!




Alangkah lucunya umat Islam di dunia ini




Amal Ibadahnya banyak melimpah ruah



Sedekahnya tidak terhitung



Wang ringgit, tenaga, ilmu, senyumannya!



Subhanallah sangat kaya pahala




Pasti sudah lebat "pohon-pohon syurganya"


"Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-NYA dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNYA lagi meliputi ilmu pengetahuanNYA" (Surah Al-Baqarah : 261)



Namun.....'pohon-pohon syurga' yang hidup subur itu




Lama kelamaan kering , kehausan....




Apabila sedekahnya diungkit



Apabila sedekahnya disebut-sebut



Apabila sedekahnya dirasakan tidak berbaloi



Kamu beri 10 kamu berharap balasannya 10



Kamu beri 10 lalu kamu berharap sekurang-kurangnya ia dibalas 5



Lalu bila balasannya tidak mencukupkanmu, kamu mula resah 



Kamu mula menyebut sedekahmu



Supaya ramai yang tahu kamu telah banyak berbakti dan menabur budi



Namun apa yang kamu terima tidak setimpal dengan apa yang diberi



Bukankah kita ini manusia yang tidak mengerti?



Kalaulah orang yang kamu bantu itu mendoakanmu



Bukankah itu yang lebih kamu perlukan dari segalanya di dunia ini?



Kerana apa yang didoakan itu dipohon terus dari Allah yang Maha Kuasa, Allah sebaik-baik pembalas



Tidakkah kamu mahu Allah memperkenankan doa itu untuk disampaikan kepadamu?



Kadang manusia lupa..



Barangkali rezeki yang diperolehnya harini mungkin kerana doa org lain yang dipohon daripada Allah




Barangkali urusannya yag dipermudahkan hari ini kerana doa yang diperkenankan oleh Allah dari hambaNYA yang lain



Betul..



Seringkali manusia alpa dgn kesenangan dan kemudahan yang diterimanya



Tetapi tidak pernah lupa kesusahan yang datang padanya walaupun sedikit




Alangkah lucunya umat Islam kini



Hari ini, hatinya berbunga riang kerana dapat membantu saudara seIslam yang susah




Kemudian hari, hatinya kembali suram kerana budinya tidak dibalas




Bukankah dalam hati ini sepatutnya "Hanya Kerana Allah"?



Di mana baja bagi 'pohon-pohon syurga' yang sudah kamu tanam?



Sesungguhnya 'pohon-pohon syurga' kepunyaan kamu itu dahagakan baja yang dinamakan "Ikhlas"





Alangkah lucunya umat Islam hari ini



Mengaku dirinya mencintai Allah



Meletakkan Allah sebagai kekasihnya yang utama



Mengaku di bibirnya bahawa Allah yang Maha Berkuasa



Tapi sering kali sifat kebergantungannya hanya kepada manusia



Manusia yang lemah



Manusia yang penuh tipu daya



Manusia yang sering melakukan dosa




Bukankah kamu mengaku bahawa hanya Allah yang Maha Berkuasa?



Kamu tidak sedar..




Kamu lupa Allah itu ada



Kamu terlalu bergantung harap kepada manusia



Ada masalah, kamu cari manusia!



Ada desakan di dalam hidup, kamu lupakan agama!



Dan akhirnya bila kamu jatuh terduduk buat kali ke 2,3,4,dan....seterusnya



Kamu tahu, hanya Allah yang sepatutnya dijadikan tempat bergantung



Namun setelah kamu pulih dari kedukaan




Kamu kembali mencari manusia




Dan akhirnya kamu kecewa lagi...



Lucu



Betul apa yang Allah kata dalam surah Al-Rum ayat 41



"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)




Bencana dan kesusahan yang datang dari pilihanmu sendiri



Sungguh, kita semua insan yang lemah




Sering lalai dan lupa



Bukankah Allah menurunkan Al-Quran dan As-Sunnah untuk kita baca dan fahami




Bukankah telah banyak azab, kesusahan dan bala yang sudah kamu rasa dan lihat?



Bukankah kamu tidak tahu mati itu bila?




Jika dalam hatimu itu hanya kerana Allah




InshaAllah dalam setiap kesusahan dan kesenangan itu kamu sentiasa bersyukur



InshaAllah kamu sentiasa berlapang dada




InshaAllah ianya tidak menyesakkan jiwa



"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram" (Ar-Ra'd :28)



Buat kita semua



Semoga terus istiqamah dan mujadahah ketika berada dijalanNYA




Sekian


Jari Kecil
16 oktober 2013, Rabu
9.50 malam

Saturday, September 28, 2013

Sayangilah JIHAD anda!

Assalamualaikum

Sudah lama tak bertemu



Sudah lama tak menaip dalam blog



Selama ni dok busy menaip project paper / assignment / presentation je (saje nak bagitau saya budak rajin. LoL)




Untuk tidak menaip panjang yang  langsung tiada kena mengena dan tak menarik perhatian




Saya nak terus kepada topik sebenar entri ini


JIHAD

Hiyarghh! Jihad!

Bila bercakap pasal jihad haruslah tulisan tajuk warna hijau


Melambangkan semangat Islamiyyah! 



Jihad ni banyak pecahan-pecahannya



Jihad melawan nafsu, Jihad menentang murtad, Jihad yang paling typical adalah Jihad menentang kezaliman yakni sehingga ke tahap bertempur di medan perang. Ada banyak lagi sebenarnya..Boleh bertanya pada para ustaz/ustazah/asatizah/alim ulama'



Secara umumnya Jihad terbahagi kepada 2 iaitu :


1) Jihad Besar ( Jihad melawan nafsu )



2) Jihad Kecil ( Jihad Kecil banyak pecahannya. Tapi secara ringkasnya jihad kecil ini adalah jihad menentang musuh Islam yang terdiri dalam kalangan org bukan Islam, dan jihad yang dikategorikan sebagai dakwah kepada umat Islam atau nama mudahnya "Amar Makruf Nahi Mungkar"



Jangan ada yang keliru!




Saya tahu, ada yang lebih banyak ilmunya tentang Jihad, tetapi saya cuma meringkaskan bagi membantu proses pemfokusan isi penting entri ini *Makin bertambah baik BM saya nampaknya




Baik! Terus kepada Isi Penting





Umat Islam kini sifatnya sering mencari salah bukannya cuba menyelesaikan masalah




Kritik. Kritik. Kritik. Tanpa menyumbang




Menyumbang tenaga dan idea maksud saya





Ramainya hanya menyumbangkan suara!





Malah lebih malang lagi ada yang merasa dirinya cukup baik kerana lebih besar jihadnya





Lebih banyak tenaga dan masa jihadnya di hadapan masyarakat




Bila dengar saje ada perhimpunan membantah kezaliman di Mesir



Dia orang pertama yang turun



Bila baca saje berita ada perhimpunan membantah kezaliman rakyat Syria



Dia orang pertama yang terpacak memberi sumbangan dan sokongan



Alhamdulillah



Hebat sungguh JIHAD ini! 



Tidak ramai orang yang mampu berdiri, berarak di tengah panas semata-mata untuk menyokong menentang kezaliman di Mesir, Syria, Palestin...




"Dah bagi derma cukuplah. Nak buat perhimpunan bukan diorang layan pun"




"Apa la pergi buat perhimpunan ni! Buat sesak jalan je!"



"Eh perhimpunan apa ni? Ha syiah la tu!"  Pulak dah..



Tidak ramai yang memahami mereka yang berjihad ini



Jadi jangan dipandang remeh jihad mereka



Sokongan kepada saudara Muslim kita mesti diperkukuhkan dan diteruskan ! 



Moga Allah membalas usaha mereka


Tapi.. (eh ada tapi?)



Tapi yg tidak cantiknya..



Jihadnya ini disertai dengan kritikan-kritikan tidak bernas kepada saudara Muslimnya YANG PALING DEKAT



Jihadnya ini, dihebah-hebahkan...dengan tujuan membangga diri atas usahanya membela agama Islam seolah-olah orang yang tidak menyertai acara-acara besar ini tidak melakukan JIHAD



Jihadnya ini menyebabkan hati Saudara Muslimnya YANG PALING DEKAT terguris



"Awak tak pergi ke Himpunan Solidariti Mesir? MashaAllah, awak tak sayang ke saudara seislam awak? Awak tengok saya, walaupun sibuk dengan kerja saya masih lagi ada masa nak membela nasib saudara kita di sana. Moga Allah bukakan pintu hati awak"


"Eh? RM1 je awak derma? Awak kan banyak duit. Janganlah kedekut. Tak berkat duit awak nanti!"



Subhanallah sayang bukan?



Sayangnya dia begitu sibuk menjaga saudara jauhnya, tapi tidak menjaga saudara terdekatnya



Dalam apa sahaja perbuatan, maka harus diingati yang perlu didahulukan adalah untuk melindungi atau menjaga keluarga @ saudara terdekat kita


Sabda Rasulullah s.a.w "Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau belanjakan untuk membebaskan hamba, satu dinar yang engkau gunakan untuk bersedekah kepada orang miskin dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk keluargamu - yang paling besar ganjarannya ialah dinar yang engkau belanjakan untuk keluargamu." 
(Hadith riwayat Muslim – no.2358)


Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis yang lain 'dibantu. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: 

“Sedekah kepada orang miskin terhitung pahala satu sedekah. Sedekah kepada kaum kerabat mendapatkan dua pahala (iaitu) pahala sedekah dan pahala menyambung silaturahim.”

 (Hadis riwayat Ahmad) 


Hadis yang dinyatakan adalah mengenai sedekah, tapi dapat kita ketahui melalui hadis ini bahawa pentingnya menjaga keperluan keluarga terlebih dahulu yakni yang terdekat dengan kita


Kerana bila matinya kita nanti, yang ingin menguruskan jenazah kita juga adalah orang terdekat kita


Apa maknanya jika kita terlalu membanggakan Jihad kita kepada saudara yang jauh sedangkan saudara kita yang dekat kita sakiti, kita tidak ambil peduli


Kalian tidak tahu...


Mungkin yang tidak keluar berjihad seperti yang lainnya adalah kerana dia sendiri sedang berperang, berjihad dengan nafsunya


Bukankah jihad melawan nafsu itu yang lebih utama?



Mungkin kamu tidak tahu jihadnya itu lebih besar dari kamu...cuma tidak ditunjukkan untuk tontonan mata kasar kamu




Mungkin yang tidak keluar berjihad seperti yang lainnya adalah kerana dia sendiri sedang sibuk berjihad menjaga keperluan keluarganya yang begitu susah



"Eleh, saya penah tengok ada orang yang lebih susah dari dia. Saya pernah tengok orang yang lebih sibuk dari dia, boleh je dia ikut berjihad?"



Jangan..


Jangan disamakan kemampuan seorang insan dengan insan yang lain


Sesungguhnya Allah menciptakan setiap hambaNYA dengan pelbagai karakter dan ketahanan diri


Bukankah kalau semuanya hebat dan kuat, tidak ada orang susah, mana mungkin kita ini ada peluang untuk membuat pahala sedekah?


Bukankah kalau semuanya sempurna, mana mungkin kita mampu mengambil pengajaran terhadap sesuatu yang berlaku dan menjadikan kita orang yang lebih berhati-hati dan bersyukur?



Jadi kalau kamu , kamu dan kamu orangnya hebat dan kuat dalam berjihad



Jihad Besar (nafsu) = CHECK!

Jihad Kecil = CHECK!


Tak usahlah kamu mempertikaikan mana jihad saudaramu yang lain


SESUNGGUHNYA KAMU INSAN YANG TIDAK MENGERTI



kerana 


HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI



Pesanan Penaja :


Jangan sia-siakan pahala Jihadmu! Ingatlah orang yang tersayang. Silaturrahim kamu jaga dengan akhlak yang mulia, percayalah Allah akan menarik hati saudaramu yang lain untuk mengikut jejak langkahmu. Dakwah yang paling berkesan adalah melalui akhlak. Kamu tidak perlu berkata-kata keras, tidak perlu menjadi pengkritik hebat, cukup sedar menjaga akhlakmu. 


InshaAllah





p/s : Bersyukur dengan nikmat itu perlu dan wajib! Tapi jangan jadikan alasan syukurmu itu untuk tidak menggerakkan usaha membanteras yang batil dan menegakkan yang benar. Itu pasrah dan pemalas namanya.


Syukurlah Malaysia Masih Aman . Erkkk --"



Sekian



Jari Kecil
Sabtu, 28 September 2013
10.40 malam