Sudah lama tak bertemu
Sudah lama tak menaip dalam blog
Selama ni dok busy menaip project paper / assignment / presentation je (saje nak bagitau saya budak rajin. LoL)
Untuk tidak menaip panjang yang langsung tiada kena mengena dan tak menarik perhatian
Saya nak terus kepada topik sebenar entri ini
JIHAD
Hiyarghh! Jihad!
Bila bercakap pasal jihad haruslah tulisan tajuk warna hijau
Melambangkan semangat Islamiyyah!
Jihad ni banyak pecahan-pecahannya
Jihad melawan nafsu, Jihad menentang murtad, Jihad yang paling typical adalah Jihad menentang kezaliman yakni sehingga ke tahap bertempur di medan perang. Ada banyak lagi sebenarnya..Boleh bertanya pada para ustaz/ustazah/asatizah/alim ulama'
Secara umumnya Jihad terbahagi kepada 2 iaitu :
1) Jihad Besar ( Jihad melawan nafsu )
2) Jihad Kecil ( Jihad Kecil banyak pecahannya. Tapi secara ringkasnya jihad kecil ini adalah jihad menentang musuh Islam yang terdiri dalam kalangan org bukan Islam, dan jihad yang dikategorikan sebagai dakwah kepada umat Islam atau nama mudahnya "Amar Makruf Nahi Mungkar"
Jangan ada yang keliru!
Saya tahu, ada yang lebih banyak ilmunya tentang Jihad, tetapi saya cuma meringkaskan bagi membantu proses pemfokusan isi penting entri ini *Makin bertambah baik BM saya nampaknya
Baik! Terus kepada Isi Penting
Umat Islam kini sifatnya sering mencari salah bukannya cuba menyelesaikan masalah
Kritik. Kritik. Kritik. Tanpa menyumbang
Menyumbang tenaga dan idea maksud saya
Ramainya hanya menyumbangkan suara!
Malah lebih malang lagi ada yang merasa dirinya cukup baik kerana lebih besar jihadnya
Lebih banyak tenaga dan masa jihadnya di hadapan masyarakat
Bila dengar saje ada perhimpunan membantah kezaliman di Mesir
Dia orang pertama yang turun
Bila baca saje berita ada perhimpunan membantah kezaliman rakyat Syria
Dia orang pertama yang terpacak memberi sumbangan dan sokongan
Alhamdulillah
Hebat sungguh JIHAD ini!
Tidak ramai orang yang mampu berdiri, berarak di tengah panas semata-mata untuk menyokong menentang kezaliman di Mesir, Syria, Palestin...
"Dah bagi derma cukuplah. Nak buat perhimpunan bukan diorang layan pun"
"Apa la pergi buat perhimpunan ni! Buat sesak jalan je!"
"Eh perhimpunan apa ni? Ha syiah la tu!" Pulak dah..
Tidak ramai yang memahami mereka yang berjihad ini
Jadi jangan dipandang remeh jihad mereka
Sokongan kepada saudara Muslim kita mesti diperkukuhkan dan diteruskan !
Moga Allah membalas usaha mereka
Tapi.. (eh ada tapi?)
Tapi yg tidak cantiknya..
Jihadnya ini disertai dengan kritikan-kritikan tidak bernas kepada saudara Muslimnya YANG PALING DEKAT
Jihadnya ini, dihebah-hebahkan...dengan tujuan membangga diri atas usahanya membela agama Islam seolah-olah orang yang tidak menyertai acara-acara besar ini tidak melakukan JIHAD
Jihadnya ini menyebabkan hati Saudara Muslimnya YANG PALING DEKAT terguris
"Awak tak pergi ke Himpunan Solidariti Mesir? MashaAllah, awak tak sayang ke saudara seislam awak? Awak tengok saya, walaupun sibuk dengan kerja saya masih lagi ada masa nak membela nasib saudara kita di sana. Moga Allah bukakan pintu hati awak"
"Eh? RM1 je awak derma? Awak kan banyak duit. Janganlah kedekut. Tak berkat duit awak nanti!"
Subhanallah sayang bukan?
Sayangnya dia begitu sibuk menjaga saudara jauhnya, tapi tidak menjaga saudara terdekatnya
Dalam apa sahaja perbuatan, maka harus diingati yang perlu didahulukan adalah untuk melindungi atau menjaga keluarga @ saudara terdekat kita
Sabda Rasulullah s.a.w "Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau belanjakan untuk membebaskan hamba, satu dinar yang engkau gunakan untuk bersedekah kepada orang miskin dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk keluargamu - yang paling besar ganjarannya ialah dinar yang engkau belanjakan untuk keluargamu."
(Hadith riwayat Muslim – no.2358)
Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis yang lain 'dibantu. Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
“Sedekah kepada orang miskin terhitung pahala satu sedekah. Sedekah kepada kaum kerabat mendapatkan dua pahala (iaitu) pahala sedekah dan pahala menyambung silaturahim.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Hadis yang dinyatakan adalah mengenai sedekah, tapi dapat kita ketahui melalui hadis ini bahawa pentingnya menjaga keperluan keluarga terlebih dahulu yakni yang terdekat dengan kita
Kerana bila matinya kita nanti, yang ingin menguruskan jenazah kita juga adalah orang terdekat kita
Apa maknanya jika kita terlalu membanggakan Jihad kita kepada saudara yang jauh sedangkan saudara kita yang dekat kita sakiti, kita tidak ambil peduli
Kalian tidak tahu...
Mungkin yang tidak keluar berjihad seperti yang lainnya adalah kerana dia sendiri sedang berperang, berjihad dengan nafsunya
Bukankah jihad melawan nafsu itu yang lebih utama?
Mungkin kamu tidak tahu jihadnya itu lebih besar dari kamu...cuma tidak ditunjukkan untuk tontonan mata kasar kamu
Mungkin yang tidak keluar berjihad seperti yang lainnya adalah kerana dia sendiri sedang sibuk berjihad menjaga keperluan keluarganya yang begitu susah
"Eleh, saya penah tengok ada orang yang lebih susah dari dia. Saya pernah tengok orang yang lebih sibuk dari dia, boleh je dia ikut berjihad?"
Jangan..
Jangan disamakan kemampuan seorang insan dengan insan yang lain
Sesungguhnya Allah menciptakan setiap hambaNYA dengan pelbagai karakter dan ketahanan diri
Bukankah kalau semuanya hebat dan kuat, tidak ada orang susah, mana mungkin kita ini ada peluang untuk membuat pahala sedekah?
Bukankah kalau semuanya sempurna, mana mungkin kita mampu mengambil pengajaran terhadap sesuatu yang berlaku dan menjadikan kita orang yang lebih berhati-hati dan bersyukur?
Jadi kalau kamu , kamu dan kamu orangnya hebat dan kuat dalam berjihad
Jihad Besar (nafsu) = CHECK!
Jihad Kecil = CHECK!
Tak usahlah kamu mempertikaikan mana jihad saudaramu yang lain
SESUNGGUHNYA KAMU INSAN YANG TIDAK MENGERTI
kerana
HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI
Pesanan Penaja :
Jangan sia-siakan pahala Jihadmu! Ingatlah orang yang tersayang. Silaturrahim kamu jaga dengan akhlak yang mulia, percayalah Allah akan menarik hati saudaramu yang lain untuk mengikut jejak langkahmu. Dakwah yang paling berkesan adalah melalui akhlak. Kamu tidak perlu berkata-kata keras, tidak perlu menjadi pengkritik hebat, cukup sedar menjaga akhlakmu.
InshaAllah
p/s : Bersyukur dengan nikmat itu perlu dan wajib! Tapi jangan jadikan alasan syukurmu itu untuk tidak menggerakkan usaha membanteras yang batil dan menegakkan yang benar. Itu pasrah dan pemalas namanya.
Syukurlah Malaysia Masih Aman . Erkkk --"
Sekian
Jari Kecil
Sabtu, 28 September 2013
10.40 malam
No comments:
Post a Comment