Thursday, March 27, 2014

MH370 : Antara yang Maaruf dan Mungkar

Assalamualaikum


Takziah diucapkan kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Juga didoakan moga mangsa pesawat MH370 yang beragama Islam ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Juga moga Allah memberi kesabaran dan ganjaran kebaikan yang banyak kepada keluarga mangsa. Kepada keluarga yang bukan beragama Islam, moga diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah. 

-----------------------------------------------------


Sejak berlakunya peristiwa ni, macam-macam teori dikeluarkan. Macam-macam! Tiba-tiba yang selama ni failed geografi kat sekolah, boleh explain peta dunia. Wow! Yang selama ni pergi mengundi untuk Adun kawasan masing-masing pun malas, tiba-tiba terror explain politik dunia! Wow Wow!! Tak kurang hebatnya untuk yang dulu sekolah agama selalu ponteng, baca quran tajwid tunggang langgang, usul fiqh, tauhid, pun tak tau apa, tiba-tiba boleh explain mengenai dajjal dan hadis-hadis. Yang lagi best, tiba-tiba ramai pulak muncul kawan dari juruterbang, kawan PTD, kawan TUDM TLDM yang bagitau MH370 sebenarnya dihijacked di Rusia, bla bla bla...


#copypaste jee.  #copypaste dari sorang kawan  


Alololo... senang kan? Yela, nak selamat kita mesti cakap "copypaste" dari sekian sekian. Kalau salah, bukan kita punca ye dak? Sebab kita copypaste je. Ala ala innocent dalam kisah ni. 




Ok ok. Kita semua sangat concern dengan isu MH370. Bahkan saya sendiri ada pelbagai teori melalui pembacaan dan pemerhatian terhadap apa yang berlaku. Tapi, tak perlu dan tiada kepentingan untuk saya buka cerita. Kerana apa? kerana saya tiada bukti kukuh. Yang ada hanya spekulasi dan bukan saya yang berada di tempat mereka yang menjalankan tugas. Mungkin, ada benarnya dari penyebaran maklumat yang berlaku sekarang. Mungkin, yang dikaji orang lain maklumatnya 98% tepat, tapi selagi kita rakyat yang jauhhhhhh dari mereka yang betul-betul terlibat dalam misi SAR MH370, kita tak boleh bising. Nak discuss, nak buat teori antara kawan-kawan dan ahli keluarga, ok itu takde masalah. Tapi korang kena pastikan yang kawan-kawan dan ahli keluarga korang tu bukan kaki sebar fitnah dan kaki sumbat je maklumat apa ada dan sebar..




Sebab apa? Nanti, kalau ada jenis kaki sebar fitnah dan kaki sumbat maklumat ni, akan menjadi punca kepada bertambah beban di bahu kiri korang. Tak cukup lagi bahu kanan nak melebihi timbangan bahu kiri, tiba-tiba bahu kiri dah mencanak naik beratnya!




Ok, korang mungkin rasa, 'ala...cakap je. Bukan apa pun! tade niat pun nak sebar fitnah' atau nak lebih innocent lagi 'saya dengar-dengar cerita je....bukan saya yang cakap' . Heh! Nak divert dosa ke? Allah tu Maha Adil. Malaikat pencatit tak pernah leka. Maka sebutir la korang cakap pasal isu ni berdasarkan teori spekulasi sampah korang tu, atau korang guna la alasan #copypaste sekalipun, atas tangan korang yang tekan 'share', atau atas semangat berkobar-kobar korang berbuih mulut bercerita, jangan terkejut bila matinya kita nanti, dosa tiba-tiba menggunung tinggi. Yela..tak perasan buat dosa. Seronok share, seronok cerita, tak sedar akibat. Ini la punca.




Bukan apa, sebab dalam tak sedar, kebanyakan teori, spekulasi yang disebarkan, ada kutukan terhadap pihak tertentu. Kerajaan Malaysia tak betul, Kerajaan sengaja sorok teori sebab kepentingan peribadi bla bla bla.  Hello hello...awak kerja pejabat pun tak perform, baru jadi kuli, bukan main hebat kutuk kerajaan. Belajar pun belum habis, tercungap-cungap nak dapat A, dah pandai nak kritik kerajaan/negara. Biarpun, ada benda tidak benar yang kita mampu nampak, tutup aib! Ini bukan soal kritikan membina atau isu selagi tak cakap diorang takkan sedar, tapi ini isu global. Kita rakyat Malaysia, perlu sokong kerajaan. Cuba paham, letakkan diri kita di tempat mereka. Bayangkan kita diasak dengan macam-macam soalan dari pelbagai negara tentang isu MH370, apa cara terbaik untuk kita jawab? Ini bukan soal kecil..bukan isu pen hilang kena curik kawan kat sekolah atau isu selipar hilang lepas balik solat Jumaat. 




Malaysia, sedang diperhatikan. Kita, sedang diasak dari pelbagai sudut. Jadi, rakyat Malaysia jadilah rakyat yang bertanggungjawab. Memang seronok kritik kerajaan, yelah, sedap kan mulut berkata-kata sebab kita tak rasa. Tapi dalam masa yang sama seronok juga pihak luar memerhati bagaimana pincangnya dan lemahnya kepercayaan rakyat terhadap negara. Mudah dan lemahnya kita rakyat Malaysia, pihak luar tak perlu menjajah kita secara fizikal, kerana pemikiran kita sangat mudah dipengaruhi, lemahnya mental dan emosi kita. Cucuk sikit isu, cucuk sikit khabar angin ... dalam beberapa saat, share share...copypaste! Teknologi, menjadikan kita kehadapan, tapi jangan melampau. Jangan jadi hamba teknologi. Kita ada akal. Kita ada Al-Quran. Rujuk kitab sepanjang zaman ni...copypaste yang ini lebih banyak faedahnya. 





Hati-hati. Dalam wujudnya pelbagai teori konspirasi, ada juga pihak-pihak tertentu melalukan diversion untuk menyebarkan fahamannya. Mungkin ada yang kata, 'takpe, kita baca yang baik sahaja, yang buruk kita jangan baca'. Percayalah, dalam zaman sekarang ni, baik dan buruk sangat sukar untuk kita bezakan. Maaruf dan Mungkar akan bercampur baur. Fitnah akhir zaman, datangnya dari segenap pelusuk. Itu pentingnya ilmu. Tambah ilmu, banyakkan membaca, berguru dengan yang pasti betul fahamannya. 




Bahaya...ini pengalaman saya, ketika puak-puak ini cuba menjajah pemikiran kita dengan fahaman songsang mereka, tak ramai yang sedar. "Apa salahnya! Dia kan sebarkan ilmu je!" "Apa isunya! biarpun dia lain fahaman, dia cuma cerita pasal sejarah Islam je".. Sedih. Hati-hati, itulah bahayanya. Kita ini, kita yakin kita ada di jalan yang benar, tapi kita tak mahu tambah ilmu. Kita sombong, kita cakap besar, kita terlalu bongkak berjalan. Sehinggakan dalam diam ada yang merubah sejarah Islam kita kepada cerita fahaman mereka, kita sendiri tak sedar. Sehinggakan ada pihak nampak hebat bercerita mengenai teori konspirasi MH370, menceritakan bagaimana banyaknya diversion dilakukan oleh pihak-pihak tertentu, tapi dalam diam dia juga melakukan diversion untuk menyebarkan fahamannya. Itu bahaya. Sangat bahaya. 




Tapi ingat! Berlainan fahaman jangan dijadikan sebagai medan atau alat untuk kamu menncerca dan memaki hamun. Jika kamu rasa tidak mampu untuk membezakan fahaman mereka dengan fahaman yang sepatutnya Allah dan Rasulullah s.a.w minta kita pegang, jauhkan diri, namun santuni mereka dengan sebaiknya. Lakukan dakwah dengan akhlak. Ye, fahaman mereka berat dan jauh tersasar, bahkan telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa, tapi perangilah fahaman mereka dari hati. Selagi mana mereka yang terdekat dengan kita itu tidak melakukan pertumpahan darah. 




Jika ilmu mu mampu membezakan antara fahaman benar mu itu dengan fahaman songsangnya, tidak salah membaca tulisannya atau mendengar ajarannya. Barangkali itu mampu menambahkan lagi ilmu kamu dan seterusnya membina strategi dakwah terhadap golongan mereka. 


------------------------------------------------------------



Sekali lagi saya ingatkan, fitnah akhir zaman adalah fitnah paling dahsyat. Maaruf dan Mungkar akan bercampur baur. Yang tidak berilmu akan berbalah dan berbantah-bantah. Hati-hatilah. Ini bukan masanya untuk kita mencari salah. Ini masanya kita kembali kepada Allah dan mencari jalan tengah. Damaikan dan satukan pihak yang bertelagah. Ilmu! Cari ilmu ...terangkan jalanmu. Supaya tak tersasar menuju pihak yang ramai. -- Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali asing-- 



Dari Abu Hurairah Ra. Beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW "Islam mula berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing" (HR Muslim)



Jangan mencerca pendosa seolah-olah kamu tidak pernah berdosa. 




Dari Abu Hurairah Ra. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai" (HR Ibnu Majah)





Dari Ali bin Abi Thalib Ra. Dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW "Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong dari hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Dari merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali " (HR al-Baihaqi)




Dari Abu Hurairah Ra, katanya Rasulullah SAW bersabda "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah dan sering terjadi "al-Harj". Sahabat bertanya "Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Peperangan, peperangan, peperangan” Beliau mengucapkannya tiga kali. (HR Ibnu Majah)




Dari Tsauban Ra berkata, Rasulullah SAW bersabda "Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab "Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih di masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya "Apakah 'wahan' itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab "Cinta dunia dan takut mati" (HR Abu Daud)



Dari Abu Hurairah Ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia" (HR Muslim)




p/s : Tahniah jika anda membaca sehingga habis dengan sabar dan tekun




Sekian

Jari Kecil
27 Mac 2014, Khamis
4.15 petang



No comments: