Friday, February 7, 2014

Aku

Assalamualaikum


Aku memang kaki ponteng kelas. Dari sekolah menengah, sampai ke universiti. Diploma, Ijazah..aku tetap aku. Kaki ponteng. Aku ponteng pun ada jadual bukan main hentam je. Buat apa-apa pun kena ada strategi.




Masa sekolah menengah aku memang pemalas. Jadi aku ponteng ikut suka aku. Sampai cikgu boleh suruh kawan aku cari aku satu sekolah. Rupanya aku lepak belakang bangunan sekolah.





Masuk zaman diploma, aku dah pandai sikit. Ponteng pun ada strategi. Yang mana aku rasa lecturer tu mengajar tak boleh hadam dalam kepala aku, aku decide untuk ponteng. Bagi aku, kalau aku belajar sendiri lagi aku paham dari aku duduk kelas ternganga tak paham satu apa. Fuhh bukan main takbur lagi. Aku tak ponteng sesuka hati. Ini kriteria ponteng aku :



1 ) Lecturer mesti jenis tak kisah attendance
2) Lecturer tak garang
3) Subjek tak susah
4) Masuk kelas memang totally main-main sebab tak paham apa lecturer ajar




Kalau dah lulus 4 kriteria ni, baru aku memulakan jadual ponteng aku. Aku takkan ponteng berturut-turut. Nanti nampak ketara pulak kan? Tapi ada satu semester tu, aku dengan selambe ponteng kelas berturut-turut. 3 minggu jugaklah. Yang lebih dahsyat aku boleh tak datang time exam midterm. Akhirnya dalam kelas lecturer panggil nama aku.




"Siapa Ummi Kalthum bt Hamidun?"

Aku angkat tangan

"Awak dah lama tak datang ni.."

Aku angguk kepala. Sengih semampu yang boleh dengan harapan lecturer boleh cayaqq dengan sengih aku. 

" Awak kena jaga attendance ni. Kalau tak , nanti tak boleh ambil exam. Awak tak ambil lagi exam midterm haritu kan?"


Aku angguk lagi. Itu je aku mampu. Yelah, kena soal siasat dalam dewan kuliah. Dah la masa tu mass lecture. Takkan nak defend diri lebih-lebih masa tu. Lagipun, takde apa yang perlu nak di defendkan cuma satu je, aku memang ada sebab kenapa tak ambik exam. Pasal aku ponteng kelas tu, takkan nak jawab 

"sebab saya tak faham puan ajar..hehe" --




Dan cerita tu berakhir kat situ je. Aku tau lecturer tu mesti tak cakap lebih-lebih sebab tu aku berani ponteng di luar tabii. Atau mungkin lecturer tu cayaqq dengan senyuman aku? Oh tak mungkin. Lecturer tu perempuan.  Lepas kelas aku jumpa dia personally. Aku cerita reason aku tak ambik exam . Tak silap aku masa tu aku ada problem. Jadi aku explain dan dia kasi aku chance. Eheehe. Alhamdulillah, aku berjaya dapat carried mark yg ok walaupun aku sangat tak beretika waktu tu. Terima kasih lecturer yang baik hati.





Yang paling best, masa diploma aku ada geng ponteng. Aku panggil dia Paare. Asal aku nak ponteng je, aku tengok katill dia. Aku nampak dia tak siap lagi. Tengah melepak atas katil macam aku. Aku pun tekan keypad hp

"Ko nak gi kelas tak?" SEND~

"Macam malas je..ko?" Paare reply

"Malas lah. Jom ponteng.." 


Dan akhirnya kami berjemaah memonteng kelas sementara yang lain beristighfar tengok perangai member 2 orang ni yang dihasut bisikan syaitan.





Masa Ijazah , aku macam tu jugakla. Budak rumah aku semua pegi kelas, aku duduk rumah je. Tegar. Bezanya, kalini aku takde geng. Dalam rumah tu, aku sorang je yang dihasut bisikan azazil. Kekuatan aku memonteng tidak boleh digugat oleh sesiapa kalau dah melepasi 4 kriteria tu. Orang nak mengata ke, aku tak peduli. Yang penting, aku kena pandai-pandai study dan score exam. Tu je aku tau. Kalau aku lingkup. aku padan muka kat diri sendiri jela. Siapa suruh ponteng!




Ada sebab jugak kenapa aku ponteng. Aku taknak la mengumpat lecturer yang mengajar lebih-lebih. Bayangkan, lecturer yg terpilih utk masuk dalam jadual ponteng aku, asyik jadi bahan student.



"Boring la kelas dia"

"Aku tak paham satu apa pun. Baik aku tak datang!"




So aku ambik langkah 'bijak' dengan tak datang langsung kelas dia daripada aku mengata dia. Bijak kan? "sangat'~~




Eh tapi aku dulu memang tak lepas dari komen lecturer. Tu tak ok. Ni tak ok. Muda lagi masa tu. Darah panas..Eceh alasan ko ummi, taknak kalah. Ok, aku memang jahat. Aku tak paham pengorbanan seorang guru yang mengajar.




Sekarang, aku tengah sambung master di INCEIF. Ponteng? Ye. Masih sama. Tapi kalini, aku lain...





Jujur, aku seram sejuk masuk INCEIF. Aku tak rasa aku mampu capai standard INCEIF. Atau kalau pun aku mampu, aku perlu bekerja keras. Aku tak boleh macam dulu. Study sendiri...score. No No No! So aku gigih . Cumanya disebabkan masa awal sem dulu, ada subjek yang aku pernah ambik sebijik sama macam masa Ijazah, aku pun gigih jugak. Gigih ponteng~





Sampai classmate aku boleh buat cerita aku tak datang kelas sebab kahwin. Lepas tu ramai la yang tanya betul ke aku kahwin? Siap ada yang claim kenapa aku tak ajak diorang pergi kenduri. LoL. Aku layankan aje. Aku tegar jugak. Sekali lagi member aku buat cerita aku tak datang kelas lama sebab honeymoon pulak. Ish.




Masuk sem 2, aku dah start busy. Aku dah tak boleh nak skip2. Subjek dah semakin tough. Aku duduk rumah dengan mak ayah, family. Aku bukan duduk bujang macam masa aku diploma dan Ijazah. Jadi tanggungjawab aku bertambah. Dulu aku jaga diri sendiri je. Sekarang, aku dah duduk dengan family, jadi apa-apa aku cuba bantu.





Aku sorang perempuan dalam family. Dan dah ditakdirkan Allah, dalam family aku, orang perempuan kerja lebih sikit walaupun ada 2 orang perempuan je, aku dan mak aku. Yang lelaki...senang. Balik kerja, lepas kerja dah senang lenang. Makan pakai..orang perempuan uruskan. Kemas rumah? Toksah pikir..kerja perempuan. Alaa aku tau.. memang typical lelaki macam gitu. Mungkin aku je yang turut sama pemalas sebab tu aku complain jugak . Hehe





Ok aku boleh terima la bab tu. Tapi aku berharap jugak, kalau pun tak membantu, sekurang2nya jangan menambahkan beban. Kalau tak mahu berkemas, jangan sepah. Tapi takpelah...ada hikmah. Kalau la tak jadi macam ni, aku ni mungkin boleh jadi anak perempuan yang taktau buat kerja rumah.





Memandangkan yang memang betul-betul 'permanent' tinggal dalam rumah ni adalah aku. Jadi lagi la dahsyat. Dengan kerja lelaki pun gigih jugak buat. Silap2 boleh sakit tulang belakang angkat barang berat-berat. Pasang almari, pasang katil. Tapi yang menariknya, banyak aku belajar. So bila aku kahwin, aku tak manja sangat semua nak mintak tolong suami aku. Ada masa aku kena berdikari supaya tak memeningkan kepala orang. (bila laa aku nak kahwin...)






Disebabkan masa aku kecik-kecik dulu, aku ni termasuk dalam golongan Jahiliyyah, aku lebihkan kawan aku dari kuarga, jadi masa aku dah besar, aku nak tebus silap aku. Setiap kali aku boleh tolong, aku cuba tolong. Jadi bila aku rasa aku perlu ada, aku ponteng kelas sebab memang takde siapa kat rumah aku. Dan ada ketikanya aku rasa aku penat sangat, aku akan ponteng jugak. Hanya kadang-kadang aku ponteng sebab aku memang malas. Ok memang selalu jugak aku ponteng sebab malas. Eh tak . aku rasa kadang-kadang je. Ahh biarlah! Lepas ni aku tanda bila time aku ponteng sebab sakit, malas dan busy.




Mak aku memang taktau aku ponteng kadang-kadang sebab macam ni. Yelah...takkan aku nak cakap 'ummi takmo pegi kelas sebab nak tolong mak buat bla bla bla..'. Takkan lah mak kita nak kasi. Seteruk mana pun penat diorang, diorang tetap nak kita pegi sekolah dan berjaya. Diorang takpe. So, aku niatkan dalam hati jelah. Aku ni dah la degil, selalu menyusahkan, jadi ini jela aku mampu buat.





Dulu, aku selalu dengar keluarga aku merungut masa aku dengan diorang. Kata aku lebihkan kawan-kawan. Sekarang, aku lebihkan family, kawan-kawan aku pulak yang merungut. Seronok kan hidup ni? Serba tak kena.




Bila aku ponteng, aku takkan bagi jawapan lain selain senyum dan cakap


"I'm busy"

"I've something to do"


Dan lepas tu akan ada member yang buat muka sinis sambil balas balik


"Are you really that busy?"

"She really don't care about us anymore" merujuk kepada aku.




Kalau ikut jiwa aku yang dulunya panas baran, aku akan balas balik. Tapi aku dah tak minat nak buat macam tu sebab aku tau betapa menyampahnya berkawan dengan orang yang kaki marah ni. Paling hebat pun, aku akan diam dan buat taktau. Aku malas nak panjang cerita. 




Bagi aku, aku tak perlu nak cerita apa aku buat. Paling jauh aku boleh explain pun "Aku tolong family aku". Kalau diorang nak complain "takkan ko sorang je dalam family yang boleh buat kerja?" "Membantu sangat ke ko ni?"...Aku tak peduli. Takkan aku nak bukak sejarah kehidupan aku dari kecik. Macam mana aku berdikari sebagai sorang perempuan dalam family. Macam mana aku tak pernah rasa aku dilayan sebagai seorang perempuan kecuali waktu aku sakit. 




Aku tak perlu bazir masa aku untuk bukak sejarah kehidupan aku. Lagipun sepanjang mana aku cerita pun, orang tetap akan judge selagi dia tak ada kat tempat kita. Lain family, lain cara. Lain orang, lain environment. Jadi aku buat tak tahu. 





Ok jujur kadang-kadang aku kecik hati. Aku rasa macam tak guna korang jadi kawan aku  kalau korang asyik nak ulang soalan yang sama dan mempertikaikan jawapan aku. Jujur aku macam nak menangis kadang-kadang bila orang jadikan aku bahan bualan depan mata dan tepi telinga aku


"Ohh...actually she has a reason why she is busy"....


Yang aku tahu sebenarnya itu perli dan bukan benar-benar memahami. Takpe, Allah tahu. Aku cuma pegang hadith dan suruhan Allah untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa. 




Aku memang belum cukup baik pun. Kadang aku terlepas jugak merungut dan diam malas nak membantu. Tapi aku tak sampai hati tengok mak aku penat sorang2 . Walaupun kadang aku rasa bab pasang almari, pasang katil, ayah aku boleh bantu..tapi aku tak nak. Aku tau ayah aku dah tak sekuat dulu. So biar aku dengan abang aku yang bantu.





Waktu hari biasa, aku dah sibuk dengan assignment dan kadang aku cari masa untuk teman mak pergi beli barang / buat apa-apa kerja. Jadi waktu hujung minggu, aku memang tak bercadang untuk keluar. Aku dah set, ini hari sepenuh masa untuk keluarga memandangkan hari-hari biasa aku banyak berkurung dalam bilik menghadap journal. Tapi kadang-kadang, aku akan pilih jugak utk berjalan dgn kawan. Mana larat nak duduk rumah selalu. 





Baru-baru ni, lagi banyak kerja aku hadap. Rumah aku tengah major renovation. Tapi cuma interior design. So banyak barang dibuang, diangkat, disusun...Dan cari barang-barang baru. Penat dia, Allah je yang tahu. Masa ni, aku lupakan kejap kawan-kawan aku. Aku penat sangat. Tambah lagi arwah Tokwan baru meninggal..jadi banyak benda yang jadi. 





Jadi aku naik aje sem, habis jadi bahan bualan. Aku lupa member..bla bla bla..




Sampaikan...ada satu hari. Aku keluar kelas dalam 7.25 petang. Aku tak tahan sejuk, aku pegi tandas. Tiba-tiba aku dengar azan maghrib. Jadi aku terus solat. Kelas aku haritu, lecturer memang suka drag masa. Habis je solat, ada member tanya



"Why did u ran away from the class?" Dgn nada dan ekspresi muka yg dahsyat macam aku panjat pagar sekolah.



Aku dah nak tepuk je mulut dia dengan tapak tangan aku tapi aku sabar. Aku diam. Aku explain. Dan dia..'Ohhhh".




Baru-baru ni... aku tak sempat nak habiskan al Kahfi. Jadi aku cadang, sampai je INCEIF, aku nak pegi surau. Aku nak amek wuduk sekali. Senang . Aku memang macam tu. Jadi maghrib terus solat waktu rehat. Tak payah bukak2 tudung. 




Jadi sampai je aku kat INCEIF, aku pergi library kejap nak cari buku. Lepas tu aku terus ke surau. Dalam setengah jam jugak aku bertapa dalam surau. Aku agak, bila aku keluar surau nanti, akan ada yang tanya aku pegi mana hilang lama-lama.



Dan memang tepat!


"Where have you been?" ----



Aku senyum jelah. Aku jenis tak suka explain lagi-lagi kalau aku buat aktiviti2 macam tu. Ok mungkin salah aku. Tapi aku tak suka soalan yang sama berulang kali. Ibarat aku datang INCEIF, aku kena tulis dalam satu buku.


5.30 - Tiba di INCEIF
5.30 - 6.00 - Duduk surau sekejap
6.00 - 6.15 - Jumpa Salman
6.15 - 6.30 - Jumpa Aini



Lepas tu aku pas pada yang berkenaan. Jadi aku tak la letih nak menjawab soalan-soalan provoke macam tu. Aku tau, diorang pelik dengan aku. Apa yang aku sibuk sangat sebenarnya? Apa yang aku buat? 


Aku malas nak layan...


Bagi aku, Allah tahu. Aku tak nak ulang silap aku yang dulu. Kalau aku kecik hati, terasa, aku diamkan aje. Mulut orang takkan berhenti sampai kita puaskan hati diorang.



Aku ada impian aku. Selain keluarga, ada 2 bisnes aku tengah jalankan. Jadi, selain keluarga dan study, aku sibuk uruskan 2 bisnes aku. Orang tak paham, aku takkan explain lagi.


Sebab aku tahu..



Diorang tak ada di tempat aku. Diorang takkan mampu paham.




Sekian.


Jari Kecil
8 Februari 2014, Sabtu
12.10 pm

No comments: