Thursday, February 20, 2014

Cara Positifkan Diri

Assalamualaikum



Korang pernah rasa tak.."ala susahnyee hidup ni!"


Korang pernah rasa putus asa tak, nak teruskan kehidupan korang?


Korang pernah tak rasa 'down' sebab kawan2 korang semua hebat2 dari korang?


Korang pernah terdetik dalam hati tak..'bestnya kalau aku macam dia..."


Kalau salah satu dari perasaan kat atas korang tak pernah rasa, korang memang perfect!


Korang dah lebih dari tahap manusia dah ni

Jin mungkin.


----------------------------------------------


Aku percaya sebagai manusia biasa, paling tidak, salah satu perasaan kat atas mesti pernah terdetik dalam jiwa sanubari korang. Aku? Pernah rasa semua perasaan di atas sebab aku dah lalui macam-macam zaman. 


Zaman taat.
Zaman derhaka.
Zaman jahat
Zaman hilang pedoman


dan sekarang...aku dalam Zaman muhasahah


Aku takkan cakap aku baik. Kalau orang kata aku baik pun aku rasa itulah statement paling kelakar dalam hidup aku. Setiap hari yang aku lalui sekarang tak lepas dari muhasabah. Kesusahan, kesenangan, cabaran, nikmat ..semua yang aku lalui , aku akan muhasabah diri aku. 



----------------------------------------


Ok sebenarnya entry ni wujud sebab aku tengah susah. Ala bukan susah tak cukup makan tak cukup minum. Walaupun sekarang ni tak cukup air (apa masalah SYABAS ni pun aku takmau tahu) , masalah penting aku adalah aku banyak kije. Haha. Dengan tiba-tiba aku terima satu job dan sekarang sambil buat kije tu aku masih lagi pikir kenapa aku terima job tu. Jadi maknanya sekarang, ada 4 benda aku handle. Oh Allah!~



Tapi Alhamdulillah sekarang aku dah dapat semangat positif yang dah lama hilang. Kali terakhir aku bersikap sangat positif masa diploma. Masuk je degree aku punya sikap optimis semakin menipis sampai la master. Semangat positif ni penting ! Nak2 masa korang nak kejar deadline kije banyak. Korang macam tak tentu arah..


"Arghhh nak siapkan mana satu ni!"

"Arghh sempat ke ni!!!"


Dan sudahnya korang akan kelam kabut. Dengan kualiti kije korang merosot, dengan otak jadi jammed sebab pikir banyak benda satu masa, dengan stress level meningkat, dan dengan orang sekeliling kena tempias stress korang. Pasti korang dibenci di kala ini...



Namun jangan risau, kebencian orang lain terhadap korang akan hilang bila korang positif sebab semuanya akan tenang...


"Takpe. Pelan-pelan. Ok sekarang, mana satu yang aku nak buat dulu"

"Takpe, sempat. (tarik nafasss). Ok! Mulakan dengan yang ini dulu!"



Ok ok. Memang akan ada satu masa yang korang tak mampu nak optimis. Yang bermain dalam minda korang adalah perkara-perkara negatif. Apa yang aku boleh sarankan adalah..



1) Ambil masa beberapa minit. Paling lama sejam. Korang pergi dengar tazkirah2 pasal apa-apa saje. Sebenarnya dalam masa yang korang ambil tu, tiba-tiba nanti Allah akan bagi ketenangan pada korang, dan selalunya tiba-tiba isi tazkirah tu buatkan korang berfikir dengan bijak dan kembali rasional. Ini serius. Ini bukan kebetulan sebab Allah tau hamba2 NYA. Kan DIA dah janji untuk selalu bersama kita kalau kita selalu ingat DIA di kala susah senang :))




2) Selain korang menjaga hubungan dengan Allah, korang kena jaga hubungan dengan manusia. Ini penting. Korang jangan ingat kalau kita dah jaga Allah, dengan manusia kita boleh sesuka hati. No No No! Cara-cara nak jaga hubungan dengan manusia? Ini peraturannya :


  •  Banyakkan membantu orang sekeliling dengan IKHLAS! Ok memang Ikhlas tu rahsia Allah. Tapi korang sebenarnya boleh tau korang ikhlas atau tak. Kalau dah asyik nak mengingat jasa baik korang, asyik mengungkit, asyik sebut-sebut, asyik nak sentap bila orang taknak tolong kita walhal kita dah banyak tolong dia...korang boleh nilai sejauh mana keikhlasan korang. 


Habis macam mana dengan orang yang ambik kesempatan kat kita?

Senang.. korang kena belajar ikhlaskan keadaan tu. "Takpelah. Allah maha kaya. DIA maha memberi. Manusia takde apa" . Percayalah, bila korang ikhlaskan keadaan tu, walaupun sebenarnya korang punya bantuan/hasil kerja/ usaha/ telah diambil kesempatan oleh orang lain, Allah akan bagi rezeki dari jalan yang korang tak pernah sangka. Tak percaya? Buat dulu..nanti rasa sendiri.


Dan percayalah...


Untuk menggembirakan hati kita yang susah, banyakkan menggembirakan orang lain yang tengah susah. Banyakkan memudahkan urusan orang lain. Allah itu adil bukan? Jadi jangan 'kedekut' dan 'berkira-kira' dalam memberi bantuan. Korang beri cahaya pada jalan orang lain, jalan anda akan turut mendapat cahaya yang sama bahkan mngkin lebih lagi :)



  •  Banyakkan sifat kehambaan. Korang sepatutnya lebih banyak rasa "aku patut minta maaf pada dia" dan bukannya "dia patut minta maaf pada aku" atau ayat yang lebih 'angelic' -- 'aku maafkan dia'.



Walhal dalam banyak keadaan, sebenarnya keadaan kita ni yang penuh dengan dosa, penuh dengan sifat-sifat yang tak betul..dah banyak menyebabkan orang sakit hati pada kita. Bila korang rasa, 'banyaknya salah aku pada orang sekeliling'..secara tak langsung korang akan lebih banyak cuba menjaga akhlak. Bila jaga akhlak, orang sekeliling akan senang hati dengan kita . Dan bonusnya, jika mereka mendoakan yang baik2 untuk kita dan diaminkan oleh para malaikat....itu best! Tapi sebaliknya kalau korang rasa orang lain banyak buat salah dengan korang, korang jarang sedar diri yang sebenarnya korang adalah punca kepada kebencian orang sekeliling. 


Dan ingat, dunia ini tempat bekerja. Tempat berpenat lelah. Tempat tenaga korang diperah-perah. Akhirat nanti tempat menuai hasil. Solat, sabar dan syukurlah dalam apa jua keadaan.




-----------------------------------------------


3) Amalkan baca surah Waqiah setiap hari. Surah kekayaan ni. Korang akan dapat rezeki yang tak putus-putus. Rezeki tu bukan datang dari segi duit saje, tapi bila hati kita senang, bila kerja banyak tapi semuanya dipermudahkan, itu juga rezeki. Tapi jangan lupa bersyukur ok :) 


p/s : Tapi jangan pulak tak ikhlas dengan amalan ni. Baca Quran setiap hari dengan surah-surah lain juga. Jangan baca surah ni je sebab nak kaya punya pasal.



------------------------------------------------

Korang cuba amalkan tips-tips di atas. Tanpa alasan!!! InshaAllah korang akan rasa perubahan dalam cara korang berfikir, kebaikan akan datang dengan banyaknya pada korang. Memang, akan tetap ada ujian kesusahan pada korang. Tapi jangan risau, itu semua tarbiyah dari Allah untuk didik sabar, dan paling penting, untuk meningkatkan keimanan kita kepada DIA. 



Jangan susah-susah hati ok?



Buat kije tu pelan-pelan. Fokus. Tawakal



Allah akan bantu kita yang dah usaha sungguh-sungguh ni :)  InshaAllah



p/s : Kije banyak . Mari kita habiskan kije



Jari Kecil
21 Februari 2014, Jumaat
4 pagi

Thursday, February 13, 2014

1001 cerita : Yang kekurangan

Assalamualaikum


Ada orang dilahirkan serba kekurangan

Makan, pakai serba tak cukup

Atau mungkin sekadarnya sahaja

Tak sama dengan orang lain yang serba 'mewah'

Mewah kita bukan mewah rumah besar kereta besar

Mewah kita maksudnya lain

Ramai tak tahu yang dia sebenarnya mewah



Orang yang serba kekurangan itu hiburannya alam

Mencari sumber makanan di sebalik hijau alam Tuhan

Bersama pakaian yang mungkin tidak pernah terfikir untuknya menggantikan dgn yang baru

Melihat orang lain gembira dengan hidup 'mewah'

Sudah cukup untuk mereka jadikan inspirasi angan-angan tinggi



Hari itu, berjalanlah ia mencari inspirasi sekitar bandar

Melihat pakaian berwarna-warni

Ada yang labuh, ada yang singkat..malah ada yang keseluruhan pakaiaanya berwarna "coklat"

Tidak pernah tefikir olehnya melihat 'panorama' seperti itu



Ia terus melangkah meneruskan perjalanan 

Dilihat pula sebelah kiri ceria bersama teman-teman

Gelak tawa di sebalik asap tebal buatan manusia

Di hadapannya makanan lazat yang sudah dihinggapi lalat

Yang si pemakannya sudah berlalu bersama tangan di pinggang sang murahan

Pelik dirasanya..sebegini mewahkah manusia di luar sana



'Ah mungkin aku sudah jauh ke hadapan'

Lalu ia berjalan menuju ke suatu tempat

Yang dirasakan dapat memulihkan jiwa dan hati yang sudah banyak bersangka

Saat melangkah kaki masuk ke tempat itu

Rasanya indah sehingga dirasakan pakaiannya mampu merosakkan keindahan itu

Tiba-tiba ada satu bau wangi menusuk hidung

Yang tak pernah dihidu olehnya

Memandang ke kanan melihat seorang pemuda lengkap berbaju melayu berkain kotak

Si pemuda datang tepat menuju dirinya

Yang dia sudah bersedia dengan senyuman dan tangan yang di sapu-sapu supaya bersih menyapa saudaranya

"Kau orang gila keluar. Sini bukan tempat tidur. Keluar keluar!"

Dia cuba bersuara lalu keluar beberapa pemuda datang membantu

Dibawanya keluar dari tempat itu

Allah..bukankah ini rumahMU

Yang Engkau tidak pernah menilai pakaian dan rupa hambaMU



Dengan lesu dia meneruskan langkah

Sayang, pakaian yang indah tidak dapat mengindahkan peribadi diri

Bau sedap hasil wangian belian dari tanah haram itu juga tidak mampu menjadikan bicaranya sedap didengar di telinga

.....


Perjalanannya terhenti ..

Melihat sebuah kedai makan...dia singgah menghilangkan dahaga

Dengan kemuliaan hati mereka, dapat dirasanya makanan lazat tidak berharga

Lalu terdengar perbualan 2 orang sahabat di sebelah meja

Wang semakin sedikit

Ingin dibayar duit kereta, duit keluarga, duit rumah sewa

Sambil mengeluarkan asap di mulut mereka terus bercerita

"Aku tak ada duit. Kopak!"

Dan pelbagai butir cerita yang dia sendiri tidak mampu merasa dengan hati

Lalu mereka diam, meneruskan suapan ayam tandoori beserta roti nan kosong

"Tengah tak ada duit ni makan roti kosong je la gayanya"

Tersenyum sahaja dua sahabat itu sambil menyentuh skrin sesuatu yang dipegangnya di tangan

Mereka bangun, mengeluarkan duit not merah dan diberinya pada yang menanti bayaran


------------


Dilihat tangannya...kosong

Poketnya juga tidak mampu mengeluarkan duit sebanyak itu

Ayam tandoori dan roti nan? Tidak pernah singgah masuk ke mulutnya

Setelah mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada tuan yang baik hati

Dia berlalu pergi

Lalu tertanya dia dari dalam hati

Apa erti mewah bagi mereka....

Benar kata Allah dalam surah Saba

"..................sangat sedikit sekali manusia yang bersyukur"


Dicatatnya inspirasi perjalanannya hari ini..


"Jika pakaian yang cantik menjadikan aku lebih banyak mendedahkan, aku rela tidak menukar pakaianku. Jika wangian yang menusuk hidung tidak mampu menjadikan tutur kataku indah di telinga, aku lebih rela mencari wangian bagi bicaraku dari wangian badanku. Jika wang yang ada menjadikan aku lupa tentang beribu nikmat yang sedang aku nikmati, aku rela menjadi yang serba kekurangan. Supaya aku tahu nikmatnya apa yang aku ada. Sungguh, aku sangat takut dengan dunia akhir zaman."






Sekian

Jari Kecil
13 Februari 2014, Khamis
4.40 petang

Tuesday, February 11, 2014

Kisah tiada air

Assalamualaikum


Seksa. Memang seksa...


Tapi setiap yang jadi ada hikmah yang Allah nak tunjuk.


Seminggu takde air. Ok kalau ikut perkiraan yang tepat, seminggu takde air kat bawah. Kat atas, disebabkan ada air tangki, bolh bertahan lagi sampai semalam. Hari ni, memang teruk. Kering kontang rumah. Air tangki pun dah kosong kosong...


Mungkin lagu najwa latip 'kosong' sangat tepat untuk aku sekarang. Apa yang aku rasa sekarang 'kosong'. Dengan air takde, dengan panas lepas tu tak boleh mandi. Memang azab. Aku duduk termenung je sebab aku sebenarnya dah tahap nak mengamuk sebab tak selesa sangat . Jadi daripada aku mengamuk tak tentu pasal lebih baik aku diam dan muhasabah diri je.



Apa yang jadi kat aku bukan setakat kisah air yang kering kontang. Tapi jugak plug bilik aku semua rosak. Maka aku dah susah nak buat kerja dalam bilik. Mana ada kawasan yang tenang lagi dalam rumah aku selain dalam bilik. Nak pegi INCEIF...harapan. Ramai sangat orang. Aku tak suka buat keje tempat ramai orang sebab nanti akan ada manusia...akan cakap


"Huuu study...huuu rajinnn"


"Alaa rilekla ..apesal gelabah sangat. Baru awal lagi"


"Weh weh...ummi datang INCEIF awal harini"


Jadi untuk mengelakkan perasaan tak suka dan rimas terhadap situasi ni, aku malas nak datang INCEIF awal. 



Aku tanya member aku rumah diorang ada air tak. Diorang baru takde air pagi tadi. Aku dah seminggu. So aku hepi la aku tak keseorangan dalam masalah ni. Tapi ada je orang2 yang tak paham perasaan menyampah takde air ni. Mentang lah rumah diorang ada air...boleh bergurau 


"patut la bau busuk sampai sini"


Haah! memang aku tengah busuk tadi sampai aku naik marah dengan kebusukan aku. Lepas tu orang main-main kan aku macam tu. Aku pun emo walaupun aku tau diorang tu nak bergurau je. Tapi bergurau di saat aku susah tu yang aku rasa gerwramm sangat tu. Huhu. Ala sebenarnya aku rasa takde isu sangat pun, tapi mungkin sebab aku dah memang tgh frust sangat pasal air ni, tu yang benda kecik pun aku emo. Hehehehe. 



Member aku harini nak berry je dah merata shopping complex dia pegi. Hahaha. Seronok pulak hidup dia berry di seluruh pelusuk pusat beli belah KL termasuklah TESCO. Aku tadi pegi mandi puas2 kat umah abang aku. Nikmatnya ya Allah. 



Hikmah kepada insiden takde air ni, aku telah menanam azam baru



1) Aku nak jimat air. Aku ni jenis suka pasang air kuat-kuat. Kini aku nak bukak secukupnya je.

2) Aku nak tampor sesiapa yang aku nampak buang sampah dekat longkang ke, sungai ke. Disebabkan korang yang buat pollution ni la, ada masalah gangguan air

3) Aku akan mandi sambil menikmati dan memuji2 air yang Allah bagi sebab dapat menyegarkan badan aku 



Oklah dah habis kisah takde air


Aku pun dah malas nak menaip. Gambo pun aku malas letak.


Bye!



Sekian


Jari Kecil
12 Februari 2014, Rabu
1.23 pagi







Friday, February 7, 2014

Aku

Assalamualaikum


Aku memang kaki ponteng kelas. Dari sekolah menengah, sampai ke universiti. Diploma, Ijazah..aku tetap aku. Kaki ponteng. Aku ponteng pun ada jadual bukan main hentam je. Buat apa-apa pun kena ada strategi.




Masa sekolah menengah aku memang pemalas. Jadi aku ponteng ikut suka aku. Sampai cikgu boleh suruh kawan aku cari aku satu sekolah. Rupanya aku lepak belakang bangunan sekolah.





Masuk zaman diploma, aku dah pandai sikit. Ponteng pun ada strategi. Yang mana aku rasa lecturer tu mengajar tak boleh hadam dalam kepala aku, aku decide untuk ponteng. Bagi aku, kalau aku belajar sendiri lagi aku paham dari aku duduk kelas ternganga tak paham satu apa. Fuhh bukan main takbur lagi. Aku tak ponteng sesuka hati. Ini kriteria ponteng aku :



1 ) Lecturer mesti jenis tak kisah attendance
2) Lecturer tak garang
3) Subjek tak susah
4) Masuk kelas memang totally main-main sebab tak paham apa lecturer ajar




Kalau dah lulus 4 kriteria ni, baru aku memulakan jadual ponteng aku. Aku takkan ponteng berturut-turut. Nanti nampak ketara pulak kan? Tapi ada satu semester tu, aku dengan selambe ponteng kelas berturut-turut. 3 minggu jugaklah. Yang lebih dahsyat aku boleh tak datang time exam midterm. Akhirnya dalam kelas lecturer panggil nama aku.




"Siapa Ummi Kalthum bt Hamidun?"

Aku angkat tangan

"Awak dah lama tak datang ni.."

Aku angguk kepala. Sengih semampu yang boleh dengan harapan lecturer boleh cayaqq dengan sengih aku. 

" Awak kena jaga attendance ni. Kalau tak , nanti tak boleh ambil exam. Awak tak ambil lagi exam midterm haritu kan?"


Aku angguk lagi. Itu je aku mampu. Yelah, kena soal siasat dalam dewan kuliah. Dah la masa tu mass lecture. Takkan nak defend diri lebih-lebih masa tu. Lagipun, takde apa yang perlu nak di defendkan cuma satu je, aku memang ada sebab kenapa tak ambik exam. Pasal aku ponteng kelas tu, takkan nak jawab 

"sebab saya tak faham puan ajar..hehe" --




Dan cerita tu berakhir kat situ je. Aku tau lecturer tu mesti tak cakap lebih-lebih sebab tu aku berani ponteng di luar tabii. Atau mungkin lecturer tu cayaqq dengan senyuman aku? Oh tak mungkin. Lecturer tu perempuan.  Lepas kelas aku jumpa dia personally. Aku cerita reason aku tak ambik exam . Tak silap aku masa tu aku ada problem. Jadi aku explain dan dia kasi aku chance. Eheehe. Alhamdulillah, aku berjaya dapat carried mark yg ok walaupun aku sangat tak beretika waktu tu. Terima kasih lecturer yang baik hati.





Yang paling best, masa diploma aku ada geng ponteng. Aku panggil dia Paare. Asal aku nak ponteng je, aku tengok katill dia. Aku nampak dia tak siap lagi. Tengah melepak atas katil macam aku. Aku pun tekan keypad hp

"Ko nak gi kelas tak?" SEND~

"Macam malas je..ko?" Paare reply

"Malas lah. Jom ponteng.." 


Dan akhirnya kami berjemaah memonteng kelas sementara yang lain beristighfar tengok perangai member 2 orang ni yang dihasut bisikan syaitan.





Masa Ijazah , aku macam tu jugakla. Budak rumah aku semua pegi kelas, aku duduk rumah je. Tegar. Bezanya, kalini aku takde geng. Dalam rumah tu, aku sorang je yang dihasut bisikan azazil. Kekuatan aku memonteng tidak boleh digugat oleh sesiapa kalau dah melepasi 4 kriteria tu. Orang nak mengata ke, aku tak peduli. Yang penting, aku kena pandai-pandai study dan score exam. Tu je aku tau. Kalau aku lingkup. aku padan muka kat diri sendiri jela. Siapa suruh ponteng!




Ada sebab jugak kenapa aku ponteng. Aku taknak la mengumpat lecturer yang mengajar lebih-lebih. Bayangkan, lecturer yg terpilih utk masuk dalam jadual ponteng aku, asyik jadi bahan student.



"Boring la kelas dia"

"Aku tak paham satu apa pun. Baik aku tak datang!"




So aku ambik langkah 'bijak' dengan tak datang langsung kelas dia daripada aku mengata dia. Bijak kan? "sangat'~~




Eh tapi aku dulu memang tak lepas dari komen lecturer. Tu tak ok. Ni tak ok. Muda lagi masa tu. Darah panas..Eceh alasan ko ummi, taknak kalah. Ok, aku memang jahat. Aku tak paham pengorbanan seorang guru yang mengajar.




Sekarang, aku tengah sambung master di INCEIF. Ponteng? Ye. Masih sama. Tapi kalini, aku lain...





Jujur, aku seram sejuk masuk INCEIF. Aku tak rasa aku mampu capai standard INCEIF. Atau kalau pun aku mampu, aku perlu bekerja keras. Aku tak boleh macam dulu. Study sendiri...score. No No No! So aku gigih . Cumanya disebabkan masa awal sem dulu, ada subjek yang aku pernah ambik sebijik sama macam masa Ijazah, aku pun gigih jugak. Gigih ponteng~





Sampai classmate aku boleh buat cerita aku tak datang kelas sebab kahwin. Lepas tu ramai la yang tanya betul ke aku kahwin? Siap ada yang claim kenapa aku tak ajak diorang pergi kenduri. LoL. Aku layankan aje. Aku tegar jugak. Sekali lagi member aku buat cerita aku tak datang kelas lama sebab honeymoon pulak. Ish.




Masuk sem 2, aku dah start busy. Aku dah tak boleh nak skip2. Subjek dah semakin tough. Aku duduk rumah dengan mak ayah, family. Aku bukan duduk bujang macam masa aku diploma dan Ijazah. Jadi tanggungjawab aku bertambah. Dulu aku jaga diri sendiri je. Sekarang, aku dah duduk dengan family, jadi apa-apa aku cuba bantu.





Aku sorang perempuan dalam family. Dan dah ditakdirkan Allah, dalam family aku, orang perempuan kerja lebih sikit walaupun ada 2 orang perempuan je, aku dan mak aku. Yang lelaki...senang. Balik kerja, lepas kerja dah senang lenang. Makan pakai..orang perempuan uruskan. Kemas rumah? Toksah pikir..kerja perempuan. Alaa aku tau.. memang typical lelaki macam gitu. Mungkin aku je yang turut sama pemalas sebab tu aku complain jugak . Hehe





Ok aku boleh terima la bab tu. Tapi aku berharap jugak, kalau pun tak membantu, sekurang2nya jangan menambahkan beban. Kalau tak mahu berkemas, jangan sepah. Tapi takpelah...ada hikmah. Kalau la tak jadi macam ni, aku ni mungkin boleh jadi anak perempuan yang taktau buat kerja rumah.





Memandangkan yang memang betul-betul 'permanent' tinggal dalam rumah ni adalah aku. Jadi lagi la dahsyat. Dengan kerja lelaki pun gigih jugak buat. Silap2 boleh sakit tulang belakang angkat barang berat-berat. Pasang almari, pasang katil. Tapi yang menariknya, banyak aku belajar. So bila aku kahwin, aku tak manja sangat semua nak mintak tolong suami aku. Ada masa aku kena berdikari supaya tak memeningkan kepala orang. (bila laa aku nak kahwin...)






Disebabkan masa aku kecik-kecik dulu, aku ni termasuk dalam golongan Jahiliyyah, aku lebihkan kawan aku dari kuarga, jadi masa aku dah besar, aku nak tebus silap aku. Setiap kali aku boleh tolong, aku cuba tolong. Jadi bila aku rasa aku perlu ada, aku ponteng kelas sebab memang takde siapa kat rumah aku. Dan ada ketikanya aku rasa aku penat sangat, aku akan ponteng jugak. Hanya kadang-kadang aku ponteng sebab aku memang malas. Ok memang selalu jugak aku ponteng sebab malas. Eh tak . aku rasa kadang-kadang je. Ahh biarlah! Lepas ni aku tanda bila time aku ponteng sebab sakit, malas dan busy.




Mak aku memang taktau aku ponteng kadang-kadang sebab macam ni. Yelah...takkan aku nak cakap 'ummi takmo pegi kelas sebab nak tolong mak buat bla bla bla..'. Takkan lah mak kita nak kasi. Seteruk mana pun penat diorang, diorang tetap nak kita pegi sekolah dan berjaya. Diorang takpe. So, aku niatkan dalam hati jelah. Aku ni dah la degil, selalu menyusahkan, jadi ini jela aku mampu buat.





Dulu, aku selalu dengar keluarga aku merungut masa aku dengan diorang. Kata aku lebihkan kawan-kawan. Sekarang, aku lebihkan family, kawan-kawan aku pulak yang merungut. Seronok kan hidup ni? Serba tak kena.




Bila aku ponteng, aku takkan bagi jawapan lain selain senyum dan cakap


"I'm busy"

"I've something to do"


Dan lepas tu akan ada member yang buat muka sinis sambil balas balik


"Are you really that busy?"

"She really don't care about us anymore" merujuk kepada aku.




Kalau ikut jiwa aku yang dulunya panas baran, aku akan balas balik. Tapi aku dah tak minat nak buat macam tu sebab aku tau betapa menyampahnya berkawan dengan orang yang kaki marah ni. Paling hebat pun, aku akan diam dan buat taktau. Aku malas nak panjang cerita. 




Bagi aku, aku tak perlu nak cerita apa aku buat. Paling jauh aku boleh explain pun "Aku tolong family aku". Kalau diorang nak complain "takkan ko sorang je dalam family yang boleh buat kerja?" "Membantu sangat ke ko ni?"...Aku tak peduli. Takkan aku nak bukak sejarah kehidupan aku dari kecik. Macam mana aku berdikari sebagai sorang perempuan dalam family. Macam mana aku tak pernah rasa aku dilayan sebagai seorang perempuan kecuali waktu aku sakit. 




Aku tak perlu bazir masa aku untuk bukak sejarah kehidupan aku. Lagipun sepanjang mana aku cerita pun, orang tetap akan judge selagi dia tak ada kat tempat kita. Lain family, lain cara. Lain orang, lain environment. Jadi aku buat tak tahu. 





Ok jujur kadang-kadang aku kecik hati. Aku rasa macam tak guna korang jadi kawan aku  kalau korang asyik nak ulang soalan yang sama dan mempertikaikan jawapan aku. Jujur aku macam nak menangis kadang-kadang bila orang jadikan aku bahan bualan depan mata dan tepi telinga aku


"Ohh...actually she has a reason why she is busy"....


Yang aku tahu sebenarnya itu perli dan bukan benar-benar memahami. Takpe, Allah tahu. Aku cuma pegang hadith dan suruhan Allah untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa. 




Aku memang belum cukup baik pun. Kadang aku terlepas jugak merungut dan diam malas nak membantu. Tapi aku tak sampai hati tengok mak aku penat sorang2 . Walaupun kadang aku rasa bab pasang almari, pasang katil, ayah aku boleh bantu..tapi aku tak nak. Aku tau ayah aku dah tak sekuat dulu. So biar aku dengan abang aku yang bantu.





Waktu hari biasa, aku dah sibuk dengan assignment dan kadang aku cari masa untuk teman mak pergi beli barang / buat apa-apa kerja. Jadi waktu hujung minggu, aku memang tak bercadang untuk keluar. Aku dah set, ini hari sepenuh masa untuk keluarga memandangkan hari-hari biasa aku banyak berkurung dalam bilik menghadap journal. Tapi kadang-kadang, aku akan pilih jugak utk berjalan dgn kawan. Mana larat nak duduk rumah selalu. 





Baru-baru ni, lagi banyak kerja aku hadap. Rumah aku tengah major renovation. Tapi cuma interior design. So banyak barang dibuang, diangkat, disusun...Dan cari barang-barang baru. Penat dia, Allah je yang tahu. Masa ni, aku lupakan kejap kawan-kawan aku. Aku penat sangat. Tambah lagi arwah Tokwan baru meninggal..jadi banyak benda yang jadi. 





Jadi aku naik aje sem, habis jadi bahan bualan. Aku lupa member..bla bla bla..




Sampaikan...ada satu hari. Aku keluar kelas dalam 7.25 petang. Aku tak tahan sejuk, aku pegi tandas. Tiba-tiba aku dengar azan maghrib. Jadi aku terus solat. Kelas aku haritu, lecturer memang suka drag masa. Habis je solat, ada member tanya



"Why did u ran away from the class?" Dgn nada dan ekspresi muka yg dahsyat macam aku panjat pagar sekolah.



Aku dah nak tepuk je mulut dia dengan tapak tangan aku tapi aku sabar. Aku diam. Aku explain. Dan dia..'Ohhhh".




Baru-baru ni... aku tak sempat nak habiskan al Kahfi. Jadi aku cadang, sampai je INCEIF, aku nak pegi surau. Aku nak amek wuduk sekali. Senang . Aku memang macam tu. Jadi maghrib terus solat waktu rehat. Tak payah bukak2 tudung. 




Jadi sampai je aku kat INCEIF, aku pergi library kejap nak cari buku. Lepas tu aku terus ke surau. Dalam setengah jam jugak aku bertapa dalam surau. Aku agak, bila aku keluar surau nanti, akan ada yang tanya aku pegi mana hilang lama-lama.



Dan memang tepat!


"Where have you been?" ----



Aku senyum jelah. Aku jenis tak suka explain lagi-lagi kalau aku buat aktiviti2 macam tu. Ok mungkin salah aku. Tapi aku tak suka soalan yang sama berulang kali. Ibarat aku datang INCEIF, aku kena tulis dalam satu buku.


5.30 - Tiba di INCEIF
5.30 - 6.00 - Duduk surau sekejap
6.00 - 6.15 - Jumpa Salman
6.15 - 6.30 - Jumpa Aini



Lepas tu aku pas pada yang berkenaan. Jadi aku tak la letih nak menjawab soalan-soalan provoke macam tu. Aku tau, diorang pelik dengan aku. Apa yang aku sibuk sangat sebenarnya? Apa yang aku buat? 


Aku malas nak layan...


Bagi aku, Allah tahu. Aku tak nak ulang silap aku yang dulu. Kalau aku kecik hati, terasa, aku diamkan aje. Mulut orang takkan berhenti sampai kita puaskan hati diorang.



Aku ada impian aku. Selain keluarga, ada 2 bisnes aku tengah jalankan. Jadi, selain keluarga dan study, aku sibuk uruskan 2 bisnes aku. Orang tak paham, aku takkan explain lagi.


Sebab aku tahu..



Diorang tak ada di tempat aku. Diorang takkan mampu paham.




Sekian.


Jari Kecil
8 Februari 2014, Sabtu
12.10 pm