Tuesday, April 30, 2013

Semangat dah habis ke?

Assalamualaikum



Saya sedang tiada mood



Saya perlu study untuk last paper hari Khamis ni



Tapi saya tak mula apa pun lagi




Mood study saya sangat teruk



Apakah ini? 



Apakah yang terjadi kepada Ummi?



2 paper sebelum ni bukan main semangat lagi berhempas pulas




Semangat saya dah habis kah?




Tolong!



Sekian


Jari Kecil
1 Mei 2013, Rabu
1.20 pagi

Tuesday, April 23, 2013

Dah pukul 3 pagi

Assalamualaikum



Ketika ini, saat ini, waktu ini


Saya sedang dalam minggu final exam



Dah lepas satu paper Islamic Banking pada 22 April 2013


Alhamdulillah  



Saya taknak cerita paper saya macam mana



Lepas habis semua baru saya cerita



Itupun kalau saya rasa nak cerita lah



29 April , 9 pagi saya ada 2nd paper. Research Methodology.



Last paper saya 2 may 2013, 5 petang




Habis je paper terakhir ada satu project paper. Mini tesis boleh saya katakan





Perlu dihantar sebelum 6 May 2013




Sekarang dah pukul 3 pagi tapi saya tak tidur lagi



Sebab saya nak baca journal untuk mini tesis saya




Esok saya dah mula study Research Methodology



Hari Ahad, 28 April 2013 (sehari sebelum paper Research) saya ada program di Hulu Langat



Mudah-mudahan program tu membantu saya, memberi banyak manfaat untuk saya




Dan memberi kekuatan mental serta rohani, InsyaAllah



Kalau saya rajin, saya akan kongsi pengalaman program tu dalam blog ni




Oklah.



Doakan saya cemerlang exam kali ni. Doakan cita2 dan impian saya tercapai.




Amin (tolong aminkan pleaseee)




Tenkiu! Assalamualaikum



Paipai 



Sekian

Jari Kecil
24 April 2013, Rabu
3 pagi

Saturday, April 13, 2013

Fahami Ayat Al-Quran dan Sedikit Pesanan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,

Ilmu yang dikongsikan ini adalah hasil daripada menonton slot "Kuliah Solat" di Tv al-Hijrah dan ditambah sedikit mengikut ilmu yang saya ada. Moga bermanfaat InsyaAllah.

PENTINGNYA MEMAHAMI AYAT-AYAT AL-QURAN

Kita sering bertanya kepada orang, "berapa kali awak dah khatam Al-Quran?" dan kita sering memasang "target" untuk khatam Al-Quran beberapa kali dalam sebulan, setahun dan sebagainya. Tapi kita lupa, mehamami Al-Quran itu sangat penting. 

Sebagaimana kata Ibnu Qayyim:

"Membaca satu ayat dengan tafakur dan memahami bersungguh-sungguh lebih baik daripada membaca satu kali khatam tanpa memahaminya"

Bahkan Allah sendiri pernah menyuruh Rasulullah s.a.w supaya membaca Al-Quran dengan cara "slow n steady". 

Allah bersabda dalam surah Al-Qiyamah ayat 16:

"Janganlah engkau (Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca Al-Quran) kerana hendak cepat-cepat menguasainya"

Bacalah Al-Quran dengan tajwid yang betul dan fahamilah apa yang dibaca. Fenomena kebanyakan umat Islam sekarang kerap berpegang kepada ayat "Tak faham tak mengapa, yang penting baca Al-Quran". Betul, yang penting kita baca Al-Quran tapi bukan memegang ayat "Tak faham tak mengapa". Jangan! Takut-takut kita ini berada dalam satu golongan yang disebut dalam satu Hadith riwayat Al Bukhari dan Muslim

"...Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang muda-muda umurnya, pendek akalnya. Mereka mengatakan ucapan sebaik-baik manusia. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak melewati kerongkongan mereka......"

Melewati kerongkongan bermaksud bacaan Al-Quran itu tidak sampai ke hati. Apa yang dibaca hanya sekadar bacaan. Sepertimana burung kakak tua yang mengikut-ikut cara percakapan tuannya tanpa memahami apa yang diperkatakan. Dalam Al-Quran itu mengandungi ilmu dan pengajaran bagi sesiapa yang memahami dan mengamalkan. Baca tanpa memahami adalah sia-sia.

Sebagaimana kata Mu'az bin Jabal (dari riwayat Ad-Darimy)

"Al-Quran akan usang di dalam dada beberapa kaum sebagaimana usangnya pakaian...Mereka berlumba membacanya, namun mereka tidak merasa nikmat dan lazat membacanya. Amalan mereka hanyalah ketamakan"

Tamak dalam beramal adalah dengan cara berlumba-lumba mengejar kuantiti bacaan Al-Quran dalam sehari/sebulan/setahun. Banyak kuantiti tetapi tiada kualiti. Biarlah kita menjadi sesuatu yang berkualiti walaupun bacaannya tidak mencecah puluhan kali khatam Al-Quran. Membaca Al-Quran biarlah ada peningkatan. Dari tidak rajin/tidak tahu membaca, kita rajin/tahu membaca. Dari tahu membaca, kita perbetulkan bacaan dengan tajwid yang betul. Dari tajwid yang betul, fahamilah apa yang dibaca kemudian amalkan. 

Analoginya, waktu kecil kita dididik untuk belajar mengenal huruf, bermula dengan A,B, C hingga ke huruf Z. Selesai mengenal huruf, kita disuruh membunyikan huruf dengan pergabungan beberapa huruf seperti "MA" "PA" "DA" . Selepas itu kita mula boleh membaca satu perkataan,satu ayat, satu muka-surat hinggalah habis satu buku. Bila sudah pandai membaca, pelbagai perkara dapat difahami. Masuk pula ke sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti. Dari perkara asas, ilmu bertambah kepada perkara lebih mendalam dan akhirnya lahirlah seorang doktor, peguam, ustaz, ustazah..dan pelbagai pekerjaan. Dengan peningkatan dan pemahaman ilmu, kita menjadi orang yang lebih baik. Bahkan, untuk mengejar kenaikan pangkat, kita perlu menjalani peperiksaan untuk menguji kefahaman, atau mengambil kelulusan pendidikan yang lebih tinggi. 

Andaikan, kita hanya belajar mengenal huruf A,B,C...Z tanpa sebarang peningkatan dan penambahan ilmu, adakah kita boleh menjadi apa yang kita jadi sekarang? Seorang doktor tidak lahir hanya dengan mengetahui huruf A, B dan C sahaja. Seorang ustaz tidak mampu mengajar anak muridnya jika dia tidak memahami dan menambah ilmunya. 

Sama seperti Al-Quran. Jika kita hanya tahu membaca tapi tidak langsung memahaminya, bagaimana Al-Quran itu dapat menjadikan kita Muslim/Muslimat yang lebih baik? 

Kalau dalam bidang pekerjaan, kita sering merungut "tiada kenaikan gaji" walaupun sudah 5-6 tahun bekerja, kenapa pula kita mampu berlapang dada bila "tiada kenaikan/peningkatan dalam bacaan Al Quran" walaupun sudah berpuluh-puluh tahun kita hidup?

Jom fahami isi kandungan Al-Quran untuk menjadikan kita muslim/muslimat terbaik! InsyaAllah. Bukan "takk faham tak apa, yang penting baca" tapi "2 muka surat pun takpelah, yang penting faham!" 

Ayat yang paling terkesan pada saya dalam kuliah solat yang disampaikan adalah apabila beliau mengatakan :

"Jangan tanya berapa kali kita boleh khatam Quran pada bulan ini, tahun ini. Tanyakan pada diri kita, berapa kali kita menangis ketika membaca Al-Quran"

"Berapa kali kita menangis ketika membaca Al-Quran" .Soalan yang mampu membuat kita terdiam dan berfikir. Mungkin sekali, mungkin 2 kali atau mungkin kita tertanya-tanya "Ada ke aku menangis bila baca Al-Quran?"

Betul, Islam itu Mudah, Tapi Jangan Mengambil Mudah!

Wallahua'lam



p/s : Cuba check , Al-Quran kita dah berhabuk tak? Bacalah :)




NOTES : Kita boleh nampak mudah keislaman seseorang, (solat, puasa, etc) tapi kita takkan dapat tau nilai keimanan seseorang.


Sekian


Jari Kecil
14 Mac 2013, Ahad
12.20 tgh malam

Thursday, April 4, 2013

Apa yang "Different" ???

Assalamualaikum



Pelik! 



Minggu lepas, memang saya struggle buat 2 Assignment


Dah selamat hantar pun. Alhamdulillah


Masih ada lagi 2 assignment, yang masih dalam proses


Satu assignment hantar hari Sabtu 30/3...satu lagi hari Isnin 1/4



Masa hari Isnin tu, Claire kata "Ummi...are you ok? You look different"



Masa tu saya pikir tak lain tak bukan mungkin sebab saya penat sangat



Tapi saya dah buat muka ceria habis !



Masih tak dapat menyembunyikan kepenatan


Jadi bila Claire kata macam tu, saya balas "Ohh..maybe bcause i was so tired"


Saya cakap sambil senyum sengih-sengih nampak gigi 



Saje tanak la nampak macam lemah sangat kan



Dan setiap beberapa minit, setiap kali dia tengok muka saya, dia akan tanya dan tanya



"Ummi...are you ok? You look gloomy.. I don't know how to describe your face, but you look so different"



Kalau dah berkali-kali dia tanya "Are you ok" ..saya ni dah mula rasa tak ok



Hahahhaha



Sebab saya tak paham apa yang different sangat tu!



Jadi saya abaikan kejadian hari Isnin ni..


Dan saya pikir saya perlu dapatkan cukup rehat untuk menghilangkan rasa "different" bagi Claire



Harini, Khamis 3/4, saya datang kelas dengan hati senang Lalallala



Supaya saya nampak ceria dan tak "different"



Dan masa yang ditunggu-tunggu telah tiba


Claire telah pun sampai ke INCEIF!



Saya mintak Claire teman saya pegi tandas



Dan Claire tanya "So, how are u today? Are u ok?"



Saya jawab dengan penuh ceria dan yakin "Yeahhh I'm fine! See? I'm not "different" anymore right?



Claire pandang saya dan cakap "Emmm... not much. You still looks different"



Aigooooo! Saya Surrender! Different pun different lah~



Dan baru tadi, saya tengok muka saya dekat cermin



Tiba-tiba saya rasa ..............





"Eh?"



"Eh?"





"Kenapa mata warna ni?"


Patutla Claire cakap saya different kootttt


Sebab mata saya dah berubah warna


Ala..tiba-tiba malas pulak nak sambung cerita


Okelah



Saya nak main game



ByeBye



Sekian


Jari Kecil
5 April 2013, Jumaat
1.30 pagi