Saturday, February 16, 2013

Mari Hilangkan Stress Bersama Saya


Assalamualaikum

Saya punya tahap stress meningkat dgn mendadak bila menjelang malam

Hajat di hati nak study habiskan baca artikel untuk assignment

Tapi semuanya gagal bila datangnya stress bertubi-tubi

Rasanya tak perlu la nak cerita sebab2 saya stress

Lepas je masuk bilik, tetiba terkeluar air mata

Huuuu. saya kalau stress melampau memang macam ni la gayanya

N saya rasa , saya perlukan someone utk saya bercakap

Tapi saya tak dapat nak pikir siapa

Jadi saya cuma tahan sorang2, handle la problem sorang2

Maka saya pun meng google (meng google??) "Cara Hilangkan Stress"


Lalu saya terjumpa tips ini


Siapa2 yang stress tu, mari ikut saya!



LANGKAH 1
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Akhir sekali lakukan joget kucing



SEKIAN


Stress lagi tak? Hehehe

Ini sampingan je~ Jangan lupa doa dan mengadu pada Allah 


Sekian,

Jari Kecil
16 Februari 2013, Sabtu
10.42 malam

Kecenderungan saya ketika ini

Assalamualaikum



Sebelum update entry harus check siapakah gerangan yang melawat blog ini


Dan saya terjumpa ada orang menaip keyword "ummi kalthum inceif" untuk mencari saya



Apakah????



Abaikan~



Tujuan sebenar update entry kalini sebab nak citer pasal kecenderungan saya ketika ini




Sejak sambung master, saya lebih cenderung untuk membela haiwan




Haiwan yang saya maksudkan adalah seekor kucing yang berbulu gebu dan kembang



Walaupun saya mempunyai impian untuk membela singa



Tapi perkara itu adalah mustahil kerana singa kan...bukan anak kucing. Walaupun rupa beliau tidak jauh dari kucing




Kalau bela2 lepas tu dia makan tuan dia kan ke susah




Harini hilang tangan, esok hilang kaki, last2 hilang kepala. Eh ngeri pulak




Comelll kannn?????



Tapi, nak bela kucing yang comel ni agak mahal


Melainkan ada orang nak sedekah baby kucing yang berbulu gebu dan kembang ini



Haish!!!!



Saya nak kucing untuk menjadi teman saya



Teman stadi, teman pukul2, gaduh2, gigit2..




Best wooo



Macam mana hati tak cair kalau tengok kucing comel2 gini









Saya dulu penah je bela kucing



Syok! so macam rindu la perasaan main2 dengan kucing tu kan



Kucing ni kalau kita nak study, nak tidur, memang kat situ la dia duduk



Dengan bulu2 dia, dgn muka belagak dia



Pehhhh menahan je rasa geram




Tapi disebabkan susah nak dapat kucing comel



Maka saya tetibe terpikir nak bela hidupan dalam bilik saya pulak




Ia adalah tumbuh-tumbuhan



Pokok bunga ke, sayur ke...hahahaha




Macam best je tengok bunga atau pokok tu besar hasil jagaan kita kan?





Bestnye!!



Tapi bilik saya ni tak dapat cahaya matahari



Jadi kalau nak tanam pun kompem seminggu je dah kojol




Kesian la pada tumbuh-tumbuhan tu





Jadi apa yang harus saya buat????





Disbabkan saya rasa saya stress melampau bila sambung master ni




Jadi saya sangat perlukan teman2 hidupan nih




Haiwan, tumbuh-tumbuhan




Haish!





Lama kan 2 tahun?




Hmmmm 






Oklah~



Sebagai penutup...




Saksikanlahhhh





Ini kucing ke karpet?????





Sekian


Jari Kecil
Sabtu, 16 Februari 2013
4.52 petang

Wednesday, February 13, 2013

Bagi saya, sambung Master tu tough

Assalamualaikum



Sedang bersiarang langsung dari library INCEIF atau lebih dikenali sebagai KMC (knowledge management center)



Ini adalah pc ke 5 saya guna di library



Disebabkan bosan saya bertukar dari satu pc ke satu pc



Sepatutnya berazam nak habiskan sekurang-kurangnya satu artikel




Banyak lagi tak baca, dan artikel sangat tough




Satu perenggan boleh amek masa sejam nak baca n paham




Mungkin orang lain ok, cuma saya je yang takes time lama sgt kot




Tepu agaknye da lama tak belajar




Dah hampir 2 bulan sambung Master kat INCEIF




Setakat ni belum la boleh biasakan diri betul2 lagi



Still lagi malas2



Dulu ingat sambung master jeee



Tak pernah terpk pulak sambung master ni kena buat banyak pengorbanan



Masa kena korbankan ; kena banyaakkkkk study




Expectation lecturer pulak tinggi ; bukan macam undergraduate studies dulu




Kelas tak boleh nak ponteng sesuka hati ; kalau ponteng nanti banyak tak paham (tapi dah ponteng 2x gak, saya pemonteng tegar)


Kalau buat assignment tak boleh dah macam dulu



Dulu boleh Lalalala sambil buat assignment



Buat malam sebelum due date pun tade hal punye!



Tapi berani la kau nak buat time master



Nescaya bakal effect pada result anda nanti



Jangan ingat sambung master ni senang




Dengan environment INCEIF yg semuanya bijak2 bestari



Makan unta agaknya diorang ni



Bijak betul!




Kelas master saya pulak gabung dengan student phd



So lagi mencabar laaaa....




Diorang nampak rilek jeeee, dalam kelas belajar kaki siap naik atas meja




Tapi sekali tanya soalan memang terserlah bijaknye




Ada sorang tu dalam kelas main kerusi, sandar2, tengok hp....tapi tetibe angkat tangan tanya soalan yg tak dijangka




GENIUS kot diorang ni




Unta Gred A punya diorang makan




Saya?



Saya taktau apa nak tanya



Macam mana nak tanya kalau paham pun sikit2 je



Adala jugak sekali saya tanya



Sumpah saya rasa tu kejayaan saya paling besar



Nampak hebat je bila tanya soalan dalam kelas



Konon2 macam paham gileerrr~~~~



Tapi ada student phd gelakkan soalan saya



Soalan saya "What is the difference between Faqih and Mujtahid"



Senang sangat kot bagi dia?





Entah! Biarlah!



Yang penting saya bangga dapat tanya soalan dalam kelas



Muahahahah!



Kepada adik2, kawan2, yang terpikir nak sambung master tu



Pikir elok2 ye



Kalau takat nak main try test toksahlerrr




Kang buat malu diri sendiri je




Set dulu matlamat nak sambung master, tanya diri kuat ke tak...



So kalau kita down, atau hilang semangat kita boleh refer balik pada  matlamat kita



Tapi kalau nak sambung master sebab suka2, saje nak jadi lebih pandai dari orang lain, nak berlagak, nak rasa diri tu hebat, nak cari calon suami, eh? Baik tak payah





Sila cari kerja saje~




Okela. Saya rasa nak sambung balik baca artikel. Mungkin boleh habiskan harini? 



Mungkin!






Harap2 la habis~







Bilelaaaa nak habis niii -____-



p/s : Selepas 5 minit entry ni di publish, saya dapat berita kelas malam ni cancel. Whattttttt???????!!!!!!!!!
Habis yang aku bertapa dari pukul 8 pagi ni untuk apa? Study? oh ye...study -____- la sangat~



Sekian


Jari Kecil
14 Februari 2013, Khamis
3.15 petang