Wednesday, August 15, 2012

Adakah kita anak seperti ini?

Assalamualaikum



25 tahun dahulu...


"Ibu, nak tu! nak mainan tu! Ana suka sangat..Ana nak!"


"Ye, boleh sayang. Nanti Ibu beli"



25 tahun kemudian...

"Cantiknya baju ni..."


"Ala..nantila Ibu. Mahal la baju ni. Orang banyak nak pakai duit ni"


...........................................................................................................................

25 tahun dulu...


"Ala kesiannya anak Ibu ni tinggal sorang2 takde orang teman...Meh dekat Ibu "



25 tahun kemudian...


Panggilan Telefon..


"Hello ibu, orang bz sikit la sekarang ni, Kalau ada masa nanti orang balik jenguk Ibu"


..............................................................................................................


25 tahun dulu...

"Nah ..Ibu belikan baju baru untuk Ana! Suka tak??Sayang anak ibu"




25 tahun kemudian...


"Emm,,cantiknya baju ni utk aku. Takpela mahal sikit. Bukan selalu, sekali sekala"



"Eh..dah lama tak bagi hadiah utk BF aku,,,cantik jugak barang ni. Nak belila. Mesti dia hepi"


..............................................................................................................


25 tahun dulu....


"Minta maaf bos. Saya terpaksa balik awal. Anak saya takde orang jaga. Kalau dia lapar ke, takde makanan untuk dia kat rumah"


25 tahun kemudian...

....

....

....


(Seorang ibu dibiarkan keseorangan di rumah)



....................................................................................................



25 tahun dulu..


"Kenapa menangis ni sayang? Taknak pegi Taska? Nak ikut Ibu pegi kerja? Haih yela2..Jom ikut Ibu tapi janji jangan nakal2 ye"



25 tahun kemudian...


"Ibu, orang ada kerja jauh ni. Orang tidur kat hotel. Ibu tak payah ikut la ye. Ibu penat nanti. Lagipun nanti Ibu bukan boleh buat apa pun..."


Ibu :.................


...............................................................................................................



Hargailah Ibu dan Ayah sementara mereka masih ada...



Hayati lirik lagu ni baik2 :)


"Antara golongan yang tidak akan mendapat Ramadhan adalah : Yang mengabaikan dan derhaka pada kedua Ibu Bapanya, Yang meminum arak, Yang masih melakukan perkara mungkar (Zina...heret anak dara orang sana sini..maksiat)


Apalah gunanya beribadah sehingga kelihatan tanda hitam di dahi, menangis teresak2 di 2/3 malam, bertarawikh sehingga 23 rakaat sepanjang Ramadhan, bersedekah hatta RM1 juta sekalipun tetapi kita gagal mendapatkan Ramadhan hanya kerana kita tergolong dalam 3 golongan di atas. Nauzubillah



Sekian

Jari Kecil
15 August 2012, Rabu
5.34 petang

No comments: