Wednesday, August 15, 2012

Adakah kita anak seperti ini?

Assalamualaikum



25 tahun dahulu...


"Ibu, nak tu! nak mainan tu! Ana suka sangat..Ana nak!"


"Ye, boleh sayang. Nanti Ibu beli"



25 tahun kemudian...

"Cantiknya baju ni..."


"Ala..nantila Ibu. Mahal la baju ni. Orang banyak nak pakai duit ni"


...........................................................................................................................

25 tahun dulu...


"Ala kesiannya anak Ibu ni tinggal sorang2 takde orang teman...Meh dekat Ibu "



25 tahun kemudian...


Panggilan Telefon..


"Hello ibu, orang bz sikit la sekarang ni, Kalau ada masa nanti orang balik jenguk Ibu"


..............................................................................................................


25 tahun dulu...

"Nah ..Ibu belikan baju baru untuk Ana! Suka tak??Sayang anak ibu"




25 tahun kemudian...


"Emm,,cantiknya baju ni utk aku. Takpela mahal sikit. Bukan selalu, sekali sekala"



"Eh..dah lama tak bagi hadiah utk BF aku,,,cantik jugak barang ni. Nak belila. Mesti dia hepi"


..............................................................................................................


25 tahun dulu....


"Minta maaf bos. Saya terpaksa balik awal. Anak saya takde orang jaga. Kalau dia lapar ke, takde makanan untuk dia kat rumah"


25 tahun kemudian...

....

....

....


(Seorang ibu dibiarkan keseorangan di rumah)



....................................................................................................



25 tahun dulu..


"Kenapa menangis ni sayang? Taknak pegi Taska? Nak ikut Ibu pegi kerja? Haih yela2..Jom ikut Ibu tapi janji jangan nakal2 ye"



25 tahun kemudian...


"Ibu, orang ada kerja jauh ni. Orang tidur kat hotel. Ibu tak payah ikut la ye. Ibu penat nanti. Lagipun nanti Ibu bukan boleh buat apa pun..."


Ibu :.................


...............................................................................................................



Hargailah Ibu dan Ayah sementara mereka masih ada...



Hayati lirik lagu ni baik2 :)


"Antara golongan yang tidak akan mendapat Ramadhan adalah : Yang mengabaikan dan derhaka pada kedua Ibu Bapanya, Yang meminum arak, Yang masih melakukan perkara mungkar (Zina...heret anak dara orang sana sini..maksiat)


Apalah gunanya beribadah sehingga kelihatan tanda hitam di dahi, menangis teresak2 di 2/3 malam, bertarawikh sehingga 23 rakaat sepanjang Ramadhan, bersedekah hatta RM1 juta sekalipun tetapi kita gagal mendapatkan Ramadhan hanya kerana kita tergolong dalam 3 golongan di atas. Nauzubillah



Sekian

Jari Kecil
15 August 2012, Rabu
5.34 petang

Tuesday, August 14, 2012

Cara Terbaik Mengenali Pasangan

Assalamualaikum,,,,


WARNING : Entry ini bukan bertujuan untuk mencari pasangan couple! Tapi pasangan suami atau isteri. Dan entry ini bukan utk panduan bercinta tetapi untuk terus berkahwin. FULLSTOP!


Baru lepas menonton satu video yang sangat best~~! Allah temukan saya jawapan yang saya cari selama ni. Allahurabbi! :D



Saya pernah buat silap.. saya pernah terjebak dengan budaya ini. TAPI! 


SAYA TAK INGIN MELIHAT SEMUA SAHABAT SAYA TERJEBAK SEPERTI SAYA......



Kata Hassan Al Bana :" Kalau kamu berkapel, berkawan-kawan walau 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal dia"

Kata pepatah arab :"Setiap yang bertunang atau berperasaan sebelum nikah, sedang berdusta, sedang tidak menjadi dirinya yang sebenar"   



Allah...terima kasih atas jalanMU ini. Walau amat sukar untuk ku tempuh pada awalnya, namun aku tahu, ini jawapanMU atas doa-doa ku. Terima kasih ya Allah.



Untuk semua sahabat seislam saya yang sedang bercinta atau merancang untuk bercinta ,, hayati video ini


Untuk yang belum berpunya atau baru sahaja kecewa, jangan risau, pasti ada jodoh untukmu...Percayalah Allah sedang menyelamatkanmu untuk memperoleh kebaikan yang tidak kamu ketahui...Ketahuilah dan yakinlah bahawa setiap kepahitan itu ada kemanisan yang tersembunyi. Bersabarlah. 





p/s : Islam itu Indah....Tapi sangat ramai yang mengotorkan imej seorang Muslim, Muslimah dengan "lakonan-lakonan" hebat. JANGAN! JANGAN! JANGAN!..jauhilah sebaiknya.InsyaAllah

p/s : Terkedu dengan kisah sahabat nabi yang ustazah kongsikan "Saya mengenalinya apabila melihat dia khusyuk bersolat, khusyuk berdoa..." Lalu jawab sahabat nabi " Kamu masih belum mengenalinya"..Allah. Terkedu. Allah tenangkan hati saya dengan video ini. Alhamdulillah

Sekian

Jari Kecil
15 August 2012, Rabu
12.14 pagi


Sinopsis Pre Entry

Assalamualaikum..


Lama tak update blog sejak bermulanya bulan yang amat mulia, Ramadhan.



Dah banyak kali terdetik nak create satu entry khas untuk bulan ramadhan, tapi setiap kali pegang laptop mesti rasa "eh takpela..tunggu habis ramadhan baru buat"



Tajuk entry "Kisah Ana Pengajaran Buat Semua"


Sinopsis : Kisah Kehidupan Ana dalam segala sudut buat pengajaran untuk sesiapa sahaja yang singgah, TERsinggah blog ni. Tujuan bercerita hanyalah untuk memberi suntikan semangat, nak     wujudkan satu pandangan dalam urusan kehidupan dari sudut yang berbeza untuk semua pembaca. InsyaAllah



Nanti la ...tunggu dapat masa yang betul2 sesuai utk menaip. 


Ramadhan belum tamat. Jangan putus asa dalam beribadah. Rugiiiiii sangat..


"Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah: doa ibu bapa terhadap anak; doa orang yang berpuasa; dan doa orang bermusafir." (Riwayat al-Baihaqi)





p/s : Sangat bangga dengan warga Alam Damai. Masjid sentiasa penuh. Qiamullail pun ramai. Alhamdulillah



Sekian, 


Jari Kecil
14 August 2012, Selasa
7.10 malam