Sunday, November 23, 2008

Muhasabah Diri

Assalamualaikum,

Harini rasa2 nak kongsi sesuatu setelah mendengar beberapa buah lagu nasyid melalui youtube. Setelah menghayati dan mengulang lagu2 tersebut berulang kali, huh! rasa berdebar plak hati nih. Teringat macam2. Tiba2 terlintas semua perbuatan yang pernah aku buat sejak pandai berfikir. Pandai berfikir namun tak bijak menilai. Haih. Muhasabah diri kejap. Berapa orang antara kita yang tak pernah menyusahkan mak ayah? Mintak duit. Mintak tu. Mintak ni. Kalau teknologi di hujung jari, dalam kes kita nih, kita panggil semuanya di hujung bibir. Sebut je, semua mak ayah kita tunaikan. Besarnya kasih syg dan perngorbanan diorg. Mintak kat kawan? " Err. Sori la. Aku bukan tak nak tolong, tp...". Lagi teruk kalau kwn yang diharap2kan tu, hilang ntah ke mana. Mungkin tak semua tp kebanyakannya. Zaman sekarang nih, kawan senang nak dicari tapi sahabat sejati? 1 dalam seribu.

Lagu pertama yang aku dengar tadi bertajuk Kehidupan by In-Team & Nazrey ( Raihan ). Lagu ni aku selalu dengar time aku tgh "down". Boleh membuat aku lebih bersemangat dan positif. Hayatilah lagu nih baik2. Mana tau korang2 yang tengah "down" tu akan lebih bersemangat! Antara liriknya yang buat aku suka :

"Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan"

"Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali"



Aku percaya semua orang pernah melalui masa susah. Tak kira la susah dari segi apa. Selagi kita rasa serabut, susah hati, tak senang duduk, tu dikira masa susah la tu. Tak semestinya orang yang berharta tak pernah rasa susah dan tak semestinya orang yang miskin tu selalu rasa susah. Haaa. Anda paham maksud saya? Maksudnya duit, kesenangan, tak menjamin apa2. "Kesenangan yang datang tak akan selamanya". Jadi, sentiasa lah bersyukur dan jangan sekali kali terkeluar dari landasan syariat.

Selalunya, tabiat student2 nih "enjoy" lepas habis exam. "enjoy" lagi lepas dapat result tinggi. " Enjoy = clubbing + minum2 + kuar jalan2 sampai midnight" . Tak salah berhibur ( Clubbing tu salah ye!!) tapi biarlah berpada. Jangan plak sampai meng 'qadakan waktu solat sbb nak enjoy punya pasal. Oho. Bila nak pekse solat hajat. Pembuka pekse wat solat hajat. Penutup pekse? Ada sape2 yang buat solat hajat? Mungkin terlampau sikit bilangannya atau mungkin tade langsung. Peringatan untuk aku sendiri..

Lagu kedua yang aku dengar. Menanti Di Barzakh by FarEast. Lagu ni sangat menyentuh jiwa siapa2 yang mendengarnya. Hayati lagu ni dan korang sendiri dapat menilai.



Sejauh mana amalan kita sekarang ye? Seberat mana amalan kita? Sebanyak mana dosa kita? Jangan sampai jadi macam apa yang ditulis dalam lirik lagu ni

Ku merintih aku menangis
Ku meratap aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Sekali nyawa ditarik, dah takde lagi patah2 balik. Apa amalan kita sepanjang kita hidup di dunia, itulah yg kita bekalkan. Haih. Cukup ke? ( Tny diri sendiri jugak ni ). Moga2 hati bersih dan sentiasa diberikan hidayah. Kepada kalian yang telah pun kehilangan orang2 yang tersayang, rajin2 lah doakan mereka. "Tidak tergambar sakitnya mati" . Haih. Rasulullah yang merupakan kekasih Allah pun sampai berkerut2 dahi ketika nyawa ditarik. Kita apa ntah lagi. Renung2kan.

Sesungguhnya kematian akan datang kepada kita walaupun kita cuba untuk lari daripadanya.. Kesakitan yang dialami semasa sakaratulmaut adalah untuk meringankan siksaan kita di Akhirat kelak... Wallahualam.

Jika kamu inginkan kekasih..cukuplah Allah sebagai kekasih
Jika kamu inginkan teman..cukuplah Al-Quran sebagai teman
Jika kamu inginkan peringatan..cukuplah MATI sebagai peringatan

Jari Kecil
Isnin, 24.11.2008
3.16 a.m

3 comments:

marsupilami said...

sy ske ke2-2 lagu nih!!
hehehe..
bg la budak u kite dgr lagu menanti di barzakh nie..
bior dorng insaf sket..especially dak laki.. lbh utame ny mrke yg ske mempermainkan agame dan x der hala tuju idop..kpd mrke2 yg terlibat dlm kancah maksiat!!!

mari la kite pasang lagu nie dlm dorm ari2 pki hp shakira!!
;D

LittleFinger said...

ya,ya.ya,,,btol tuh.mudah2an

Hazhari Ismail said...

umi,dengar la lagu

'Taubat seorang hamba' dr Irsyadee ft. Hafiz HAMIDUN

hehe