Sunday, May 10, 2009

Kronologi Semester 4

Assalamualaikum..

Dah abis dah sem 4! yahoooww! Sem 4 yang sangat memenatkan. Sangat mencabar dan Sangat macam2. Mari kita lihat apa yang berlaku pada sem 4 tahun 2009 :


6/2/2009 - Wat replika produk loreal utk "Demonstrasi boikot brg Israel". Sampai tgh malam wat. Besar! Replika tu tinggi aku dah!

7/2/2009 - Seminar Amal Palestin ( Bakar2 replika & artis jemputan UNIC )

14/2/2009 - First test Law 251 (Business Law) pada malam hari


12/2/2009 - Test MGT ( IT in business)

17/2/2009 - Kuiz Finance dan kuiz Arab

21/2/2009 - First Test Finance

22/2/2009 - Aktiviti kelab XPDC. Ade amazing race,survivor n fear factor..Aku hanya menjadi urusetia.

23/2/2009 - First Round British Parliamentary Debate. Tajuk : Usage of English Would Deplete Malaysian's Identity. Aku dan partner ( Ratna Rozana ) jadi Government Whip. Alhamdulillah. Menang dalam first round.

24/2/2009 - Pertandingan Arab.( Pertandingan ni sbnrnya diwujudkan sebagai salah satu carried mark dalam subjek Arab. Setiap kelas yang amek subjek nih kena wat persembahan yang menggunakan bahasa Arab. Jadi, hasil penat lelah,kelasku telah mengadakan persembahan yang bertajuk Baitulmaqdis. Nanti aku letak video. Eh x nak. Malu. Ahaha.Dengan seronoknya kami telah mendapat tempat ke2 walaupun banyak sgt masalah jd malam tu. Dan lebih seronok lagi, kami telah mendapat markah penuh utk carried mark!" Credit juga kepada rakanku Sari Intan Nor Syamimi yang sanggup menjiwai watak tentera Israel sampai tercedera.Tisu kaki beliau koyak pula ketika melakukan aksi di bom! Takziah buat beliau..

26/2/2009 - Siapkan Group assignment MGT. Kena buat website company. Dan kumpulan kami telah bersepakat utk membuka company jahit menjahit yg dinamakan Titan Tailor. Kami bertungkus lumus menyiapkan keje sampai duduk dekat lab hingga jam 1 pagi,

27/2/2009 - Submit assignment MGT..


1/3/2009 - Open Netball di Uniten Muadzam Shah, Pahang. Berjaya memperolehi tempat ke-3.

19/3/2009 - Disebabkan pada keesokan harinya aku terpaksa bertolak ke Shah Alam, maka aku bekerja sehingga jam 4 pagi bersama Atim, ahli group utk assignment Law. Assignment tu nak kena hantar 23/3, jadi aku tolong sedaya yang boleh. Selebihnya, Atim dan Ajie pula yang mengarang.

20/3/2009 - Open Netball lagi dekat UiTM Shah Alam. Siap2 betolak ke UiTM Shah Alam pukul 6 petang.

21/3/2009 - Pulang ke UiTM JB. Betolak pada jam 10 malam dan tiba pada jam 2 pagi.

22/3/2009 -Pukul 8 pagi ada sukan antara program.Aku masuk treasure hunt. Penat baru balik netball tak hilang lagi. Tapi redah je. Muke ngantok2 men treasure hunt (ganti orang je sebenarnye...kalau x, dah lama aku tido) Dapat no 2! Malam tuh aku menghabiskan Assignment Law yang tergendala. Alhamdulillah sempat siap walaupun kepenatan.

23/3/2009 - Hantar Group assignment PR ( Public Relations ) and hantar assignment LAW

24/3/2009 - First Test PR

25/3/2009 - Test Arab

27/3/2009 - Writing and Listening Test Arab

31/3/2009 - Dinner Arab..sebagai pemenang tmpt ke2 pertandingan arab dulu, D4B1 telah diberi mandat utk membuat persembahan lagi sekali. Tetamu undangan ( student dan lecturer persatuan bahasa Arab dari UiTM Segamat)

1/4/2009 - Presentation untuk projek ARAB

2/4/2009 - Final round utk British Parliamentary Debate. Tajuk : This House Believes in Educating University Students Locally. Aku partner bersama Ratna Rozana. Dengan berkat usaha kami berdua, dapat gak menang pertandingan nih. Credit to Ratna kerana banyak memberi point2 yang best. Mase final round nih, kitorang jadi Opposition Whip. British Style nih lain sket. Nak terang susah. Sape2 yang nak tau lebih lanjut, silalah hubungi saya :P. Moto team aku adalah " Kami Suke Membangkang! " Alhamdulillah jugak, aku dapat jadi best female debater. Terima kasih banyak2 kepada mereka2 yang support kitorang..Love U All!!

3/4/2009 - Submit individual assignment PR

3/4/2009 - Test ke2 FINANCE

4/4/2009 - Karnival rakan media ( buang masa je benda ni )

5/4/2009 - Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Anugerah Cemerlang. (time ni pertandingan nasyid pun ada. Kumpulan aku " Nur Raudhah" dapat no 2. Yahooo!

6/4/2009 - Test ke2 PR

7/4/2009 - Hantar paper projek Arab dan Reading Test Arab


Jadi, inilah aktiviti2 utk semester 4 yang sangat memenatkan minda dan tenaga. Aku rase macam orang yang sedikit sewel sem nih kerana terlampau tertekan. HoHo. Anyway, doakan aku berjaya utk exam kali nih, kerana carried mark yang tidak begitu memberangsangkan. Mudah mudahan result still bergaya. Aminn..Doakan saya~

p/s : Credit to Paare kerana aku telah mencuri tarikh2 bz sem 4 nih dari blog beliau. Tq!



Jari Kecil,
Rabu, 13 Mei 2009
10.40 malam


Kronologi semester 4 part 2 akan diletakkan bagi menyambung kronologi sem 4..

Friday, March 13, 2009

Al-Kisah Cerita Dahulu Kala

Assalamualaikum..

Al- kisah.. Nape aku namakan tajuk post kali ni cerita dahulu kala? Bukan sbb aku nak wat prosa klasik mahupun gurindam ghazal rabiah. Cerita ni sebenarnya dah lama berlaku. Cuma baru sempat diceritakan sekarang. Jadi cerita dahulu kala...

Dahulu Kala, aku dan rakan- rakan bilik ku telah berangkat ke batu pahat dan melaka untuk melakukan aktiviti yang dinamakan " penyembuhan otak ". Otak yang penin2 blaja perlu disembuhkan dgn aktiviti sebegini. Aktiviti itu adalah " Road Tour ".. (busan...). Semua budak bilik aku terlibat. Tp kami telah dipisahkan kepada 2 bahagian mengikut system random sampling. 1 bahagian ke rumah iema, 1 bahagian lg ke rumah ana. Ana bukanlah ahli dorm kami, tp beliau merupakan pelancong vietnam yang sudi sponsor tmpt tggl buat kami. KApkun KAp ana. Maksudnye terima kasih ana dalam bahasa vietnam.

Aku ni tergolong dalam bahagian yg 1. Rumah Iema. Kami disambut dgn pnuh meriah di rumah Iema. Segan pun ada. Kami juga disogokkan dengan pelbagai jenis makanan. Terima kasih Mak Iema krn telah menyogok kami. Sungguh kenyang spt buaya2 terdampar di tepi sungai. Kami tiba di rumah Iema dlm tgh hari. Ptg tu dah kuar jalan dah. Gi pantai. Nama pantai tu, pantai minyak beku. Walaupun tiada minyak beku yang kelihatan, kami mengiyekan sahaja kata Iema yg nama dia Pantai Minyak Beku. Ahaha.

Inilah ahli-ahli rumah Iema

Paare (paling kanan) seperti seorang ahli kugiran

Tgk2..takde pape yang beku pun kan? Ptg tu balik rumah, malam jalan2 sikit dan terus tido. Esoknya nak gi melaka pulak.

Jalan - Jalan di Batu Pahat

Bermulalah perjalanan ke Melaka. Pg tu bangun, makan nasik lemak. Yeke? Lupa plak. Pastu terus bertolak ke Melaka dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Iema. Sampai kat Melaka, dah terpikir2 nak pegi mana. Akhirnya, terus berenti kat Bandar Hilir. Yeke? Aku pun tak tahu nama tmpt tu. Ni la dia tempat persinggahan pertama kami

Saya di Melaka

Pas beli cendol kat area2 sini, kitorang naik bahagian atas plak. Tak tau apa nama tmpt tu. Aku cuma pggil dia tmpt bersejarah je. Ehe. Ni la dia

Saya di sebelah batu bersejarah. Ngehngeh

Ni dalam perjalanan nak naik atas

Macam2 aksi bergambar kitorang buat kat atas tuh. Antaranya..

bergambar di hadapan kubur

Lepas je gambar ni diambil, kitorang bercadang untuk membuat aksi yang lebih menarik untuk ditonton..

Seperti sekawan lipas

Lepas je bergambar dgn pnuh bergaya kat bahagian atas nih, kitorang jalan2 lagi. Tp kali ni kat tempat yang banyak meriam. Aku still lagi tak tau apa nama tempat nih

Mengelilingi meriam

Kitorang kat sini memang btol2 macam pelancong. Sangat menarik. Bergambar pun seperti sekumpulan pelancong.

Dari Nepal

Banyak lagi perjalanan korang kat melaka nih. Lepas dari ni, kitorang amek gamba kat kapal terbang ngan keretapi pulak. Tp malas lah bubuh dalam ni. Dah penat round kat sini, kitorang naik plak eye on Malaysia. Masa mende alah ni ada kat KL, tak pulak aku naik. Masa kat Melaka plak aku naik. Pape ntah kan?

Di dalam Gondola Gege

Saya kelihatan tinggi. Yippee

Lupe plak. Sebelum kitorang pegi eye2 nih, aku ada la main2 kat satu tmpt nih. Macam biase, aku still tak tau nama tmpt tuh. Lalu je kat situ, ada la segolongan kaum Cina tgh buat hape ntah. AKu dengan Iema yang penuh teruja tgk diorg buat benda tu, terus join. Mesti korang tertanya-tanya kan ape benda la yg aku merepek nih. Ntah. Dia mcm senaman la. Sume orang duduk bersila sambil pejam mata dan diiringi muzik yang lembut. Mungkin dorang membayangkan sumthing>??

Kami yang cuba menghayati. Hehe

Sempat jugakla kitorang sampai kat alam lain.Kuat pengahayatan kitorang. Walaupun sekejap, tp sempat menghayati.Hebat kan? Ehem. Sebenarnya, kedatangan kitorang kat sini macam mengganggu konsentrasi dorang gakla. Mane taknye, agak syok bergambar. Haha

Over

Dah penat merayau2 kat Melaka, dalam pukul 6 petang, kitorang dah bertolak balik ke Batu Pahat. Singgah la kejap kat umah Ana di Mersing. Jumpe rakan2 dorm yang lain. Kesian kami dipisahkan kerana faktor tempat tinggal. Malam tu dah tak pikir apa dah. Tersadai kepenatan di rumah Iema. Tido2 dengan penuh lena dan dedikasi. Terima kasih kepada semua penaja kerana telah menjadikan aktiviti ini satu aktiviti yang menarik. I Love You All..HEhe. Lepas trip ke Melaka dan Batu Pahat ni, kitorang pegi Genting plak beramai2. Lagi happening wooo. Nanti ada kesempatan, saya citer lagi ye. K. Chow Shin Chi..

Jari Kecil,
15 March 2009, Ahad
1.11 pagi