Monday, October 12, 2015

Apa aku buat sekarang?

Assalamualaikum


Lama betul tak update blog. Dulu ingatkan nak tunggu satu moment yang sesuai baru nak update, tapi tiba-tiba hari ni rasa rajin pula, Walaupun sebenarnya kerajinan yang datang ni adalah berpunca dari kemalasan aku nak baca buku,


--------------------------------------------------------------

Jadi apa aku buat sekarang?



Alhamdulillah sekarang aku dah berjaya mencapai pekerjaan impian aku. Bukan senang nak dapat kerja pun sebenarnya. Aku grad master waktu ekonomi Malaysia tak berapa baik. Ramai pekerja diberhentikan dan banyak organisasi mengurangkan / memberhentikan kadar pengambilan pekerja. Jadi aku yang baru nak mencari pekerjaan ni memang sangat struggle.






Nak cerita berapa kali aku give up dan breakdown waktu dalam proses mencari kerja ni, memang tak terkata. Waktu ni juga la ada terdetik rasa sia-sia aku berhenti kerja masa lepas degree dulu semata sebab nak fokus sambung master. Aku jugak pernah tolak tawaran kerja masa dalam pengajian master atas nasihat dan larangan dari mak aku. Tapi, kenapa perlu salahkan takdir kan? Semua yang jadi ada hikmah dan pengajaran yang aku kena ambil. Jadi, relax dan positif. 






Maka dengan itu, alhamdulillah dengan jatuh bangun yang aku hadap lepas je tamat Master, aku dah pun dapat pekerjaan yang aku impikan dari aku diploma lagi. Happy betul rasanya !! Kadang-kadang kalau aku duduk berfikir apa yang jadi dalam kehidupan aku sepanjang 26 tahun hidup, ada juga rasa tak percaya. Tak percaya sebab atas macam-macam halangan dan kesusahan yang terjadi, aku sebenarnya dapat capai apa yang aku target . Biarpun jalan yang aku kena lalui tu sangat mencabar. 




So, apa kerja aku sekarang? Aku pensyarah ! hahahahhaha ! Kenapa ketawa? Sebab aku sendiri tak boleh bayang macam mana aku boleh jadi pensyarah dengan keadaan aku masa jadi student dulu. Dekat mana aku mengajar tu aku tak boleh la bagitau. Bahaya. 





------------------------------------------------


Waktu aku jadi student dulu, aku ni jahat sebenarnya. Ok lah, aku kategori nakal. Tapi nak cerita kejahatan tu dalam blog ni, macam tak seronok pula. Biarlah ianya hanya menjadi perbualan antara aku dan kawan-kawan masa diploma-ijazah-master. 




Bila aku dah jadi pensyarah, memang trick yang student buat macam ponteng kelas, main hp senyap-senyap dalam kelas, buat-buat fokus dalam kelas padahal satu hape pun tak faham, malas buat assignment, buat kerja last minute, meniru, dan macam-macam lagi, semua tu aku tahu. Hahahha. Tapi aku tak rasa nak marah pun dengan student aku. Aku cuma rasa kelakar sebab apa yang diorang buat, semua tu kehidupan yang aku lalui masa jadi student dulu. Tak kira la sama ada kejahatan tu aku sendiri yang buat atau kawan-kawan aku yang buat. Yang penting, aku memang masak sangat dengan trick dan perangai student. Oh yang paling aku seronok, ada je student yang hilang lepas separuh kelas, Aku perasan je situasi tu dan aku tahu . Tapi, layankan aje. 






Cuma satu je la yang aku tak berapa berkenan. Nak ponteng, nak buat nakal dalam kelas ni aku tak kisah. Tapi tolong lah bertanggung jawab dengan diri sendiri. Duit dah habis banyak untuk belajar, bila waktu exam atau waktu presentation, tolong lah ada effort. Dalam kelas nak malas, nak tidur, aku tak kisah. Tapi kalau disebabkan malas kau tu, dibawa sampai ke exam, itu boleh buat aku annoyed. Kalau semua benda nak malas, aku tak boleh tolerate. Kalau bodoh sombong, pun aku tak boleh tolerate. Jadi untuk membantu student yang malas sangat ni, aku banyak buat discussion dalam kelas. Kalau ni pun malas jugak... mudah-mudahan Allah tunjuk lah jalan untuk budak-budak ni. 


---------------------------------------------------------------


Apa yang best nya jadi pensyarah di mata aku? 



Aku tiba-tiba jadi rajin membaca!!!! Wow! Ini memang satu keajaiban. Sepertimana masa aku jadi student aku hanya baca alakadar dan baca bila nak exam je, tapi kini tidak lagi. Ajaibnya, aku bangun je tidur, siap sarapan, on laptop dan buka buku. Isu ekonomi semasa memang kena sentiasa update. Yela, tak ke malu kalau student tanya tapi pensyarah tak reti nak menjawab. Huii tercabar ego dan maruah sebagai seorang pensyarah. Jadi untuk persediaan setiap kali kelas, aku memang membaca kaw-kaw punya! 



Nak membaca tu satu hal, tapi yang paling mencabar bila jadi pensyarah ni pada aku, bab nak memahamkan student dengan apa yang kita baca. Penerangan mesti jelas dan mengikut level pemahaman student. Bagi aku, mungkin topik tu senang dan tak perlu penerangan beriya, tapi mungkin tidak pada level pemahaman student yang aku ajar. Ha itulah part yang paling susah untuk aku. 




Aku pula jenis kalau mengajar, aku takkan puas hati kalau ada student tak faham. Aku tak capai satisfaction dan KPI yang aku buat untuk diri aku sendiri. Jadi setiap kali kelas, bukan aku je yang mengajar sebenarnya, aku turut belajar sama.




Disebabkan setiap kali habis kelas aku akan muhasabah apa silap aku masa sesi mengajar, dari situ aku belajar untuk improve lagi skill mengajar. Setiap kali kelas, aku akan cuba method baru untuk capai keberkesanan sesi pembelajaran. Mencabar sebenarnya bagi aku. Aku tak nak jadi pensyarah yang syok sendiri. Datang dan terang ikut slide powerpoint dan balik. Aku benci rutin tu. Itu bukan Aku. Mungkin masa aku jadi student aku memang jenis tak kisah dengan benda ni. Tapi bila jadi pensyarah, ini tanggungjawab dan amanah aku. Aku kena buat habis baik. Itu je.


---------------------------------------------------------------


Oh tapi satu jela, aku ni masih lagi orang yang suka bermain-main. Kadang-kadang aku terbawa-bawa perangai seorang ummi yang suka berhibur dan bermain dalam kelas. Bezanya kali ni aku berhibur dan bermain-main dengan student aku. Aku kena matang sikit lah sebenarnya. Bahaya nanti untuk kesejahteraan aku sebagai seorang pensyarah. Aku bukan student lagi hoi.






Panjang juga kisah kehidupan aku yang terkini ni. Aku rasa, cukup lah dulu. Bila aku rasa ada benda yang menarik untuk dikongsi, nanti aku update lagi.




Ok babai





Sekian


Jari Kecil
12 Oktober 2015, Isnin
430 pm


Friday, February 20, 2015

Sambung Masters sebenarnya tak seteruk yang disangka

Assalamualaikum



Aku dah lama tak ada idea nak tulis apa untuk blog ni, sehinggalah pada suatu malam yang hening, kawan aku tunjuk satu screenshot dari twitter. *Sorry dah delete pulak gambar tu* . Oh btw, terima kasih pada syafiq, kawan aku yang sama-sama sambung Masters di INCEIF untuk screenshot yang dia bagi (klik sini untuk ke blog Syafiq). Dan terima kasih pada adam (tak ada blog, lol) sebab tolong screenshot dan pass pada Syafiq. 


Kisahnya ada seorang hamba Allah dah bagi link ke blog aku untuk entry aku satu ketika dahulu tentang "Bagi saya, sambung Master tu tough" >>> klik sini



Entry tersebut telah menambah ketakutan beliau untuk sambung belajar dan lebih malang lagi, hamba Allah tersebut dah mengajak sahabatnya untuk takut bersama. Jadilah mereka takut secara berjemaah. Aku terus rasa bersalah dengan keadaan yang berlaku, dan aku rasa aku kena betulkan balik. So entry kali ni diwujudkan khas untuk membetulkan persepsi sesiapa yang takut nak sambung Masters tak kira di INCEIF, atau di mana-mana saja.




------------------------------------------------------------------------


Satu ketika dahulu, aku sambung Masters atas semangat cita-cita yang tinggi. Aku nak jadi pensyarah, muktamad! Aku berhenti kerja semata-mata sebab nak fokus dengan Masters   ( ok part ni aku menyesal, tapi Allah lebih tahu ) . Aku pilih INCEIF sebab pensyarah aku dulu suka sebut tentang INCEIF (yang bagus dan best ). Jadi aku ada satu perasaan positif tentang INCEIF. Habis je Ijazah, aku kerja tak sampai 3 bulan lepas tu terus sambung Masters. 



Semester pertama sampai semester kedua, aku bukan main gigih. Study teruk-teruk sebab nak cuba fahamkan sesuatu subjek yang aku kurang jelas. Masuk semester ketiga, aku dah semakin malas. Subjek pun ada yang dah dapat C. Begitulah malasnya aku waktu tu. Kemalasan ni berterusan sampai ke semester 5. Semester 6 (semester akhir ) aku dah tak boleh malas , kalau aku malas, aku tak boleh grad. Dengan kebaikan yang Allah bagi pada aku, Alhamdulillah aku berjaya grad on time walaupun tahap pemalas dah serupa tahap beruang berhibernasi waktu musim sejuk. 





Waktu mula aku masuk INCEIF, aku terkena kejutan budaya. Bukan aku berubah tiba-tiba jadi budak punk, tapi aku terkejut kenapa aku kena baca journal banyak sangat. Jujurnya, tak banyak pun journal yang perlu dibaca, tapi sebagai seorang pelajar yang memang malas membaca, aku nak kategorikan ia sebagai BANYAK SANGAT





Kenapa aku kata sambung masters tu tough?



1) Aku malas membaca journal yang panjang-panjang. Dengan segala statistik, econometrics...aku sungguh malas nak faham. Tapi aku paksa la diri untuk jadi rajin. Kalau ikutkan malas tu sampai bila nak berjaya.



2) Aku ada satu tabiat suka ponteng kelas (ponteng suka-suka dan ponteng kerana terpaksa). Tabiat ni dari diploma -- ijazah -- masters masih dikekalkan dengan penuh istiqamah. Tapi ponteng kelas waktu Masters adalah sangat tidak bijak ye kawan-kawan. Lagi-lagi kalau kita lepaskan peluang belajar dengan pensayarah-pensyarah hebat dari INCEIF. Ilmu dan pengalaman yang diorang ada jangan disia-siakan. Jadi bila aku ponteng, aku sendiri dah cari pasal nak catch-up balik apa yang diajar. Padan muka




3) Dunia postgraduate tak sama dengan undergraduate. Disiplin dan semangat kena tinggi waktu postgraduate. Nak malas-malas tu boleh, ala biasalah majoriti pelajar melayu kan suka malas-malas. Tapi malaslah dengan berpada-pada. Jangan malas sampai menyusahkan dan memperbodohkan diri sendiri. Ubahlah mind-set saat melangkah ke alam postgraduate. Tak boleh terlalu bergantung pada orang lain, tak boleh terlalu malas tak sedar diri dan tak boleh terlalu mengharap pensyarah akan bagi semua material sampai korang tak payah cari sendiri. 




Kesimpulannya, apa yang aku maksudkan sebagai TOUGH adalah kerana kemalasan, mentaliti dan tabiat dari perspektif seorang pelajar Melayu. Dalam kes ni, aku lah pelajar Melayu tu.



Ini semua kau punca, ummi!

---------------------------------------------------------------------

Perlu ke sambung Masters / PHD?


Yang itu nanti aku sambung pada entry lain. 



-- Semoga yang nak sambung belajar tak takut untuk meneruskan niat murni tersebut
-- Semoga yang memilih INCEIF untuk sambung Masters/PHD takkan rasa INCEIF ni menakutkan (buktinya aku boleh grad walaupun aku malas umpama beruang)



Ok . Semoga mendapat manfaat dari entry ini



Sekian

Jari Kecil
20 Februari 2014, Jumaat
3.50 petang

Sunday, January 18, 2015

Tips cemerlang peperiksaan

Assalamualaikum


Tips ringkas untuk hari ini:


Cara-cara untuk cemerlang dalam peperiksaan


:: Sebelum Exam ::

1. Study sampai give up

2. Sambung study lagi sampai give up kali kedua dan mengadulah dengan sesiapa yang anda selesa . Beritahu mereka yang anda dah penat sangat study sampai nak give up. Habis mengadu, pergi ambil angin dan berehat. Pilihlah orang yang tepat untuk mengadu nasib, jika tersalah pilih orang, semangat anda akan semakin merudum. Pastikan anda mengadu pada orang yang mampu membuatkan anda terus berjuang.

3. Lepas mengadu dan rehat, sambung lagi study.

4. Ulang langkah 1-3 dengan tertib. Jangan skip, jika anda skip, nescaya punah lah harapan untuk skor.

5. Sediakan keperluan menjawab exam lebih awal (alat tulis, slip exam, kad pelajar, etc etc). Masuk beg/fail siap-siap walaupun mungkin exam anda lagi 3 minggu.





:: 5 jam sebelum exam ::


1. Baca semua nota sekali imbas. Baca style flash cards. Jangan ulang2 baca sesuatu point atau perenggan walaupun tak faham. Anda cuma perlu rotate baca semua note sekali imbas sebanyak 3 kali paling minimum. Jangan ingkar!

2. Kurangkan berbual dengan orang lain lagi-lagi yang suka berbincang di saat-saat akhir sebelum exam

3. Kurangkan bercakap benda yang tak perlu

4. Selawat, solat hajat jika sempat atau paling kurang banyak2 berdoa minta dipermudahkan

5. Imagine semua point penting dan buat virtual mind map. (bayangkan dalam kepala cabang-cabang isi penting)

6. Double check keperluan exam.




:: 1 jam sebelum exam ::


1. Baca sambil faham ayat surah al-insyirah banyak2 kali jika nervous. InshaAllah akan tenang.

2. Triple check keperluan exam.

3. Masuk dewan dengan bismillah dan duduklah tempat anda dengan tenang dan senyum dengan kawan-kawan. Senyumlah dengan semua orang . Jika anda mengambil exam seorang diri, senyumlah kepada diri sendiri dan kepada alat-alat tulis anda. Oh jangan lupa untuk mendoakan kejayaan kawan-kawan juga,






:: Semasa exam ::


1. Tarik nafas dalam-dalam dan ingat penyeksaan ini akan berakhir dalam beberapa jam sahaja lagi. Pastikan ianya berakhir dengan baik.


2. Tulis semua point penting pada setiap soalan dgn ringkas pada 5-10 minit pertama

3. Mulalah menulis karangan anda dengan penuh bergaya. Jangan terlalu lambat atau terlalu laju menulis. Tetapkan masa menjawab setiap soalan dan ikut dengan patuh

4. Mana-mana soalan yang terlupa isi penting jawapan, tinggalkan dahulu. Fokus pada yang yakin

5. Jawab semula soalan-soalan yang terlupa jawapan tadi. JANGAN TINGGAL SOALAN WALAUPUN ANDA TAK TAHU/TAK PASTI/BLANK KETIKA MENJAWAB. PENTING! Jawablah apa sahaja kemungkinan jawapan yang terlintas di kepala anda, janji jangan tulis surat rayuan kepada pemeriksa supaya meluluskan anda. Gerakkan pen/pensil anda.. jangan berhenti menulis.

6. Pastikan anda habis menjawab semua soalan (walaupun jawapan tidak lengkap dan masih tidak berpuas hati) dalam masa 30-45 minit sebelum masa menjawab berakhir. Ini bagi mengelakkan anda menggelabah dan mula blank! Setidak-tidaknya anda akan merasa lega apabila semua soalan sudah berjaya dijawab


7. 30-45 minit terakhir adalah masa untuk anda berfikir dan berdoa supaya dapat melengkapkan jawapan yang tidak berapa bagus. Fikirlah dengan tenang . Tapi diingatkan tidak boleh terlalu tenang sehingga tertidur.

8. Bila masa menjawab tamat, semak semua soalan sekali imbas sebanyak 2-3 kali.

9. Pujilah diri anda sendiri kerana berjaya melalui saat-saat sukar dan mendebarkan ini

10. Jika anda rasa jawapan yang ditulis tidak berapa baik, berdoalah. Itu sahaja yang boleh kerana semuanya sudah berakhir. Allah pasti membalas usaha anda, inshaAllah.

11. Bertawakal lah kepada Allah dengan sepenuh-penuh tawakal






:: Selepas Exam ::


1. Jangan dikenang lagi kesilapan yang dibuat sekiranya ada dan jangan disebut-sebut kesilapan anda. Diam dan teruskan kehidupan.

2. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh sehingga ke hari mendapat keputusan. Tiada yang mustahil bagi Allah. Ingat tu





:: Selepas mendapat keputusan exam ::


1. Bersyukur lah jika ianya baik dan menggembirakan anda.

2. Muhasabah diri sekiranya keputusan tidak seperti yang anda jangka dan berazamlah dengan sebenar-benar keazaman untuk berubah menjadi lebih baik.

3. Tenang dan fikirkan backup-plan. Good luck!





Baiklah.

Itu sahaja untuk kali ini. Saya nak memasak





Sekian

Jari Kecil
19 Januari 2015, Isnin
3.30 petang

Sunday, January 4, 2015

Orang Makan Garam

Assalamualaikum


Perasan tak, semakin usia kita meningkat dan semakin ramai orang kita jumpa, kita boleh lebih mudah menapis manusia yang datang dalam hidup. Tak kira lah kawan, calon pasangan atau stranger


Agaknya sebab tu kita selalu dengar ayat orang tua-tua "aku lebih makan garam dari kau, aku tahulah" . Walhal kita yang muda ni boleh dengan senang-senang hati pertikaikan pengalaman orang tua-tua. Kita kata "zaman dulu dan sekarang lain, mana boleh dibandingkan"... dan kita sangkal habis-habis  "Ala, ayah bukan kenal dia macam mana. Saya tahu lah dia. Dia kawan saya"



Tapi bila dah terkena batang hidung sendiri, baru nak terduduk dan kembali pada keluarga. Sedih bukan?


Kalau percaya sangat kawan kau tu, kenapa akhirnya kau cari family kau balik..


Ehem. (tiba-tiba tersedak)



:: Syukurlah aku dulu yang rebel dengan apa je mak ayah aku kata, sekarang dah jadi patuh dan taat setia je. (Ok tipu. kadang-kadang degil jugak) .Aku bahagia dengan apa je yang boleh bahagiakan mak ayah aku ::



Kadang-kadang wujud golongan manusia yang claim dia baik, setia dalam persahabatan, jujur, ikhlas etc etc. Tak perlulah nak disenaraikan semua sifat mahmudah tu sebab aku pun dah tak lalu nak tulis. Tapi akhirnya , well you know i mean, mana ada orang baik mengaku baik.



Bagi aku mudah, kebaikan pada manusia ni biasanya banyak yang tak sempurna. Mungkin dalam 10 benda baik kita buat, 1 saje yang betul-betul boleh dianggap kebaikan sebab tak diungkit, tak diingat dan tak minta dibalas. Dan orang yang anggap diri dia baik, ikhlas, jujur dan sebagainya tu, biasanya susah nak lihat dan muhasabah balik kelemahan diri sendiri. 



Bila kita cakap "kau rasa, kau perfect sangat ke"


Jawab dia "Aku tak pernah cakap aku perfect tapi apa dia buat tu salah! dia salah! Dia sepatutnya buat macam ni macam tu bla bla bla"



Dalam setiap kejadian , renung dan muhasabah diri sendiri sebelum sibuk korek kelemahan dan kesalahan orang lain. Itu lebih baik. Hidup lebih tenang sebenarnya. Tak kiralah kalau korang betul-betul rasa di pihak yang benar sekalipun, korang tetap tak sempurna, jadi pasti ada silap kita juga di mana-mana. FACT! 



Dan berhati-hatilah dalam memilih kawan. Ramai yang tak jujur di keliling kita. Depan-depan memang nampak mulia, soleh dan solehah belaka , belakang-belakang boleh buat forum pasal diri kita. Dah habis forum, tiba-tiba mengaku dengan orang ramai, mengaku depan korang yang dia BFF korang. eh? 



Kesimpulan untuk bebelan yang panjang ini... ada 2 benda penting kita kena tahu


1. Ikut cakap mak ayah walau apa pun. InshaAllah hidup korang happy, bahagia dan selamat dunia akhirat. Toksah perasan terer rasa kita tahu semua, berkat dan redha mak ayah itu yang boleh jadikan kita berjaya.



2. Jaga-jaga pilih kawan. Jangan senang percaya orang. Lagi-lagi yang suka claim diri sendiri jujur, ikhlas, baik hati dan segala sifat baik yang ada di muka bumi ini. Mana-mana cerita yang sangat penting bagi korang, cerita pada orang tertentu sahaja, yang jenis kawan tikam belakang ni korang cerita pasal rancangan kartun kegemaran saje ok .




Oklah. Sekian saje bebelan kali ini


Dengar nasihat ni baik-baik, kalau tak menyesal nanti. Eceh




Sekian


Jari Kecil
4 Januari 2015, Ahad
5.05 petang