Wednesday, October 16, 2013

Muhasabah : Hanya Kerana ALLAH

Assalamualaikum


Hanya Kerana Allah


Alangkah lucunya umat Islam di dunia ini



Mengaku dirinya sebagai hamba Allah 



Tetapi sering merungut dan mengeluh apabila diuji



Senang merasa sedih apabila dihina dan dicaci



Bukankah sifat sebagai seorang hamba itu selayaknya begitu?





Alangkah lucunya umat Islam hari ini



Solat dan amalnya sentiasa dijaga



Di bibirnya mengaku "Hanya Allah di hatiku"




Tetapi apabila datangnya susah yang dicarinya adalah manusia dahulu



Lebih lucu lagi


 Ada yang mengadu kepada "mereka" yang tidak bernyawa



Wall. Twitter. Instagram. Youtube.



Antara medium tidak bernyawa dan tidak berakal menjadi mangsa "kebodohan" manusia yang berakal



Layakkah yang tidak berakal dan tidak bernyawa itu dijadikan sandaran luahan masalahmu?



Tahukah kamu 'Wall' di Facebook itu datangnya dari mana?



Itu sifat Yahudi yang suka meluahkan segalanya dan meratap di "dinding" atau dipanggil "The Wailing Wall"




Bagi Yahudi, ianya sama seperti berdoa kepada Tuhan



Kini 'wall' diletakkan secara "virtual"



Dan alangkah bahagianya kaum Yahudi itu



Kerana kini ramai umat Islam mencari 'wall' dan bukan lagi Tuhan mereka....



ALLAH!




Alangkah lucunya umat Islam di dunia ini




Amal Ibadahnya banyak melimpah ruah



Sedekahnya tidak terhitung



Wang ringgit, tenaga, ilmu, senyumannya!



Subhanallah sangat kaya pahala




Pasti sudah lebat "pohon-pohon syurganya"


"Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-NYA dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNYA lagi meliputi ilmu pengetahuanNYA" (Surah Al-Baqarah : 261)



Namun.....'pohon-pohon syurga' yang hidup subur itu




Lama kelamaan kering , kehausan....




Apabila sedekahnya diungkit



Apabila sedekahnya disebut-sebut



Apabila sedekahnya dirasakan tidak berbaloi



Kamu beri 10 kamu berharap balasannya 10



Kamu beri 10 lalu kamu berharap sekurang-kurangnya ia dibalas 5



Lalu bila balasannya tidak mencukupkanmu, kamu mula resah 



Kamu mula menyebut sedekahmu



Supaya ramai yang tahu kamu telah banyak berbakti dan menabur budi



Namun apa yang kamu terima tidak setimpal dengan apa yang diberi



Bukankah kita ini manusia yang tidak mengerti?



Kalaulah orang yang kamu bantu itu mendoakanmu



Bukankah itu yang lebih kamu perlukan dari segalanya di dunia ini?



Kerana apa yang didoakan itu dipohon terus dari Allah yang Maha Kuasa, Allah sebaik-baik pembalas



Tidakkah kamu mahu Allah memperkenankan doa itu untuk disampaikan kepadamu?



Kadang manusia lupa..



Barangkali rezeki yang diperolehnya harini mungkin kerana doa org lain yang dipohon daripada Allah




Barangkali urusannya yag dipermudahkan hari ini kerana doa yang diperkenankan oleh Allah dari hambaNYA yang lain



Betul..



Seringkali manusia alpa dgn kesenangan dan kemudahan yang diterimanya



Tetapi tidak pernah lupa kesusahan yang datang padanya walaupun sedikit




Alangkah lucunya umat Islam kini



Hari ini, hatinya berbunga riang kerana dapat membantu saudara seIslam yang susah




Kemudian hari, hatinya kembali suram kerana budinya tidak dibalas




Bukankah dalam hati ini sepatutnya "Hanya Kerana Allah"?



Di mana baja bagi 'pohon-pohon syurga' yang sudah kamu tanam?



Sesungguhnya 'pohon-pohon syurga' kepunyaan kamu itu dahagakan baja yang dinamakan "Ikhlas"





Alangkah lucunya umat Islam hari ini



Mengaku dirinya mencintai Allah



Meletakkan Allah sebagai kekasihnya yang utama



Mengaku di bibirnya bahawa Allah yang Maha Berkuasa



Tapi sering kali sifat kebergantungannya hanya kepada manusia



Manusia yang lemah



Manusia yang penuh tipu daya



Manusia yang sering melakukan dosa




Bukankah kamu mengaku bahawa hanya Allah yang Maha Berkuasa?



Kamu tidak sedar..




Kamu lupa Allah itu ada



Kamu terlalu bergantung harap kepada manusia



Ada masalah, kamu cari manusia!



Ada desakan di dalam hidup, kamu lupakan agama!



Dan akhirnya bila kamu jatuh terduduk buat kali ke 2,3,4,dan....seterusnya



Kamu tahu, hanya Allah yang sepatutnya dijadikan tempat bergantung



Namun setelah kamu pulih dari kedukaan




Kamu kembali mencari manusia




Dan akhirnya kamu kecewa lagi...



Lucu



Betul apa yang Allah kata dalam surah Al-Rum ayat 41



"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)




Bencana dan kesusahan yang datang dari pilihanmu sendiri



Sungguh, kita semua insan yang lemah




Sering lalai dan lupa



Bukankah Allah menurunkan Al-Quran dan As-Sunnah untuk kita baca dan fahami




Bukankah telah banyak azab, kesusahan dan bala yang sudah kamu rasa dan lihat?



Bukankah kamu tidak tahu mati itu bila?




Jika dalam hatimu itu hanya kerana Allah




InshaAllah dalam setiap kesusahan dan kesenangan itu kamu sentiasa bersyukur



InshaAllah kamu sentiasa berlapang dada




InshaAllah ianya tidak menyesakkan jiwa



"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram" (Ar-Ra'd :28)



Buat kita semua



Semoga terus istiqamah dan mujadahah ketika berada dijalanNYA




Sekian


Jari Kecil
16 oktober 2013, Rabu
9.50 malam