Sunday, December 30, 2012

Untuk Adik The Sedo Gang

Assalamualaikum



Untuk adik The Sedo Gang yang telah berkunjung ke blog ni n tanya pasal Islamic Finance, akak dah sediakan satu entry khas utk awak


Harap tak terlambat!



Nak cerita kat komen macam banyak pulak yang nak ditulis




Lagipun selalu sangat traffic blog ni cari pasal "Dapat kerja tak selepas belajar" "Kos Islamic Finance" "Dapat kerja tak selepas GEMS"... Semua ni akan terjawab dalam entry ni InsyaAllah



Harap membantu la ye ^.^!




Bismillah Ar Rahman Ar Rahim



Kalau nak cerita pasal history Islamic Finance,  macam melampau pulak kan. Lagipun benda tu boleh je google kat internet ni. So, saya cerita benda yang saya rasa patut dicerita n patot diberitahu je


Islamic Finance! Memula orang dengar kos ni orang akan cakap: 



"Kos ni kerja tak banyak sebab tak general. Kalau blaja HR itu agak general n keje banyak. Kalau blaja Finance itu juga general n keje banyak. Tapi Islamic Finance? Tertumpu pada nama "Islamic" n tak sume tempat perlukan budak2 Islamic Finance ni. Lainla macam Finance n HR tu! Tak semua tempat perlukan Islamic Finance"


Hehe!


Tapi bagi saya kos ni banyak benda yang menarik! N  statement atas tadi ada yang betul ada yang tak


Jawapan saya:


Yes tak semua tempat perlukan Islamic Finance. TP!


Itu dulu....


Sekarang orang dah berlumba2 nak kejar Islamic Finance


Kenapa?


Salah satunya adalah isu Credit Card di US yang dah pun terjadi n isu Lehman Brothers pada satu ketika dulu


Utk tak memeningkan awak, saya bagi kesimpulan yang mudah. Sebab RIBA'!


Orang2 yang tak paham sistem Islamic Finance akan cakap 


"Budak2 Islamic Finance ni tu je la yang diorang nak cakap. Riba'! Riba'! Riba'! Macam takde benda lain yang diorang tau..


Nanti kalau awak blaja pasal Islamic Finance, n bila awak dah keje dekat bank, awak akan nampak situasi SEBENAR!



Setiap masalah ada punca. N salah satu punca pada masalah ekonomi US pada waktu tu adalah RIBA' itulah!


Orang yang malas nak amek tau n sangat skeptical pasal Islamic Finance akan pandang kita ni remeh je


Siyes!


Tp saya suka berpegang pada hadith ni



Daripada Abu Hurairah r.a , Nabi s.a.w bersabda : "Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaanya. Maka berbahagialah untuk orang yang terasing" -Riwayat Muslim-



Jangan takut bila satu hari nanti awak bekerja, awak promote Islamic Finance, n apa yang awak perjuangkan pasal Islamic Finance ni macam dipandang remeh



Rezeki harus datang dari tempat yang halal, caranya halal, sumbernya halal!



Macam mana nak tau halal atau tak?



Semua tu ada dalam ilmu Islamic Finance! 



Investment yang halal dalam Islam! Cara berniaga yang halal dalam Islam! Cara buat duit dengan halal! Cara nak tau tempat perniagaan yang halal! yup...semua tu ada..




Pasal subjek kira2 yang awak tanya



Tak macam Add Math pun dik... 



Add Math akak pun tak berapa nak kredit sangat masa SPM. Haha



Saya pun lemah jugak kira2 ..tapi! Kira2 dalam subjek Islamic Finance insyaAllah mudah.



Seingat saya, sepanjang 2 tahun saya blaja Islamic Banking kat UiTM,



Hanya KURANG DARI 4 SUBJEK adalah subjek kira2



Yang lain semuanya teori



So bergembiralah anda! Percayalah..Mudah InsyaAllah ^.^ (org yang lemah kira2 boleh kata kira2 yang dia blaja dulu tu mudah, so mohon adik percaya dengan yakin)



Pasal scholarship, emmm...saya tak pasti kos Islamic Finance ni banyak tak tajaannya



Setahu saya banyak! Tapi jangan risau andai kata susah bebenor nak jumpa, blaja hebat2 sampai dapat first class degree, then convert PTPTN jadi Biasiswa macam yang saya buat ^.^!



Eh tapi jangan risau la...banyak je biasiswa ini. Cuma kena rajin cari OK! jangan giveup! Kalau score 3.5 ke atas dalam Islamic Finance, insyaAllah ada peluang besar dapat scholar.



N nanti bila adik dah kerja dalam bidang Islamic Finance ni



Jangan terkejut dan maha pelik bila apa yang awak blaja tak sama dengan apa yang dipraktikkan di bank2 atau institusi2 kewangan



Walaupun banyak kontroversi antara Islamic Finance yang diamalkan oleh Malaysia n Middle East




Banyak jugak yang kita tak sama pendapat dengan diorang




Tapi jangan takut



Teruskan menuntut ilmu, perjuangkan apa yang awak blaja n apa yang awak kaji! 




Pegang pada hadith tadi..InsyaAllah u're on the right track!




N ini ada sikit citer dari pengalaman akak..hope boleh bantu awak buat keputusan dengan bijak ^.^





My Story



Masa saya mula2 belajar dulu, saya selalu nak pilih kos yang best2 je sebab takut takde keje bila habis blaja nanti. Sampaikan nak pilih kos yang saya rasa tak layak pun dengan kelulusan SPM yang tak seberapa tu. Last2 sekali saya tak dapat apa yang saya nak. Masa tu mintak UIA. Kos apa dirahsiakan. Hehe. So, masa rayuan UPU saya mintak kos biasa2 je. "Diploma Pengajian Perniagaan" . Tak pernah terpikir pun nak amek kos ni...



Tp Alhamdulillah, berjaya dengan grad dengan pointer 3.5 ke atas. Yup, kos ni mudah sebab tu ramai orang boleh score. Then saya konpius nak pilih kos apa untuk degree. Dalam hati nak sangat amek International Business. Kos ni agak general n tak ramai pun ambik. Tapi parents saya nak sangat saya ambik kos Islamic Banking. Berbekalkan kepercayaan "Apa yang mak pak pilih pasti berkat" so saya teruskan degree dalam kos Islamic Banking



Awal2 sem terkejut jugak bila pointer yang keluar hampir mencecah 4 flat. Padahal blaja macam main2 je. Study tu memang study tapi bagi saya tak la sehebat orang lain study. Tidur, tengok tv, jalan2. Bila masa study, saya study. bila masa solat saya berhenti walaupun masih banyak bab2 yang tak dicover lagi! Pencapaian didahulukan Allah diutamakan ^.^ 



Sekarang alhamdulillah saya grad dengan Kelas pertama walaupun result tak sehebat kawan2 yang lain tapi syukurlah. So tibe masa untuk cari kerja......



Lepas sorang2 kawan saya dapat keje. Saya? menganggur lagi. Masa ni beriye cari keje bank. Yela konon nak cari yang sama bidang dengan kita blaja. Ada jugak saya pegi interview beberapa buah bank. Tp result? Hehehe.. Hampeh! First class Degree tak dapat keje lagi! sampai bulan ke 4 menganggur, baru dapat keje. Tp...bukan bidang saya! Bidang akademik.. yup cita2 saya memang nak jadi lecturer. Tp saya cuma bekerja sbg admin exec! bukan lecturer....



Tp pengalaman sbg admin exec yang menguruskan hal ehwal lecturer saya jadikan panduan n kajian bila nak jadi lecturer nanti. Skrg ni saya dah pun berhenti keje untuk sambung Master dalam Islamic Finance di INCEIF. Oh...ramai taktau apekebenda INCEIF ni...tapi orang2 dalam Islamic Finance akan nampak INCEIF ni tempat yang tough! bukan sng nak grad dengan cemerlang dalam ni. Saya tak kata susah nak masuk. Saya cuma kata susah nak grad dengan cemerlang. Agak mencabar! INCEIF ada provide scholarship....so dont worry. Cuma pergi interview n try to perform.



Utk awak, bincang dengan mak pak apa yang dia harapkan dari awak. Dapatkan pandangan dia n  nyatakan sekali apa minat awak. Tak semestinya amek kos yang awak minat! tapi AMBIK KOS YANG AWAK MAMPU BLAJA! itu penting. Minat boleh dtg kemudian. Saya? dulu tak minat pun Islamic Finance. Tp lepas blaja jatuh cinta. Hoho



N jangan takut pasal keje. Eh ofkos la kena risau kan. Tp tak perlu terlalu banyak pk. Sebab...terbukti ramai je kawan2 saya yang score First Class Degree tapi menganggur lebih lama dari student yang grad dengan Second Class Upper or Second Class Lower. Yg pntg bila nak bekerja, jangan memilih! itu sangat penting! 



The way you act, the way you talk, the way you express yourself in front of your employer are much more important rather than your result! Ini siyes!



Eh tapi jangan amek mudah dalam blaja pulak. Score tetap score! Kasi power2! oke ^.^!


Tak kira kat mana awak ada, cuba untuk create OPPORTUNITY! ingat kemas2 dalam otak "EXPERIENCE! EXPERIENCE IS PRICELESS!" Tak guna blaja hatta sampai habis PHD sekalipun tapi tak reti apply apa yang diblaja dalam REAL JOB WORLD! 





Woaaa panjangnyeeeee!



Kompem letih baca. Hahahaha. Bia bia



Untuk adik The Sedo Gang


Blaja rajin rajin. Kos Law sangat bagus kat UIA. Kos Islamic Finance pun sangat bagus. Buktinya ramai orang2 yang hebat dalam Islamic Finance juga datangnya dari UIA. So pk yang mana sesuai utk awak. Nature keje utk Law n Islamic Finance sangat berbeza. So awak pk betul2 yang mana sesuai utk awak utk masa akan datang. Pk jauh! buat 5 years n 10 years plan. Then doa! 


N sori kalau awak rasa "Hek eleh merapulah akak ni citer panjang2..aku tanya sikit je". Hahahahha. Tp tak kisahla. Hope membantu k! 



Good Luck for your future! Ada problem, ada benda nak tanya, sila tanya saja. Rasa hepi bila tolong orang ^.^


Ikhlas dari kak Ummi..ececece




Assalamualaikum!



Sekian


Jari Kecil
30 Disember 2012,Ahad
5.55 petang

Monday, December 24, 2012

Cerita Konvo : Part 1 ( Ambik Jubah )

Assalamualaikum..


DATE : 19 NOVEMBER 2012

VENUE : DATC, UITM SHAH ALAM

TIME : Tak ingat masa...


Saya berempat dari rumah 


Saida, paare, atim dan saya


Saya drive Myvi AHL 5513


Excited! 


Masa ni la nak jumpa kawan2


Asal jalan sikit je jumpa kawan UiTM JB


Asal jalan sikit je jumpa kawan UiTM Kedah



Seronok!


Memang berusaha nak sembang dengan semua orang


Haus jugakla satu hari tu banyak sangat bercakap


Lepas amek jubah, terus tunggu member2 lain, n buat photoshoot dalam dewan



Shakira. Aisyah. Paare. Saida. Atim. Saya. Daus


Daus cuma seorang photographer


Ini je yang ada, semuanya student kos Islamic Banking n Finance


Dan diorang semua adalah kawan2 UiTM JB saya


Kawan2 UiTM Kedah saya tak berapa rapat


Kalau rapat pun dengan kawan lelaki


So takleh la nak over2 sebab berlainan jantina kan


Daus hanya nak menjadi photographer pada hari tersebut


Kitorang dah offer nak amek gamba dia tapi dia taknak


Apekan daya..orang dah tanak, kitorang pun hepi ada tukang amek gamba full time. Hoho


Plan asal nak amek gamba kat tasik Shah Alam tapi memandangkan masa tu hujan


So bergambar dalam DATC jelah...


Mula2...pakai Jubah


Apesal saya berbibir leper -_-



Dah siap tolong kawan pakai, terus mintak daus snap gamba walaupun ada member yang tak siap lagi


Yang depan skali tu kira. Nama sebenar Shakira, nama manja shakirot...dia baru nak amek jubah dia dari dalam beg. Tapi kami tak pedulikkan dia


Lepas tu diorang masih bz betulkan apa yang tak betul


Tapi saya tak peduli


Saya hanya nampak kamera daus dan saya hanya senyum seperti biasa


Tanpa memikirkan kawan2 saya yang tengah bz


Shakirot dah menunjukkan rupa tapi kenapa dia kelihatan garang~


Shakirot tak siap2 lagi


Saya dan kawan2 saya yang lain dah mula buat aksi


Dari kiri : Saida, Aisyah, Atim, Saya, Paare



Beberapa minit berlalu Shakira pun datang


Yeayyy akhirnya kami berjaya tangkap gambar bersama (apa ayat macam budak sekolah je ni)



Shakirot dah mula senyum setelah memakai jubah



Sorila gambar macam shaking je...mungkin daus nervous tengok gadis2 comel. Erk! @^@



Dah boring bergambar kat tempat yang sama


Kitorang pun try cari tempat yang berbeza


Masih bergaya sopan


Berbeza kan tempat? Berbeza sangat -_-!



Nak buat macam mana, dalam DATC jela mampu nak bergambar banyak2 dalam keadaan hujan kan



Kami cuma mampu bergaya sopan dalam beberapa minit...



Selepas tu kami dah tak fokus,,aksi dah tak seragam



Kami bz dengan hal masing2



Maafkan kami


Nampak tak muka Saida kat belakang skali tu? Dia lapar


Yg depan skali tu nama dia Ummi. Dia tak lapar macam Saida tapi bila dia tengah pandang orang memang macam tu rupa dia



Tapi ummi takkan membiarkan gambar dia diambil sebegitu rupa lagi


Lalu ummi berazam utk lebih alert dalam setiap gamba








Lihat Ummi.. Ada Improvement!



 YeZ!!! Senyum!



 Bagus Ummi...teruskan Lagi!



Ummi takkan mengalah!



"Ingat saya tak nampak kamera kee" (sila abaikan aksi yang belakang -_-)

Yez!!! umi dah berjaya! (Yang belakang tu semakin cuba untuk mendahului Ummi nampaknya)


Namun.......



Ummi hanya bertahan seketika sahaja


Tidak lama kemudian, umi hilang arah


Kamera ke mana,, muka ummi tiada lagi di mana2...


Aksi ummi tidak lagi dapat dirakamkan dengan sempurna


Semua Hilang fokus 


 Oh mann...mana ummi yang alert pada kamera 5 minit yg lalu?



Ummi lebih parah dengan hanya menunjukkan sisi tepi dan belakang



Dan ada pelbagai lagi aksi ummi dan rakan2 yang tak dapat diupload kerana penulis telah kepenatan memilih gambar



Kitorang ada baling2 topi...tapi tak payah la tengok. 



Gamba tu tak cantik pun



Berterabur. Dah macam hape dah masing2



Selesai sesi fotografi kitorang pegi minum2



Dan jumpa dengan sorang lagi member baik kat UiTM JB



RATNA ROZANA yang SANTEK!


Dan kami bergambar sebelum pulang


Hujung paling kanan adalah Ratna Rozana (dari tadi yang tudung biru pink ni cuba melakukan aksi2 tak senonoh dalam gambar. Apa yang beliau ingin cuba sampaikan dari wajah beliau dalam gambar ini? Anda tafsirkan sndiri. Haha)



Sekian...


Yang Ikhlas dari Ummi Kalthum Hamidun


Saya Ikhlas


p/s : Ada lagi 2 post pasal konvo..hahahaha banyaknyee. Tunggu jela



Jari Kecil
25 Disember 2012, Selasa
12.20 tgh malam

Sunday, December 9, 2012

Teaser

Assalamualaikum...

Coming soon....




Bye -_-!


Sekian

Jari Kecil 
Ahad, 5.30 petang
9 Disember 2012



Thursday, December 6, 2012

Gary Sangat Comel

Assalamualaikum


Gary yang dimaksudkan bukanlah seekor siput peliharaan Spongebob





Tapi Gary yang ada dalam running man



Running Man adalah Variety Show korea yang sangat best



Saya tak minat drama2 korea, cuma variety show je



Sbb artis korea tak plastik,  sume perangai gila2


So apa je yang diorang buat dalam variety show tu mmg lawak


Berbeza bila tengok variety show artis malaysia



Mostly sangat annoying -_-



Kadang kadang kalau ada masalah bila tengok variety show korea  ni terus ketawa terbahak bahak



Saya bukan peminat Kpop ye...




Ingin saya tegaskan di sini saya cuma meminati attitude artis korea yang sangat bagus, humble, gila2..dan saya juga cuma meminati Variety Show Korea



So tak payah susah2 nak influence saya tengok movie korea



Annoying bagi saya sbb saya tak minat



Ok berbalik pada Gary



Inilah Gary yang Comel dan Cool tu 




Ye saya tau mungkin ramai yang akan cakap 


"Ape nih...macam apek jual handset je"



Tapi saya tak kisah



Saya minat dia sbb bagi saya dia sangat cool dan paling lawak dalam running man 


Dia tak perlu buat muka atau buat lawak bersungguh2 untuk bagi orang ketawa



Muka dia blur je... 



N ayat2 yang dia cakap simple je



Tapi sangat lawaakkkk



Saya suka orang macam tu


Yang tak suka membebel, pendiam tapi klaka



Orang2 macam ni mampu buat saya ketawa dengan penuh semangat



Dalam cite running man ni Gary sangat suka dengan sorang pmpuan cantik yang juga peserta running man 


Nama dia Ji Hyo



Gary sangat suka kacau Ji Hyo



Dan setiap kali dia kacau macam sweet je sebab kelakar



Gary juga sangat protective terhadap pompuan



Gary tak pandai menipu..kalau menipu mesti air muka dia berubah



Hahahahaha


Time tu memang lawak sebab sume orang boleh detect dia menipu



Gary ni terer sport jugak


Walaupun dia tak brape pandai main bola



Tapi dia lari lajuuuuuuuu!!!!

Ini juga salah satu sebab kenapa saya minat gary


Disebabkan saya dari kecik aktif dengan sukan


Adik beradik saya semua laki



Kalau diorang main apa2 saya join je


Jadi secara semula jadinya saya juga berminat dengan orang yang aktif sport

N ada lagi sebab..nanti saya cerita


So saya Tak suka yang duduk lembab2 ni


Ada satu kejadian, saya sedang berborak2 dengan kawan saya


Dan kami tetibe lalu sebelah padang


Waktu tu ada tournament Rugby


Saya terus hilang fokus


Saya berhenti berborak dan terus tengok diorang main rugby...


Kahkahkah~



Tapi saya takdela jakun bebenor tengok tak berkelip2


Tengok sekali lalu jela


Dan Gary adalah salah sorang dari orang yang saya minat sebab dia aktif dan terer. Wohohoo



Gary jugak adalah antara peserta yang kuat dalam running man tu...



Tp disebabkan kejujuran dia yang terlampau tu dia cuma menang beberapa kali je dalam running man



Tapi dia tetap cool dan sangat hebat di mata saya


ECehhhhh



Dah macam apa dah cite pasal Gary



Gary~

Gary dalam salah satu game running man. Hahaha



Ohh lupa nak cerita


Muka Gary ni agak sama dengan kawan saya


Nama dia Apiz


Orang panggil dia Apek


Walaupun muka diorang agak sama



Tapi saya tak minat Apiz. 



Saya cuma minat Gary



Sbb saya minat Gary bukan sbb muka tapi sbb attitude!



Go Garyy! GOoo!!!!


Ok la


Dah banyak sangat dah cite pasal Gary ni


Macam dah obses sangat dah


Saya tak habis lagi tengok running man ep 122


Saya nak pegi sambung tengok


Ha sape2 yang tak penah lagi tengok running man ni



Tapi macam berminat nak tengok


Or tak tau nak tengok apa2 yang best



Klik je kat bawah ni




Tengok dari episod satu


Saya pasti anda takkan menyesal


Hidup anda akan berubah ceria selepas itu :P




Ok la


Bye Gary



p/s : Kalau running man datang Malaysia ada kemungkinan saya akan ajak kawan saya untuk pegi tengok diorang. Muahahaha. 


Sekian

Jari Kecil
Jumaat, 7 Disember 2012
1.47 tengah hari