Monday, June 18, 2012

Teringin

Assalamualaikum....


Teringin ....





InsyaAllah~


Sekian


Jari Kecil
18/6/2012, Isnin
3.31 petang

Sunday, June 17, 2012

Pengalaman Mematangkan Diri

Assalamualaikum..




Tengah betul2 takde keje nih. Kawan se'praktikal dah habis tempoh berpraktikal, tinggallah saya sorang meneruskan perjuangan yang belum selesai. Hoho


Tu yang boleh update 2 post sehari tu. haha


Tadi waktu on the way nak ke toilet, (tu pun nak citer)...tetibe terpikir pasal satu perkara ni~


Pengalaman Mematangkan Kita


Dulu tak pernah nak paham macam mana pengalaman tu boleh mematangkan seseorang ??


Matang tu Apa???


Bagus sangat ke pengalaman tuuuu sampai boleh mematangkan seseorang???


Hhahaha!

Tapi, sejak dah makin remaja dewasa ni (haha!), dah makin paham macam mana pengalaman tu boleh mematangkan seseorang. Seperti contoh :


Lepas dah beberapa kali bercinta, dah paham macam mana perangai lelaki~


Lepas dah beberapa kali ditipu, dah paham dah perasaan ditipu...


Lepas banyak dengar pengalaman rakan2 yang putus cinta ke, kawan2 yang menipu orang lain, kawan2 yang cakap tak serupa bikin, kawan2 yang nampak alim..selalu pegi surau tapi perangai sama je macam lelaki yang lain, kawan2 yang pasang dua tiga bf dalam satu masa....dah paham sangat macam mana skill2 diorang menjalankan kegiatan2 yang tak bermoral tuuu...


Dulu macam naif je..


Apa orang cakap semua percaya



Apa orang cerita semua terus berpihak pada si pencerita tanpa mengetahui pokok pangkal kejadian



Apa orang bagitau semuanya betul tanpa selidik dengan teliti




Tapi sekarang saya dah tak naif lagi



Bila ada orang datang pada saya dan bercerita tentang sesuatu kejadian tentang si fulan bin si fulan



Saya tak dengar bulat2 tapi saya berpikir,,,betul ke cerita si pencerita ini. Entah2 si pencerita ni cerita benda yang baik2 saja tentang dirinya, yang buruk disimpan kemas2 supaya cerita si pencerita kelihatan baik di mata saya~



Bila berdepan dengan si penipu...



Saya dah tak percaya lagi dengan kata-kata si penipu. Sebab saya dah tahu perangai si penipu bagaimana. Si penipu dah tak berjaya menipu lagi. Tapi yang tak bagusnya, saya diam je bile ditipu. Saya tak berterus terang yang saya sebenarnya tahu apa yang berlaku. Saje nak tengok sejauh mana si penipu hendak menipu..


sekadar gamba hiasan ye~


Bila lihat orang baik2..yang selalu pegi surau, pakai kopiah dan sebagainya



Saya tidak lagi bulat2 percaya "ohhh baiknye dia""...saya bukan bersangka buruk. Tapi saya cuma ambil langkah berjaga-jaga. Sebab dah ramai orang begini yang saya jumpa cuma baik di luaran...Yang cakap tak serupa bikin. Orang seperti ini lebih menakutkan dari orang yang kita nampak jahat. Sebab mereka ni umpama musuh dalam selimut. Mampu memusnahkan kita dalam diam saat kita berdiri kukuh....Menakutkan bukan?




Kadang2 rasa...Aaaaaa penatnyeee sebab asyik jumpa manusia yang talam 2 muka. Tapi takpe, kena bersangka baik dengan Allah. Mungkin Allah nak latih saya. Berdepan dengan umat akhir zaman banyak sangat dugaan yang kita kena lalui. Fitnah, tipu daya, sangat berleluasa. Saya sedang dilatih....InsyaAllah.



p/s : Kena ingat matlamat kita di dunia. Akhir hidup kita di dunia adalah kematian. Bila rasa lemah, kena sentiasa ingat Allah, ingat mati, ingat balasan syurga dan neraka. Takpe kalau kita keseorangan di dunia dalam mengejar kebenaran sebab hakikatnya bila kita mati, kita dikuburkan secara berseorangan. Bukan boleh ajak kawan2 teman pun..HANYA AMAL YANG DIBAWA . Mudah2an hati tenang bila baca entry ni :D :D





Sekian


Jari Kecil
18/6/2012 , Isnin
12.30 tengah hari



Jangan Salahkan Orang Lain

Assalamualaikum


Terasa macam nak tulis pasal ni...

Selalu sangat kalau jadi sesuatu ke atas seseorang, orang lain yang dipersalahkan tapi bukan tuan punya badan. Seperti contoh :


Kalau seorang anak jadi jahat,  yang dipersalahkan adalah ibu bapanya....



Kalau seorang lelaki menjadi jahat, yang dipersalahkan rakan-rakan yang mempengaruhinya...



Kalau seorang wanita menjadi playgirl, yang dipersalahkan lelaki yang pernah bersamanya...



Cukup2 la tu menyalahkan orang sekeliling. Secara asasnya, diri kena kuat. Kita yang membentuk diri kita sendiri. Satu perubahan berlaku atas kehendak diri sendiri bukan atas sebab orang lain kerana kalau kita berubah atas sbb orang lain, pasti perubahan itu tak kekal lama. Percayalah!



Ye betul....faktor sekeliling mempengaruhi, tapi tak perlu terlalu memandang pada faktor luaran sedangkan diri sendiri yang terbukti bersalah~



Kita yang membentuk diri kita seperti yang kita mahu..bukan orang lain!





p/s : Muak dengan orang yang selalu menyalahkan orang lain tanpa melihat pada diri sendiri dulu!


Jemu
                                                                           

 


Sekian

Jari Kecil
18/6/2012 , Isnin
8.10 pagi

Thursday, June 14, 2012

Sedar tapi tak sedar

Assalamualaikum...

Apa ni tajuk belit - belit???



Kadang2 pernah tak...


Dalam sedar kita mengata orang buat itu ini tapi dalam tak sedar kita pun turut melakukan perbuatan yang sama



Kadang2 pernah tak,,..



Dalam sedar kita tau kita buat salah tapi dalam tak sedar kita selalu mengulang perbuatan yang sama berulang kali



Kadang2 pernah tak ..



Dalam sedar kita tengok orang keliling buat benda yang kita tak suka dan kita kata "ehhh...aku menyampah betul la dengan dia tu! Selalu menyakitkan hati aku" tapi dalam tak sedar kita buat perkara yang sama pada orang lain



Kadang2 pernah tak



Dalam sedar kita kita tanya pada orang laib "Aku ni bersalah ke"
 tapi dalam tak sedar kita sebenarnya nak dengar dia cakap kita ni baik dan kita tak bersalah sikit pun



Kadang2 pernah tak



Dalam sedar kita mintak nasihat dari orang2 terdekat kita tapi dalam tak sedar kita sebenarnya nak dengar kawan tu backup kita dan bukan bagi nasihat yang buat kita rasa bersalah



Kadang2 pernah tak



Dalam sedar kita dah tanya perkara yang sama dan bercerita perkara yang sama berulang kali tapi dalam tak sedar kita sebenarnya bercerita sbb nak tunjuk yang kita nih bagus dan orang lain yang jahat pd kita



Kadang2 pernah tak

.......


.......


.......


Dah takde lagi dahhhhh.....



 


Bye!


p/s : Jangan sibuk pandang orang lain. Pandang diri sendiri dulu sebelum sibuk nak bercakap pasal orang lain.







Sekian

Jari Kecil
15 June 2012, Jumaat
12.05 tengah hari

Wednesday, June 6, 2012

Sepatutnya

Assalamualaikum..


Tgh tade mood nak buat apa2. *Tulis blog ada mood pulak. muahahah~

Sepatutnya la kan, sekarang ni tengah sibuk2 buat tesis tapi aku duduk goyang kaki tak buat apa


Sepatutnya tesis dah nak siap tapi aku masih ternganga-nganga tengok Microsoft Word sambil berpk nak tulis apa


Sepatutnya hari sabtu ni nak pegi kedah jumpa lecturer dah ready semuanya tapi aku belum settle banyak benda lagi


Sepatutnya sekarang ni aku tengok laptop dan baca apa yang patot tapi aku bukak laptop dan membiarkan ianya tersadai tanpa menyentuh apa2..



Sepatutnya aku sekarang dah kena kuat,,Tapi belum lagi dapat kekuatan sepenuhnya


Sepatutnya kena kurangkan berpk yang bukan2 tapi kadang2 terpk jugak nak buat macam mana




Sepatutnya aku ni tak banyak masa utk merasa "Bosan" tapi sebab perasaan tade mood te menyelinap sampai ke otak jadi aku tetap rasa bosan walaupun keje banyak


Sepatutnya aku nak cari geng usrah tapi tak jumpa2 lagi


Banyak lagi la sepatutnya dalam hidup aku..


Tapi malas nak cakap "sepatutnya" lagi




Lagi banyak cakap macam lagi banyak benda nak dirungutkan. haha


Ohhh!


Sepatutnya dah habis membebel tapi tak berenti2 lagi sekarang...LOLz






Sekian,

Jari Kecil,
Khamis, 7 June 2012
11.46 pagi (online di opis lagi)