Assalamualaikum
Untuk adik The Sedo Gang yang telah berkunjung ke blog ni n tanya pasal Islamic Finance, akak dah sediakan satu entry khas utk awak
Harap tak terlambat!
Nak cerita kat komen macam banyak pulak yang nak ditulis
Lagipun selalu sangat traffic blog ni cari pasal "Dapat kerja tak selepas belajar" "Kos Islamic Finance" "Dapat kerja tak selepas GEMS"... Semua ni akan terjawab dalam entry ni InsyaAllah
Harap membantu la ye ^.^!
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Kalau nak cerita pasal history Islamic Finance, macam melampau pulak kan. Lagipun benda tu boleh je google kat internet ni. So, saya cerita benda yang saya rasa patut dicerita n patot diberitahu je
Islamic Finance! Memula orang dengar kos ni orang akan cakap:
"Kos ni kerja tak banyak sebab tak general. Kalau blaja HR itu agak general n keje banyak. Kalau blaja Finance itu juga general n keje banyak. Tapi Islamic Finance? Tertumpu pada nama "Islamic" n tak sume tempat perlukan budak2 Islamic Finance ni. Lainla macam Finance n HR tu! Tak semua tempat perlukan Islamic Finance"
Hehe!
Tapi bagi saya kos ni banyak benda yang menarik! N statement atas tadi ada yang betul ada yang tak
Jawapan saya:
Yes tak semua tempat perlukan Islamic Finance. TP!
Itu dulu....
Sekarang orang dah berlumba2 nak kejar Islamic Finance
Kenapa?
Salah satunya adalah isu Credit Card di US yang dah pun terjadi n isu Lehman Brothers pada satu ketika dulu
Utk tak memeningkan awak, saya bagi kesimpulan yang mudah. Sebab RIBA'!
Orang2 yang tak paham sistem Islamic Finance akan cakap
"Budak2 Islamic Finance ni tu je la yang diorang nak cakap. Riba'! Riba'! Riba'! Macam takde benda lain yang diorang tau..
Nanti kalau awak blaja pasal Islamic Finance, n bila awak dah keje dekat bank, awak akan nampak situasi SEBENAR!
Setiap masalah ada punca. N salah satu punca pada masalah ekonomi US pada waktu tu adalah RIBA' itulah!
Orang yang malas nak amek tau n sangat skeptical pasal Islamic Finance akan pandang kita ni remeh je
Siyes!
Tp saya suka berpegang pada hadith ni
Daripada Abu Hurairah r.a , Nabi s.a.w bersabda : "Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaanya. Maka berbahagialah untuk orang yang terasing" -Riwayat Muslim-
Jangan takut bila satu hari nanti awak bekerja, awak promote Islamic Finance, n apa yang awak perjuangkan pasal Islamic Finance ni macam dipandang remeh
Rezeki harus datang dari tempat yang halal, caranya halal, sumbernya halal!
Macam mana nak tau halal atau tak?
Semua tu ada dalam ilmu Islamic Finance!
Investment yang halal dalam Islam! Cara berniaga yang halal dalam Islam! Cara buat duit dengan halal! Cara nak tau tempat perniagaan yang halal! yup...semua tu ada..
Pasal subjek kira2 yang awak tanya
Tak macam Add Math pun dik...
Add Math akak pun tak berapa nak kredit sangat masa SPM. Haha
Saya pun lemah jugak kira2 ..tapi! Kira2 dalam subjek Islamic Finance insyaAllah mudah.
Seingat saya, sepanjang 2 tahun saya blaja Islamic Banking kat UiTM,
Hanya KURANG DARI 4 SUBJEK adalah subjek kira2
Yang lain semuanya teori
So bergembiralah anda! Percayalah..Mudah InsyaAllah ^.^ (org yang lemah kira2 boleh kata kira2 yang dia blaja dulu tu mudah, so mohon adik percaya dengan yakin)
Pasal scholarship, emmm...saya tak pasti kos Islamic Finance ni banyak tak tajaannya
Setahu saya banyak! Tapi jangan risau andai kata susah bebenor nak jumpa, blaja hebat2 sampai dapat first class degree, then convert PTPTN jadi Biasiswa macam yang saya buat ^.^!
Eh tapi jangan risau la...banyak je biasiswa ini. Cuma kena rajin cari OK! jangan giveup! Kalau score 3.5 ke atas dalam Islamic Finance, insyaAllah ada peluang besar dapat scholar.
N nanti bila adik dah kerja dalam bidang Islamic Finance ni
Jangan terkejut dan maha pelik bila apa yang awak blaja tak sama dengan apa yang dipraktikkan di bank2 atau institusi2 kewangan
Walaupun banyak kontroversi antara Islamic Finance yang diamalkan oleh Malaysia n Middle East
Banyak jugak yang kita tak sama pendapat dengan diorang
Tapi jangan takut
Teruskan menuntut ilmu, perjuangkan apa yang awak blaja n apa yang awak kaji!
Pegang pada hadith tadi..InsyaAllah u're on the right track!
N ini ada sikit citer dari pengalaman akak..hope boleh bantu awak buat keputusan dengan bijak ^.^
My Story
Masa saya mula2 belajar dulu, saya selalu nak pilih kos yang best2 je sebab takut takde keje bila habis blaja nanti. Sampaikan nak pilih kos yang saya rasa tak layak pun dengan kelulusan SPM yang tak seberapa tu. Last2 sekali saya tak dapat apa yang saya nak. Masa tu mintak UIA. Kos apa dirahsiakan. Hehe. So, masa rayuan UPU saya mintak kos biasa2 je. "Diploma Pengajian Perniagaan" . Tak pernah terpikir pun nak amek kos ni...
Tp Alhamdulillah, berjaya dengan grad dengan pointer 3.5 ke atas. Yup, kos ni mudah sebab tu ramai orang boleh score. Then saya konpius nak pilih kos apa untuk degree. Dalam hati nak sangat amek International Business. Kos ni agak general n tak ramai pun ambik. Tapi parents saya nak sangat saya ambik kos Islamic Banking. Berbekalkan kepercayaan "Apa yang mak pak pilih pasti berkat" so saya teruskan degree dalam kos Islamic Banking
Awal2 sem terkejut jugak bila pointer yang keluar hampir mencecah 4 flat. Padahal blaja macam main2 je. Study tu memang study tapi bagi saya tak la sehebat orang lain study. Tidur, tengok tv, jalan2. Bila masa study, saya study. bila masa solat saya berhenti walaupun masih banyak bab2 yang tak dicover lagi! Pencapaian didahulukan Allah diutamakan ^.^
Sekarang alhamdulillah saya grad dengan Kelas pertama walaupun result tak sehebat kawan2 yang lain tapi syukurlah. So tibe masa untuk cari kerja......
Lepas sorang2 kawan saya dapat keje. Saya? menganggur lagi. Masa ni beriye cari keje bank. Yela konon nak cari yang sama bidang dengan kita blaja. Ada jugak saya pegi interview beberapa buah bank. Tp result? Hehehe.. Hampeh! First class Degree tak dapat keje lagi! sampai bulan ke 4 menganggur, baru dapat keje. Tp...bukan bidang saya! Bidang akademik.. yup cita2 saya memang nak jadi lecturer. Tp saya cuma bekerja sbg admin exec! bukan lecturer....
Tp pengalaman sbg admin exec yang menguruskan hal ehwal lecturer saya jadikan panduan n kajian bila nak jadi lecturer nanti. Skrg ni saya dah pun berhenti keje untuk sambung Master dalam Islamic Finance di INCEIF. Oh...ramai taktau apekebenda INCEIF ni...tapi orang2 dalam Islamic Finance akan nampak INCEIF ni tempat yang tough! bukan sng nak grad dengan cemerlang dalam ni. Saya tak kata susah nak masuk. Saya cuma kata susah nak grad dengan cemerlang. Agak mencabar! INCEIF ada provide scholarship....so dont worry. Cuma pergi interview n try to perform.
Utk awak, bincang dengan mak pak apa yang dia harapkan dari awak. Dapatkan pandangan dia n nyatakan sekali apa minat awak. Tak semestinya amek kos yang awak minat! tapi AMBIK KOS YANG AWAK MAMPU BLAJA! itu penting. Minat boleh dtg kemudian. Saya? dulu tak minat pun Islamic Finance. Tp lepas blaja jatuh cinta. Hoho
N jangan takut pasal keje. Eh ofkos la kena risau kan. Tp tak perlu terlalu banyak pk. Sebab...terbukti ramai je kawan2 saya yang score First Class Degree tapi menganggur lebih lama dari student yang grad dengan Second Class Upper or Second Class Lower. Yg pntg bila nak bekerja, jangan memilih! itu sangat penting!
The way you act, the way you talk, the way you express yourself in front of your employer are much more important rather than your result! Ini siyes!
Eh tapi jangan amek mudah dalam blaja pulak. Score tetap score! Kasi power2! oke ^.^!
Tak kira kat mana awak ada, cuba untuk create OPPORTUNITY! ingat kemas2 dalam otak "EXPERIENCE! EXPERIENCE IS PRICELESS!" Tak guna blaja hatta sampai habis PHD sekalipun tapi tak reti apply apa yang diblaja dalam REAL JOB WORLD!
Woaaa panjangnyeeeee!
Kompem letih baca. Hahahaha. Bia bia
Untuk adik The Sedo Gang
Blaja rajin rajin. Kos Law sangat bagus kat UIA. Kos Islamic Finance pun sangat bagus. Buktinya ramai orang2 yang hebat dalam Islamic Finance juga datangnya dari UIA. So pk yang mana sesuai utk awak. Nature keje utk Law n Islamic Finance sangat berbeza. So awak pk betul2 yang mana sesuai utk awak utk masa akan datang. Pk jauh! buat 5 years n 10 years plan. Then doa!
N sori kalau awak rasa "Hek eleh merapulah akak ni citer panjang2..aku tanya sikit je". Hahahahha. Tp tak kisahla. Hope membantu k!
Good Luck for your future! Ada problem, ada benda nak tanya, sila tanya saja. Rasa hepi bila tolong orang ^.^
Ikhlas dari kak Ummi..ececece
Assalamualaikum!
Sekian
Jari Kecil
30 Disember 2012,Ahad
5.55 petang