Saturday, October 22, 2011

Perlu Perubahan

Assalamualaikum


Aku dah mula rasa bosan dengan blog sendiri sebab gaya penulisan bercampur baur. Aku rasa macam nak wujudkan satu lagi blog yang aku nak fokus tentang isu2 kemanusiaan, isu2 umum, yang mana aku akan lahirkan pendapat2 aku yang tak seberapa.


Blog ni aku khaskan utk blog peribadi . Tp terpikir jugak, ( Satu blog yg ada pun selalu terbengkalai, ada hati nak buat 2 blog -_-)...



Disebabkan blog ni agak bosan rupa bentuk dan isi kandungan pun agak caca marba kan, maka keinginan nak bukak blog dengan lebih kerap terbantut dengan sendirinya. Jadi.............




Mari Mulakan Hidup Baru!~


Yeahhhhhh!!!~




Sekian,


Jari Kecil
22 Oktober 2011
Sabtu, 5.15 petang

Saturday, July 23, 2011

Ujian

Assalamualaikum...



Alhamdulillah...semakin sihat walaupun belum sihat sepenuhnya :)




4 July 2011, jam 12.30 pagi


Aku terasa sakit yang amat di bahagian tgh dada. Aku sendiri tak tau nak gambarkan kesakitan tu. Waktu ni mak aku outstation. Pada mulanya aku cuba tidur. Tp keadaan yang terlampau sakit buat aku terus muntah2 tanpa henti. Penat. Letih. Aku mengerang kesakitan yang teramat sangat ketika itu...



4 July 2011, jam 2.30 pagi


Aku cuba tahan. Aku fikir aku mampu tahan kesakitan ni. Tp makin lama makin sesak nafas. Aku muntah lagi ....



4 July 2011, jam 3.00 pagi


Aku tak mampu lagi bertahan, aku ingin bangun dan mengejutkan ayah. Tp aku betul2 tak mampu. Dalam keadaan mengiggil aku gagahkan diri menghantar msg pd emak di Terengganu..Aku tahu yang lain takkan bangun bila dengar bunyi msg. Hanya mak dalam fikiran aku....Aku hanya mampu menaip


"Mak.Tlg"

Mak terus call aku. Aku tak mampu bercakap apa2. Aku hanya mengerang kesakitan...



4 July 2011, 3.30 pagi


Aku terus keluar dari bilik dalam keadaan merangkak. Aku terbaring di tepi tangga. Akhirnya abg aku yang mendengar suara aku menahan kesakitan terus mengejut ayah dan membawa aku ke hospital



4 July 2011, 4.00 pagi


Aku dibawa masuk menggunakan kerusi roda kerana aku tidak mampu berjalan. Aku dicucuk di tangan utk memasukkan ubat ke dalam badan. Darah aku juga diambil. Aku masih lagi muntah2..




4 July 2011, 7.00 pagi


Habis satu ubat, Aku masih lagi muntah2. Lalu doktor mencadangkan aku utk tinggal di wad utk memeriksa keadaan aku.



4 July 2011, 2.30 petang


Dah 5 botol ubat dimasukkan dalam badan aku. Namun aku masih lagi sakit dan muntah2. Aku betul2 letih. Akhirnya selepas satu suntikan diberikan, aku mampu tidur sebentar. Aku tidak lagi muntah2.



5 July 2011


Ujian x-ray, teropong ke dalam badan, ultrasound dan ct scan dibuat ke atas aku. Sakit? Pasti...



6 July 2011


Keputusan ujian ditunjukkan. Doktor mengesahkan aku mengalami tumor di bahagian hati. Tp, disebabkan kepakaran yang kurang, doktor di hospital itu sendiri tidak pasti keadaan aku. Adakah aku memerlukan pembedahan atau tidak......Doktor menyuruh kami utk rujuk pada Pakar Hati di Hospital Selayang. Tp, appoinment yang diberikan hanya pada 1 Ogos nanti.



7 July 2011


Aku pulang ke rumah....





8 July - 10 July 2011


Aku hanya terbaring kesakitan di rumah. Dada ku masih lagi terasa sakit...






11 July 2011


Ayah dan mak membawa aku ke KPJ Shah Alam utk berjumpa pakar hati di sana kerana aku sakit dada. Doktor di sana juga kurang pasti dengan gambar CT Scan yang dilihat. Apa yang mampu dilakukan oleh beliau adalah membawa CT Scan tersebut dan berbincang dengan pakar hati dari hospital lain. Sekali lagi aku diambil darah dan diuji air kencing..





14 July 2011


Panggilan telefon dari doktor KPJ Shah Alam. Doktor mengatakan setelah perbincangan beliau bersama 2 doktor dari hospital Selayang dan hospital Gleneagles, pembedahan mungkin perlu dilakukan...Aku terus di bawa ke hospital Gleneagles.





14 July 2011 5 petang



Aku masuk wad di hospital Gleanegles pula. Sekali lagi tangan aku dicucuk. Sakit? Pasti...





15 July 2011


Ujian MRI dilakukan ke atas aku utk melihat keadaan hati. Selama lebih kurang sejam ujian MRI dilakukan. Aku dibawa pula utk menjalani ujian ultrasound sekali lagi. Darah aku diambil lagi ...begitu juga dengan ujian air kencing...





16 July 2011


Doktor mengesahkan aku menghidap penyakit "Hepatic Adenoma". Sejenis tumor di hati. Namun alhamdulillah, tumor itu bukanlah kanser. Namun disebabkan tumor tersebut terlalu dekat dengan hempedu, maka hempedu aku juga terpaksa dibuang. Doktor menetapkan tarikh 18 July sebagai tarikh pembedahan.





17 July 2011, 8.30 malam


Aku dikerah utk minum sejenis air yang bertujuan utk mencuci usus besar. Ini penting supaya selepas pembedahan, aku tidak perlu berulang alik ke toilet utk membuang air selama beberapa hari. 2 Liter....bukan sikit utk dihabiskan. Sampai pening2 aku minum. Rasa pahit + bau vacuum + rasa masin bercampur baur.....





18 July 2011, 5.30 pagi


Sekali lagi nurse datang dan memberikan lagi 1 liter air ...Pening~






18 July 2011, 1 tengah hari



Nurse datang dan mengarahkan aku supaya menukar baju pembedahan. Selepas selesai, nurse datang semula ke bilik aku dan memberikan aku satu pil. Pil tersebut dikatakan akan menyebabkan aku pening dan mengantuk.


Nurse : Are you ready?

Aku : Yez....


Nurse memberikan ubat dan air utk aku telan

Ayah dan mak pesan, mengucap dulu sebelum makan ubat tu.. Selesai mengucap, aku terus menelan pil...



Aku betul2 terasa pening. Lalu aku pejamkan mata.......





18 July 2011, 6 petang


Unknown : Ok..Ummi, dah selesai operation ye...

Unknown : Kenapa banyak sangat darah keluar ni....


Aku hanya mampu mendengar dan cuba mengangkat tangan. Namun aku masih separuh sedar...



Aku dibawa keluar dari bilik pembedahan...Keadaan yang terlampau sejuk menyebabkan aku menggigil kesejukan dengan sangat teruk. Nurse yang menyedari suara aku terus bertanya keadaan aku. Aku yang sudah mampu membuka mata terus mengatakan aku sejuk...Dan empat selimut telah menutupi badan aku. Namun aku masih menggigil kesejukan...



Pada ketika itu, aku sukar utk bercakap dan menelan air liur. Ini kerana ada tiub yang dimasukkan di mulut dan hidung aku...Sakitnya. Hanya Allah yang tahu...




Aku terus dibawa ke bilik. Aku masih lagi dalam keadaan separa sedar. Adakalanya aku sedar dan adakalanya tidak. Aku tidak tau berapa ramai nurse yang menguruskan aku. Tp yang pasti, keadaan sangat sibuk di sekeliling aku..



Aku terus mengerang kesakitan di bahagian pembedahan, Bawah rusuk kanan aku terasa amat sakit. Aku mengerang kesakitan. Mak yang ada di sebelah terus memegang tangan aku dan membacakan al-Fatihah berulang2 kali. Nurse datang dan memberikan ubat tahan sakit. Namun aku masih lagi mengerang kesakitan. Sekali lagi nurse datang dan memberikan ubat tahan sakit yang lebih kuat. Akhirnya aku mampu tidur seketika....




Malamnya aku terjaga kerana merasa tidak selesa. Tiub di hidung dan mulut. Jarum bius yang dicucuk di tulang belakang, jarum yang dicucuk di leher utk memasukkan ubat, Tiub yang dimasukkan dalam badan di bahagian bawah rusuk kanan, serta tiub utk buang air kecil.....Aku sangat tidak selesa.....






24 July 2011


Aku kini berada di rumah. Walaupun belum sembuh sepenuhnya. Aku belum lagi mampu berjalan seperti biasa. Aku tidak mampu duduk terlalu lama. Nafas aku pendek. Sakit utk aku menarik nafas. Solatku juga dalam keadaan duduk. Adakalanya mengah yang aku rasakan ketika berjalan dan duduk. Bercakap juga tidak terlalu banyak....




Alhamdulillah..ketumbuhan sebesar 5 cm dan hempedu sebesar 9 cm telah berjaya dikeluarkan




Dan Alhamdulillah...aku masih sempat bertemu Ramadan kali ini...





Sekian


Jari Kecil,
24 July 2011, 12.39 petang
Ahad

Monday, June 27, 2011

Usaha

Assalamualaikum..



Saya sedang berusaha melakukan sesuatu



Doakan saya..


Moga dipermudahkan urusan. Amin



Sekian

Jari Kecil
27 Jun 2011, Isnin
7.04 petang

Saturday, June 25, 2011

Suatu Hari

Assalamualaikum...



Suatu hari...



Kita rasa terlalu gembira



Semuanya ada di sisi kita



Pergi mana-mana semua berteman




Suatu hari...



Kita rasa kita dah jumpa org yang boleh bahagiakan kita




Kita rasa dunia ni kita yang punya macam dalam drama selalu kata




Buat apa-apa kita rasa bersemangat sebab hati kita senang





Suatu hari...



Kita rasa bosan dengan apa yang dah ada sekeliling kita



Kita nak cari yang baru.....




Kita terus lupa dengan mereka yang dulunya selalu dengan kita susah dan senang




Tp kita peduli apa...




Hati kita dah bosan, kita cuma perlukan sesuatu yang berbeza




Asyik sama je ...jemulah!




Suatu hari



Kita buang mereka yang dulunya di sekeliling kita susah dan senang




Kita rasa kita dah tak perlukan mereka lagi



Kita banyak lagi org lain selain mereka




Kita bukan nak buang mereka..




Kita cuma nak cuba sesuatu yang baru...yang lain



Kita jemu ...





Suatu hari



Kita dah dapat kehidupan yang lain




Seronoknya rasa!!!! memang yang baru lebih baik dari mereka yang lama




Tp bila lama-lama



Kita rasa.....kosong





Mereka yang dulu rupanya lebih banyak ertinya dalam hidup ini




Dulu kita tak sedar



Kita pentingkan diri




Kita tak fikirkan apa perasaan orang lain




Mereka-mereka dah takde lagi




Kita menyesal tak menghargai apa yang kita ada..



Rupanya apa yang kita ada dulu lebih besar nilainya yang kita tak nampak...





Kita bodoh ke?





Tp Suatu Hari tu tak mungkin akan kembali lagi...





Hargailah apa yang ada di sekeliling kita sebaiknya





Jangan menyesal dan mengharapkan Suatu Hari kembali...





Sekian


Jari Kecil
26 Jun 2011, Ahad
11.45 pagi

Sabar

Assalamualaikum..



Mudah-mudahan saya sentiasa menjadi orang yang sabar...


InsyaAllah



Sekian


Jari Kecil
26 Jun 2011, Ahad
12.11 pagi

Tuesday, May 31, 2011

Ringkas tapi padat

Assalamualaikum



Esok ada test. Chapter 1-6. Sangat banyak nak dibaca tapi belum mula apa2 lagi.huhuhu...




Kali ni taknak tulis panjang2. Nak seringkas yang mungkin. Ringkas tapi padat. Penuh dengan makna. Yang paham, bagus. Yang tak paham, pegi tanya sape2 yang paham :P





"Biarpun sebesar mana pengorbanan kita terhadap seseorang, biarkan hanya diri kita dan Allah yang tahu. Bila sesuatu pengorbanan sentiasa disebut-sebut dan diungkit-ungkit, hati akan rasa sedih sendiri. Hilang nikmat memberi dan yang tinggal hanya perasaan "minta dibalas"....Kita takkan bahagia andai kita selalu mengharapkan balasan"









" Biarpun kita terpaksa memberi tanpa menerima sehingga hujung nyawa kita, jangan risau. Allah akan memberikan balasan kebaikan yang setimpal utk kita. Yang tidak pernah kita sangka-sangka. InsyaAllah"






"Jika kita melalukan perubahan ke arah kebaikan, jangan diceritakan perubahan itu kepada yang lain. Biarlah hanya Allah yang tahu. Kebaikan yang diceritakan biarpun dengan hanya niat ingin berkongsi cerita, mungkin akan mmbawa kesan buruk. Pastinya perubahan itu takkan kekal lama. Pasti! Jadi, sembunyikan segala niat baik. Lakukan perubahan dengan hati yang bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan org lain sedar akan perubahan itu.......Percayalah, kita akan terima perubahan sekeliling yang lebih baik tanpa kita sedar. InsyaAllah."







p/s : Rasailah nikmat memberi dengan sepenuh hati.....





Sekian



Jari Kecil
Rabu, 1 Jun 2011
2.48 pm

Panas



Assalamualaikum...




Entah kenapa ntah ..




Rasa panas je,,,




Semua benda buat rasa tak kena....





eeeeee..........Bila entah nak hilang rasa panas ni!!!!





eeeiiiii! sabar jela !!




Diri tak kena





Duduk Tak kena





Baring Tak kena





Kedah ni memang panas la...Bila nak hujan lebat ni -_-"


Terasa ayu pulak letak gamba ni .haha -_-"



Sekian


Jari Kecil
31 Mei 2011, Selasa
4.50 pm

Friday, February 18, 2011

Bacalah Wahai Saudara Seislam Saya

Assalamualaikum



Sebelum terus pada isi-isi untuk entry kali ni, saya nak pesan awal-awal


Saya tahu, saya bukanlah seorang insan yang sangat baik. Kadang2 lemah dengan hasutan dan godaan syaitan. Iman juga adakalanya bertambah dan berkurang. Selalu juga menyakiti hati kawan-kawan, keluarga atau insan sekeliling.Tp saya cuba untuk menjadi yang terbaik. Kadang2 bila nampak ada kesalahan2 yang orang sekeliling saya lakukan, perasaan saya jadi sangat sedih. Sedih dengan mereka dan adakalanya sedih dengan diri sendiri kerana adakalanya saya juga seperti mereka. Saya cuba untuk berubah untuk menjadi yang lebih baik dan saya juga mengharapkan perkara yang sama pada diri mereka. Mudah-mudahan, sesiapa sahaja yang membaca sama-sama bermuhasabah diri :)



Begini...



Seringkali saya lihat orang sekeliling saya mengabaikan solat. Bukan langsung tidak solat tetapi melengah-lengahkan solat. Hati saya adakalanya jadi marah dengan tindakan mereka. Bila di dalam satu tempat, ada insan seperti itu, saya rasa hilang keberkatan di situ.



Dalam keadaan apa sekalipun, solat harus dijaga. Ye. saya tahu adakalanya saya seperti mereka. Adakalanya saya juga tertinggal waktu solat subuh. Saya juga sedih dengan keadaan diri saya. Andai kata saya gagal bangun pada waktu pagi, sepanjang hari tersebut saya akan memikirkan adakah Allah menerima solat qada' saya. Saya betul2 berharap andai kata saya tidak terjaga pada waktu pagi, ada yang mengejut saya dengan bersungguh. Saya tidur mati. Kadang2 saya tak sedar apa perbuatan saya. Selalunya, mereka yang mengejut saya akan mengatakan saya sudah bangun kerana mata saya sudah dibuka atau saya sudah bersuara. Tetapi sebenarnya saya sendiri tidak sedar apa-apa. Maafkan saya mak, ayah, dan insan-insan sekeliling :(




Tetapi dalam keadaan apa sekalipun, rakan-rakan...di kala anda sedar sepenuhnya,




TOLONGLAH JANGAN MELENGAHKAN SOLAT....




Andai kata anda baru sahaja pulang dari kelas, pulang dari mana-mana tempat, teruskanlah menunaikan solat.



Saya sangat sedih apabila melihat insan-insan sekeliling saya menonton TV terlebih dahulu, atau terus balik membuat kerja-kerja yang boleh ditangguh sementara untuk solat, atau apa-apa sahaja aktiviti. Sudahlah dilewatkan solatnya kerana aktiviti2 yang tidak dapat dielakkan (kelas, ceramah, etc...) bila sudah selesai, masih lagi leka membiarkan waktu berlalu. Lagi setengah jam, 40 minit habis waktu, barulah pergi mengambil wuduk. Haih~




Adakalanya alasan yang diberi, "waktu solat masih panjang" ataupun "Waktu solat masuk lambat sekarang, jadi masih banyak lagi masa" Haih... :( :( :(





Bila hampirnya waktu exam, waktu2 penting, segala solat sunat hajat, doa, Yassin, dibacakan dan ditunaikan. Tp yang wajib? Dijaga? Wallahua'lam





Bila memanjatkan doa kepada Allah, doanya panjang berjela, doanya bersungguh-sungguh mintak ditunaikan. Jika sedang dalam minggu exam, doanya mudahan2 4 Flat, mudahan2 cemerlang keputusannya. Tp, adakah kita melakukan solat di awal waktu? Kita ingin Allah makbulkan doa kita secepatnya tapi adakah kita cepat2 menunaikan apa yang Allah pinta? Haih~



Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. (QS. Al-Baqarah, 186)


Dan Tuhan-mu Berfirman, ”Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku Perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang -orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (QS. Al-Ghafir, 60)


Janji Allah kepada kita semua. Tp, apakah janji kita kepadaNya...Solat kita pun masih entah ke mana :( :(



Satu lagi fenomena pelik yang saya lihat, ketika di minggu peperiksaan. Ada yang kerana hendak mengejar syllabus atau nota yang tak sempat nak dibaca, sanggup meninggalkan amalan membaca Al-Quran selepas solat. Ada yang menghabiskan solat dengan segera dan fenomena biasa, melewat2kan solat semata-mata untuk " Lagi sikitttt je nak habis ni"...Dan kemudian, sejam masa berlalu. Haih~



Alangkah bagusnya jika semuanya berfikiran begini ..




"Alamak. Waktu solat dah masuk. Nota ni takpelah. Mudah2an lepas solat nanti, Allah mudahkan untuk habiskan dengan lebih cepat."




"Takpelah ambik masa mengaji macam biasa. Mudah2an Allah terangkan hati ketika mengulangkaji selepas ni"





Percayalah saudara seislam saya, tidak kira anda seorang pelajar, atau pekerja, Tolonglah jangan melengahkan solat. Jangan tinggalkan aktiviti mengaji, berzikir walaupun ketika anda sibuk. Konsisten kan ibadah kita. InsyaAllah, ganjaran yang Allah anugerahkan tidak terkira hebatnya.




Mengikut pengalaman saya, saya juga bukanlah seorang pelajar yang sangat bijak. Setiap kali datang ke kelas, selalu saya terleka. Kadang2 dalam mengulangkaji, saya sering mengulang nota yang sama, atau perenggan yang sama kerana saya hilang fokus atau susah untuk memahami. Adakalanya juga saya sering study last minute dan sering risau andai kata tidak sempat menghabiskan bacaan saya. Saya juga ada perasaan stress dan menggelabah ketika minggu exam. Namun apa yang saya amalkan, saya tidak boleh tinggalkan mengaji sepertimana saya mengaji pada waktu saya tidak sibuk. Saya tidak boleh kurangkan zikir sepertimana waktu saya lapang. Saya tidak boleh lengahkan solat walaupun banyak kerja sedang saya lakukan.






Tipulah jika saya tak risau dengan nota yang banyak belum dibaca. Tp percayalah, jika anda masih konsisten dengan ibadah anda, Allah akan membantu anda. Mungkin pada waktu anda menjawab soalan, anda diberi ilham yang baik. Mungkin keputusan anda di luar jangkaan anda. Mungkin apa yang anda baca dan fokuskan, itulah yang bakal ditanya.





Allah Maha Bijaksana....




Yakinlah dengan Allah kerana Allah bijak mengatur hidup makhluknya.




Jangan pula terlalu banyak merungut bila ditimpa kesusahan yang tidak tertanggung kerana adakalanya ia adalah petunjuk untuk mengingatkan kita yang sering melupakanNYA. Ini juga ingatan kepada diri saya.





Saya masih berasa sedih jika insan sekeliling saya masih lagi tidak berubah :(


Azab bagi mereka yang melengahkan solat :


5 azab di dunia
1. Dia tidak diberkati dalam hidupnya
2. Dia kehilangan Nur di mana orang-orang soleh penuh dengannya
3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalanya yang baik
4. Doanya tidak dimakbulkan dan;
5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh.



3 azab ketika hendak mati kelak
1. mati dengan keadaan aib
2. mati dalam kelaparan dan;
3. mati dalam keadaan dahaga sehingga air laut di dunia ini disatukan tidak dapat menghilangkan dahaganya itu.



3 azab di dalam kubur
1. Dia dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya hancur
2. Api dibakar di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas
baranya siang dan malam.
3. Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang
panjang dengan perjalanan sebulan akan menggigit.



Masih berani melengahkan solat?



Dan andai kata insan sekeliling saya membaca entry ini,...





Tegurlah saya jika saya melengahkan solat. Kejutlah saya jika saya tidur tidak sedar meninggalkan waktu solat. Marahlah saya jika saya masih tidak berubah. Itu tanggungjawab kita sesama Islam





p/s : Kita tidak tahu apa yang kita dapat hari ini (kesenangan, kebahagiaan, kekayaan, kesihatan..etc) adalah doa kita 10 tahun yang lepas. Jadi teruskan berdoa, jangan putus2 meminta pada Allah kerana Allah tahu bila waktu yang terbaik untuk memberi pada kita :)




Wallahua'lam



Sekian



Jari Kecil
18/2/2011, Jumaat
6.35 petang

Friday, February 4, 2011

Student macam saya memang suka pasang harapan waktu cuti

Assalamualaikum


Eh? kenapa panjang sangat tajuk entry kalini? Entah. Saje~


Student macam saya memang suka pasang harapan waktu cuti panjang. Setiap kali cuti pasti dah berjanji pada diri sendiri nak habiskan sebanyak assignment yang boleh. Takmo bazir2 masa waktu cuti ni. Lepas tu, terus senaraikan apa assignment yang tak siap lagi dan apa buku yang nak baca kat rumah supaya lepas naik cuti rasa bangga dengan kawan-kawan yang kita dah ready nak ambik exam dan dah siap semua assignment tinggal nak hantar je -_-



Jadi sebelum cuti mid sem atau cuti perayaan apa2, pastikan akan bawak semua buku dan assignment. Pastikan tak tertinggal supaya tak rasa rugi bila di rumah. Kadang2 bawak buku sampai berat beg sebab siap bawak semua fail2 nota. Memang nampak sangat bersemangat taknak bazir masa kat rumah.



Bila dah sampai rumah, letak beg berat berisi buku di atas meja kemudian rehat atau berfoya-foya dulu. Terus berkata pada diri sendiri "harini nak rehat2 dulu, esok nak stat stadi dan buat kerja dengan penuh tekun"



Maka hari tersebut berlalu begitu sahaja. Tiba pada hari esoknya, rasa malas lagi menguasai diri. Maka tanamkan azam pada diri sekali lagi " Esok kena mula buat assignment lagi . Kena bangun awal dan tidur lambat sikit supaya semua kerja dapat disiapkan"




Hari tersebut pun berlalu dengan main game, tidur, tengok tv dan pelbagai lagi aktiviti lain selain dari menyiapkan assignment dan stadi. Dah berlalu hari kedua...




Masuk hari ketiga keadaan tetap sama dan masih tidak boleh dikawal. Akhirnya, hinggalah pada 2 hari terakhir cuti, barulah terkedek-kedek bukak buku tengok assignment. Hahaha...




Dan rupanya2, hanya satu buku yang digunakan sebab hanya satu subjek yang sempat disiapkan utk assignment. Study? Haram~



Jadi, mana pegi azam yang beriya2 sebelum cuti? Kadang-kadang dah tau perangai macam ni tetap bawak balik buku banyak2 masa cuti dengan harapan rasa terbeban dengan assignment dan nak buat assignment dengan penuh efektif. Student macam saya memang suka pasang harapan bila cuti.





Sekian



Jari Kecil
Sabtu, 5/2/2011
1.12 pagi