Friday, May 14, 2010

Yabeda bedu! Hooray!!

Assalamualaikum..

Takyah cite panjang2. Tajuk entry je da menunjukkan saya hepi. Ape? YE!! SAYA HEPI..~


Selama ni entry asek sedih je kan. Ntah pape ntah ummi ni kan? Dalam hati ada taman la tu. Asek sedih je :P :P Enough dalam mengutuk diri sendiri :p


Kenapa saya hepi?


sbb...


sbb...


Saya Dah Habis Diploma~~!!!! Dah habis tau!!!! Dah habis jwb exam. Result je belum dapat. Tak kira. Nak hepi gak!


Nak Baling Mortar Board..!!! tapi..Bukan diploma tade ke?eh?ntah.ntah


Selamat tinggal Johor Bahru. Entah bila boleh berjumpa lagi. Selamat tinggal adik2 di UiTM JB. Teruskan perjuangan di sana. Jangan malas2 stadi tau. Selamat tinggal lecturer. Saya sayang anda semua yang berada di UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru. :) :)


Perjuangan mesti diteruskan. Sekarang tgh tggu result n tgh tggu result masuk degree. Walaupun saya dah buat pilihan pertama dan pilihan kedua untuk kos degree, tp rasanya saya lebih berminat utk teruskan pilihan kedua. Tapi takpela, mane yang datang, tu la rezeki saya!!! :) :) Mari semangat dan teruskan belajar ( yeye je ummi nih ) :P


Minggu depan dah kena gi UiTM Shah Alam. Utk training n selection netball. Oh sungguh ku tak berminat sbb malas nak pegi. Sbb? rasa macam tak layak. Saya kan pendek. Susah nak gi jauh dalam sukan nih. Kalau la saya tinggi dan terer, dah lama saya pegi tanpa diajak :P :P. Sbb lagi? malas nak kuar umah sbb baru stat cuti. Tp takpela...redah jela. Amek pengalaman. Kalau tak suka, balik la awal kan. Muahahaha. Strategi yang bagus!


Kalau Saya Tinggi Macam Ni..Saya Shoot Bola Guna Hidung . Yezz!


Dah.malas bebel2 lagi. Dah nak maghrib. Sila doakan yang terbaik untuk saya ye



Jari Kecil
Jumaat 14 Mei 2010
7.02 p.m

Saturday, April 24, 2010

Kenapa wanita selalu menangis...

:) :) :)

Tabahkan hati kami Ya Allah~

Assalamualaikum..

Harini 24/4...hari yang sangat tenang, sangat free..Mentang2 gap paper 13 hari maka saat bermalas2an sangat teruk skali.haha Takpe..ni namenye amek mood dulu. Pelan2 bace :P :P. Lagi 2 minggu dah nak habis diploma. Doakan saya~

Harini jalan2 g blog org...Tetibe tejumpa satu entry yang sangat menarik. Ye,,saya sangat suka entry itu. Sbb? saya juga wanita.. Golongan yang selalu mengalirkan air mata. Apa kaum2 laki ni ingat kaum perempuan ni suka2 ke nak menangis? Ha?ha?? Maka...akan saya jawab dengan ayat2 ini...


Saat Ku ciptakan wanita. Aku membuatnya menjadi sangat utama.


Ku ciptakan bahunya agar dapat menahan seluruh beban dunia dan isinya walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


Ku berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulang kali ia menerima cerca dari anaknya itu.


Ku berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, di saat semua orang sudah putus asa.


Kepada wanita,


Ku berikan wanita kesabaran untuk merawat keluarganya walaupun letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah..


Ku berikan wanita,


Perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam keadaan dan situasi apa sekalipun . Walau seringkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan didakap dengan lembut olehnya.


Ku berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab dialah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidak terkoyak.


Ku berikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.


Dan akhirnya .....


Ku berikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Ku berikan kepada wanita agar dapat digunakan bilapun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata itu adalah air mata kehidupan..


p/s : Hargailah ibu, isteri dan kaum wanita..







Jari Kecil,
Sabtu, 24/4/2010
4.29 p.m