Wednesday, June 17, 2009

Puncak Keriangan.

Assaalamualaikum.

Yuhuu...semakin rajin aku meng'update blog nmpknye. Mgkin kerana aku tade ape nak wat di waktu malam. Kot. Yeee..Kwn2 akhirnya tercapai juga hajat ku utk menceritakan pengalaman suke ceria aku kat genting yg aku pegi mase sem 3. Dah lame dah. Haha. Tp tak kire. Nak cite jugak. Sile Baca~

Pada bape ari bulan ntah aku dan rakan2 ku telah berkunjung ke GENTING puncak keriangan! Ternyata kami memang sungguh riang pd ketika itu. Sampai dalam cabel pun kami menjerit spt org hilang arah. Ye. Itulah kami. Sangat girang dan riang.

Nak dijadikan cerita. Aku sbnrnye dah terlambat masa nak naik bas gi Genting. Kitorang naik dr kl sentral. Utk pengetahuan sume. Jumlah tambang pegi balik dan bermain "all park" ketika itu adalah RM46. Sonok wooo. Pg tu mak aku yg anta ke KL sentral. Memula kena amek kwn2 aku kat LRT Tasik Selatan dulu. Naik la kete kami sume ke KL Sentral. Lg bape minit pukul 8. Bas plak kul 8pg. Hadoi. Mmbr2 yang lain dah berkali2 kol. "korg kat mane nih?" " CPTTT!! bas dah nak jalan"..kami pun membalas " Dah nak smpai dah. ( padahal jauh lg)" "Korg goda dulu pakcik bas"..

Sampai je KL sentral kitorang terus berlari mcm org gila. Dan ketika itu juga hp aku jatuh berderai! aahha..Pakcik2 teksi kat situ pun bersuara "oooooooooowwwww"..Aku dengan tak malunye kutip serpihan2 hp. Trus smbg balik "pelarian". Aku ngan mmbr aku da tergelak2 dah. Mcm sonok je lari2. Ahaha. Siyes mcm Amazing Race.! Korang try la! :0 . Pastu dengan bestnya. Bas dah gerak. Ahaha. Kami tertinggal dengan penuh tanda tanya dan termengah2. Lalu kami berempat menaiki teksi. Hamek ko kena bayar rm80.! yez! sorang rm20. Kahkah.

Memula tu terkilan sbb tertinggal bas. Tp bila dah naik teksi, kitorang still lagi tak habis excited. Masa on da way g Genting, kitorang bukak tingkap teksi, dan mengeluarkan kepala dan tangan! "huuuuu sejuk" kate kami semua. Tak kisah la tggl bas pun. Haha. Dan dah smpi tempat cabel car. Jumpa dah kwn2 yg lain. Diorg tengah lepak2 tggu kitorang berempat. Konvoi ke Genting ni adalah seramai 11 0rang.

Dalam cabel car nih. Satu hal lg. Excited still lg membara2 dalam diri. Jadi, di tengah2 gaung tu kami menjerit. Takde keje. Tp puas. Haha. Bergambar bagai tak hengat!

Yg baju biru tuh adalah tetamu jemputan. Adik kepada yg berbaju ungu

Ni sume satu cabel ngan gamba di atas

Tengah2 ni la kitorang menjerit kegirangan

Ada lagi beratus gamba dalam cabel. (tipu). Tp ni je yg aku upload utk tatapan sume pembaca. Dan...dah sampai kat atas puncak keriangan. Time nih debaran excited still kencang lagi. Memang tak tau bila nak abes. :P. Maka dah sampai kat atas tuh kitorang tak tahu jalan. Pusing2 macam orang sesat (mmg sesat pun). Kuar lif. Masuk Lif. Jalan sane. Patah balik. Jalan situ. Masuk car park. Akhirnye dgn usaha gigih 11 org, dah jumpe jalan! yipee! Aku plak jalan depan. Jalan laju2 sbb excited tak habis2.

Ahli Rombongan. (Aku yang berbaju oren kat depan. Excited kan?)

Dah on da way nak tgk Outdoor themepark nih. Muke exicted*

Dah sampai kat luar! Yuhuuu....Amek gamba dulu* (nape aku bergaya maskulin?)

Yez! dah sampai tempat yang dituju. Maka. dengan lajunya nak try sume benda. Benda aku paling tak sabar nak rase Space Shot. Mengapa? Kerana org slalu menyebut mengenai kekuatan Space Shot. Aku tak ingat apa aku naik dulu. Rasanye buaian yg pusing2 tu kot.

Buaian Gergasi

Pastu. Dengan tak sabarnya terus beratur naik solero. Takot ramai kalau lambat2. Excited*

Beratur nak naik solero

Tak Sabar!!!

Maka dengan itu aku telah mencapai ke puncak kegirangan!!!!! Lihatlah kwn2

Yuhuuuu!

Dan seterusnya...permainan2 yang kitorang naik. Sila saksikan~

BASAH~

Rupanya baru aku pasan. Tak banyak gamba kitorang amek. Sbb masing2 bz nak main. Hehe. Antara last game kitorang naik adalah!!! "PIRATE SHIPPP"..aku cam suke gak naik benda nih. Sbb rase geli2 kat perut. Maka disebabkan aku suke, korang akan nmpk muke aku memandang ke arah kamera tiap kali buaian ini dihayun tinggi.

Lihat Si baju Oren ( saya!)

Saya LAgi!

Lagi2 saya

Muke saya lagi

Jurukamera iaitu Paare begitu bengang melihat gamba saya di setiap hayunan. Haha..Kan aku da kate aku excited. Tula buktinya! kihkih. Aku juga bermain go kart. ini buktinye! Nanti korang kate aku tipu.

Cap macam minah kilang tu kena pakai time men Go Kart


Sonok men go kart nih. Memula ingat nak lumba ngan dorang ni sume. Tp bile dah naik, nape sume ilang? Aku rasa macam aku sorang je men kat trek tu. Hapela. Dan kemudian aku juga ada naik flying coaster. Ala. Korang kena meniarap. Pastu naik roller coaster! Huuu. Aku suke giler! Tak berenti menyeringai aku time naik tuh! Dan aku juga mencuba Cockscrew! Itu best! Tp aku lg ske Flying Coaster. Cam rilek je sambil meniarap sambil pusing2. :)

Kami juga ada bergambar seperti pasukan bola sepak Uganda.

Sebelum perlawanan

Selepas perlawanan (menang bergaya)

Yez! dah penat jalan2 sume. Kami solat dan makan2. Pastu terus balik. Muke mmg penat la ..

Pnat ( tgh tggu bas)

Ketika tggu bas tu juga, kawan2 ku telah membuat satu drama "Anakku Cacat".Saksikan

Seorang mak yang ingin mengangkat anaknya yg cacat

Sawan datang

Kecacatan ini hanya lah sementara kerana seorang makcik telah melihat lakonan ini dan betul2 mengganggapnya siyes. Puas kami menerangkan keadaan sebenar yg sebentar td cuma lakonan sahaja. Mmg penat ketawa time tuh :P..

Dah habis citer gi Genting. Diharap trip ni dapat dijalankan lagi dengan lebih bergaya!!!! Mmg aku takkan lupe g jalan2 ngan korang sume. Best!

Sekian

p/s : byk yg x larat nak diceritekan kat sini. Penat~~

Jari Kecil
Khamis, 18 June 2009
1.59 pagi

Monday, June 15, 2009

Surirumah Tangga yang Berjaya. Yeah! :) :)

Salam

Di saat entry ini ditaip, mak dan ayah ku sedang outstation di luar. Outstation di mana? Aa yg itu yg kite tak tau. :P . Mak di Melaka dan Ayah di Pahang.

Maka bermulalah episod sy menjadi surirumah tangga selama beberapa hari. Maka dengan itu juga sy perlu bangun pada jam 5 pagi utk menyiapkan brekpes adik sy Muhd Ridhwan. Pg tadi buat roti telur je beserta air Nescafe utk memberi kesegaran yang berpanjangan kepada beliau. Oho. Dah macam iklan tv nescafe dah..:P

So lepas beliau dah siap2 bekal sume, maka sy menemani beliau menunggu bas di luar. Keadaan sungguh sunyi. Hanya kelihatan guard nek moto dan mengawasi keadaan jiran tetangga Alam Damai. "ngeeenngggg" (bunyik bas)..Bas pun dtg. Maka dengan itu sy masuk ke rumah dan mengemas2 rumah. Sikit2 sahaja memandangkan malam smlmnya dah kemas2 sume.

So tgh hari ni plan nak masak ape? mm...mungkin nasik atau spagheti? oh. Perlu mengikut selera adik2. Jadi, buat nasik la kot. Hati lebih mengatakan dorg nak nasik. Lauk? alaaa...ni yg pnat nak pk nih. Buat sambal ayam la kot. Dengan? Telur goreng masak sos? Atau Kicap? Ye..disebabkan duan suke telur dan ayam. Benda lain dia jarang makan. Omar plak? Adik sy yg berumur 17 tahun ada gak kat umah. Jadi beliau perlukan sayur. Ye. Mungkin kita bleh tgk balik sayur pe ade kat dapur.

Dan tgh hari nanti sy perlu menjemput Duan dr skolah. Itupun kalau dia kol. Kalau x, dia mngkin pulang dgn bas skola sahaja. Malam?mmm. ye. Sgt jelas sy nak buat megi goreng di sini. Sbb semalam dia nak makan megi goreng tak dapat. Jadi, sy akan cuba yg terbaik utk membuat megi goreng spt yg berada di kedai2 mamak kerana itulah idaman beliau.

Ye.Sangat skema bukan entry kali ini? Hehe. Mood pagi agaknye. Back to normal..

Tadi aku jalan2 la kat frenster kwn2. Tegelak gak sorang2. Tgk Komen mmbr2 besama awek2 beliau. Bahagia nmpknye mereka. Alhamdulillah. Sbb itulah yg kite mau. Ye tak? Dan ku lihat juga wajah2 terbaru mereka. OHO...ramai yg ensem. yg cantik. Bagus2. Dulu time skola comot2 je korg sume (temasuk aku. Tudung slalu senget. ) Skrg? senget lg kot. Aahaha.

Tp bagus2. Ramai mmbr2 ku yg bejaye jd MPP wakil kolej.wakil kampus. wakil mcm2 la. Tahniah2. Teruskan khidmat bakti korang dengan berjaya k? I Support U!


p/s: Harini plan nak wat puding caramel lg. Sbb adik2 suka makan. Haritu buat nmpk kurus. Ahhaha. Moge2 kalini jadi. Doakan sy


Sekian,


Jari Kecil
Selasa, 16 June 2009
8.12 a.m

Friday, June 12, 2009

Kenikmatan Super Maximum!

Salam...

WAHHH...sangat hepi dan teruja. Dalam beberapa bulan nih aku sangat bersyukur kerana telah dikurniakan dgn pelbagai nikmat.

  1. Nikmat Mendapat Keputusan yg Diharap2kan
  2. Nikmat Mencapai Kemenangan
  3. Nikmat Mengeluarkan Idea
  4. Nikmat Membantu Mereka2 yang Memerlukan
  5. Nikmat Mengekalkan Sesuatu Yang Kite Suka
  6. Nikmat Dengan Kawan2
  7. Nikmat Bekeluarga
  8. Nikmat Jumpe Kawan Lama
  9. Nikmat Tido Ketika Cuti

Sangat2 bersyukur dapat sume kenikmatan nih. Paling best Nikmat 1 dan Nikmat ke 8..Siyes rindu gile kat korang. Aliaa.Nik.Sue.Aie. Pehhh..Rase macam nak bom umah korg.suro tggl umah aku. Pastu burak smpai haus. Haha. Dah tentu nikmat ke 9 kerap dirasai. Haha.

Anyway..aku hepi ngan hidup aku sekarang. Sangat2 hepi. Doakan aku hepi dulu kini dan selamanya k?


Jari Kecil
Sabtu, 2.15 pagi
Bape Aribulan Ntah