Thursday, January 29, 2009

Salam Perantauan

Assalamualaikum...

Kepada kalian yang dihormati,

Adapun pula mungkin ini post yang terakhir sepanjang cuti Hang Li Po ( raya cina) kali ini. Tidaklah dapat adinda menyambung warkah2 ini lagi. Walaubagaimanapun, usahlah kalian khuatir sepanjang ketiadaan adinda (eceh) kerana kepergian adinda tidaklah lama. Cuma hendak menuntut ilmu di puncak gunung tertinggi. Doakan adinda berjaya hendaknya.


Adinda di Perantauan


Kalian yang dihormati,

Niat di hati adinda sungguh besar sekali. Ingin sekali adinda mempersembahkan persuratan yang hamba dapati di puncak genting dan juga puncak negeri Melaka. Arakian masa yang mengekang adinda, maka tidaklah dapat adinda mempersembahkan kepada kalian semua. Mungkin tatkala adinda di puncak pergunungan tertinggi, akan adinda persembahkan warkah persuratan dari puncak genting dan puncak negeri Melaka beserta buktinya sekali.

Kalian yang dihormati lagi disayangi,

Sampai di sini sahajalah yang adinda dapat sampaikan kerana sudah lama panglima serta hulubalang2 menanti adinda untuk melakukan tugas sebagai pahlawan negara (ewah). Oh ye. Sampaikan salam adinda pada keluarga di sana. Katakan adinda selamat dan bahagia di sini. Sampai ketemu lagi..

Adinda Tun Teja..

p/s : assignment tak siap lagi oy!!besok nak balik jb dah. benti mengarut!haha

Jari Kecil,
Jumaat,2.56 p.m
30 Januari 2009

Sunday, January 25, 2009

Pakcik Muncul Kembali!!!

Assalamualaikum..

Fuhh..setelah sekian lama tak meng'update blog, maka pada hari ini aku telah muncul kembali. HOo Yeah!! Banyak cerita dan banyak benda yang dah aku lalui sepanjang ketiadaan aku di blog. Eceh. Maka disebabkan cerita dan benda yang banyak itu, aku akan postpone aktiviti update ni pada esok hari memandangkan sekarang da pukul 3. Nanti kalau tulis2, dah tak sedar subuh menjelma. Insomnia lagi acik. Jadi acik tidur dulu ye. Esok acik sambung lagi. Selamat Malam Sumer!!


Jari Kecil
3.10 a.m
Isnin, 27 Januari 2009